Memaparkan catatan dengan label selatan thai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selatan thai. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2016

Beli Tiket Bas


Sebab kita hendak pergi meninjau keadaan di negeri Phuket, penting sekali untuk kita ketahui cara mendapatkan tiket bas di stesen bas. Pengangkutan di negeri Phuket tidaklah seperti pengangkutan di Pulau Pinang atau di bandar seperti Bangkok atau Kuala Lumpur. Jadi, kita perlu bersedia sebaik mungkin sebelum ke sesuatu tempat. Lagi satu, sebagai orang utara terutamanya bila kita berasal dari daerah sebelah sempadan utara sekali itu amatlah malu kalau hang tak reti berbahasa dengan bahasa daerah berjiran yang sudah terlepas masuk ke Siam.

Oleh itu mari ikuti perbualan di sini yang aku letakkan juga skrip tulisan bahasa Siam untuk panduan bunyi:

A: ว่าไงจ๊ะ
B: สวัสดีครับจะซื้อตั๋วไปภูเก็ต ครับพี่
A: ได้สิครับ
B: มีรอบต่อไปกี่โมงครับ?
A: วันนี้เหรอครับ?
B: วันนี้ครับ
A: เที่ยงครับ
B: ต้อนเที่ยงเป็นรถแบบไหนครับ?
A: ปรับอากาศชั้นสอง
B: มีห้องน้ำไหมครับ?
A: ไม่มีครับ
B: ตั๋วราคาเท่าไหร่?
A: 239 บาทครับ
B: แล้วใช้เวลากี่ชั่วโมงครับ
A: 5 ชั่วโมงครับ
B: โอเคครับ ขอบคุณครับ
A: ยินดี ... ขึนรถได้แล้ว

A: Wā ngai jaḥ?
B: Swaddīkrap! Jaḥ seu tua pai Phūket krap pī.
A: Dai si krap.
B: Mi rop tor pai gī mong krap?
A: Wan nī reur krap?
B: Wan nī krap!
A: Thiang krap
B: Ton thiang pein rod baeb nai krap?
A: Prap ākārd chan song 
B: Mī hong nām mai?
A: Mai mī krap
B: Tua rākā taurai?
A: 239 bhāt krap
B: Laew chai welā gi mong krap?
A: 5 chua mong krap
B: OK krap khop khun krap
A: Yin dī ... Kheun rod dai laew.

A: Ada apa ya?
B: Salam! Nak beli tiket pergi Phuket ya, bang.
A: Bolehlah.
B: Perjalanan yang seterusnya jam berapa?
A: Hari ini kah?
B: Hari ini.
A: Tengah hari.
B: Waktu tengah hari bas jenis yang macam mana?
A: Kelas dua berhawa dingin.
B: Ada bilik air tak?
A: Tiada.
B: Tiket harga berapa?
A: 239 bhat.
B: Jadi, berapa lama masa diambil (untuk ke tempat tujuan)?
A: 5 jam.
B: OK terima kasih.
A: Gembira (dapat membantu) ... Boleh naik bas dah.

Sumber gambar: Global Travel Mate

Selasa, 26 Ogos 2014

Ruang Hati



Penyanyi lagu ini dari band Stamp. Judul dia ศาลาพักใจ śālā pakchai. Walaupun lagu kapak tapi kita enjoy saja. Rumah tuk aku dulu boleh dengar dan tengok radio televisyen Thai saja, huhui... 

Style dia ni sempoi bersahaja. Dulu dia menyanyi di night club di Hadyai sebelah itu saja selain di Phuket. Kini, di ibu kota terkenal dah. Mat Saleh pun berminat lagu dia. Slang penyanyi ini slang Selatan Thai. Tidak pelik seperti slang orang Tengah Thai. Benci dengar bunyi "sh" budak-budak Bangkok. Ingat bandar sangatlah sebut begitu, phuiiih ~ 

Lagi satu bunyi squeky gadis-gadis itu cukup aku cemuih dengag. Nak tiru Jepun pun berpada-pada lah. Konsep "kucing" Jepun punya kecomelan itu tidak begitu menarik pun. Thailand tidak perlu konsep-konsep Jepun mak nenek itu. Guna konsep tempatan pun sudah hebat dah.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Pecahan Negeri-Negeri Melayu Berpengaruh Siam


Negeri-negeri ini semua dihuni oleh majoriti etnik Melayu serta minoriti etnik Senoi, etnik Negrito dan etnik Tai-Kradai. Tidak mengira yang Muslim atau Buddhis, kedua-dua pun mempunyai bahagian dalam sejarah yang panjang. Sebelum kewujudan Siam dari kurun ke-13 M sehingga kurun ke-18 M, negeri-negeri ini sudah dihuni oleh orang-orang jenis Melayu, penutur bahasa berumpun Austronesia.

Mereka bercampur, bersemenda dengan etnik-etnik Senoi (penutur bahasa Austroasia), etnik Negrito, etnik Tai-Kradai, etnik-etnik Austronesia lain dari pulau-pulau seperti orang Sumatera yang turut terdiri daripada beratus-ratus suku kaum. Mereka semua digelar orang Siam cuma selepas daripada kurun-13 M iaitu selepas perluasan jajahan negara Sri Ayutthaya.

Begitu juga etnik-etnik India bermacam-macam suku kaum dari Kerala, Bangladesh, Pakistan, empayar Parsi serta sebilangan kecil etnik-etnik Arabia. Etnik jenis Tai-Kradai serta etnik-etnik Cina yang baru tiba di lewat kurun ke-19, bercakap bahasa jenis cink conk pun berasal dari rantau China. Sebab itu rantau ini digelar, Indo-China. Tidak ubah seperti hari ini pun! Jadi tidak usah duk Thai atau Malay Pride sangatlah, macam budak-budak kecil tidak cukup akal saja!

Untuk Indo-China itu pula, yang stok-stok Cina dan India yang baru tiga generasi di sini pun tak usah over-acting juga. India dengan China itu cuma generic term saja. Dua-dua tempat yang tersebut itu pun ada entah berzillion jenis bangsa dan orang asli. Dari awal sudah disebut, manusia itu manusia saja.

Thailand

Negeri Ligor
Negeri Songkla
Negeri Setul
Negeri Patani

Malaysia

Negeri Kedah
Negeri Perlis
Pulau Pinang
Negeri Kelantan
Negeri Terengganu
Negeri Pahang

Sempadan negara-negara lampau tolong jangan dikelirukan oleh kewujudan negara-negara moden. Keadaan berubah-ubah mengikut zaman.

Sejarah Wilayah Selatan


Selatan Thailand terletak di Semenanjung Tanah Melayu di atas Segenting Kra dari sempadan utara Persekutuan Malaysia sehingga ke rantau Tengah Thailand. Bahagian pantai barat mempunyai pantai-pantai yang curam, sementara ke timurnya mempunyai lembah-lembah bersungai. 

Sungai terbesar sekali di sini adalah sungai Tapi di Surat Thani, bersama dengan sungai Phum Duong menampung air seluas 8000 km², melebihi 10% daripada seluruh rantau selatan. Sungai kecil-kecil terdapat di negeri Patani, Saiburi, Krabi, dan Trang. 

Tasik terbesar sekali di selatan seluas ,040 km² adalah Tasik Songkhla, diikuti tasik buatan iaitu Tasik Chiao Lan (Empangan Rajaprabha) seluas 165 km² di Taman Negara Khao Sok di Surat Thani. Kemudian terdapat beberapa banjaran, dengan yang tertinggi setinggi 1835 m di Khao Luang di Nakhon Si Thammarat. Membanjari dari Segenting Kra sehingga ke Phuket dengan banjaran Phuket yang dihubungkan dengan Banjaran Tano Sri di utara. Hampir selari dengan banjaran Phuket tetapi 100 km ke timur di negeri Nakorn Sri Thammarat pula adalah Banjaran Banthat yang bermula dengan Ko Pha Ngan, Ko Tao, dan Ko Samui di Surat Thani dan berakhir di sempadan Malaysia di kepulauan Tarutao.

Sempadan dengan Malaysia dibentuk oleh Banjaran Sankalagiri, kadang-kadang terpecah ke banjaran di Patani, Teluban dan Songkla. Di Semenanjung Tanah Melayu bahagian Malaysia pula, bermula dengan Titiwangsa.

Batu kapur di pantai barat pula membentuk bukit-bukit seperti di negeri Perak di Malaysia. Bahagian-bahagian itu tenggelam selepas zaman ais dan timbul semula kini, lalu membentuk pulau-pulau seperti pulau Phi Phi. Lagi satu yang terkenal juga, disebut Pulau James Bond di Teluk Phang Nga sebab pernah melatari filem The Man with the Golden Gun.

Sejarah

Ini sejarah umum-umum sahaja untuk rujukan umum juga. Untuk pihak negeri Kedah dan lain-lain, dilarang mereka-reka cerita! Sila dapatkan maklumat lanjut dari pihak istana, pihak jabatan sejarah negeri (muzium), arkib dan pihak berautoriti akademik.

Zaman Awal: Hindu-Buddha

Empayar Srivijaya
Empayar Angkor

Zaman Klasik: Islam
Kesultanan Melayu Kedah
Kesultanan Melayu Kelantan
Kesultanan Melayu Pahang

Zaman Moden

Sekilas Pandang
Pecahan Negeri-Negeri Melayu Berpengaruh Siam
Bahasa
Budaya
Makanan

Selasa, 19 Ogos 2014

Selatan: Sekilas Pandang


Pengantar

Disebabkan rantau ini bersempadan dengan negara Persekutuan Malaysia, jadi ia turut menjadi perbualan hangat penduduk-penduduk peminat misteri. Memang banyak sekali misteri di dunia ini namun tidak perlu lah kita terlampau "insecure" sangat untuk mencari kehebatan bangsa atau diri sendiri. 

Cuba bawa-bawa membaca teori-teori lain seperti teori sosial, teori politik, pengantar sejarah, antropologi, geografi serta falsafah lain juga. Orang kata, membaca banyak itu, meluaskan pemandangan. Sebutlah bangsa mana pun, nanti kembali juga ke asal jadi kita, manusia. Manusia itu dicipta daripada tanah. Apa benar, apa tidak?

Aku hendak kongsilah beberapa potong bait sajak dari penyair Punjab beragama Islam ini bila berbicara mengenai benda-benda kemuliaan kedudukan semua...

Wali-wali keramat, qutub-qutub, dan orang-orang zahid
Semua pun duduk bawah debu tanah sudah
Darius dan Iskandar Zulkarnain
Dua-dua pun duduk bawah debu sudah
Muka cantik-cantik, segak-segak bersinar
Semua pun duduk bawah debu tanah sudah
Penghabisnya, semua pun turun jadi debu belaka
Bagi cinta hati itu cuma kepada Tuhan saja
Cuma Dia saja lah yang mampu penuhi janji Cinta
Dunia ini cuma sementara saja
Sibuk duk kejar cinta benda-benda duniawi itu hilang habis lah Cinta Sebenar

Benda-benda mistik kebesaran bangsa itu jika terlampau diberi perhatian sangat pun, cuma membuang masa saja. Counter-productive, mat saleh kata. Kalau malas hendak baca benda-benda lain bimbang sel otak tidak berhubung, eloklah dirisaukan mengenai kedudukan kita di akhirat kelak. Orang Siam kata akhirat itu, anakhot (masa depan). Yang bagi Tuhan pandang ke makhluk itu, iman, ihsan dan takwa. Bukan bangsa dia baik Yahudi, Arab, Bengali, Siam atau Melayu pun. Tuhan bukan lihat kedudukan duniawi atau elaun kerabat. 

Cheewah, panjang no pengantar. Rantau ini dekat dengan Malaysia jadi ia turut berkongsi beberapa peristiwa sejarah yang sama juga dengan beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia dan pantai timurnya. Bukan apa, cuma kita tidak mahu isu Nazi terjadi di rantau Asia Tenggara ini. Jadi, kita peringat siap-siap. Hidung pun kemek bukan? Bukannya hidung Indo-Eropah Jerman pun kan? Kulit pun hitam-hitam saja. Kita kutuk-kutuk orang Barat tapi kita sendiri lupa kita duk tiru sikap buruk mereka sebelum Perang Dunia I. Begitu juga sikap buruk orang Arab jahiliyah.

Sejarah

Berbalik ke isu rantau selatan, ia dihubungkan dengan rantau tengah oleh Segenting Kra. Semenanjung Tanah Melayu sudah pun dihuni manusia semenjak zaman pra-sejarah. Tinggalan arkeologi ditemui di beberapa gua batu kapur, yang pernah didiami oleh manusia purba. Begitu juga dengan tapak pengebumian. Tinggalan tertua sekali ditemui di gua Lang Rongrien bertarikh 38,000-27,000 tahun lampau selain terdapat juga di gua Moh Kiew.

Dalam milenia pertama, catitan-catitan China menyebut beberapa kota pesisiran atau negara-kota, namun mereka tidak memberi lokasi geografinya pula. Oleh itu, muncul lah kesukaran untuk orang zaman moden mengesan kedudukan kota-kota tersebut.

Negara Kota Penting

Beberapa negara-kota utama orang Melayu itu seperti:
  • Langkasuka, selalunya dianggap sebagai pelopor kesultanan Patani.
  • Tambralinga, kemungkinan besar pelopor kepada kerajaan Ligor.
  • Panpan, didakwa berada dalam daerah Phunphin di negeri Surat Thani kemungkinan di Teluk Bandon, Sungai Tapi.
Kota-kota ini sangat dipengaruhi oleh kebudayaan orang Hindu. Bila sebut Hindu ini, tentunya melibatkan tradisi-tradisi, falsafah serta kepercayaan-kepercayaan di sekitar rantau moden di Pakistan, India, Sri Lanka, Bangladesh serta rantau-rantau serpihnya di Afghanistan, Nepal dan lain-lain di Asia Tengah. Penduduk-penduduk di sebelah rantau yang berhubung dengan orang-orang Hindu itu pun turut mengikut dan menyesuaikan kehidupan mereka dengan adat-adat dan kepercayaan Brahmin serta ajaran Buddha.

Bila cawangan kerajaan Srivijaya di Semenanjung Tanah Melayu berpusat di Jāya (Chaiya) memperluas jajahannya, kota-kota orang Melayu di pesisir-pesisir pantai itu pun membayar ufti dan memberi sembah kepada maharaja Srivijaya. Kota Jāya di negeri Surat Thani turut mengandungi beberapa runtuhan dari zaman Srivijaya. Kota itu kemungkinannya, merupakan ibu kota di rantau seberang bagi kerajaan Srivijaya. Sesetengah sejarawan Thailand sendiri mendakwa bahawa kota itu pernah berfungsi sebagai ibu kota sepenuh masa Srivijaya untuk seluruh empayarnya bagi beberapa tempoh. Namun, dakwaan ini tidak begitu diterima umum.

Selepas kejatuhan Srivijaya sekitar kurun ke-12 M, Nakhon Sri Thammarat (Ligor) pula menjadi kuasa besar di sebelah selatan. Menurut orang Thailand, ketika pemerintahan Ramkhamhaeng dari negara Sukhothai, pengaruh kebudayaan Tai-Kradai pertama kali tiba di Ligor. Menurut dakwaan inskripsi Ramkhamhaeng, Ligor menghantar ufti ke Sukhothai dan menyembah raja negara Sukhothai. Dalam tempoh kurun ke-13 pula, Ligor menyembah ke kerajaan Sri Ayutthaya (Siam).

Jauh lagi ke selatan, wujud pula kesultanan-kesultanan Melayu tradisional iaitu kesultanan Melayu Patani dan kesultanan Melayu Kedah. Di sebelah hujung utara Semenanjung Tanah Melayu ditadbir dan dikawal terus oleh Bangkok.

Semasa pembaharuan Thesaphiban di penghujung kurun ke-19 M, kedua-dua Ligor dan Patani diserap terus ke dalam pentadbiran negeri pusat di Bangkok. Kawasan itu dibahagi kepada lima mandala (jajahan) yang dipasang untuk mengawal mueang (negara-kota) tersebut. Mueang yang kecil-kecil diserap terus ke mueang besar-besar untuk memudahkan kerja dan memotong kos pentadbiran. Jadi terbentuklah 14 negeri-negeri rantau selatan.

Menerusi Perjanjian Inggeris-Siam 1909, sempadan British Malaya pun ditetapkan. Kesultanan Kedah masuk ke perlindungan empayar Great Britain sementara kesultanan Patani tertinggal dalam empayar Siam. Untuk maklumat lanjut sejarah itu, nanti difikirkan cara untuk menyumbatnya.

Pentadbiran

Sejak 1 Nov 2008, rantau selatan mengandungi sebanyak 14 negeri semuanya:
  • Chumpon.
  • Krabi.
  • Nakon Sri Thammarat (Ligor).
  • Narathivat.
  • Patani.
  • Phang Nga.
  • Phattalung (Bedelong).
  • Phuket (Thalang).
  • Ranong (Rundong).
  • Satun (Setul).
  • Songkhla (Singgora).
  • Surat Thani.
  • Trang. (Mueang Thap Tiang)
  • Yala.
Siri-Siri Darurat
  • Keganasan serta peristiwa tembak-menembak di negeri Patani, Yala dan Narathivat sejak 2004.
  • Peristiwa bom merebak ke pekan Hadyai dan pekan koboi Danok di negeri jiran, Songkhla yang tidak berkaitan pada 2006, 2013 dan 2014.
  • Masalah dengan kutu penagih dan pengedar dadah di negeri-negeri sebelah Patani, Yala dan Narathivat bertindan dengan urusan dengan kelompok-kelompok kumpulan pemisah dari tiga negeri itu.
  • Pelancong dan orang luar dinasihat berhati-hati di negeri-negeri Patani, Yala dan Narathivat. 
  • Selain itu berhati-hati di pekan-pekan di negeri Songkhla juga seperti pekan Danok, pekan Betong dan bandar Hadyai untuk mengelak kena aniaya yang sia-sia.

Ahad, 1 Jun 2014

Senarai Raja Negara Sri Dharmaraja


Senarai yang ditemui cuma tiga orang tetapi depa ini mempunyai dinasti-dinasti yang berkaitan di selatan Thai dan utara Tanah Melayu. Kerajaan ini pernah menyertai empayar Srivijaya. Rekod sedang cuba digodek...

Permulaan

Brahmin Mali
Brahmin Mala

Dinasti Padmawangsa

Sri Dharmasokaraja Chestha Wangsasura, mangkat pada 1230 M kemudian diganti oleh uparaja Chandrabhanu.

Sri Dharmaraja Chandrabhanu (Sinar Rembulan), memerintah 1230-1263 M; 1247 M beliau menjajah Utara Sri Lanka; 1258 M beliau terpaksa menyembah raja Parakramabahu II dari negara Dambadeniya; 1262 M, terbunuh dalam pertempuran dengan orang Sri Lanka selatan yang disokong oleh dinasti Pandiya.

Chavangamaindan, memerintah 1262-1277 M di kerajaan Jaffna. Baginda kalah perang pada 1270an dengan dinasti Pandya (Tamil Lama) sekaligus diganti oleh dinasti Aryacakravarti, bermula dengan seorang menteri dari Pandya bernama Kulasekara Simharyan.

Rujukan:

Muang Nakon Si Thammarat, Institut Ligor Universiti Rajabhat.

'Cara Baru' Belajar Bahasa Thai

Kanak-Kanak Sempadan Selatan Suka 'Cara Baru' Belajar Bahasa Thai

Berita oleh Wannapa Khaopa
The Nation
20 Sep 2010
Terjemahan bahasa Melayu oleh North Gate

the Nation

Guru-guru memperguna bahasa ibunda untuk mengajar di peringkat awal serta berperingkat-peringkat menggunakan wahana bahasa Thai

Lebih daripada 100 orang pelajar di sempadan selatan yang berbahasa Melayu loghat tempatan berasa gembira dengan pelajaran bahasa Thai mereka.

Perasaan mereka itu berbeza dengan pelajar-pelajar yang memulakan langkah pertama mempelajari bahasa Thai yang merupakan bahasa yang tidak digunakan dalam kehidupan harian mereka sebelum itu. Menerusi usaha Universiti Mahidol (MU), pelajar-pelajar di empat sekolah perintis boleh menikmati cara yang lebih mudah untuk mempelajari bahasa kebangsaan.

"Selepas kira-kira 30 tahun mengajar, pelajar yang telibat dalam projek pendidikan dwibahasa menjadi antara kelompok yang begitu berpuas hati serta cemerlang dalam pembelajaran bahasa Thai", jelas Tuanyoh Nisani, guru tadika untuk kelas tahun dua di Sekolah Ban Prajan di Patani.

"Jelas sekali mereka menunjukkan hasil yang berbeza dengan budak-budak yang saya ajar sebelum ini. Mereka lebih memahami bahasa Kebangsaan. Mereka menjadi lebih rapat dengan saya, gembira semasa sesi pembelajaran dan lebih yakin untuk menyatakan imaginasi serta pemikiran kreatif mereka selepas masalah bahasa diatasi", Tuanyoh berkata lanjut.

Perkembangan pelajar membuktikan bahawa hikmah sebalik cadangan Prof. Suvilai Premsrirat, pengerusi Pusat untuk Dokumentasi dan Penyuburan Semula Bahasa dan Budaya Terancam di Institut Bahasa dan Budaya Asia Universiti Mahidol untuk memperbaik mutu pembelajaran bahasa Thai dalam kalangan pelajar Melayu di sekolah-sekolah negeri, tiga tahun lepas mula membuahkan hasil.

Prof. Suvilai memperkenal teknik-teknik pembelajaran baru di sekolah-sekolah wilayah selatan seperti di Patani, Jala, Narathiwat dan Satun, termasuk di Ban Prajan, supaya pelajar mudah mempelajari bahasa kebangsaan menerusi peringkat-peringkatnya. Kajian dan penulisan beliau berkenaan pendidikan dwibahasa telah membantu pelajar-pelajar tersebut.

"Projek ini boleh membantu pelajar mempelajari bahasa Thai dengan lebih gembira", beliau berkata.

"Saya melatih guru-guru di empat sekolah dengan kaedah pengajaran baru sebelum memakainya untuk murid-murid tadika".

"Berbanding dengan penggunaan bahasa Thai sepenuhnya dalam pengajaran, guru-guru bercakap kepada mereka menggunakan bahasa Melayu, tetapi pelajar-pelajar mula mempelajari bahasa Thai menerusi aksaranya. Guru-guru meminta murid-murid menulis perkataan-perkataan bahasa Melayu atau loghat Thai Selatan menggunakan aksara-aksara bahasa Thai.

"Ia turut membantu mereka membiasakan diri dengan bahasa Thai. Guru-guru kemudian cuba bertutur bahasa Thai mudah-mudah lalu meminta murid mengejanya. Jadi, murid-murid pun belajar perkataan bahasa Thai sedikit demi sedikit. Ia bagus untuk proses penyesuaian bahasa murid-murid. Selepas tamat tadika, masuk ke Prathom 1 (Darjah 1), mereka sudah mampu membaca dan menulis perkataan-perkataan di buku teks. Penggunaan loghat-loghat Tambralinga (bahasa Melayu kacukan) dan bahasa Melayu pun ditinggalkan untuk memberi laluan bagi bahasa Thai peringkat tinggi di sekolah", ulas beliau.

"Umumnya, murid-murid Selatan Thai mempelajari bahasa Thai dengan cara guru-guru terus menggunakan bahasa baku dan murid-murid itu mengalami kejutan. Mereka tidak boleh berbahasa baku disebabkan oleh bahasa baku diperguna di ibu kota dan di utara namun mereka dipaksa juga belajar bahasa wilayah Tengah Thai di sekolah-sekolah. Guru-guru memang mengajar dalam bahasa Thai wilayah Tengah dan murid-murid mesti berbahasa kebangsaan. Hasilnya, imaginasi pelajar pun terhalang disebabkan oleh kesukaran bercakap bahasa baru", Waemasanah Saedeng, guru besar sekolah Ban Prajan menambah.

Sekolah ini dan lain-lain di wilayah sempadan Selatan sudah bertahun-tahun menghadapi masalah ini.

Waemasanah menjelaskan lagi, "Sukar sekali untuk murid-murid memahami subjek Sains dalam bahasa Thai kerana banyak istilah-istilah abstrak. Perhubungan dengan loghat bahasa Thai wilayah Tengah pun begitu sukar buat mereka. Jadi, mereka tak faham serta takut untuk bertanya guru kerana tidak biasa dengan bahasa Kebangsaan".

Selepas teknik-tenik baru ini digunakan, Waemasanah berkata bahawa bilangan murid-murid ponteng kelas pun turun mendadak jika dibandingkan dengan sebelum-sebelumnya. Waemasanah dan Tuanyoh bersetuju bahawa ibubapa pun gembira kerana anak-anak mereka dapat mengatasi masalah komunikasi di sekolah. Mereka mahu projek itu diteruskan. Ibubapa melaporkan bahawa anak-anak mereka semakin berminat untuk membaca dan menulis. Mereka melihat anak-anak mereka berusaha membaca tulisan-tulisan di papan tanda jalan dan papan iklan semasa mereka menaiki kenderaan.

Sabtu, 30 Mac 2013

Orang Dekat Rumah



Nah, aku ketempek bagi hangpa lagu kampung berbahasa Thai Selatan. Lagu ini aku dengar sejak zaman-zaman dia baru muncul sehingga kini pun tak rasa bosan, haha....

Penyampai lagu, Bao Wee dan lagu berjudul คนใกล้บ้าน Kon Klai Ban. Maksud dia orang dekat rumah. Lagu ini mengisahkan Pee Bao yang jatuh cinta  dengan awek depan rumah dia tetapi malang sekali dia cuma bertepuk sebelah tangan sebab si awek cuma pandang lelaki kaya saja. Video ini entah siapa punya aku cilok.

Teringat zaman-zaman aku mengaji-mengaji di sekolah menengah di Kangar (Kayang). Masa itu tahun 1997/1998 begitu kot. Aku baru berusia 13 tahun. Keluarga aku tinggal di Kuala Lumpur sebab pak aku bekerja di situ. Kampung sebelah mak aku di Ulu Pauh sepanjang Jalan Changlon. Kini sudah berubah dah tempat itu. Naik jalan raya bagai. Dulu tempat hantu berparti sahaja. Oh yeah, aku didedahkan dengan bahasa Siam di Perlis lah.

Dulu classmate aku ada seekor budak Cina Bangkok yang berlagak bandar macam haram jadah. Aku ingat nama depan dia saja sebab bangsat itu tidak penting pun. Tak padan dengan miskin, ada hati mau besar kepala... tuihhhh! ~

Aku suka menyembang dengan cik kak kantin asrama yang tiga orang itu saja. Seorang itu cun juga lah, lol. Depa mari dari Songkhla. Komuniti cakap bahasa Siam Kubur Panjang dengan Perlis pun banyak ja duduk sekelas jadi aku yang khek ni pun boleh juga faham.

Masa cuti pun bila aku tidak balik ke rumah tuk wan aku sebab menyampah dengan kazen-kazen sebelah mak aku yang berbangsa Melayu suka menyebok dan takabbur itu, aku akan pergi lepak di wat-wat Siam atau masjid-masjid mana-mana yang kaki aku bawa lah, lol.

Penerbit video muzik asal: R Siam

Selasa, 26 Mac 2013

ใต้ใจหนึ่งเดียว

 

Judul lagu ala-ala muhibah dari Selatan Thai ini berbunyi "Tai Chai Neung Dieuw" bermaksud "Satu Hati". Antara barisan penyanyi adalah Bao Wee, Bew Kaliyani, Sayam, Silapintai, R, 1-2, dan lain-lain tak tersebut lah satu-satu. Jangan dok mengkelai naaaa!!!!!!!

Jumaat, 4 Januari 2013

Robam Nari Sri Nakorn

 

Hmmm, selalu hangpa mesti ada dengaq pasai Menora atau Lung Nora di sebelah Selatan Thai dan jugak belah Kedah atau Kelantan. Kita perkenal ke hangpa, ini ระบำนารีศรีนคร Robam Nari Sri Nakorn dari negeri Ligor atau Nakorn Sri Thammarat. Persembahan ni persembahan dari orang-orang bahagian Jabatan Kemanusiaan Universiti Rajabhat di Surat Thani sana. 

Seni tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan orang Srivijaya di samping pengaruh adat-istiadat agama Buddha dari Sri Lanka. Tarian biasa dipersembah oleh cik kak beberapa orang di candi agung di negara kota pada hari perayaan keagamaan yang penting di negeri Ligor dan jajahannya. 

Rabu, 26 Disember 2012

Srivijaya di Segenting Kra


Yang ini aku cuba terjemahkan ke bahasa Melayu dari bahagian akhbar atas talian Sereechai.Com berkenaan dengan negeri Ligor atau Tambralinga sempena tokoh Tammarat Chandrabhanu yang berasal dari situ. Versi bahasa Siam dia aku malas nak tempek ke sini. Membuang masa saja tempek banyak-banyak. Baik tempek versi bahasa Melayu bagi rakyat Malaysia faham. 

Yang ini, dari kajian batu bersurat di Wat Mahathat di Nakorn Sri Tammarat. Hangpa boleh nampak pengaruh orang Melayu Buddha sampai ke Segenting Kra atau mungkin juga sampai ke Teluk Siam. Tang mana Siam atau Thai nya walaupun orang-orang ini beragama Buddha sama dengan agama orang Thai moden?

Petikan

Dari batu bersurat bahagian kedua, tidak tersebut pun sama ada mengenai Phra Chao Khrung Sriwijaya atau Phra Chao Chandrabhanu Thammarat, kepala yang menjadi ong (putera mahkota) yang sama bagi Khrung Srivijaya itu. 

Batu bersurat itu dikatakan memuji Phra Chao Khrung Srivijaya atau Phra Raja Adhi Phra Ong atau Putera Mahkota Srivijaya dan tersebutlah dalam batu bersurat itu: "baginda maharaja mempunyai kesegakan menawan. Bangsawan bak sinar mentari laksana bulan".

Pada batu bersurat tiang yang ke-23, dinyatakan bahawa pengganti maharaja itu datang dari rajawangsa atau dinasti Sailendra. Bahagian batu bersurat tiang yang ke-24, tersebut bahawa baginda itu datang dari phra rajawangsa padmawangsa. 

Banyak sekali persoalan yang muncul apabila pembaca terbaca hal ini. Sebab ada berlakunya pertindihan berkenaan dengan siapa dia maharaja Srivijaya ketika itu dalam dua batu bersurat yang dibacakan itu. Dan dipercayai juga, maharaja Srivijaya dan juga raja pemerintah Tamralinga adalah orang yang sama. Berasal dari keluarga sama, tapi nama dinasti pula berlainan. Satu dinasti Sailendra manakala satu lagi dinasti Padma.

Sehingga peringkat ini, dapatlah disahihkan bahawa istana pelindung kerajaan Srivijaya memerintah bersama dengan pemerintah asal wilayah Nakon Sri Tammarat. Pemerintahan di situ tertakluk kepada kuasa budi bicara pemerintah asal wilayah Nakon Sri Tammarat walaupun berada dalam kesatuan kerajaan Srivijaya. 

Dari laporan sejarawan dan pakar carigali sejarah purba, mereka berkesimpulan bahawa dinasti pelindung Srivijaya dalam abad ke-4 tahun Saka pernah mengasaskan satu kerajaan kecil yang dikenali sebagai kerajaan Sailendra serta membangunkan dinasti Sailendra. Ia muncul dalam tamnan atau lagenda yang dikenali sebagai มุขปาฐะ Mukh Batoh yang juga tercatat dalam batu bersurat.

Sambungan daripada ringkasan kisah adalah seperti berikut. Negara Tamralinga yang kemudiannya dikenali sebagai Nakorn Si Tammarat tergolong dalam 12 negara anggota kesatuan Naksat. Kesemua 12 negara tersebut berkuasa autonomi yang sama tetapi ia masih berada dalam pemantauan Nakon Sri Tammarat semasa era Sukhothai menyerap masuk mereka ke dalam mandala kekuasaan mereka.

Zaman moden ini, Tamralinga cuma menjadi wilayah Nakorn Sri Tammarat sahaja. Tiada pemerintah lagi. Ia tunduk kepada maharaja Thailand moden di Bangkok.   

Sejarahnya terbahagi kepada dua lapisan:

1. Generasi awal akan menceritakan dari mulut ke mulut kerana waktu itu masih belum wujud sistem rekod bertulisan. Tulisan hanya dikenali oleh orang-orang istana. Kisah yang diceritakan secara mulut ke mulut itu akan tersebar meluas dalam masyarakat.  

2. Dalam sekitar tahun 1600 tahun Saka atau 1056 masehi, mula muncul rekod-rekod bertulis tentang sejarah tempatan.

Lagenda Nakorn Si Tammarat berada dalam pembahagian kedua bab yang berjudul "Pecah Istana" yang menyatakan bahawa kerajaan ketika itu terpecah dua kerana matlamat dan pemikiran yang berbeza. Nakon Sri Tammarat merupakan antara negara kota terawal di Segenting Kra yang berhubung dengan negara-negara kota sekitarnya dan agama rasmi kerajaan mereka adalah agama Hindu dan tradisi kaum Brahmana.

Agama dan tradisi kaum Brahmana masih tebal mempengaruhi anutan penduduk dalam tahun Saka kelima sampai keenam yang mana generasi pertama kerajaan ini adalah orang India Purba atau Hindu Purba. Kemudian mereka menikah dengan puteri-puteri ketua tempatan.

Hasil hubungan dengan negara kota pada zaman generasi pertama, mereka mula membangunkan pelabuhan kapal, terusan luas yang boleh dilalui oleh kapal-kapal sehingga wujud kota pelabuhan besar terkenal dan menjadi tumpuan para peniaga. Negara mereka tiada tembok atau kubu kota kerana pada zaman itu, raja-raja berhubungan baik dengan negara kota jiran lain. Mereka menjadi pusat kelautan kedua di rantau Asia Tenggara zaman itu.

Kemudian, apabila kerajaan di lautan bawah atau Srivijaya di Sumatera berkembang, mereka membesarkan sampan mereka (perang dan takluk). Taklukan mereka sampai ke utara Semenanjung Tanah Melayu dan Segenting Kra. Tahun Saka ke-13 sampai ke-15 pula, negara-negara kota pelabuhan yang tiada perlindungan diri sebab tak membuat kubu kota terpaksa pindah masuk ke utara sebelah hulu apabila diterajang oleh Srivijaya.

Kota Tamralinga sahaja masih berdegil dan bertahan di tempatnya. Kemudian mereka belajar dari pengalaman dan membina kubu tembok batu supaya sukar ditakluki oleh Srivijaya. Askar-askar sudah sedia untuk berperang dengan puak Srivijaya. Mereka bebas sampai ke abad ke-17 dan ke-18 tahun Saka. Pengaruh aliran ajaran Buddha Langkawangsa semakin melebar masuk ke negara kota Tamralinga. Raja membuat kota baru selepas memperluas kuasa sedikit lalu mengubah nama negara menjadi Nakorn Sri Tammarat atau Negara Sri Dhammaraja. 

Apabila berjaya melebarkan kuasa mereka, raja membangunkan candi Phra Bhorom Dhatu dan Wat Mahathat. Wat Mahathat tersebut menjadi biara rasmi kerajaan Tamralinga. Kuasa Tamralinga pernah melebar sampai ke kawasan-kawasan dalam Malaysia hari ini. Mereka juga aman makmur semasa itu.

Makmur jaya Nakorn Si Tammarat, berkuasa sampai abad ke-18 tahun Saka atau sekitar kurun ke-12 masehi. Sambil meluaskan jajahan mereka sebenarnya cuba melawan orang Melayu empayar Srivijaya. Nakorn Sri Tammarat mewujudkan kota-kota baru dan saling bertalian persaudaraan sesama kerabat diraja di negara-negara kota lain. Mereka saling berkongsi segala cukai negara dan hasil alam.

Cahaya Nakon Si Tammarat bersinar dari Wat Phra Borom dan ada juga lambang teraju binatang-binatang yang mewakili negara-negara kota. Mereka ini saling bekerjasama menurut tahun seperti yang terpapar pada binatang-binatang 12 pada teraju.

Negara Saiburi lambang dengan Chut atau Tikus.

Negara Patani dengan lambang Chelu atau Lembu.

Negara Kelantan dengan lambang Khan atau Harimau.

Negara Traiburi berlambang Merong iaitu Ular Besar.

Negara Pattalung teranya Maleng atau Ular Kecil.

Negara Pahang dengan lambang Thauh atau Arnab.

Negara Trang dengan lambang Mamia iaitu Kuda.

Negara Chumpon berlambang Mameh atau Kambing.

Negara Chaiyya (Jaya) lambang dia Wok iaitu Beruk.

Negara Thaa Thong berlambang Raka atau Ayam.

Negara Takuapa-Thalang berlambang tahun Cho atau Anjing.

Negara Kraiburi berlambang tahun Kun atau Kura-Kura.  

Perkataan untuk binatang-binatang dalam tahun 12 pusingan untuk negara kota itu ambil peranan mereka adalah dari bahasa lama. Bukan bahasa Siam (bahasa Thai) dan bukan bahasa Melayu.

Aku pernah buat cross-check dengan orang Kemboja. Mereka kata setengah perkataan itu berbunyi klasik yang nak sama macam rumpun bahasa orang Mon-Khmer (Senoi) purba di negara mereka. Orang Mon-Khmer ini pun pernah wujud di India Purba sana. Mereka bukan semestinya penduduk di Suvarnabhumi saja.

Di Semenanjung Malaysia, orang Melayu atau etnik jenis Melayu (Austronesia) bukan tergolong dalam kelompok Senoi (Mon-Khmer). Jenis Melayu yang ahli etniknya terdapat mereka yang tidak beragama Islam, antaranya seperti orang Jakun, orang Seletar, orang Laut, orang Selat, orang Kanaq dan orang Temuan. Sebelah Malaysia Borneo, kelompok Iban boleh dikira sebagai rumpun Austronesia.

Khamis, 24 November 2011

Muay Chaiyya

Sejarah Pertubuhan Muay Chaiyya di Selatan Thai

 
Hakmilik video: Chanuphon

Arghhh, nak haram la pemuat turun celaka ni!!! Aku tak buleh nak muat turun video Muay Boran Chaiyya. Kalu tak tau lagi lar, Muay Chaiyya ni jenis Muay Boran atau Muay Purba yang diamalkan di kawasan dalam empayar Kemboja. Orang Tai belajar sedikit sebanyak Muay Boran ni masa depa jadi askar dalam empayar Angkor (Kemboja). Sebelah Selatan Siam, orang-orang di situ dulu pun termasuk dalam empayar Kemboja dalam abad ke-5 ke-6 macam tu.

Tiga Belas Buah Muay Chaiyya: Acharn Lek 

 
Hakmilik Video: Master.K.Muaythai

Video ni ehsan dari pemuat naik video dalam Youtube, dan jugak diterbit oleh Acharn Lek (Kridakorn Sopprasek) di Bangkok. Beliau ni punya kata-kata semboyan: "kita pertahan apa yang ada!!!" Felem Thai yang tajuk dia "ไชยา" Chaiyya tu pelakon dia sorang anak murid Acharn Lek, Acharn Lek jadi penasehat gaya Muay dia. Yang seluarq hitam tu pelakon dalam felem "Chaiyya," nama dia Prawit Kitthichantira. Dia belajarq dengan Acharn Lek masuk 11 tahun dah la.

Umumnya, dalam video ni ada 13 bijik buah Muay Chaiyya. Benda ni kebanggaan kita lah orang-orang belah Selatan Siam dan jugak Utara Malaysia. Nak kena ada stamina la pulak nak main Muay no. Aku lama dah tak eksesais, damnnnn!

Syoq gak kalu godek-godek lagi bab ni. Lama aku tak baca bab ni, rasa macam nak pi Siam ja balik mujuq ayarq bah jah. Untuk maklumat lanjut, hangpa buleh kelik kat sini juga ---> Belajarq Muaythai Chaiyya.