Rumpun bahasa ini mempunyai lima cabang bahasa yang sudah pun tersusun, seperti Hlai, Kra, Kam-Sui, Tai dan Ong Bê:
- Ong Be (di Hainan; Lin'gao (临高) mengikut bahasa Cina)
- Kra (disebut Kadai dalam Ethnologue dan Gēyāng (仡央) oleh orang Cina)
- Kam–Sui (di Tanah Besar China; Dong–Shui (侗水) oleh orang Cina)
- Hlai (di Hainan; Li (黎) oleh orang Cina)
- Tai (di China Selatan dan Asia Tenggara)
Berdasarkan kepada perbendaharaan kata terbanyak dikongsi oleh kelima-kelima jenis bahasa ini, cawangan bahasa Kam-Sui, Be, dan Tai selalu dikelaskan bersama. (Rujuk Kam–Tai.) Namun, Weera Ostapirat percaya bahawa itu semua adalah bukti negatif, kemungkinan disebabkan oleh proses penggantian leksikal dalam
cawangan-cawangan lain. Beliau turut mendakwa persamaan-persamaan morfologi menunjukkan pula bahawa cawangan Kra dan
Kam–Sui boleh digolongkan bersama sebagai cawangan bahasa Kra–Dai Utara. Bahasa jenis
Hlai dan jenis Tai pula bawah bahasa Kra–Dai Selatan. Kedudukan untuk bahasa Ong Be dalam cadangan Ostapirat tidak pula ditentukan.
Norquest (2007) menerima pengelasan ini. Beliau turut menambah bahasa-bahasa yang sukar untuk ditentukan kedudukannya seperti bahasa Lakkja dan Ong Be dalam pengelasan Kra-Dai.
Di samping itu, beliau menyatakan bahawa bahasa Lakkja boleh jadi rantingan dari bahasa Kam–Sui, dan bahasa Ong Be boleh jadi adalah jenis bahasa Tai, khususnya salah satu daripada bahasa-bahasa Tai languages namun menjadi berbeza disebabkan oleh hubungan dengan bahasa-bahasa lain di Hainan.
Klasifikasi yang lebih awal dan berpengaruh, dengan tambahan pada bahasa Kam–Tai yang tradisional, diperbuat oleh Edmondson and Solnit pada 1988 untuk senarai Kadai:
Kadai |
|
Kra (Geyang)
|
|
|
Hlai
|
|
Kam–Tai |
|
|
|
|
Klasifikasi ini yang diterima oleh Ethnologue, walaupun menjelang tahun 2009, bahasa Lakkja diturunkan menjadi cawangan ketiga bagi bahasa Kam–Tai dan bahasa Biao dipindahkan ke kelompok bahasa Kam–Sui.