Khamis, 2 Oktober 2014

Bahasa Tai-Kradai


Kalau hangpa pernah ambil Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), subjek bahasa Melayu (berbeza daripada bahasa Malaysia), mungkin hangpa boleh memahami disiplin pengajian linguistik yang asas kerana di bahagian akademia moden; mereka menggunakan bukan saja kaedah pengkajian arkeologi bahan-bahan purba menerusi peralatan berasaskan fizik dan kimia untuk mengesan sejarah di dunia ini. Sebaliknya juga, menggunakan kaedah linguistik, dna haplogroup, antropologi dan lain-lain kaedah yang dicatit dalam kaedah kajian atau research methodology.

Sebelum itu, tidak usahlah begitu berprasangka buruk sangat, sehingga semua benda-benda dari dunia Barat pun dipandang sebagai konspirasi. Tuhan Maha Tinggi itu lemah sangatkah sehingga teori-teori yang terbit dari perca-perca sangkaan manusia yang meraba-raba dalam kegelapan mencari identiti "diri" itu lebih berkuasa daripada-Nya? Iman kita itu pergi mana? Buat pekasam?

Untuk teori-teori sejarah di Asia Tenggara, rekod-rekod dokumen sama ada yang bertulis atau sebagainya dikorek dari dokumen-dokumen China, kitab-kitab sastra Hindu dari India, rekod Yunani (Greece), rekod-rekod Arabia oleh pengembara-pengembara atau rekod tempatan dan tidak semestinya rekod dari Inggeris, Belanda, Sepanyol dan Portugis saja.

Semua ini, cuma teori saja. Dalam disiplin Sains Politik dan Sains Sosial, teori-teori ini boleh berubah-ubah atau roboh berikutan perubahan masa. Aku pun pernah baca buku bercakap dengan jin, mastika, variasari dan mak nenek semua semasa bersekolah rendah dulu, mistiklah sangat. Kitab suci al-Quran dan hadis pun belum habis dipelajari. Syariah pun tunggang terbalik, rukun solat menurut mazhab Syafie belum hafal, sirah nabi dan sahabat pun belum khatam, tajwid pun tunggang-terbalik bacaan solat lintang pukang, tapi isu-isu 'kewujudan' di dunia nan sementara ini juga yan disibukkan; sambil itu letak nuansa agama sedikit untuk nampak lebih religious-friendly. Inilah dia counter-productive.

Untuk kaedah linguistik, bahasa-bahasa jenis Tai-Kradai, dikenali juga sebagai:
  • Daic
  • Kadai
  • Kradai
  • Kra-Dai.
Keluarga bahasa ini merupakan keluarga bahasa yang bernada, bertaburan dituturkan di Selatan China dan Asia Tenggara. Ia turut melibatkan bahasa Thai dan bahasa Lao, iaitu bahasa kebangsaan di Thailand dan Laos. Terdapat kira-kira 100 juta penutur bahasa ini di seluruh dunia. Etnolog menyenaraikan 95 jenis bahasa dalam kelompok bahasa ini; dengan 62 daripadanya muncul dari cabang Tai.

Kepelbagaian bahasa-bahasa Tai-Kadai di sebelah Tenggara China, terutamanya di Guizhou dan Hainan, memberi kemungkinan bahawa tempat-tempat tersebut dekat dengan tempat terbitnya penutur bahasa ini. Penutur bahasa cawangan Tai, berpindah ke selatan masuk ke Asia Tenggara, hanya kira-kira 1000 tahun lalu. Setengah daripada mereka menjadi pengasas kepada bangsa-bangsa moden di Thailand dan Laos yang sebelum itu pernah dikuasai oleh penutur-penutur bahasa Austroasia (Senoi).

Nama rujukan Tai-Kradai ini muncul dari pemisahan yang berlaku sebelum muncul dua cabang bahasa, iaitu Tai dan Kradai. Oleh sebab kelompok Kradai saja yang kelihatan sahih jika melibatkan bahasa Tai induk pun, maka ia turut diperguna untuk merujuk seluruh bahasa jenis ini. Selain itu, sesetengah rujukan turut mempersempit penggunaannya sehingga tinggal cabang keluarga Kra sahaja.

Hubungan-Hubungan Luaran

Kelompok bahasa Tai-Kradai sebelum ini dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga bahasa Sino-Tibet, namun di luar China, ia kini dianggap sebagai bahasa sendiri-sendiri.

Ia mengandungi sejumlah besar perkataan-perkataan yang serupa dengan perkataan-perkataan dalam jenis-jenis bahasa Sino-Tibet. Namun, semua perkataan tersebut jarang-jarang ditemui dalam semua cawangan bahasa Tai-Kradai, dan tidak termasuk dalam perbendaharaan kata asas. Hal ini menunjukkan bahawa semua perkataan tersebut merupakan kata-kata pinjaman lama.

Beberapa sarjana linguistik Barat mempersembah beberapa bentuk bukti bersifat sebagai cadangan bahawa bahasa jenis Tai-Kradai ini, mempunyai perhubungan dengan; atau sekurang-kurangnya merupakan satu cawangan bahasa jenis kelompok Austronesia. Terdapat beberapa perkaitan yang mungkin wujud dalam perbendaharaan kata asas antara bahasa Tai-Kradai dengan bahasa Austronesia. Dalam kalangan mereka yang mempersembah teori ini pun, belum terdapat kesepakatan bahawa kedua-dua jenis bahasa ini saling berkaitan. Teori Austro-Tai contohnya, mencadangkan kemungkinan seperti perpindahan semula dari Taiwan ke Tanah Besar atau perpindahan dari Filipina ke Hainan semasa pelebaran orang Austronesia.

Cadangan teori Austris mengemukakan jaringan perhubungan bahasa-bahasa Austronesia dengan bahasa-bahasa Austroasia (Senoi).  Kosaka (2002) turut mengulangi konsep Austris yang dicadangkan oleh Paul K. Benedict dengan mengemukakan Miao-Dai sebagai bahasa serumpun dengan penyesuaian antara Tai-Kradai dengan Hmong-Mien di Asia Tenggara.

Di China, bahasa kelompok Dai-Miao disebut sebagai bahasa Zhuang-Dong dan umumnya dianggap sebagai berkaitan dengan bahasa-bahasa jenis Sino-Tibet bersama dengan rumpun bahasa Miao-Yao. Sarjana linguistik China masih lagi berbincang tentang sama ada bahasa-bahasa jenis Kra seperti bahasa Gelao, bahasa Qabiao dan bahasa Lachi boleh diklasifikasikan bawah rumpun bahasa Zhuang-Dong atau tidak. Kerana bahasa-bahasa itu kurang ciri-ciri Sino-Tibet, tidak seperti bahasa jenis Zhuang-Dong.

Sila Klik untuk Mengakses

Hubungan Luaran Rumpun Bahasa Tai-Kadai
Rujukan
Bacaan Lanjut
Senarai-Senarai Perkataan Bahasa Tai-Kadai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan