Antara pelakon Thailand yang terlepas ke industri perfileman India Selatan, cik kak Savika Jayadet. Sebelum ini beliau membintangi filem berbahasa Tamil berjudul Markandeyan memegang watak Divya pada 2001. Filem itu katanya lingkup di India tetapi boleh dikira pencapaian jugalah untuk artis Thailand. Sekurang-kurangnya beliau bukan seorang jaguh kampung dan berani mencuba untuk memperluas bakat seni.
Filem terbaru beliau di India untuk tahun 2014 pula khabarnya berjudul Emo Gurram Evagarachu. Berbahasa Telugu lagi, you. Tak tahulah depa buat dubbing ka apa. Reti kah cik kak berkecek bahasa Telugu yang payah itu?
Nah, ku tempekkan lagu Punjabi berlatarbelakangkan kota Bangkok nyanyian Alfāz ft. Honey Singh Yo Yo. Tak kena mengena pun tapi gua layanlah jugak, haha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan