Di batu bersurat Telaga Batu abad ke-7 M yang ditemui di Sabokingking di Palembang, sistem menteri di Srivijaya ada disebut. Sistemnya rumit sekali.
Contoh gelaran pentadbiran tersebut adalah:
राजपुत्र Rājputra Putera-putera raja, jati kṣatriya
कुमार मत्य Kumārmatya Menteri-menteri sekalian
भूपति Bhūpati Raja
सेनापति Senāpati Panglima tentera, komander, general
नयक Nayaka Penghulu
प्रत्यय Pratyaya Orang bangsawanहजि प्रत्यय Hajipratyaya Raja kecil
दन्दनयाक Dandanayaka Hakim
तुहं वाताक़ Tuhan watak Penyelia pekerja
वुरु: Vuruh Buruh pekerja
अद्धयक्षि निजवर्ण Addhyaksi nijavarna Penyelia kecil
वशीकरण Vasikarana Pembuat senjata atau tukang besi
चताभातः Catabhata Askar tentera
अधिकरण Adhikaran Pegawai kerajaan
कायस्थ Kayastha Pekerja gudang
स्थापाकः Sthapaka Karyawan
पुहावं Puhavam Nakhoda kapal
वनियाग Vaniyaga Peniaga
मर्सि हजि Marsi haji Pengasuh raja
हुलुन हजि Hulun haji Hamba raja
Rantau Śrīvijaya
Semasa pembentukannya, empayar ini diaturkan kepada tiga rantau:
- Rantau hilir berpusat di Palembang.
- Rantau hulu di lembangan Sungai Musi yang menjadi punca barangan berharga.
- Rantau hilir lain yang berlumba dengan Sungai Musi bagi membentuk pusat kuasa untuk mengatasi kuasa agung.
Pusat-pusat perhuluan kemudian dikalahkan dan dimasukkan dalam kekuasaan Srivijaya menerusi peperangan dan penjarahan. Contohnya seperti kerajaan Malayu di hilir Sungai Batang Hari dalam Jambi. Berikutnya, pelabuhan yang strategik seperti di Kota Kapur di Pulau Bangka, pelabuhan dan kerajaan di Pulau Jawa kemungkinan besarnya kerajaan Tarumanegara dan Kalingga, kerajaan Kedah dan kota pelabuhan Chaiya di Selatan Thailand, serta Lamuri dan Panai di sebelah Sumatera Utara. Dilaporkan juga, orang Srivijaya di Jawa melanggar selatan Kemboja di sebelah hilir Sungai Mekong dan pelabuhan Champa.
Selepas perluasan kuasa ke negeri-negeri sekitar, empayar Srivijaya membentuk sekumpulan kedatuan atau pemerintahan raja tempatan yang bersumpah taat setia kepada kedatuan pusat yang berkuasa atau pihak Maharaja Srivijaya menerusi upacara minum sumpah. Hubungan politik dan sistem berkaitan dengan lapangan politik kerajaan Hindu-Buddha ini digambarkan menerusi mandala. Keadaannya seperti sekumpulan kerajaan yang bersekutu atau politi yang tunduk berbakti menyembah kepada pusat pengaruh iaitu Kedatuan Srivijaya. Negara ditakrifkan menerusi pusatnya dan bukannya sempadannya. Kerajaan-kerajaan yang ditakluki dan dipaksa menyembah itu tidak perlu melalui proses integrasi politik dengan kerajaan pusat. Sebaliknya, cukup sekadar membayar cukai kepada kerajaan pusat dan bersumpah setia dengan disaksikan dewa Siva atau dewa Vishnu.
Hubungan antara kedatuan pusat dengan kedatuan yang menyembah itu dinamik sahaja. Tapi status pusat itu boleh berubah mengikut turutan keturunan kerana ada perkawinan campur antara bangsa diraja. Contohnya, jika kedatuan yang menyembah ke pusat itu selepas daripada ditakluki mencapai kekuasaan dan kegemilangan sampai tak boleh dikalahkan oleh negeri luar atau negeri dalamnya. Maka, raja dalam kedatuan yang menyembah ke pusat itu pun boleh naik menjadi Maharaja Srivijaya. Keadaan ini ada ditonjolkan dalam kalangan bangsa Dapunta Hyang Sri Jayanasa di Sumatera dengan bangsa Sailendra di Jawa Tengah.