Tambralinga adalah sebuah kerajaan kecil yang purba. Ia terletak di Segenting Kra dan pernah dijajahi oleh empayar Srivijaya. Nama negara ini sudah pun dilupakan oleh orang sehingga sejarawan-sejarawan berjaya mengenalpasti Negara Sri Dharmaraja sebagai Tambralinga.
Rekod-rekod awal begitu sedikit dan jangkauan rekod yang boleh cuba untuk dicari adalah dari abad ke-7 sehingga ke-14 M. Kerajaan ini pertama kali menghantar ufti ke dinasti Tang di China pada 616. Tambralinga berasal dari bahasa Sanskrit, bermaksud lambang dewa Siva yang berwarna merah diperbuat dari tembaga.
Menjelang abad ke-12 M, Tambralinga bebas dari penjajahan Srivijaya kerana empayar tersebut mula mengalami kejatuhan dan menjadi kurang terkenal. Ketika di puncak kegemilangan sekitar abad ke-13 M sehingga permulaan abad ke-14 M, Tambralinga menjajahi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan menjadi kuasa dominan di tanah besar di Asia Tenggara. Menjelang abad ke-14 M, Tambralinga dirujuk oleh rekod-rekod sejarah Siam sebagai Negara Sri Dharmaraja.
Rekod-Rekod
Rujukan dalam hikayat-hikayat China dari dinasti Tang dari 618-907 M untuk sebuah negara bernama Poling turut digunakan oleh rekod-rekod dinasti Ming awal dari 1368-1644. Dinasti Tang menerima ufti mereka dari 640, 648, 818, 860 sehingga 873.
Sejarawan-sejarawan turut mengenalpasti negara Poling ini dengan Maling dan Danmaling. Ia merupakan ahli dalam persekutuan Sanfo Shih (Srivijaya) di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu yang dikira dari Segenting Kra sehingga ke Singapura.
Seterusnya, Poling, boleh juga dipersama dengan rujukan Javaka dalam rekod-rekod Sri Lanka, Savaka dalam rekod-rekod Tamil dan Zabaj dalam rekod-rekod Arabia. Rekod-rekod India turut menyebutnya sebagai Tambralingam atau Tambralingarath.
Lokasi
Walaupun lokasi geografi Poling tidak pernah disebut dalam laporan-laporan pelawat yang berkunjung ke kerajaan terseut, terdapat beberapa sebab yang menyokong bahawa ia terletak di pantai Selatan Thai, tepat-tepat seperti kenyataan ahli falak Yunani, Claudius Ptolemy yang mendakwa bahawa emporium pelabuhan utama bagi kota Takola sudah wujud di situ ketika abad pertama masihi.
Rujukan dokumen hikayat dinasti Tang (618-907), di Holing pada hari titik musim bunga ke musim panas bulan Jun, cahaya di kayu pancang setinggi lapan kaki memberi bayang setinggi dua kaki pada waktu tempatan, tengah hari. Cahaya jatuh di sebelah selatan pancang. Menerusi maklumat China ini, setengah sejarawan boleh menentukan bahawa kedudukan Holing itu di latitud 6 darjah 8' utara. Satu-satunya bahagian di Asia Tenggara yang mencapai latitud itu terletak di selatan Thailand atas Ekuator.
Pada 671, bhiksu China terkenal, I-Tsing mengembara untuk mencari kitab suci Buddha di India. Selepas 20 hari belayar, kapal yang ditumpanginya tiba di Fo-Shih, ibu kota empayar Buddha Srivijaya ketika itu. Beliau melaporkan, "... mendarat dan singgah selama enam bulan, sedikit demi sedikit mempelajari tatabahasa bahasa Sanskrit di situ. Raja di situ memberi sedikit sokongan dan menghantar aku ke negara Moloyu (Melayu di Jambi)..."
Menurut rekod tersebut, Holing dan Fo-Shih terletak dekat-dekat latitud yang sama. Holing terletak ke timur sedikit dari kota Fo-Shih pada jarak kira-kira empat ke lima hari perjalanan menerusi laluan laut. Sementara itu, negara Moloyu, mengambil masa selama 15 hari perjalanan menaiki tongkang serta lokasinya dekat dengan Ekuator.
Rekod India mengenai Tambralinga boleh ditemui dalam inskripsi di Kuil Brihadesvar di Tanjore, Tamil Nadu. Inskripsi tersebut berasal dari tahun 1030. Ia menyebut mengenai digvijaya (kemenangan) Rajendra Chola I ke atas negara-kota yang membentuk empayar Srivijaya. Salah satu daripada 13 negara-kota Srivijaya yang ditakluki oleh empayar Chola adalah Madamalingam (Tambralinga).
Inskripsi tersebut turut menyebut nama Srivijayam sebagai ibukota empayar tersebut manakala Mevilimbangam (mungkin merujuk Palembang) sebagai ibukota lainnya. Dari rekod Jue Tang Chu dan Sin Tang Chu yang terbit pada dinasti Ming (1368-1644), dijelaskan bahawa San Fo-Shih terletak di, "barat bersempadan dengan To Poteng, utara bersempadan dengan empayar Chenla, ke selatan bersempadan dengan pulau To Mosang (Temasek) dan ke timur bersempadan dengan Poli atau Mali (Tamralinga awal)".

Sempadan bahagian Tambralinga baru bekas Srivijaya dijelaskan mengikut rekod China abad ke-14 M seperti berikut:
- Utara ke Chenla; Chenla merupakan salah satu bekas negara-kota Funan dan empayar Angkor (Kemboja).
- Timur ke Poli atau Mali; Poli atau Mali merujuk kepada Tambralinga.
- Barat ke Topoteng; Topoteng merujuk kepada Thap Thiang, satu daerah di Trang.
- Selatan ke pulau Tomosang, merujuk Temasik (Singapura) sekitar abad ke-14 M.
Hubungan dengan Kerajaan Lain
Negara-kota Tambralinga pernah menjadi sebahagian daripada empayar Funan. Pada 774, ia bersama negara-kota Jaya menjadi sebahagian daripada empayar Srivijaya. Sekitar 1024, tentera Chola tiba di situ. Pada 1114, mereka menghantar wakil-wakil ke istana dinasti Song di ibukota Kaifeng di China.
Tambralinga pernah menghantar tentera dan laksmana tentera untuk membantu Suryavarman II serta menolong membuka Nokor Thom untuk menjadi ibukota empayar Kemboja pada 1269. Pada 1349, Tambralinga dipengaruhi oleh Sri Ayutthaya (Siam) pula.
Zaman Keemasan
Zaman Keemasan
Menurut rekod no. 24 ditemui di biara Hua Vieng di negeri Chaiya, pemerintah Tambralinga ketika itu dikenali sebagai Śrī Dharmarāja, Chandrabhanu. Baginda dari dinasti Padmavaṃśa. Perkataan vaṃśa
di sini bukan berasal dari bahasa Siam, sebaliknya dari bahasa Sanskrit
yang serumpun dengan bahasa Parsi. Ia bermaksud dinasti, silsilah atau
bangsa. Bangsa itu pun sebenarnya adalah perkataan serapan bahasa
Sanskrit. Itulah, orang suruh belajar bahasa Melayu ambil STPM tidak
mahu. Berlagak!!
Baginda
Chandrabhanu bertakhta bermula pada 1230. Sebaik saja bertakhta,
baginda memperbaiki candi Phra Brahmadhatugarbha dan merayakan peristiwa
tersebut sempena baginda berbuat pahala. Baginda ini sangat berani dan
bukan bersembang kencang sahaja! Baginda membuktikannya menerusi
serangan beliau ke utara Sri Lanka pada 1247. Keberanian beliau ini
turut tercatat dalam dokumen-dokumen Tamil dan Sri Lanka yang bukan
kelompok Austronesia atau Nusantara what
ever pun. Baginda membuka pentadbiran rejim tentera sementara di utara
Sri Lanka tetapi terbunuh ketika cubaan menyerang selatan Sri Lanka pada
1260-an.
Tahun
1258, Chandrabhanu menghadapi serangan secara bersendirian apabila raja
Jatavarman Sundara Pandiyan menyerang regim Chandrabhanu. Mana rekod
negara-negara Melayu lain datang membantu ketika itu? Mana rekod
Nusantara apa??! Baginda terpaksa membayar ufti dalam bentuk gajah
perang dan barang kemas kepada dinasti Pandiya di India. Pada 1262,
Chandrabhanu menyerang lagi ke kerajaan Sri Lanka di selatan selepas
memperkuat tentera baginda yang dibawa dari Tambralinga. Nasib baginda
tetap malang kerana dinasti Pandiya menghantar bantuan tentera dari
India. Tentera Tamil dan Sinhala bersatu ketika itu lantas memberikan
saingan yang sengit. Putera Jatavarman Vira Pandiyan turut masuk campur
sehingga Chandrabhanu sendiri turut terbunuh dalam peperangan.
Anakanda
Chandrabhanu, Chavagan Maindan kemudian mewarisi takhta tetapi bawah
jajahan Vira Pandiyan. Baginda diberi anugerah oleh pemerintah Tamil dan
dibenarkan mentadbir di kerajaan pecahan utara. Berikutan kenaikan
Maravarman Kulasekara I di empayar Pandiya serta penaklukan sekali lagi
oleh negara Pandiya atas Sri Lanka, Chavagan Maindan dan kerajaan kecil
baginda di Jaffna pun pupus. Maravarman memasang menteri perang baginda
Kulasekara Simharyan sekaligus membentuk dinasti Aryachakravarti.
Dari rantau Asia
Tenggara ini, dua kerajaan saja yang mempunyai kerabat diraja yang
pernah memerintah di India dan Sri Lanka setakat yang ditemui dari
rekod-rekod iaitu dari Tambralinga yang kini membentuk sebuah negeri di
selatan Thailand dan dari sebuah negeri di Kemboja. Serangan ketenteraan
dari laut yang pertama oleh negara kecil di Asia Tenggara dibuat oleh Tambralinga walaupun mereka tidak terkenal di rantau Asia Tenggara seperti Melaka (15 M), Jawa (13 M), dan Siam (13 M).
Kejatuhan
Menjelang
abad ke-14 M, Tambralinga didakwa menyembah ke negara Melayu di
Sumatera, mungkin disebabkan oleh pengaruh Langkasuka (Patani) di
sebelah selatannya. Pada 1365, kerajaan Majapahit dari Jawa merekod
Tambralinga sebagai Dharmanagari dalam Negarakertagama. Selepas abad ke-14 M, ia menjadi ahli dalam empayar Siam.