Negara Śri Dharmaraja


Negara Sri Dharmaraja disebut juga sebagai Ligor pernah menjadi sebuah negara-kota perikatan utama yang turut melibatkan negara-kota Sukhothai dan negara-kota Sri Ayutthaya. Ia turut menguasai sebahagian besar daripada Semenanjung Tanah Melayu. Rekod-rekod sejarah mencatitnya sebagai Negara Sri Dharmaraja saja.

Kebanyakan sejarawan mengenalpasti negara Tambralinga menerusi rekod-rekod China sebagai bekas negara yang berevolusi membentuk Negara Sri Dharmaraja. Batu bersurat berkontroversi Ramkhamhaeng bertarikh 1283 (atau 1292) menyenaraikan kerajaan sebagai kerajaan yang menyembah ke Sukhothai. Menurut rekod perundangan tadbir empayar oleh maharaja Śrī Trailokaraj bertarikh 1468 M, negara ini diisytiharkan sebagai salah satu daripada lapan negara-kota agung bergelar phraya maha nakhon dalam empayar Siam

Bawah perintah Śrī Naresuan (Nareśvar), negara ini dinaikkan ke peringkat muang ek atau wilayah kelas pertama. Selepas kejatuhan empayar Sri Ayutthaya (Siam), negara ini bebas untuk sekejap. Selepas itu, ia ditakluki semula oleh panglima Thaksin dalam usaha beliau untuk menyatukan Siam kembali. 

Berikutan pembaharuan Thesaphiban oleh Y. M. Putera Damrong Rajanubhab di penghujung abad ke-19 M, kerajaan ini pun berjaya diserap sepenuhnya ke dalam Siam. Sebuah entiti pentadbiran dikenali sebagai monthon (mandala) dicetuskan. Sistem ini setara dengan sistem "jajahan" di negeri Kelantan. Setiap satu mandala akan mengawasi negeri-negeri lain yang lebih jauh dari kerajaan pusat. Mandala Negara Śri Dharmaraja, ditubuhkan pada 1896. Ia meliputi rantau pantai timur di selatan iaitu, Songkhla, Phattalung dan Negara Śri Dharmaraja.

Judul-Judul

Untuk mengakses, sila klik di pautan-pautan berikut:

Rujukan-Rujukan

Pic: Tugu gambaran raja Ligor yang pertama, Sri Dharmasokaraja (kiri) bersama tugu Dewi Junjungan, Puteri Darah Putih.
Pic Location: Biara Phra Mahadhatu