Khamis, 2 Oktober 2014

Mimpikan Mu



Ini dari lagu etnik Zhuang di Guangxi. Depa ini serumpun dengan etnik-etnik Tai di India Timur, di Thailand, Laos. Pinjaman bahasa Cina (Han) dan bahasa Cina Kantonis (Yue) terlalu banyak sebab ini adalah loghat Yongbei. Pening aku.

Sebab aku boleh membaca tulisan bahasa Cina, jadi tidak perlu susah-susah nak teka maksud lagu, huhu... Perkataan mung depa itu seerti dengan, mung di Thailand dan di Malaysia. Bermaksud, hang, kamu atau mung ikut loghat bahasa Melayu Terengganu, lol. Begitu juga dengan gou bermaksud ku atau aku.

Depa bukan Cina. Cina katanya berasal dari lembah tengah sepanjang Sungai Kuning. Di China, Cina dikenali sebagai etnik Han. Terdapat 56 bangsa yang diiktiraf di China. Etnik Zhuang ini dikenalpasti sebagai penduduk asli di Guangxi. Bahasa mereka serumpun dengan bahasa Siam dan bahasa Lao.

Judul: Loq Rein Mung.
Penyanyi: Xiao A Xin
Negara: China

Tiada ulasan:

Catat Ulasan