Banyak tempat aku tidak sempat pergi sebab beberapa kekangan seperti seorang diri, tidak cukup bajet, dan kekangan masa singkat.
Penduduk di Bangkok tidak segan silu jika mereka tidak bercakap bahasa Inggeris, berbeza dengan di Kuala Lumpur. Mereka memang sentiasa menggunakan bahasa kebangsaan sehingga
memaksa orang asing seperti ekspatariat serta pelancong-pelancong
mempelajari bahasa Siam. Mereka turut membuka kelas-kelas bahasa Siam
persendirian dan yang disokong juga oleh pihak kerajaan. Jika di sini, kita mungkin mengalami sekatan mental disebabkan oleh kepincangan sistem otak nak memilih bahasa pertuturan.
Bukan nak banding, cuma aku mula terfikir di Malaysia pun ada DBP dan ITBM yang dipantau Kementerian Pendidikan tetapi kelihatannya seperti pepatah, "hidup segan, mati pun tidak mahu". Oleh itu, berhentilah melalak bila orang lain tidak hormat kepada bahasa, sejarah, kebudayaan orang Melayu dan agama Islam. Beri kerjasama anda walaupun anda bukan penjawat awam! Turun ke padang, jadi lebih kreatif, kritis dan mulakan dengan diri anda sendiri. Hormati jati diri sendiri. Aku sudah berhenti bercakap bahasa Siam sejak lebih 10 tahun dulu tetapi sebab "trip" ini saja, aku kena memerah otak mengingati semula percakapan bahasa Siam ketika zaman berhingus dulu sebab nak hidup, lollll!
Penduduk Bangkok tidak terkinja-kinja bila nampak Mat Saleh. Di kaunter-kaunter perkhidmatan, depa melayan kita dulu, yang berbahasa Siam. Berbeza dengan di sini, contohnya ketika melawat Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur dulu, gadis bertudung pekerja muzium di kaunter begitu tergedik-gedik sekali melayan kawan aku dari Belgium, si Dewitte itu walaupun aku ini rakan senegara dia. Trend yang sama aku lihat pada aristokrat dan elit-elit Melayu, pigidaahhh!
Selain itu, daerah Silom sukar nak jumpa gerai halal. Kenderaan awam seperti BTS dan MRT agak efisyen seperti di Kuala
Lumpur dan Singapura. Mungkin jangkauan belum menyeluruh sebab negeri
Bangkok begitu luas. Bukan secebis pulau seperti Singapura. Jika ke Thailand, pastikan beli dulu palam pencucuk pelaras sebab depa menggunakan sistem elektrik seperti di US. Untuk tips-tips lain, kita sedang menyusunnya.