Empayar Śrīvijaya


Kedatuan Srivijaya atau kerajaan Srivijaya ini merupakan empayar orang keturunan suku bangsa Melayu yang menganut ajaran Buddha Mahayana pada zaman purba. Empayar ini beribukota di kota Palembang, Pulau Sumatera. Kini, ibukotanya iaitu Palembang berada dalam rantau Republik Indonesia. Kedatuan Srivijaya ini merupakan pusat terpenting bagi penyebaran ajaran Buddha dalam abad ke-8 sehingga abad ke-12 M.

Bukti cargali arkeologi sejarahnya, yang terawal sekali ditemui dari abad ke-7 M. Seorang bhiksu Buddha berbangsa Cina bernama Yi Jing menulis bahawa beliau ada singgah sebentar di wilayah kerajaan Srivijaya pada 671 M selama enam bulan lamanya. 

Batu bersurat pertama dengan nama Srivijaya terukir padanya, terdapat dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit yang ditemui sekitar kota Palembang di Sumatera bertarikh 16 Jun 682. Jika tuan-tuan dan puan-puan pernah belajar bahasa Melayu Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), pastilah akan menemui pengajian lanjut mengenai bahasa Melayu purba yang dipengaruhi ajaran Buddha ini.

Catitan Sejarah

Tak dapat dipastikan dengan tepat mengenai perjalanan sejarah empayar ini. Ia merupakan masa lampau yang dilupakan oleh orang Melayu sendiri sehingga ditemui semula oleh orang-orang Barat. Sebenarnya petitih dari istana diraja orang Melayu Patani yang beragama Islam di Selatan Thailand pada kurun ke-17 pernah menceterakan mengenai kerajaan-kerajaan tempatan yang bersalin agama dari menganuti ajaran Buddha menjadi penganut agama Islam.

Wujud juga beberapa batu batu bersurat dalam biara Buddha di sebelah Selatan Thailand yang meriwayatkan mengenai empayar ini. Di Indonesia sendiri, dikatakan bahawa kerajaan ini cuma sampai ke telinga orang ramai dalam tahun 1920 sahaja apabila sarjana Perancis George Coedes menerbitkan hasil pengajian beliau dan tafsirannya dalam surat khabar berbahasa Indonesia dan berbahasa Belanda. George Coedes membuat catitan bahawa rujukan China dengan bunyi, "Sanfochi" dalam bahasa Hindu sepatutnya dibaca sebagai Sribhoja. Sribhoja ada tercatit dalam prasasti berbahasa Melayu purba yang merujuk kepada empayar ini.

Rekod Srivijaya yang dibina semula didapati menerusi maklumat dari prasasti berbahasa Melayu purba seperti di: 
  • Kedukan Bukit
  • Talang Tuwo
  • Telaga Batu
  • Kota Kapur. 
Srivijaya ini menjadi lambang kepada pengaruh orang Melayu di rantau Sumatera sebagai sebuah empayar besar yang mengimbangi empayar orang Jawa iaitu, Majapahit di sebelah timur rantau lautan selatan. Dalam abad ke-20 M, kedua-dua empayar ini dirujuk juga oleh sarjana-sarjana Indonesia yang bersemangat kebangsaan bagi membahaskan identiti negara Indonesia dalam negeri-negeri yang terdapat dalam rantau negara Indonesia sebelum ia menjadi negeri jajahan Syarikat Hindia Timur Belanda.

Srivijaya atau yang meluas lagi daripada Sumatera itu dikenali dengan rujukan-rujukan berlainan dalam kalangan pelbagai bangsa. Orang Cina memanggilnya sebagai, Sanfochi. Sebelum itu lagi, ada sebuah kerajaan lama yang dipanggil sebagai kerajaan Kanduli yang dikatakan wujud sebelum Srivijaya. Bahasa Sanskerta dan bahasa Pali menyebutnya sebagai, Yavadesa. Orang Arab memanggilnya sebagai Zabag. Orang Khmer menyebutnya sebagai, Melayu. 

Keadaan ini juga menyebabkan usaha mengesan Srivijaya ini menjadi begitu sukar sekali untuk dibuat. Setengah namanya pula hampir sama dengan nama Pulau Jawa walaupun jatinya berlainan. Kata awalan Śrī itu merujuk kepada nama penghormatan bagi sesuatu tempat, seperti juga Sri Lanka. Vijaya pula merujuk kepada kejayaan dan hampir sama dengan nama sebuah lagi empayar Hindu di sebelah India Tanah Besar iaitu, Vijayanagara.

Judul-Judul

Pembentukan Empayar Srivijaya
Sistem Pentadbiran Srivijaya
Srivijaya dan Buddhisme
Kebudayaan Srivijaya

Rujukan-Rujukan