Kedah Tua


Kedah merupakan salah sebuah pusat perdagangan yang terawal ditemui di Semenanjung Tanah Melayu. Sebenarnya, mungkin banyak lagi yang belum ditemui atau dikenalpasti. Pusat-pusat perdagangan di sebelah pantai barat sedikit sahaja jumlahnya kerana dibayangi oleh Kedah.

Kedah sangat dekat dengan pintu masuk Selat Melaka. Kedudukannya di latitud 6° ke utara ekuator seperti juga Sri Lanka di Selatan India, membolehkan kapal-kapal belayar di sepanjang Teluk Bengal dalam satu laluan timur dan barat tanpa bimbang tersesat di laut lepas. Laluan rentas semenanjung awal di Kedah merupakan sebahagian daripada laluan perdagangan maritim, iaitu Laluan Rempah untuk pedagang-pedagang dari Arabia, Persia, Tamil Nadu dan keseluruhan mereka dari India ke China. Laluan di selat-selat kelihatan seperti selalu digunakan oleh para pedagang.

Pedagang-pedagang yang datang menerusi jalan laut dari Barat akan mengupah penghantar barangan sebaik saja tiba di pantai. Mereka membawa bahan dagangan dengan rakit, gajah dan manusia yang mengangkut barangan itu melalui sungai-sungai di hulu untuk ke pantai timur dan sebaliknya. Sungai-sungai itu ialah:
  • Sungai Kelantan.
  • Sungai Patani.
  • Sungai Pahang.
  • Sungai Muda.
  • Sungai Bernam.
  • Sungai Muar
Dan lain-lain.

Sungai Muda sangatlah besar jasanya untuk perkembangan Kedah.... Selepas kurun ke-7 M, seperti negara-kota Melayu lain serta negara-kota Jawa, Kedah turut dihentam dan dipaksa menyembah ke Srivijaya di Sumatera. Namun, disebabkan oleh terkenalnya negara-kota Kedah ini, ia turut menjadi sebutan dalam dokumen-dokumen orang India seperti Kathasaritsagara.

Kedah Tua membekalkan bahan-bahan sumber alam sendiri seperti:
  • bijih timah.
  • madu lebah.
  • rotan,
  • lilin lebah.
  • getah damar untuk resin.
  • gajah.
  • gading gajah
  • pinang.
  • kayu sepang.
  • kayu hitam.
Kerajaan Kedah tua turut mendapat hasil pendapatan menerusi cukai-cukai yang dikenakan kepada pedagang serta menyewakan gedung-gedung serta gudang untuk perniagaan.

Sejarah Kedah Tua boleh dikesan menerusi pelbagai sumber. Dari zaman pra-sejarah, di tapak arkeologi Lembah Bujang di rantau pesisir Kedah Tengah, yang menjadi pusat perdagangan pedagang-pedagang India, Persia dan Arabia berkumpul, sehingga ke dokumen-dokumen penganut Buddha dari China serta rekod-rekod kerajaan-kerajaan China. Sumber tempatan pula, dari cerita lisan Hikayat Merong Mahawangsa dari versi salinan abad ke-1643 dan Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang diselenggarakan oleh Muhammad Hasan b. Muhammad Arsyad atas perintah pemangku Raja, Tunku Ibrahim. 

Untuk Hikayat Merong Mahawangsa tersebut, aku peribadinya lebih berat untuk memperkaitnya dengan teks berbahasa Pali berjudul, Mahāvaṃśa, yang diselenggarakan oleh seorang bhiku Buddha aliran Theravada, Mahāthera Mahānāma dari abad ke-5 M. Pengaruh tamadun Hindu purba sebenarnya melebar sehingga ke Asia Tengah dan ke Greece (Parama Yavana) dalam bentuk ajaran dan falsafah Buddha serta lain-lain falsafah sejak sebelum zaman nabi Isa lagi.

Hangpa jangan ingat Siam, Tibet, Sumatera, Tanah Melayu, Burma, Pulau Jawa, Pulau Bali, Kemboja, China, Korea Oriental Bukit dan Jepun saja yang menerima pengaruh ajaran Buddha dan falsafah Brahman. Rujukan Kedah Zamin Turan itu semua mempunyai makna dan nuansa sejarah. Zamin Turan berasal dari bahasa Parsi bermaksud, Tanah Keturunan Bangsa Turan. Turan berasal dari rujukan kepada watak, Tur, dalam epik Parsi, berjudul Shahnameh.

Asal-Usul Kedah Tua
Gambar-Gambar Rekod
Sumber-Sumber Rujukan