Khamis, 2 Oktober 2014

Di Suvarnabhumi

28 Jul 2011


Kegiatan pagi di satu seksyen di Silom dekat kawasan Chong Nonsi seperti inilah. Terdapat penjaja menjual makanan beraneka macam seperti keropok kulit babi rangup dengan nasi pulut dengan harga lapan kupang (80 sen), penjual buah, penjual jagung bakar, gerai-gerai tepi jalan dan lain-lain barangan yang boleh menimbulkan kegilaan kaki shopping.


Yang ini di daerah Silom berhampiran stesen Saladaeng. Silom ini terkenal semasa pertempuran rusuhan ketika sebelum pentadbiran Thaksin digulingkan. Selain sebagai sebuah daerah komersil, ia terkenal juga sebagai pusat mak nyah memberikan servis kepada mereka yang kegersangan, haha. 


Begitu juga ia terkenal dalam kalangan "Rogayah Jelly-Donat" sekelian yang ingin membuat maksiat dituju atau menuju pungkog, menikmati pemandangan kekaar atau ingin berhibur semata-mata pun, bolehlah ke depan sedikit untuk merasai "night life" di Jalan Surawong dekat lorong Tantawan itu, lol.


Aku kena ambil BTS line di Chong Nonsi tetapi sebab masih awal lagi jadi aku teringin nak ke Rajathamri. Aku jalan kaki sehingga tersesat selepas melintasi Henry Dunant.


Jadi, aku kena berpatah balik semula beberapa kilometer ke Chong Nonsi sebab bimbang yang rancangan untuk pulang ke Penang tertunda.


Di Chong Nonsi, aku ambil BTS terus ke Airport Rail Link untuk menuju ke Suvarnabhumi. Aku cuma menikmati pemandangan di luar menerusi tingkap. Sebenarnya, aku berasa seperti berada di negara sendiri juga ketika di Bangkok cuma kerakyatan aku bukan di situ, lol. Zaman dulu-dulu bagi penduduk sebelah Kedah yang elit-elit, Bangkok itu seperti Kuala Lumpur jugalah. Gambar di atas itu, Airport Rail Link untuk menuju ke Suvarnabhumi.


Setibanya di Suvarnabhumi, aku pergi memeruah (buang air kecil) dulu. Nak terkencing sangat-sangat, hoho. Sama seperti di Queensbay di Penang dan Alamanda Putrajaya, depa tidak menyediakan hos paip untuk beristinjak bagi hangpa yang Orthodox Muslims. Oleh itu, hang bawalah botol air siap-siap. Kemudian, aku naik dan terus membeli tiket untuk ke Penang di kaunter Thai Airasia. Tunggu sekejap saja dan RM375 aku lesap terus, huhuhu. Kalau bekerja di sana atau tinggal di sana mungkin lain ceritanya.


Gambar di atas ini selepas dari pemeriksaan kastam. Insiden-insiden yang aku alami di lapangan terbang seperti ditahan kastam sebelum ke perlepasan sebab tidak membuang botol shower gel aku yang melebihi berapa gram entah. Sebab boleh berbahasa Siam dan bekerjasama, kakak kastam itu menolak untuk terus memeriksa beg aku. Cuma, dia rampas shower gel aku yang dibeli di 7E Ivory di Bukit Gambir. Chilaka betul! Shower gel itu sudahlah mahal RM 6 lebih aku beli. Guna pun baru sedikit saja. Kemudian, imigresen di Thailand atau di Singapura pun sama naik saja. Muka macam stoking ketat... Sombonglah!


Di sekitar balai perlepasan selepas pemeriksaan kastam itu, boleh dilihat replika monumen hikayat Hindu Brahmana zaman purana yang memaparkan peristiwa dewa-dewa (malaikat) dan asura (jin-jin) mengadun susu alam semesta. Yang memijak atas kura-kura itu merupakan gambaran dewa Vinu Narayaa. Ini sedikit pengetahuan am mengenai cerita-cerita klasik zaman Hindu dan Buddha di Asia Tenggara (click here for same picture in different angle).


Sebelum hendak berlepas itu, aku sempat melayari internet percuma di PC yang disediakan untuk pengunjung di tingkat berapa entah. Dari situ, aku mendapat tahu ada seorang budak Melayu Malaysia yang belajar di Jepun ditemui mati di Pattaya. What de fisch yang hang pergi ke tempat keji itu??! Perut pun lapar menunggu masa untuk daftar masuk tiket. Jadi, aku menghentam sedikit Phad Thai. Sorry lah, tidak jumpa restoran Muslim dan pilihan restoran terhad. Roti atau bekalan pun tidak sempat beli. Jadi, hukum-hakam terpaksa letak sebelah dulu. Hentam sajalah Phad Thai sambil tidak bertanya-tanya sebab aku pun kena hidup juga!


Beginilah rupa Phad Thai tersebut. Boleh tahanlah sebelum aku sampai ke Penang. Mereka bubuh udang, taugeh, daun bawang, kacang tanah, minyak bijan, dan limau pada jenis koayteow halus-halus itu. Boleh guna sudu dan garfu. Itu penyepit ala-ala Cina pun ada.


Yang ini di Gate F2 balai berlepas untuk AA ke Penang. Gadis-gadis penjaga pagar di situ begitu gatay sekali tergelak-gelak mendengar loghat bahasa Thai Selatan aku bila orang tanya bila waktu pagar nak dibuka sebab aku belum puas merayau-rayau di situ lagi, haha. Aku naik ke kapal pada 15:15. Masa diambil untuk ke Penang dari Bangkok adalah sejam 45 minit. Di Penang, aku ambil bas Rapid Penang sebelum tiba di pintu Sungai Dua di USM sekitar jam 19:00 sebab jalan sesak ketika itu. Sebab ada masjid di situ, aku terus mandi di situ dan menyertai solat Maghrib.

So, ini sedikit sebanyak cerita aku semasa melepak-lepak di Bangkok. Lain masa aku boleh pergi lagi, itupun kalau dah stabil bekerja, huhu. Beres sudah!

Klik sini untuk pendapat peribadi aku hasil dari hipotesis aku, haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan