Kesultanan Singora ini merupakan kota pelabuhan yang pernah wujud di selatan Thailand. Ia merupakan tapak bagi pekan Songkhla hari ini. Kota ini dibangunkan oleh seorang Hazara yang bertutur bahasa Parsi, dikenali sebagai Dato' Mogol sekitar 1600 M. Ia berkembang pada pemerintahan Sultan Sulaiman Shah yang mula memerintah pada 1620.
Untuk pengetahuan hangpa, orang Hazara ini agak kurang digemari oleh orang Indo-Aryan di Pakistan dan juga oleh Taliban disebabkan oleh muka Cina mereka serta mazhab Syiah mereka yang diikuti semenjak abad ke-16 M. Oleh itu, muka Cina mereka sering dibom, disembelih dan dihempuk hidup-hidup di sekitar Quetta.

Selepas satu dasawarsa bertelingkah, kota itu dihempuk oleh tentera empayar Siam pada 1680. Tinggalan kota ini termasuklah kubu-kubu, tembok kota dan makam Sultan Sulaiman Shah. Meriam berpahat peringatan dari Singora serta dicap dengan mohor Sultan Sulaiman ada dipamerkan di laman Hospital Diraja Chelsea, London.
Sejarah kesultanan ini turut didokumenkan dalam bentuk surat-menyurat, petitih, dan jurnal-jurnal oleh pihak British dan pedagang-pedagang Hindia Timur Belanda. Kemusnahan kesultanan ini turut diperbincang dalam buku-buku dan laporan oleh perwakilan di kedutaan Perancis di Siam pada 1680-an. Sejarah kerabat Sultan Sulaiman pun turut dihikayatkan. Puteri Sri Sulalai, salah seorang gundik kerabat diraja bagi Raja Rama II merupakan keturunan Sultan Sulaiman Shah. Nama Islam baginda puteri Sri Sulalai adalah Maryam. Baginda merupakan ibunda Raja Rama II (baginda Nangklao). Perdana menteri Thailand ke-22 dan juga bekas laksamana Tentera Laut Diraja Thailand, Tuan Chavalit Yongchaiyudh pun keturunan Sultan Sulaiman Shah juga. Bapa aku pernah terima juga surat jemputan Tuan Yongchaiyudh untuk sambutan Tahun Baru Siam di biara sekitar tahun 1996/1997.
Singora, kadangkala dikenali juga sebagai Songkhla di Khao Daeng terletak di hujung selatan semenanjung Sathing Phra, dikelilingi oleh kaki Gunung Khao Daeing di Singha Nakorn (Siṃhanagar). British dan Syarikat Hindia Timur Belanda sering merujuk kota itu sebagai Sangora; diplomat Simon de la Loubere merujuk kota ini sebagai Singor. Pegawai Jepun pula merujuk kota tersebut dengan nama Shinichu.
Kota dibuka oleh Dato Mogol pada 1605. Beliau adalah seorang pedagang Muslim yang menerima kedaulatan dan penguasaan empayar Siam. Choungsakul menyebut bahawa Singora menyembahkan ufti ke kerajaan Sri Ayutthaya selepas menerima pengesahan menjadi gabenor dari raja Ekathotsarot dari dinasti Sukhothai. Rekod Jepun disimpan oleh keshogunan Tokugawa menunjukkan bahawa kapal bermohor merah ke Siam pertama kali datang dari Singora dengan lesen keluaran Jul 1604 (Yoshiteru & Bytheway; 2001).
Sebermula permulaan kota Singora, ia menjadi pelabuhan bebas cukai dan bersaing pula dengan Kesultanan Patani dari segi perdagangan. Rujukan awal mengenai Singora muncul dalam dokumen-dokumen Inggeris dan Belanda. Contohnya seperti naskah Cottonian di British Library yang membezakan sistem percukaian levi barangan di Singora (Sangora) dengan di Patani (Patania):
Dato Mogol meninggal dunia pada 1620 M. Beliau diganti oleh anak sulung beliau, Sulaiman. 10 tahun kemudian, berlaku pertelingkahan kerana Ratu Unggu dari Kesultanan Patani menganggap pemerintah benua Siam, Raja Prasat Thong sebagai penipu, penjahat dan perampas takhta. Baginda ratu menahan ufti ke kota Sri Ayuthaya dan memerintah supaya negara kota Ligor dan negara kota Bedelong (Phattalung) dihentam!! (Ravenswaay, 1910). Siam membalas dengan menyekat Kesultanan Patani. Mereka menghantar 60,000 tentera. Singora turut terheret dan tersepit dalam pertelingkahan ini. Mereka menghantar duta ke Sri Ayuthaya meminta tolong. Hasil permohonan itu belum diketahui, namun rekod-rekod Syarikat India Timur Belanda menunjukkan bahawa Singora teruk juga dibalun dan ladang-ladang lada hitamnya habis lingkup serta jahanam.
Perisytiharan Merdeka
Pada Dis 1641, Jeremias van Vliet berlepas meninggalkan Sri Ayuthaya ke Batavia (Jakarta). Beliau berhenti singgah di Singora pada Feb 1642, dan menyerahkan surat pengenalan dari Berckelangh (Phra Khlang) atau Menteri Luar kerajaan Siam. Phra Khlang Siam ketika itu dipegang oleh Chao Phraya Somdet Suryavaṃśa, Syeikh Ahmad Qomi. Katanya ini syeikh, orang Iran tapi aku rasa, dia sejenis bangsa Mongol-Turan berbahasa Parsi. Depa ini bermuka seperti orang Cina.
Sulaiman memberi tindakbalas yang menunjukkan sikap baginda yang membayangkan kedaulatan negara baginda:
Usaha-usaha Sulaiman untuk merdeka itu termasuklah:
Sultan Sulaiman Shah meninggal dunia pada 1668, diganti pula oleh anak sulungnya, Mustafa. Ketika itu pula, pecah perang dengan Kesultanan Melayu Patani. Walaupun berdepan serangan empat penjuru, Singora menolak Sultan Kedah (Sultan Dhiauddin Shah) menjadi orang tengah dan mempercayai kebolehan serta pengalaman tenteranya sendiri. Semasa pemerintahan Mustafa, seorang pengembara Greek, Constance Phaulkon singgah di Siam. Beliau tiba di kota Sri Ayuthaya pada lewat 1970-an. Kemudian beliau menyeludup senjata ke kesultanan Singora. Kapalnya kemudian ditenggelamkan di pantai Ligor.
Kemusnahan
Pada 1679, kota Sri Ayuthaya meningkatkan serangan untuk menghentikan pemberontakan kota Singora. Sesetengah peristiwa turut direkod oleh Samuel Potts, seorang pedagang Syarikat India Timur British beribu pejabat di Singora. Dalam salah satu suratnya, beliau memberi laporan persediaan perang kota Singora:
Kejadian ini turut didokumenkan oleh wakil kedutaan Perancis di Siam pada 1685 dan 1687. Seorang pelapor menerangkan bagaimana kubu hebat Singora itu dilenyek habis selepas peperangan selama lebih daripada 30 tahun. Duta Simon de la Loubère menyebut bahawa pihak Siam cuma berniat untuk menakutkan penentang dan seterusnya menundukkan mereka semula. Mereka tidak begitu berminat untuk membunuh mereka. Raja Siam turut memerintah tentera supaya jangan menembak tepat ke pemberontak. De la Loubère menyatakan selanjutnya bahawa kota Singora kalah selepas seorang pakar meriam Perancis masuk ke kota itu serta menangkap Sultan Mustafa hidup-hidup:
Selepas Singora kalah, anak-anak Sultan Sulaiman Shah, Hussein dan Mustafa masih lagi dilantik menjadi gabenor untuk kerajaan Siam di Phattalung dan Chaiya. Hassan pula berkhidmat dalam tentera laut Siam. Generasi terkemudian kerabat dengan Sultan Sulaiman Shah pun berhubung rapat dengan kerabat diraja Siam.
Dua orang keturunan Sultan Sulaiman Shah menjadi ketua turus tentera yang diperintah oleh putera Surasi pada 1786 dalam kempen penaklukan Kesultanan Melayu Patani. Puteri Sri Sulalai (Ibunda Maryam) merupakan keturunan Sultan Sulaiman Shah juga. Baginda adalah ibunda Raja Rama III, Raja Nangklao dari dinasti Chakri.
Kini, keturunan yang bersangkut dengan Sultan Sulaiman Shah yang jenis-jenis VIP di Thailand seperti:
"Sesuai untuk kita berkubu kuat di Singora yang terletak kira-kira seluas 24 jajahan di utara Patani, diperintah oleh Datu Mogol, gabenor maharaja Siam. Barangkali, boleh dipersetujui untuk kita gudangkan dagangan dan barangan dari perusahaan kita di Siam, Cochinchina, Borneo dan sebahagian dari Jepun... Perumah ini boleh jadi sangat penting, sebab cukai sewa di Patani itu terlalu mahal dan tidak selesa pula. Kos-kos tersebut boleh dijimatkan di Singora. Tidak perlu cukai kastam, cukup dengan persembahan kecil untuk Datu Mongol". - Syarikat India Timur British, Surat Panduan Syarikat untuk Agen di India Timur, 1614.Jeremias van Vliet, Pengarah Syarikat India Timur Belanda di Ayuthaya, menceritakan bahawa Singora ketika itu menjadi kota terutama di Siam. Ia adalah pusat perdagangan untuk timah, plumbum dan lada hitam. Pada 1622, Belanda mengeksport lebih daripada 500 tan lada hitam dari Singora. Kelebihan Singora untuk perdagangan itu disebabkan oleh kedudukan kota tersebut yang termasuk dalam jaringan jalan darat dan sungai yang merentas semenanjung untuk kemudahan berhubungan dagang dengan Kesultanan Kedah.
Dato Mogol meninggal dunia pada 1620 M. Beliau diganti oleh anak sulung beliau, Sulaiman. 10 tahun kemudian, berlaku pertelingkahan kerana Ratu Unggu dari Kesultanan Patani menganggap pemerintah benua Siam, Raja Prasat Thong sebagai penipu, penjahat dan perampas takhta. Baginda ratu menahan ufti ke kota Sri Ayuthaya dan memerintah supaya negara kota Ligor dan negara kota Bedelong (Phattalung) dihentam!! (Ravenswaay, 1910). Siam membalas dengan menyekat Kesultanan Patani. Mereka menghantar 60,000 tentera. Singora turut terheret dan tersepit dalam pertelingkahan ini. Mereka menghantar duta ke Sri Ayuthaya meminta tolong. Hasil permohonan itu belum diketahui, namun rekod-rekod Syarikat India Timur Belanda menunjukkan bahawa Singora teruk juga dibalun dan ladang-ladang lada hitamnya habis lingkup serta jahanam.
Perisytiharan Merdeka
Pada Dis 1641, Jeremias van Vliet berlepas meninggalkan Sri Ayuthaya ke Batavia (Jakarta). Beliau berhenti singgah di Singora pada Feb 1642, dan menyerahkan surat pengenalan dari Berckelangh (Phra Khlang) atau Menteri Luar kerajaan Siam. Phra Khlang Siam ketika itu dipegang oleh Chao Phraya Somdet Suryavaṃśa, Syeikh Ahmad Qomi. Katanya ini syeikh, orang Iran tapi aku rasa, dia sejenis bangsa Mongol-Turan berbahasa Parsi. Depa ini bermuka seperti orang Cina.
Sulaiman memberi tindakbalas yang menunjukkan sikap baginda yang membayangkan kedaulatan negara baginda:
"Pada 3 Feb, rombongan van Vlieth mendarat di Singora dan disambut oleh gabenor. Gabenor itu marah melihat surat Berckelang, seraya berkata bahawa negara Singora itu terbuka untuk rakyat Belanda tanpa perlu diperkenal oleh Siam! Surat itu tidak perlu! Tindakan sombong gabenor itu menyebabkan van Vlieth pun turut tersinggung" - Surat-Surat Belanda: Petikan Daftar Dagh 1624-1642.Kemudian, Sulaiman memperisytihar kemerdekaan Singora dari empayar Siam dan melantik dirinya sendiri menjadi Sultan Sulaiman Syah. Baginda mempermoden pelabuhan, menghalau lanun dan mengubah Singora menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal dalam kalangan pedagang-pedagang Portugis dan Belanda.
Usaha-usaha Sulaiman untuk merdeka itu termasuklah:
- Memperkembang kubu-kubu kota.
- Membina kubu berlapis.
- Membina jaringan kubu dengan kelengkapan meriam dibeli dari pedagang Eropah.
Sultan Sulaiman Shah meninggal dunia pada 1668, diganti pula oleh anak sulungnya, Mustafa. Ketika itu pula, pecah perang dengan Kesultanan Melayu Patani. Walaupun berdepan serangan empat penjuru, Singora menolak Sultan Kedah (Sultan Dhiauddin Shah) menjadi orang tengah dan mempercayai kebolehan serta pengalaman tenteranya sendiri. Semasa pemerintahan Mustafa, seorang pengembara Greek, Constance Phaulkon singgah di Siam. Beliau tiba di kota Sri Ayuthaya pada lewat 1970-an. Kemudian beliau menyeludup senjata ke kesultanan Singora. Kapalnya kemudian ditenggelamkan di pantai Ligor.
Kemusnahan
Pada 1679, kota Sri Ayuthaya meningkatkan serangan untuk menghentikan pemberontakan kota Singora. Sesetengah peristiwa turut direkod oleh Samuel Potts, seorang pedagang Syarikat India Timur British beribu pejabat di Singora. Dalam salah satu suratnya, beliau memberi laporan persediaan perang kota Singora:
"Raja memperkubukan kotanya, mengisi meriam di kubu-kubu berbukitnya, mempersedia segala pertahanan yang mungkin demi bersedia untuk menerima hentaman dari raja Siam". Samuel Potts di Singora: Surat untuk Richard Burnaby di Siam, 22 Jan 1679.Samuel Potts menulis surat lagi pada 1679 memberitahu bahawa kapal Siam sudah tiba dan menulis, "saya tidak mungkin selamat di sini". Kejadian ini diikuti pemusnahan kota Singora pada 1680 dan kota itu menjadi kota jin bertendang saja.
Kejadian ini turut didokumenkan oleh wakil kedutaan Perancis di Siam pada 1685 dan 1687. Seorang pelapor menerangkan bagaimana kubu hebat Singora itu dilenyek habis selepas peperangan selama lebih daripada 30 tahun. Duta Simon de la Loubère menyebut bahawa pihak Siam cuma berniat untuk menakutkan penentang dan seterusnya menundukkan mereka semula. Mereka tidak begitu berminat untuk membunuh mereka. Raja Siam turut memerintah tentera supaya jangan menembak tepat ke pemberontak. De la Loubère menyatakan selanjutnya bahawa kota Singora kalah selepas seorang pakar meriam Perancis masuk ke kota itu serta menangkap Sultan Mustafa hidup-hidup:
"Sesetengah mereka memberi maklumat yang saya fikir hebat juga. Seorang pegawai pelayan raja dalam ketenteraan Siam untuk seksyen meriam bernama Cyprian terasa letih disebabkan dia tidak boleh mengarahkan tembak pemberontak-pemberontak itu atas perintah raja Siam terus pergi ke khemah tentera pemberontak seorang diri di malam hari. Beliau menangkap Sultan Ligor dan dibawa ke Jeneral Siam seterusnya mengakhiri peperangan lebih 30 tahun itu". - Simon de la Loubère, Sejarah Baru Hubungan Kerajaan Siam 1693.Warisan Kesultanan Singora
Selepas Singora kalah, anak-anak Sultan Sulaiman Shah, Hussein dan Mustafa masih lagi dilantik menjadi gabenor untuk kerajaan Siam di Phattalung dan Chaiya. Hassan pula berkhidmat dalam tentera laut Siam. Generasi terkemudian kerabat dengan Sultan Sulaiman Shah pun berhubung rapat dengan kerabat diraja Siam.
Dua orang keturunan Sultan Sulaiman Shah menjadi ketua turus tentera yang diperintah oleh putera Surasi pada 1786 dalam kempen penaklukan Kesultanan Melayu Patani. Puteri Sri Sulalai (Ibunda Maryam) merupakan keturunan Sultan Sulaiman Shah juga. Baginda adalah ibunda Raja Rama III, Raja Nangklao dari dinasti Chakri.
Kini, keturunan yang bersangkut dengan Sultan Sulaiman Shah yang jenis-jenis VIP di Thailand seperti:
- Laksamana Niphon Srithorn, bekas ketua komander Tentera Laut Diraja Thailand.
- Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, PM Thai ke-22.
- Keluarga penenun sutera di perkampungan Muslim, Phumriang di Surat Thani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan