Memaparkan catatan dengan label bahasa thai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa thai. Papar semua catatan

Ahad, 16 Ogos 2015

Bahasa Thai Utara


Sebelum itu, aku nak khabar siap-siap bahawa bahasa ini bukan bahasa Thai loghat Tengah yang dituturkan di sekolah-sekolah atau di wat Siam yang mengajar bahasa Thai loghat Tengah di sebelah Utara Malaysia. 

Bahasa ini adalah bahasa yang dituturkan oleh penduduk negara-kota Lanna yang pernah bebas merdeka sebagai sebuah kerajaan sama seperti negara-kota orang Melayu di sebelah selatan Thailand. Bezanya ia terletak di sebelah utara Thailand dan majoriti penduduk dijatikan sebagai etnik Tai-Lanna. Bahasa Thai Utara disebut dengan pelbagai rujukan oleh penduduk di utara Thailand contohnya seperti:
  • ภาษาถิ่นพายัพ Phāṣā Thin Phāyap
  • ภาษาล้านนา Phāṣā Lānnā
  • ภาษาคำเมือง Phāṣā Khām Mueang
Bahasa Thai ini sangat rapat sekali perhubungannya dengan bahasa Thai atau bahasa Siam dan bahasa Laos. Sebab itu aku bagitahu dulu, jika boleh berbahasa Thai, boleh juga faham bahasa Laos dan bertutur dengan penduduk negara Laos. Penutur bahasa ini berjumlah enam juta orang. Kebanyakannya tinggal di Thailand, dengan yang selebihnya itu tinggal di sebelah barat daya negara Laos.

Penutur bahasa ini menganggap panggilan rujukan untuk bahasa mereka sebagai bahasa Thai Yuan sebagai sesuatu yang menghina. Mereka selalunya merujuk diri mereka sebagai ฅนเมือง khon mueang yang merujuk kepada negara-kota Lanna. Biasanya bahasa ini dirujuk sebagai bahasa Phayap atau bahasa Mueang.  

Istilah Yuan, kadangkala masih digunakan untuk merujuk kepada ciri-ciri istimewa yang ada pada tulisan bahasa Thai Utara seperti aksara Dharma Tai yang rapat pula dengan aksara Tai-Lue di China dan aksara-aksara suci orang Lao.

Penggunaan istilah tua mueang, sebagai aksara tradisional hanya terkenal di biara-biara Buddha, dengan kebanyakan manuskrip agama yang tua masih menggunakan bentuk aksara itu. Sekarang ini tiada lagi penghasilan sastera keagamaan yang menggunakan aksara ini. Kes ini mungkin seperti kes huruf Jawi yang jarang sudah digunakan untuk menulis perkara-perkara keagamaan selepas huruf Inggeris diperkenal. Penduduk Malaysia yang beragama Islam pun lebih selesa menggunakan huruf Rumi untuk menulis nota ceramah agama kerana tidak wujud usaha untuk menggunakan aplikasi tulisan Jawi di alam maya.

Bentuk moden bahasa ini untuk pertuturan disebut sebagai bahasa Kammuang. Orang-orang muda di sebelah situ sudah tidak minat menulis menggunakan bentuk aksara lama mereka namun transkripsi bunyi sebutan moden masih memerlukan ejaan yang berbeza bagi menyesuaikan bunyi dengan tulisan bahasa Thai Tengah.

Kebanyakan pakar linguistik menganggap bahawa bahasa Thai Utara ini lebih rapat dengan bahasa Thai Bangkok dan bahasa-bahasa Thai Chiang Saeng lain berbanding dengan bahasa Lao dan bahasa Lao-Phutai yang lain. Namun perbezaannya sangatlah rumit sekali kerana bahasa-bahasa ini membentuk kesinambungan bahasa yang sedikit sangat garis perbezaannya.      

Sabtu, 13 Jun 2015

Bunyi Suara Terbuka

Sawaddīkrap!


Huruf bahasa Siam diterbitkan dari huruf bahasa Hindu lama. Sistem tulisan Hindu di sebelah sini sebenarnya lebih rumit daripada yang dibenua kecil India disebabkan oleh bentuk sebutan tempatan turut diberi penyesuaian. Oleh itu, hangpa mahu tidak mahu mestilah memahirkan diri dengan gaya ejaan bahasa Hindu untuk boleh menulis dan membaca bahasa Siam.

Matlamat
  • Hangpa akan memahami bentuk-bentuk nada bahasa Siam.
  • Membezakan bentuk bunyi sehingga tiga nada bahasa Siam.
  • Mengkreatifkan lagi cara hangpa belajar bahasa Siam.
Bahagian I

อา ā
อี ī
อู ū

Bahagian II

อัอ ō

Penutup

Siri projek cakap Siam ini masih terus berjalan. Kalau lapang memang aku cuba untuk tolong peminat-peminat cakap Siam semampu mungkin. Terima kasih atas sokongan hangpa. Hangpa boleh klik di huruf-huruf yang tersenarai di atas ini untuk merujuk dan mempelajari perkataan baru. Nanti aku bubuh link benda ini di senarai bar bahasa Siam di atas itu juga....

Penyedia: N. S. V
Tarikh: 13 Jun 2015
Jam: 16:55

Ahad, 2 November 2014

Bunyi-Bunyi Bahasa Siam


Bunyi dan Huruf

Dalam bahasa Siam, terdapat tiga jenis bunyi-bunyian iaitu:
  • พยัญชนะ phayañcanaḥ, konsonan.
  • สระ saraḥ, vokal.
  • วรรณยุกต์ vannayuk, nada.
Sudah pun kita bersembang sebelum ini, kita mempunyai 44 huruf konsonan yang menghasilkan sebanyak 21 bunyi. Sila klik di sini untuk mengakses laman untuk huruf-huruf bahasa Siam (bahasa Thai).

Artikulasi Lidah

Terdapat lima jenis artikulasi lidah untuk bunyi-bunyian:
Hangpa boleh klik di judul pada perkara-perkara di atas untuk mengakses. Yang sudah ditebalkan itu, nanti boleh diakses selepas proses konfigurasi. Penat cik, aku membuat rujukan dan meminta bantuan rakan-rakan di Thailand untuk kemudahan penutur-penutur bahasa Melayu juga.

Selasa, 26 Ogos 2014

Pengajian Thailand


Pengajian Thailand merupakan cabang bagi pengajian Asia. Ia adalah kategori keintelektualan yang diguna oleh pihak universiti seluruh dunia sebagai satu cara untuk mengumpulkan kepakaran disiplin bidang bersama untuk mengkaji negara Thailand seperti bidang:
  • sejarah.
  • antropologi.
  • pengajian agama,
  • sains sosial dan politik.
  • bahasa Thai.
  • kesusasteraan Thai.
  • muzikologi.
Istilah ini ada masanya turut memuatkan kajian mengenai kelompok etnik Tai yang tinggal di luar sempadan Thailand seperti etnik Tai Lu di Sipsongpanna di Yunnan, Republik Rakyat China, etnik Shan di negeri-negeri Shan di Myanmar dan etnik Phu Tai di negeri-negeri utara Malaysia. Begitu juga kajian mengenai etnik Senoi seperti Mon, Khmer dan lain-lain yang menghuni Thailand. Kajian mengenai etnik Melayu di Thailand boleh juga dicadangkan untuk masa depan sebagai sebahagian warisan sejarah sosial Thailand.

Organisasi pertama yang giat dalam membiayai Pengajian Thai adalah Persatuan Siam (Siam Society) yang turut disokong pihak kerabat diraja bermula tahun 1904. Mereka berhubung dengan Amanah Perlindungan Warisan Siam selain mempunyai perpustakaan besar yang mengandungi bahan-bahan kajian serta untuk pengajian.

Journal of Siam Society (JSS) merupakan jurnal akademik bersemak perintis dengan akses terbuka ke hasil-hasil rekod PDF digital yang boleh dikesan dari 1904. Sehingga kini, Pusat Pengajian Thai di Universiti Chulalongkorn merupakan pusat terulung pengajian Thai. Terdapat juga Pusat Maklumat Thailand di perpustakaan utama Universiti Chulalongkorn yang menempatkan pelbagai rujukan pengajian Thai.

Universiti Cornell merupakan pusat pertama yang aktif untuk pengajian Thai di Amerika Syarikat. Pada 1947, Lauriston Sharp memulakan Projek Cornell-Thailand, iaitu satu usaha untuk menjalin data asas talian bagi kajian komprehensif untuk sistem kampung pertanian di luar bandar Bangkok seperti di Banchan di Khlong Samwa. Tokoh sejarawan seperti David K. Wyatt merupakan profesor di Universiti Cornell sejak 1969 sehingga 2002.

Di luar Thailand, wujud sekelompok ahli akademik muda cergas di Institut Teknologi Diraja Melbourne (Universiti RMIT) yang mempromosikan Pengajian Thai sebagai satu disiplin kajian yang signifikan dalam Sains Sosial. Jurnal Pengajian Antarabangsa dalam Perniagaan, Sosial dan Budaya Thai, sudah pun dirasmikan akses pembukaannya untuk Jurnal Pengajian Thai di Universiti RMIT pada tahun 2011.

So, kita ini berjiran saja tapi duk pompang... pompang seperti orang Ulu baru nak kenal tamadun. Pergi daftar di universiti-universiti awam atau swasta di dalam serta luar dan buat sijil master, phd, atau profesor madya di situ. Buat tesis, ikut sistem akademik moden dan standard! Bukan setakat sembang saja; bangsa itu kena catu, bangsa ini mencatu orang.

Sabtu, 23 Ogos 2014

Keterangan Bahasa Siam


Negara Thailand walaupun tidak pernah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat dan kuasa Jepun di Timur kerana kedudukannya sebagai penampan mempunyai pelbagai rantau disebabkan oleh ciri-ciri penjajah yang turut dipunyai oleh golongan kelas kesatria (rujuk sistem feudal Hindu); namun melalui perjalanan sejarah suka dan duka yang panjang. 

Faktor ini turut mempengaruhi ciri-ciri kemanusiaan dan sosialnya. Antara yang terlibat itu, adalah bahasa rasminya. Empayar Siam sebenarnya pernah didahului oleh beberapa empayar lain yang memegang kekuasaan serta pengaruh atas negara-bangsa di pelbagai rantau di Thailand moden. 

Oleh itu, faktor akademik yang standard termasuk kaedah-kaedah kajian (research methodology) mestilah dipatuhi bagi mengeluarkan hatta satu teori pun. Jika main hembus saja, maka mudahlah hidup ini. Namun, hakikat dunia ini bukanlah semudah yang disangka. Manusia-manusia biasa yang tidak maksum seperti nabi-nabi ini memerlukan epistemologi untuk mengesan perkara yang mana satu yang mendekati punca kebenaran.

Berbalik ke isu empayar, sempadan negara zaman bahari bukannya seperti sempadan zaman ini. Dulu-dulu, satu jenis bangsa itu boleh mempunyai bermacam-macam negara yang berbeza. Kini, semua orang sudah terbiasa dengan sistem kerakyatan negara-bangsa mengikut sistem orang Barat dari rujukan Bibel dan rujukan bangsa mulia yang dikaitkan oleh pendita-pendita agamawan dengan agama menurut kefahaman diri mereka sendiri. Sebelum Siam wujud, sudah wujud Srivijaya, Angkor, Sukhothai dan lain-lain kerajaan di beberapa rantau. Kesultanan seperti Patani atau Kedah cuma kesinambungan yang dulu saja. Yang berbeza cuma anutan agama sebab raja-raja di situ memilih untuk menganut agama Islam. Srivijaya sudah bertapak di Segenting Kra semenjak abad ke-7 M. Cuba kira semula kurun ke-7 M sehingga kurun ke-13 M sudah berapa abad? Sukhothai muncul dulu semenjak abad ke-12 M selepas orang Tai-Kradai yang tinggal dalam jajahan empayar Angkor memberontak sebab ditindas. Menjelang abad ke-12 M, mereka sudah membangun negara dan saling berhubung dengan orang-orang jenis Melayu di selatan Thailand yang ketika itu sebahagian daripada mereka masih menganut agama Buddha. 

Jadi, begini caranya bahasa Tai-Kradai tersebar ke selatan. Sebab isu politik dan hubungan antara kerajaan, penduduk-penduduk selatan mula terbiasa dengan bahasa negara Sukhothai. Kemudian, muncul negara baru di sebelah juluran utara di lembangan tengah, Sri Ayutthaya (Siam). Mereka ini berketurunan Tai juga dan bercakap bahasa yang sama dengan penduduk Sukhothai. Mereka turut menjajah Sukhothai seperti juga Nakorn Sri Thammarat (Ligor) dijajah. Selepas itu, baru boleh nampak negara-negara itu wujud sebagai dinasti-dinasti menerusi hubungan perkahwinan. Sehingga ke zaman moden ini, Siam diperintah mengikut sistem วงศ์ vaṃśa atau dinasti.

Di zaman moden ini, bahasa bagi Thailand atau bekas empayar Siam adalah bahasa Thai dari kelompok bahasa Tai-Kradai. Loghat standard adalah loghat tengah disebabkan oleh kedudukan mahanegara (negara kota agung) di tengah-tengah empayar. Bahasa lain yang pernah wujud dulu seperti bahasa Melayu loghat Patani, bahasa Senoi Ñah Kur, bahasa Khmer Purba dan lain-lain cuma menjadi bahasa minoriti rantau. 

Jumaat, 22 Ogos 2014

Bahasa Siam


Sila klik di atas tajuk untuk mengakses nota, terima kasih.

Pengenalan

Keterangan
Bahasa Siam
Bahasa Tai-Kradai

Tulisan

Keterangan
Huruf-Huruf
Ejaan dan Bunyi
Bunyi

Pelajaran Bahasa Siam

Asas Bahasa Siam

Tatabahasa

Bunyi dan Ejaan


Sila klik di judul-judul di bawah untuk mengakses nota-nota aku:

Bunyi Vokal

Vokal Pendek
Vokal Panjang
Diftong

Bunyi Konsonan

Bunyi Sebutan Konsonan
Latihan Bunyi Konsonan


Pengumpul: N. S. V.

Selasa, 19 Ogos 2014

Perkenalan Diri


ท่านนี้คือคุณประทีป.
Tān nī kěu kun Prathīp.
Tuan ini adalah encik Pradīp.

ท่านนั้นคือคุณมนายงคล.
Tān nan kěu kun nai Mongkon.
Tuan itu adalah encik Mangal.

คุณแซ่อะไร่ดรับ?
Kun saeh arai krap?
Tuan nama keluarga apa?

ผมแซ่นิมิทศิลพดรับ.
Phom saeh Nimitsinpa krap.
Saya bernama keluarga Nimitśilpa.

คุณชื่ออะไร่ดรับ?
Kun chuě arai krap?
Tuan nama apa?

ผมชื่อสวัสดิ์ดรับ.
Pom chuě Sawat krap.
Saya bernama Svasti.

Perbendaharaan Kata

ชื่อ chuě nama
คือ kěu ialah
นาย nāi encik
นั้น nan itu, inan
นี้ nī ini
ท่าน tān tuan

Selasa, 5 Ogos 2014

Bunyi Sebutan Konsonan

Swaddee khrap!


Payah cek hendak mengumpul dan mengekod semula pelajaran cakap bahasa Siam untuk penutur bahasa Melayu (Jawi).  Namun, bila teringat keperluan untuk ruam Thai tak mengira yang Buddhis atau Muslim sebelah garis sempadan ini, kita pésoh juga lah. Jika terdapat bahasa Kedah dalam masukan itu, minta maaflah. Kita orang Utara, Lijah hoiii... lol...

Bunyi Dengung

Dalam bahasa Siam, terdapat tujuh bunyi dengung iaitu:
  • ง ngo
  • น no
  • ม mo
  • ย yo
  • ร ro
  • ล lo
  • ว wo
Letusan

Bunyi letusan pula, enam semua nya:
  • ข kho
  • จ cho
  • ท tho
  • พ pho
  • ฟ fo
  • ส so
Biasa

Semua ada tujuh:
  • ก ko
  • ช co
  • ด do
  • ต to 
  • บ bo
  • ป po
Terdapat sebanyak 44 aksara vayanchana (huruf konsonan) untuk 21 suara vayanchana (bunyi konsonan). Oleh itu, setengah bunyi konsonan itu mempunyai lebih daripada satu huruf. Contoh, bunyi tho itu mempunyai sebanyak enam huruf! 

Selain itu, kita sebut huruf bahasa Siam mengikut sistem huruf orang Hindu Lama. Jadi semua bunyi suku kata aksara pun menjadi o. Contoh ko, go, to, so, ho, mo, yo, ro...

Kenapakah begitu? Sebab huruf bahasa Siam digubah dari ringkasan huruf bahasa Khmer Khrom. Bahasa Khmer Khrom pula ditulis dengan huruf yang diubahsuai dari huruf bahasa Hindu dari empayar Pallava yang ibu kota nya terletak di Kerala, India. Negeri Kerala merupakan tempat asal kepada tuk wan sebelah bapa menteri besar di negeri Kedah Darul Aman yang terkini, Dato' Seri Mukhriz yang hensem itu, haha.

Nama Konsonan Dengung
  • ง งู ngo ngū, ular
  • น หนู no nū, tikus
  • ม ม้า mo mā, kuda
  • ย ยักษ์ yo yak, gergasi
  • ร เรือ ro rěa, tongkang
  • ล ลิง lo ling, monyet
  • ว แหวน wo wén, cincin 
Haa, duk tunggu apa lagi? Tenyeh lah atas kertas buat latihan. Boleh lah hangpa baca destinasi bas di kota Bangkok. Pergi jalan-jalan sendiri di bandar tanpa pakai agen pelancongan penipu, hehe...

Selasa, 17 Jun 2014

Bahasa Thai Selatan



Tak ingat pula jika aku pernah buat masukan ini..... Bahasa Thai Selatan atau Phāsā Thai Pak Tai dikenali juga sebagai Phāsā Tumbro (Tambralinga). Ia merupakan cawangan bahasa Thai sebelah barat daya dituturkan di 14 negeri selatan Thailand dan oleh sebilangan kecil penduduk di empat negeri utara Semenanjung Malaysia. Terdapat lebih kurang lima juta penutur, dan ia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh etnik Melayu Patani, etnik Cina Selatan Thai, etnik Negrito dan etnik Senoi (Mon-Khmer). Kebanyakan penutur bahasa ini boleh memahami dan bertutur bahasa Thai Tengah.

Taburan Penutur

Penutur di Thailand boleh ditemui dari negeri Prachuap Khiri Khan di utara sehingga negeri bersempadan dengan Malaysia. Sebilangan penuturnya boleh ditemui di negeri-negeri utara Malaysia seperti di Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Ia merupakan bahasa ibunda etnik Thai dan etnik Melayu di kedua-dua negeri bersempadan dengan Malaysia seperti negeri Songkla dan Satun.

Bahasa Thai Selatan merupakan bahasa ibunda etnik Thai di selatan serta etnik Melayu di kedua-dua bahagian sempadan Malaysia-Thailand di negeri-negeri Satun dan Songkhla. Walaupun terdapat pelbagai jenis variasi dan tidak mempunyai piawaian tertentu, namun bahasa dekat dengan sempadan Malaysia sudah sangat-sangat berbeza. Semua penutur loghat selatan masih boleh memahami sesama sendiri. Untuk sebab-sebab ekonomi, ramai penutur loghat selatan berpindah ke Bangkok dan kota-kota lain di Thailand atau ke Timur Tengah kerana penutur loghat selatan ramai yang beragama Islam.

Sejarah Ringkas

Kerajaan-kerajaan orang Melayu di Segenting Kra memerintah kebanyakan rantau di Tanah Melayu. Kerajaan tersebut seperti kerajaan Patani dan Tambralinga. Namun kemudian, rantau-rantau tersebut dikuasai Srivijaya pula bermula kurun ke-7 M.

Rantau Segenting Kra banyak dipengaruhi oleh kebudayaan pedagang-pedagang Hindu dari benua India.Terdapat pelbagai gedung agama Hindu dan Buddha di situ yang menjadi saksi persenyawaan budaya di situ. Kejatuhan Srivijaya membebaskan semula Tambralinga. Ia muncul menjadi Nakorn Sri Thammarat yang kemudian diserap menjadi sebuah negeri dalam kerajaan Sukhothai yang berpusat di utara. Rantau tersebut menjadi sempadan antara etnik Tai di utara dan etnik Melayu di selatan. Begitu juga dengan agama Buddha dan agama Islam.

Loghat-Loghat Selatan

Ligor
  • Nakhorn Sri Thammarat
  • Phatthalung
  • Trang
  • Muang Pattani di jajahan Nongchik, Mae Lan dan Khok Pho.
Chaiya (Jaya)
  • Krabi
  • Phuket
  • Ranong
  • Phang Nga
  • Surat Thani
  • Chumpol
Singgora
  • Songkhla
  • Yala (Jala)
  • Kebanyakan tempat di Patani.
Takbai (Tabal)
  • Kelantan di Malaysia.
  • Narathiwat
  • Patani di jajahan Panare, Yaring (Jaring) dan Saiburi (Teluban)
Nada

Terdapat lima nada fonem dalam loghat Ligor:
  • tinggi
  • tengah naik turun
  • rendah menurun
  • tengah tinggi 
  • rendah
Perbezaan dengan Loghat Tengah

Walaupun kebanyakan perkataan dan tatabahasa sama dengan loghat tengah, namun loghat selatan ini mempunyai perbezaan kedaerahan yang menyebabkan orang sebelah tengah tak faham. Loghat selatan mewakili diglosia situasi dari segi nada bunyi dan perbendaharaan kat. Ia mempunyai serapan kata dari bahasa Melayu Patani. Bahasa Siam mula meresap ke selatan di Semenanjung Tanah Melayu semenjak bermula era kerajaan Sukhothai.

Rantau loghat bahasa Siam (Tai-Kadai) ini terletak di antara Siam dengan sempadan-sempadan kesultanan Melayu sebelah Segenting Kra sehingga ke Perak. Jadi, perbendaharaan kata loghat ini turut diperkaya oleh bahasa Melayu disebabkan oleh bahasa ini pernah menjadi bahasa rasmi di situ serta ramai penduduk di Selatan Thai pun masih boleh bertutur dengan bahasa ini mengikut loghat Kesultanan Patani. Loghat Siam selatan cuma dipertutur sahaja, tapi bila diguna untuk situasi rasmi seperti aduan di balai polis, tulisan bahasa Siam pun dipakai untuk merekod catitan.

Perkataan yang memang berasal dari bahasa Siam itu selalu disebut ringkas-ringkas dan cepat sehingga orang tidak boleh faham. Kemudian, nada bunyi pun bertambah sehingga ke tujuh nada di negeri tertentu. Berbeza dengan bahasa orang Utara, bahasa Tai-Lao (yang disebut Siam Lao), dan bentuk percakapan tidak rasmi bahasa Thai, penutur loghat Selatan tetap menyebut huruf "r" sebagai "r". Bukan "l" seperti bahasa Cina.

Isnin, 16 Jun 2014

Kata Sendi


Kata sendi ini penting dalam pengajian bahasa negeri mana sekali pun. Kita mesti menggunakannya dalam perbualan seharian kita. Semakin kita menguasai tatacara penggunaan kata sendi bahasa Thai, semakin mahirlah kita dalam bahasa Thai. Mula-mula sekali, kita mesti mengetahui peranan kata sendi dalam tatabahasa bahasa Thai...

คำบุพบท
Kāṃ Būppabot
Kata Sendi

Kata sendi menghubungkan kata nama, kata ganti diri, dan frasa-frasa dengan kosa kata lain dalam sesuatu ayat. Perkataan atau frasa yang diperkenal oleh kata sendi itu dikenali sebagai objek kata sendi... 

Contoh

Contoh kita:

ภายในบ้าน phāi nai bān di dalam rumah
นอกรถ nôq rót di luar kereta
กับฉัน kàp chăn dengan saya
ไม่เกี่ยวกับเขา mâi kìeow kàp khău tanpa dia
ใต้โต๊ะ tâi dtó bawah meja 

หลังจากวันพรุ่งนี้ lăng chāk wan prûng nī lusa
ก่อนพระอาทิตย์ตกดิน kòn phrá ādít dtòk din sebelum mentari jatuh
แต่ฉันไม่ว่าง tàe chăn mâi wāng tapi saya sibuk

Senarai Kata Sendi

เกี่ยวกับ kìeow kàp mengena
เหนือ nĕua atas
ข้าม khām merentasi
หลังจาก lăng jāk selepas dari
ต่อ tòr berdepan
ระหว่าง ráwāng antara
รอบ rôp sekeliling
เช่น chên sebagai
ที่ tī di
ก่อน kòn sebelum, dulu

ข้างหลัง khāng lăng belakang
ข้างล่าง khāng lāng bawah
ภายใต้ phāi tâi di bawah
ข้างๆ khāng khang sebelah
ระหว่าง ráwāng dalam kalangan

เกิน kiern melepasi
แต่ tàe tetapi
โดย doi oleh
แม้จะ มี máe chà mi walaupun
ลง long bawah, turun
ในระหว่าง nai ráwāng semasa
ยกเว้น yók wein kecuali
สำหรับ sămràp (b. Kemboja) untuk

จาก chāq dari
ใน nai dalam
ข้างใน kāng nai di dalam
เข้าไป khâu pai ke dalam
ใกล้ glâi dekat
ถัดไป tàt pai di sebelah
ของ khŏng punya
เกี่ยวกับ kìeow kàp berkenaan
ตรงข้าม trung khām berlawanan
ออก òq keluar
ข้างนอก khāng nôq di luar
เกิน kiern melebihi, atas

ต่อ thòr bahagi
บวก bùak tambahan
รอบ rôp seputar
ตั้งแต่ tâng tàe semenjak
กว่า kwā daripada, berbanding
ผ่าน pān menerusi
จนถึง chon thĕung sehingga
ไปยัง pai yang ke
สู่ sū ke arah
ภายใต้ phāi tâi di bawah

ไม่เหมือนกัน mâi mĕuankan tidak serupa, tidak seperti
จนกระทั่ง chon gràtâng sehingga
ขึ้นไป khêun pai naik
ผ่าน ทาง pān tāng melalui
ด้วย dûoy bersama
ภายใน phāi nai dalam
ไม่มี,ไม่เกี่ยว mâi mī, mâi kìeow tanpa
  
Bubuh transliterasi Rumi bertanda vokal, sudah kelihatan seperti bahasa Vietnam pula, haha...

Ahad, 1 Jun 2014

'Cara Baru' Belajar Bahasa Thai

Kanak-Kanak Sempadan Selatan Suka 'Cara Baru' Belajar Bahasa Thai

Berita oleh Wannapa Khaopa
The Nation
20 Sep 2010
Terjemahan bahasa Melayu oleh North Gate

the Nation

Guru-guru memperguna bahasa ibunda untuk mengajar di peringkat awal serta berperingkat-peringkat menggunakan wahana bahasa Thai

Lebih daripada 100 orang pelajar di sempadan selatan yang berbahasa Melayu loghat tempatan berasa gembira dengan pelajaran bahasa Thai mereka.

Perasaan mereka itu berbeza dengan pelajar-pelajar yang memulakan langkah pertama mempelajari bahasa Thai yang merupakan bahasa yang tidak digunakan dalam kehidupan harian mereka sebelum itu. Menerusi usaha Universiti Mahidol (MU), pelajar-pelajar di empat sekolah perintis boleh menikmati cara yang lebih mudah untuk mempelajari bahasa kebangsaan.

"Selepas kira-kira 30 tahun mengajar, pelajar yang telibat dalam projek pendidikan dwibahasa menjadi antara kelompok yang begitu berpuas hati serta cemerlang dalam pembelajaran bahasa Thai", jelas Tuanyoh Nisani, guru tadika untuk kelas tahun dua di Sekolah Ban Prajan di Patani.

"Jelas sekali mereka menunjukkan hasil yang berbeza dengan budak-budak yang saya ajar sebelum ini. Mereka lebih memahami bahasa Kebangsaan. Mereka menjadi lebih rapat dengan saya, gembira semasa sesi pembelajaran dan lebih yakin untuk menyatakan imaginasi serta pemikiran kreatif mereka selepas masalah bahasa diatasi", Tuanyoh berkata lanjut.

Perkembangan pelajar membuktikan bahawa hikmah sebalik cadangan Prof. Suvilai Premsrirat, pengerusi Pusat untuk Dokumentasi dan Penyuburan Semula Bahasa dan Budaya Terancam di Institut Bahasa dan Budaya Asia Universiti Mahidol untuk memperbaik mutu pembelajaran bahasa Thai dalam kalangan pelajar Melayu di sekolah-sekolah negeri, tiga tahun lepas mula membuahkan hasil.

Prof. Suvilai memperkenal teknik-teknik pembelajaran baru di sekolah-sekolah wilayah selatan seperti di Patani, Jala, Narathiwat dan Satun, termasuk di Ban Prajan, supaya pelajar mudah mempelajari bahasa kebangsaan menerusi peringkat-peringkatnya. Kajian dan penulisan beliau berkenaan pendidikan dwibahasa telah membantu pelajar-pelajar tersebut.

"Projek ini boleh membantu pelajar mempelajari bahasa Thai dengan lebih gembira", beliau berkata.

"Saya melatih guru-guru di empat sekolah dengan kaedah pengajaran baru sebelum memakainya untuk murid-murid tadika".

"Berbanding dengan penggunaan bahasa Thai sepenuhnya dalam pengajaran, guru-guru bercakap kepada mereka menggunakan bahasa Melayu, tetapi pelajar-pelajar mula mempelajari bahasa Thai menerusi aksaranya. Guru-guru meminta murid-murid menulis perkataan-perkataan bahasa Melayu atau loghat Thai Selatan menggunakan aksara-aksara bahasa Thai.

"Ia turut membantu mereka membiasakan diri dengan bahasa Thai. Guru-guru kemudian cuba bertutur bahasa Thai mudah-mudah lalu meminta murid mengejanya. Jadi, murid-murid pun belajar perkataan bahasa Thai sedikit demi sedikit. Ia bagus untuk proses penyesuaian bahasa murid-murid. Selepas tamat tadika, masuk ke Prathom 1 (Darjah 1), mereka sudah mampu membaca dan menulis perkataan-perkataan di buku teks. Penggunaan loghat-loghat Tambralinga (bahasa Melayu kacukan) dan bahasa Melayu pun ditinggalkan untuk memberi laluan bagi bahasa Thai peringkat tinggi di sekolah", ulas beliau.

"Umumnya, murid-murid Selatan Thai mempelajari bahasa Thai dengan cara guru-guru terus menggunakan bahasa baku dan murid-murid itu mengalami kejutan. Mereka tidak boleh berbahasa baku disebabkan oleh bahasa baku diperguna di ibu kota dan di utara namun mereka dipaksa juga belajar bahasa wilayah Tengah Thai di sekolah-sekolah. Guru-guru memang mengajar dalam bahasa Thai wilayah Tengah dan murid-murid mesti berbahasa kebangsaan. Hasilnya, imaginasi pelajar pun terhalang disebabkan oleh kesukaran bercakap bahasa baru", Waemasanah Saedeng, guru besar sekolah Ban Prajan menambah.

Sekolah ini dan lain-lain di wilayah sempadan Selatan sudah bertahun-tahun menghadapi masalah ini.

Waemasanah menjelaskan lagi, "Sukar sekali untuk murid-murid memahami subjek Sains dalam bahasa Thai kerana banyak istilah-istilah abstrak. Perhubungan dengan loghat bahasa Thai wilayah Tengah pun begitu sukar buat mereka. Jadi, mereka tak faham serta takut untuk bertanya guru kerana tidak biasa dengan bahasa Kebangsaan".

Selepas teknik-tenik baru ini digunakan, Waemasanah berkata bahawa bilangan murid-murid ponteng kelas pun turun mendadak jika dibandingkan dengan sebelum-sebelumnya. Waemasanah dan Tuanyoh bersetuju bahawa ibubapa pun gembira kerana anak-anak mereka dapat mengatasi masalah komunikasi di sekolah. Mereka mahu projek itu diteruskan. Ibubapa melaporkan bahawa anak-anak mereka semakin berminat untuk membaca dan menulis. Mereka melihat anak-anak mereka berusaha membaca tulisan-tulisan di papan tanda jalan dan papan iklan semasa mereka menaiki kenderaan.

Rabu, 12 Mac 2014

ความแตกต่างของสิ่งของ


ความแตกต่าง ของ สิ่งของ
Khwam Theik Tāng Khong Singkhong
Bahan-Bahan Berbeza

ศิลปะ Sinlapa Seni
ภาพยนตร์ Phāppayon Wayang
เพลง Pleng Lagu

หนังสือ Năng Sĕu Buku
พจนานุกรม Pochanā Nūkrom Kamus
วิทยาศาสตร์ Wittayā Sāt Sains
คณิตศาสตร์ Kanitta Sāt Matematik
ภูมิศาสตร์ Phūmi Sāt Geografi
ประวัติศาสตร์ Prawatti Sāt Sejarah

ตลาดสรรพสินค้า Talat Sappa Sinkā Supermarket
บ้าน Bān Rumah
ธนาคาร Thanākān Bank
คาเฟ่ Kāfe Kafe
สระว่ายน้ำ Sarak Wāi Nām Kolam Renang
ประเทศ Pratet Negara
โรงภาพยนตร์ Rong Pāp Payon Pawagam
ห้องสมุด Hong Samud Perpustakaan
สำนักงาน, ที่ทำการ Sām Nak Ngān, Tī Tāmkān Pejabat

คนเล่น Kon Len Pemain
เกมส์ Gem Game
ฟุตบอล Fūtbon Bola Sepak

โลก Lok Bumi, Dunia
ดอกไม้ Dok Mai Bunga
ทะเลทราย Taleh Sāi Padang Pasir
หาดทราย Hādsāi Pantai
ป่า Pā Hutan
สวน Sŭan Taman 
เกาะ Koh Pulau
ต้นไม้ Ton Mai Pokok
ทะเลสาป, บึง Taleh Sāp, Bĕung Tasik
ทะเล Taleh Laut
แม่น้ำ Menām Sungai
ภูเขา Phukhău Bukit
มหาสมุทร Mahā Samud Lautan

ท้องฟ้า Tóngfā Langit
ดาว Dāu Bintang
พระจันทร์ Phra Chand Bulan

Khamis, 18 Julai 2013

Melibatkan Makanan: Rasa Lapar


Lapar no???! Sementara duk tunggu waktu berbuka puasa, marilah pelajari beberapa perkara mudah. Mungkin setengah hangpa sudah tahu pun. Lapar dalam bahasa Thai kita kata, หิว hiu. Contoh ayat di sini aku bubuh dalam bentuk perbualan na. Mudah hangpa nak lihat...

A: หิวมั้ย?
A: Hiu Mai?
A: Lapar dak?

B: หิวครับ
B: Hiu kap
B: Lapar

atau

B: หิวค่ะ
B: Hiu kah
B: Lapar

Macam biasa lah. Kalau penutur laki mesti ada kata kap, manakala penutur pempuan mesti kata kah. Kalau dengan orang yang kita biasa dan juga macam kawan-kawan itu baru cakap bahasa kasar tak payah nak ber"kap" atau ber"kah" bagai. Kalau nak kata "lapar sangat" macam mana nooo? Ini dia contoh bahasa standard kita...

B: หิวมากครับ
B: Hiu maak khap

atau....

B: หิวมากค่ะ
B: Hiu maak kah

Ok, sudah berbuka puasa dah kot. Aku nak pi berbuka puasa lah. Bagi yang memantau diucapkan terima kasih. Anda boleh berbahasa Siam walaupun anda bukan keturunan Siam, itu sebab aku bukak laman ini untuk meyakinkan hangpa, hahaha.

Rabu, 17 Julai 2013

Melibatkan Makanan: Rasa Dahaga

Swaddekap!


Aku baru sahaja balik dari kawasan utara. Al-maklum lah pensyarah aku pi hantar hasil disertasi aku kepada pemeriksa yang entah dari mana-mana dan profesor segala tu rasa kepandaian depa tidak dicabar jadi depa pun mula menunjuk pandai dengan menyusahkan pelajar yang sedang nazak nak bergraduasi. Aku serius tak paham puak-puak pandai ni semua pasai aku sudah periksa separuh mati dah hasil disertasi aku.

Sebab waktu ini adalah bulan puasa maka aku berpeluanglah melihat deretan gerai-gerai makanan serta mencuba juga resipi-resipi berunsurkan Siam di sana. Contohnya seperti kerabu ikan pari rangup, nasi ayam budu, kuih-muih dan segala mak neneknya. Di Penang pun kak sepupu ipar aku orang Setul pun ada berniaga di pasar dekat Batu Maung sana. Sumber makanan setengahnya aku cilok daripada dia juga, hahaha... Kalau duduk di Penang lama dah aku jadi atendan gerai makan dia malas aku nak kerja di pekan sini, huh...

Cuba hangpa bayangkan kalau hangpa melancong atau mengembara di Thailand berseorangan. Hangpa mesti memerlukan air. Jadi macam mana kita hendak meminta air dari penduduk tempatan? Dalam bahasa Thai kita, air disebut sebagai น้ำ naam. Kalau nak kata dahaga, orang Thailand atau orang Siam akan sebut terjemahan dalam bahasa Melayunya sebagai, lapar air. Biasa di Utara, kami akan kata lapar air lah sama macam orang Siam cuma kami guna bahasa Melayu. Bahasa Thai nya adalah หิวน้ำ hiu naam.

Bila hangpa kata lapar air, hangpa tak perlu lah nak kata "saya dahaga" atau "saya lapaq ayaq". Sebab boleh terus sahaja sebut "dahaga" atau "lapaq ayaq" dalam bahasa Thai tanpa merujuk sesiapa. Si pendengar nanti akan paham bahawa si penutur itu lah yang lapaq ayaq.

Bila mahu memesan sesuatu di kedai di Thailand maka hangpa kena gunakan bahasa yang sopan lah. Jangan berbahasa kasar. Contoh ayat aku berikan:

1. หิวน้ำ!
    Hiu naam!
    Lapaq ayaq!

2. ต้องการดื่มน้ำส้ม
    Tongkan dieum naam som.
    Hendak minum air oren.

3. ต้องการดื่มกาแฟเย็น
    Tongkan dieum kafe yen.
    Hendak minum kopi sejuk.

Perbendaharaan Kata

หิว hiu lapar
ดื่ม dieum minum
น้ำ naam air
ส้ม som oren
กาแฟ kafe kopi
เย็น yen sejuk

Bentuk Kata Sopan

Gunakan ต้องการ tongkaan untuk meminta sesuatu. Kalau อยาก yaak kita guna apabila kita sudah rapat dengan seseorang. Kedua-dua pun maksudnya ingin.

Ahad, 10 Mac 2013

Kawan 4

คุฌกับเขาเป็นเพื่นสนดกันKun kap khau pein pěun sěnid kan
Awak dan dia bersahabat baik

พวกเราเป็นเพื่นทึ่รู้จักกันนานแล้ว
Puak rau pein pěun tī rū chaq kan nān leaw
Kami berkawan kenalan lama sudah

ระหว่างเพื่นฝูงควรช่วยเหลือซึ่งกันและกัน
Ravang pěun fungkuěn chuoy luě sěungkan laek kan
Dalam kalangan kawan sepatutnya saling tolongan sesama yang lain

Latihan

Hangpa boleh gantikan gantinama kun atau khau dan sebagainya dengan ganti nama lain. Apa dia lagi aspek tatabahasa aku nak gariskan dalam ayat-ayat ni no?? Latihlah terus sembang dengan orang Siam.

Jumaat, 8 Mac 2013

Kawan 3

Nah nota baru hangpa, salin jangan tak salin...

เขาจะแนะนำเพื่อนคนหนึ่งแก่ผม
Khau chak neinām pěun kon něung kae pom
Dia ingin memperkenal kawan seorang kepada saya

เพื่อนของคุณแซ่อะไร?
Pěun khong khun seh arai?
Kawan awak nama keluarga apa?

เพื่อนของผมแซ่สิงหเสนี
Pěun khong pom seh Singhaseni
Kawan saya bernama keluarga Siṃhaseni

Perbendaharaan Kata

อะไร arai apa
จะ chak ingin
แก่ kae kepada
ของ khong punya, kepunyaan
แนะนำ neinām memperkenal
เพื่อน pěun kawan
แซ่ seh nama keluarga
สิงหเสนี singhaseni siṃhaseni, nama keluarga, keturunan panglima singh (1777-1849)

Jumaat, 1 Februari 2013

Vokal Panjang

สระเสียงยาว
Sraḥ Siěng Yāu
Suara Bunyi Panjang


Yang ini adalah vokal panjang dalam bahasa Siam. Boleh periksalah senarainya. Bunyi vokal ini sebenarnya hangpa kena bagi bunyi dia panjang dua harakat. Adoih, payah juga hendak transkripsi bunyinya...

Part 1

อา ā
อี  ī
อื ě
อู u
เอ e

Part 2

เเอ ai
โอ ō
ออ ɔː

Part 3

เออ eo
เอีย iyě
เอือ ěɔ

Part 4

อัว uě, vě
ฤา ṛā

Hangpa buleh menggunakan tulisan bahasa Thai (bahasa Siam) untuk menulis bahasa hangpa sendiri juga. Contohnya seperti bahasa Melayu atau bahasa Senoi. Jika hendak menulis bahasa Sanskrit atau bahasa Hindustan pun boleh. Untuk menulis bahasa seperti bahasa Cina pun boleh. Sebab ia boleh ngam dengan semua jenis bunyi hasil perjalanan sejarah dan penyesuaian orang zaman dulu.

Kita boleh ganti vokal อ 'o' itu dengan aksara atau suku kata lain seperti dalam senarai tulisan bahasa Siam yang awal aku perbuat dulu. Itu pun kalau hangpa berminat lah dengan tulisan yang renyah (leceh) sebegini, haha... Selamat mencuba!!

Vokal Pendek

สระสั้น 
Sraḥ San
Suara Pendek


Dalam bahasa Siam (Thai), bunyi vokal pendek ini disebut sebagai สระสั้น srah san. Maka, kalau kita membunyikan vokal-vokal ini, bunyinya pendek sahaja. Sistem ini sama seperti sistem dalam vokal bahasa Tamil, bahasa Sanskrit atau bahasa Hindustan.

Kecuali, pada beberapa vokal itu, tidak wujud pula dalam bahasa jenis-jenis bahasa Hindu di India sana kerana yang itu cuma bunyi yang asli terdapat di sini.

Aksara bentuk อ ini, disebut sebagai o... ang... Ia adalah aksara yang neutral. Aku tak berapa reti sangat untuk transkripsi tulisan ruminya kerana mesti dengar bunyi dulu.

Part 1

อะ aḥ 
อิ i 
อึ ěr
อุ u  

Part 2

เอะ eḥ 
เเอะ aiḥ

Part 3

โอะ oḥ
เอาะ aoḥ

Part 4

เออะ erḥ
เอียะ iyaḥ
เอือะ ě-aḥ
อัวะ uwaḥ

Part 5

ฤ ṛěur 

Part 6

อำ āṃ

Part 7

ใอ ai mai muěn
ไอ ai mai malai 
เอา au

Sistem bunyi rumi yang aku guna ini turut diguna untuk bahasa Hindu standard. Kami boleh bertutur dan menulis bahasa Hindu lain juga seperti bahasa Punjabi, bahasa Pali dan bahasa Sanskrit. Ikut suka hangpa lah hendak gelar kami, แขก khek pun.  

Khek-khek pun, khek ini jugalah yang bawa kepada hangpa tamadun, agama dan budaya dengan topi tunjung (topor) segala mak nenek itu. Hangpa ingat animisme dengan tantra marga itu benda yang berbeza kah? Dengan cinconk bukit Bangkok tak pernah pulak hangpa sebut, jek (jake) noh? Masalah racism ini terjadi di merata dunia pun. Di India, Pakistan, China, Arabia, di Tanah Melayu dan di merata-rata pun. Punca dia tersebut dalam ajaran Buddha terbit dari, avijjā atau kejahilan menurut gaya bahasa puak Melayu yang Muslim. Bukan nak kutuk sesiapa pun cuma memetik kembali ajaran baginda Buddha bahawa, "lihat sesuatu itu sebagai hakikatnya" serta, "jangan sebab baginda sebut begitu, begini, kamu pun kata itu benar tanpa periksa hakikat diri kamu".

Sebentar lagi lah, kita tempek vokal panjang. Malas aku hendak buka banyak-banyak masukan untuk benda-benda renyah sebegini.

Pic diceplok dari: Foundwandering