Yang ini cuma versi recap saja dari diari tahun 2011 aku untuk seksyen bulan Julai. Sebenarnya cuti semester di universiti di Pulau Mutiara itu sudah diselaraskan jadi bulan Julai itu pelajar-pelajar di universiti boleh pulang ke rumah, melancong atau bekerja sambilan untuk mencari duit poket ketika bulan Ramadhan. Untuk pelajar postgraduate seperti diriku ini, cuti atau tidak cuti sama saja. Hang try lah buat postgraduate dulu tida mengira secara sepenuh masa atau jarak jauh. Hang fahamlah perasaan orang lain bila hang mula nampak di sekeliling hangpa itu cuma satu adjektif saja, iaitu... Bitch!
Aku tengok kopek (dompet) aku pun sudah hendak bocor disebabkan wang tunai di tangan sebenarnya sedikit saja. Mujur aku sudah pun berurusan di mesin teller automatik CIMB di pintu Bukit Gambir jadi aku boleh mengeluarkan wang akaun di Bangkok. Gila hang, nak patah balik ke sempadan Malaysia sejauh 1,150.7 km untuk mencucuk duit???! Perjalanan dengan pemanduan kereta sendiri pun mengambil masa 15 jam. Aku tengok akaun aku pun macam nak surut saja dan di Bangkok itu pun tiada saudara-mara terdekat. Adik ipar kepada ibu saudara sebelah mak aku ada lah seorang tinggal di Bangkok. Depa berhijrah ke sana semasa zaman British dulu. Tiada nombor mahupun alamat. Kakak Garutmedjai ada memberi nombor junior-junior dia di pusat pertanian Ramkhamhaeng tetapi aku tidak berani nak ambil risiko lagi dah. Pergi ke Bangkok sehelai sepinggang seorang diri pun sudah berisiko. Aku cucuk TB 3000 (RM 300) sajalah di CIMB Thai. Depa cas servis lagi, cek. Bukan cas RM 1 tetapi banyak juga untuk route service overseas.
Aku fikir balik pagi itu, elok aku berundur balik dulu dengan beli tiket penerbangan. Berani mati sajalah tak tempah dulu tiket. Mesti mahal, rugi duit aku, huhuhu. Aku nak sampai cepat sebab dua hari lagi bulan Ramadhan. Bukan semata-mata sebab tidak cukup kewangan saja. Aku beritahu receptionist di hotel itu, aku tidak jadi hendak tinggal di situ untuk baki satu malam lagi seperti yang aku isi di borang ketika daftar masuk dulu. Aku nak daftar keluar. Jadi, depa memulangkan semula lagi 25 % daripada wang deposit. Bagus juga, mungkin aku boleh cuba makanan di gerai-gerai di sepanjang Silom itu jika bertuah bertemu gerai-gerai Muslim.
Mula-mula, aku menyusuri jalan Silom untuk mencari bahan buat menyerok (sarapan). Aku boleh nampak dua gerai Muslim sebab makcik itu pakai tudung. Jadi, aku mendekati gerai menjual roti dan membeli roti ban bulat yang disapu mentega, ditabur gula di tengahnya dan dibakar atas dapur arang dengan harga TB 10 (RM 1). Kemudian, aku membeli secawan kopi sejuk dari gerai menjual teh dan kopi ala-ala Starbuck di tepi jalan dengan harga TB 18 (RM 1.80).
Kemudian, aku ternampak wanita-wanita beratur memberi sembah barang keperluan kepada bhikṣu-bhikṣu yang dibawa ke situ dengan van. Mereka kemudian merendahkan diri sambil mendengar bacaan katha berbahasa Pali. Aku turut membeli sebungkus nasi dan telur untuk disedekah kepada bhikṣu-bhikṣu Buddha tersebut. Kemudian, aku dengar jugalah blessings depa sebagai tanda hormat. Bukannya depa baca mantra seru dewa-dewa pun. Aku faham saja depa baca apa, lol.
Gambar di atas itu adalah stesen BTS Chong Nonsi yang lebih jelas di siang hari.
Gambar di atas itu adalah stesen BTS Chong Nonsi yang lebih jelas di siang hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan