Selasa, 2 September 2014

Kelib Kampung


Hari Khamis minggu lepas, aku ikut meneman mak aku ke Perlis. Itu negeri dia bermukimlah dulu semasa kecil-kecil. Pada hari Ahad itu, kami pergilah menghadiri walimatul urus anak perempuan kepada abang mak aku. Depa itu puak Tabligh lah. Budak perempuan itu menikah dengan lelaki Arabia dari Yaman. Puak-puak ini merupakan jenis puak angin tinggi sedikit. Benda tidaklah kita hairankan pun tetapi kompangnya seperti nak runtuh langit berbangga. Kita beri muka saja lah ke depa. Orang kampung terkena culture shock memang begitu, lololoih....

Majlis resepsi pengantin dibuat di Kem Terinai, Timah Tasoh dengan kos sewa tapak lebih kurang RM400 saja. Siap ada divider lagi, hoccey!! Lelaki sila duduk sebelah kanan makan-makan. Perempuan sila pi duduk sebelah kiri. Tidak mau campug-campug. Ketika kami tiba di kenduri itu, puak-puak itu menyambut konon-konon very de warm welcome lah. Rasa seperti tidak perlu kot. Aku tahu konsep ikram mikram semua. Aku tidak rapat dengan sesiapa pun saudara atau kawan-kawan sekolah. Jadi, aku tidak memerlukan publisiti atau mencapap untuk being recognized socially... ooops terkecek London pula! : D

Lepas itu, si Chop, abang pengantin itu tiba-tiba menggedik nak speaking London pula dengan aku. Motifff berkecek bahasa Inggeris di Kaki Bukit???! Duk tanya kita lah sudah menikah belum? Tidak ada soalan lain kah hendak tanya pun jika mau show off pengetahuan Sunnah, Sunni... Munni itu semua? Macam depa tak pernah mai saja di rumah kami di Persekutuan. Ikut suka aku lah hendak kahwin atau tidak mau. Dia apa susah??! Aku tau lah syarat-syarat wajib, sunat, harus, haram dan halal semua. Orang tidak tunjuk depan orang bukan makna orang itu ignorant atau irreligious!! Aku anggap agama itu serius dan personal choice aku.

Malas aku hendak lepak beramai-ramai, rimass! Jadi aku pergi ke surau untuk solat Zohor yang kebetulan baru masuk waktu. Selepas solat aku lepak dengan abang muka 'rock' depan parking. Budak-budak kutu, pekerja abang itu duk kutuk puak Tabligh. Abang mak aku pun kena kutuk tapi aku tak campur budak-budak itu meroyan walaupun lawak nak tergelak sebab benda depa sembang itu serupa dengan pengalaman nightmare aku dengan geng-geng Tabliagh yang bukan asal dari pendidikan asas agama Islam. Mungkin depa kenal lebih lagi. Depa penduduk celah-celah bukit di situ juga sama seperti puak Tabligh itu.

Aku jumpa juga si Chin, suami kepada kakak mak aku, che' Yam. Pun malas aku nak tegur si tua kampungan itam itu. Dulu depa itu suka kutuk aku atau meleceh-lecehkan orang. Mungkin sebab depa dengki, kebulog duit dan bajet baguih sangat kot? Dah lah bodow, ghebau, tak sedag diri pula itu. Sori lar not my class! Meluat nak sembang sama anak-anak depa walaupun depa tidak bersalah. Teringat perangai jebon depa, siapa yang tidak meluat!

Mak aku ajak lepak rumah kazen sebelah mak dia lah selepas balik kenduri yang tidak best itu. Kazen itu nama che' Na'imah. Rumah dia ok, ada hot shower, ada TV clear semua, lantai toilet tidak berlumut pecah jamban jadi ok lah. Tidak mampos aku menyebay!! Malam hari itu, pergi ke rumah En. Bakar melahap ikan bakag mak nenek di Kuala Perlis.

Besok pergi lepak di región Sanglang pula. Tempat itu terbahagi kepada Perlis dan Kedah. Siang hari aku membuta saja di rumah pak ngah aku. Isterinya, Mék Oâm pun jenis orang Siam keturunan Melayu. Rumah depa di pekan cina Kuala Sanglang sebelah Perlis. Penduduk keturunan Cina di situ pun kecek bahasa Siam. Selalu kami pergi lepak situ sebelum bapa aku tidak sihat. Selepas itu, jarang kelib (pulang) ke utara dah. Seronok di situ sebab penduduk di situ peramah. Mudah untuk dapat pengangkutan, cuma tersengih-sengih saja di tepi jalan. Nanti penduduk yang kutu rayau akan berhenti di bahu jalan bertanya, "nak pi mana?" Terus boleh tumpang dengan percuma saja tidak perlu bayar atau beri sesuatu pun.

Mak aku pula sedang kemaruk memancing. Minggu lepas sebenarnya masuk musim mengerat padi. Di batas ban (tali air) itu ikan puyu, segala haruan sedang berpesta di lopak-lopak air. Ketika kami di Sungai Petani, cuaca belum panas meruwap seperti kini. Jadi, ikan puyu itu memang kebulog lah menangkap umpan udang yang terjulog di bók kail. Di Perlis pula, depa mengerat dah. Tali air di laut pun dibuka jadi tinggal ikan temekung saja. Itu ikan tidak boleh makanlah. Ikan darat aku tidak makan sebab bau pening. Mak aku dan beberapa kak aku yang bergaul dengan orang Melayu kampung-kampung reti kot makan.

Seterusnya hampa, mak aku ajak pergi rumah sepupu sebelah bapanya, Che Tingkap. Depa itu pun non-resident Kedah people juga. Depa baru pencen balik kampung depa di Sanglang dekat-dekat Ğepan. Bolehlah berkenalan dengan sepupu yang aku belum kenal seperti abang Hadi. Rumah Che' Tingkap pun agak semenggah juga jadi aku redho sajalah merempat di situ. Jikalau seperti rumah puak-puak benggong itu, aku ğeyao mampuih lah, hui.... huiii...!! ~

Baru sampai rumah jah ni. Syukur kepada Tuhan kita selamat pergi selamat juga pulang. Mau menonton filem-filem menariklah. Hidup mau enjoy nah, tak mboh sedih tak mboh kesal... Enjoyyy!!!!!

2 ulasan:

  1. ufawallet777.club UFABet True Wallet Play and get prize money for sure. Special bonus credits given out every day. Meet the needs of players of all levels with VIP service 24 hours a day

    BalasPadam
  2. www.gxy789.com สล็อตpg If you are interested in playing that is second to none Complete with modern playing features and consistent payout online slots, applying and using here is the answer that is extremely worthwhile SPIN breaks heavily and provides every amount

    BalasPadam