Orang Austronesia sudah pun berhijrah ke kepulauan Asia Tenggara lebih kurang 3 500 tahun sebelum hadir. Kini, sudah diterima umum bahawa Taiwan merupakan pusat bertumbuhnya bahasa-bahasa kelompok Austronesia yang menurunkan bahasa Melayu, bahasa Iban, bahasa Bidayuh, bahasa Aceh, bahasa Cheam, bahasa Minang, bahasa Jawa, bahasa Tagalog dan bahasa mak nenek lain di negara-negara moden seperti Kesultanan Brunei, Persekutuan Malaysia, Republik Filipina dan Republik Indonesia.
Lebih kurang 4,000 tahun lampau, orang Austronesia berpindah ke kepulauan Filipina. Kemudian, sesetengah daripada keturunan orang Austronesia berpindah pula lebih ke selatan masuk ke kepulauan yang kini membentuk Republik Indonesia dan yang lain pula bertebaran ke kepulauan Pasifik di timur seperti di Tonga, Fiji, Hawaii, Guam dan sebagainya.
Sejarah Purba
Orang Austronesia ini, merupakan bangsa pelaut yang hebat. Mungkin boleh diletakkan sebaris dengan bangsa Celtic di Eropah dan bangsa Phoenicia di pesisir pantai Lebanon di Timur Tengah. Mereka turut berada di New Zealand, di Madagascar dan di Hawaii di US.
Di sesetengah tempat, orang Austronesia berkahwin campur dengan penduduk di tempat mereka belayar atau menetap contohnya berkahwin campur dengan orang India (Hindu), orang Parsi, orang Arab, orang Han (Cina), dan lain-lain. Oleh itu, keturunan orang-orang ini diklasifikasikan menurut ilmu antropologi sebagai Melayu Deutro.
Kemungkinan juga orang Austronesia berpindah ke sebelah barat pula untuk mencari pasaran baru bagi produk-produk mereka sekitar abad ke-4 SM. Mereka boleh jadi tiba di pantai timur Tamil Nadu untuk memulakan hubungan dagangan dengan orang Hindu. Sedikit demi sedikit, orang Austronesia yang sudah berpenempatan di sebelah barat Indonesia moden dan di Semenanjung Tanah Melayu sebelah pantai barat mula menerima pakai model sistem politik, sosial dan budaya orang Hindu dan orang Dravidia purba. Namun, bukti-bukti terawal untuk model-model sistem hidup Hindu pun cuma boleh dikesan sehingga awal abad ke-5 M.
Hubungan dagang antara Asia Tenggara sebelah barat dengan rantau Tamil Nadu di Asia Selatan dari abad ke-4 M sehingga ke-9 M nampaknya menjadi lebih rancak semasa pemerintahan kelompok Brahmakshatria Pallava. Hubungan-hubungan ini turut menyebarkan lagi budaya dan agama yang dianuti oleh orang-orang di benua India itu kepada orang Austronesia di Asia Tenggara, dan seterusnya menimbulkan kerajaan-kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Funan dan Cheampa.
Sesetengah pedagang Greco-Roman dari Asia Barat ketika abad pertama masihi mencatatkan bahawa kapal-kapal bukan dari India dilihat tiba dengan kargo besar-besar, mungkin dari Asia Tenggara. Keadaan ini menunjukkan bahawa orang-orang Austronesia agak aktif juga di Laut Hindi. Pengarang Periplus menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis kegiatan berkemahiran yang terpapar pada sampan-sampan yang berjamung menjaga laluan pesisir pantai tempatan, kapal-kapal besar yang lebih rumit binaannya mengangkut muatan berat-berat dan kapal-kapal besar yang berulang-alik dari Malaya, Sumatera dan Ganges.
Kedah Tua
Pada pertengahan abad ke-6 M, wujud gelombang-gelombang baru penjajah dari empayar Pallava yang menaikkan diri mereka sendiri sebagai pemerintah lalu menyebabkan kerajaan Hindu Funan berpecah-belah.
Funan sudah pun wujud semenjak abad pertama masihi. Kelompok-kelompok kshatria Pallava asing itu berkemungkinan mempunyai kekuatan pengaruh tersendiri sehingga boleh menggugat sebuah kerajaan yang sudah lama berdiri itu sedang maharaja kerajaan tersebut pun merupakan keturunan brahmakshatria Pallava juga, bernama Rudravarman.
Kelihatan bahawa persamaan agama, budaya dan kemungkinan bahasa itu langsung tidak menghalang kelompok kshatria Pallava yang menetap di sebelah selatan untuk memperluas jajahan dan pengaruh mandala mereka.
Sejarah Ringkas Kedah Tua Zaman Pertengahan
Pada awal zaman pertengahannya, Kedah Tua menjadi jajahan kepada Srivijaya. Srivijaya ketika itu muncul sebagai salah sebuah kerajaan Melayu yang kuat di rantau barat Asia Tenggara lalu menjajah negara-negara Melayu lain di Sumatera, pesisir Tanah Melayu dan Segenting Kra serta negara-negara di pulau Jawa sehingga ke Bali yang bukan Melayu. Srivijaya juga merupakan pusat pengajian ajaran Buddha aliran Mahayana.
Keadaan ini berterusan sehingga kurun ke-9 M apabila Srivijaya mula terlibat dalam persaingan dengan negara-negara bertamadun Hindu di Tanah Besar India. Empayar Chola di Tamil Nadu mula menghantar kapal-kapal pedagang dan kapal-kapal perang di Lautan Hindi serta ke Teluk Bengal. Sekitar awal abad ke-11 M, raja Tamil Nadu, Rajendra Chola I menghantar tentera demi memenuhi permintaan salah seorang pemerintah di Kedah yang meminta bantuan empayar Tamil untuk menakluki Kedah supaya bebas dari Srivijaya. Penaklukan kedua pula berlaku pada lewat abad ke-11 M, iaitu pada zaman Virarajendra Chola. Penguasaan Chola sebentar saja, namun cukup berkesan dalam melumpuhkan penguasaan Srivijaya.
Menurut laporan penyelidikan dan penemuan arkeologi oleh Col. James Low pada 1840-an, diketahui bahawa wujud penempatan penganut agama Hindu selama seabad di sekitar Kedah Tua. Penyelidikan lain turut dibuat oleh Dr. Quaritch Wales yang mendapati bahawa tidak kurang daripada 30 tapak penempatan orang Hindu di sekitar Kedah moden. Keputusan-keputusan kajian arkeologi dan pengamatan teks-teks serta cerita lisan menurut Nilakantha Sastri; membawa kepada petunjuk bahawa rantau itu pernah berada bawah pendudukan orang-orang yang dipengaruhi oleh kebudayaan India Selatan, ajaran Buddha dan ajaran Brahman berabad-abad lamanya.
Sebuah papan batu bersurat berbentuk empat persegi, bertulis dengan huruf Brahmi India Selatan memaparkan formula Ye Dharma Hetu dari kurun ke-4 M ditemui di tapak I menunjukkan ciri-ciri ajaran Buddha di percandian yang cuma tinggal tapak dasarnya saja. Bentuk huruf dari batu bersurat abad ke-6 M atau mungkin lebih awal turut menunjukkan pengaruh empayar Pallava atau huruf bergaya Vatteluttu. Salah satu inskripsi awal berbentuk batu bersurat turut ditemui oleh James Low di Bukit Meriam dan di Sungai Muda memaparkan perkataan berbahasa Sanskrit berbunyi, Raktamṝtika, yang bermaksud Tanah Merah.
Inskrip berbahasa Sanskrit dan berbahasa Tamil, diperkait dengan kegiatan penduduk dan pemerintah-pemerintah dari negeri-negeri Tamil di India Selatan. Inskripsi-inskripsi berbahasa Tamil dianggarkan muncul lebih lewat daripada inskripsi-inskripsi berbahasa Sanskrit, menunjukkan bahawa kelompok-kelompok kshatria awal dari negara-negara Tamil sendiri memberi perlindungan dan menggunakan bahasa Sanskrit.
Di Kedah, sebuah inskrip berbahasa Sanskrit bertarikh 1086 M ditemui. Ia ditinggalkan oleh baginda maharaja Kulothunga Chola I yang menunjukkan hubungan perdagangan empayar Chola dengan Malaya. Tidak ubah seperti di zaman moden ini.
Huruf Brahmi Bergaya Tempatan
Ketika ketibaan orang Tamil dari empayar Chola di Tamil Nadu ke sini, penduduk Melayu sebenarnya sudah pun menggunakan huruf-huruf bergaya Vatteluttu yang berbeza daripada huruf-huruf Devanagri yang diterima di India Utara.
Untuk "racists" yang suka membuat pengelasan budaya disebabkan warna kulit dan agama, huruf Devanagri cuma mula dipakai secara meluas di negara-negara India Utara sekitar abad ke-15 M. Sebelum itu, termasuklah di sebelah Tamadun Sindhu di Pakistan moden, mereka menggunakan huruf-huruf Śāradā. Huruf-huruf ini merupakan induk kepada huruf-huruf Gurumukhi yang digunakan oleh penganut Sikh untuk menulis.
Huruf-huruf Brahmi bergaya Vatteluttu ini berkembang menjadi huruf-huruf untuk bahasa-bahasa jenis Tamil (Dravidia) di India Selatan seperti bahasa Tamil, bahasa Malayalam, bahasa Telugu dan bahasa Kannada. Di Asia Tenggara, huruf-huruf Brahmi Vatteluttu berkembang menjadi huruf bahasa Kemboja, bahasa Burma, bahasa-bahasa jenis Siam (Tai-Shan), bahasa Jawa Kavi, dan huruf bahasa Cheampa Brahman dan lain-lain. Huruf Vatteluttu ini disebut oleh ahli-ahli akademik pengajian seperti George Coedes dan D. G. E. Hall sebagai huruf-huruf Pallava sempena nama sebuah empayar dan dinasti Tamil dari Kerala.
Di Malaya, huruf-huruf jenis Pallava sudah tidak wujud lagi disebabkan oleh pengaruh huruf-huruf Arabia yang diperkenal oleh orang-orang Arab yang diperanakkan oleh ibu-ibu kerabat diraja tempatan serta mereka yang bergiat berdakwah ajaran Islam. Mereka inilah yang dikenali sebagai, Jawi. Ia bukan istilah yang istimewa pun tetapi menunjukkan bahawa seseorang yang berbapakan seorang Arab itu diperanakkan di kepulauan Asia Tenggara di bekas-bekas tanah jajahan Srivijaya. Ia seperti juga istilah Mulatto di US atau Mudéjar (Moor) di sebelah Semenanjung Iberia.
Aku pelik betullah mengenai perkara-perkara teori pelik yang diperbuat orang ramai mengenai istilah-istilah ini. Seperti inferiority complex pun ada, seperti jakun tidak pernah keluar dari kampung sendiri pun ada. Jadi manusia saja tak bolehkah? Hang nak ikut budaya Arabia, Congo, Kenya, Melayu, Perancis, Tamil, Punjabi Desi atau nak taat menganut agama Islam, nak beribadat menerusi sunnah nabawi atau nak mengikut ajaran Buddha. Itu semua hal peribadi dan pilihan hati hang sendirilah. Tepuk dada, tanyalah iman hang sendiri. Toksah sibuk kompang sangatlah padahal bukannya setara mana pun. Manusia ini semua sama saja. Manusia bukan boleh jadi malaikat. Manusia pun bukan jin. Manusia itu cuma manusia saja!
Terdapat beberapa inskripsi batu yang menunjukkan bahawa rantau Kedah sudah pun menjadi pusat perdagangan yang maju semenjak 400 M atau mungkin sebelumnya. Salah satu teks Melayu awal turut memasukkan ayat-ayat karma yang merujuk nama seorang raja bernama, Ramavnibha. Baginda berkemungkinan merupakan pemerintah tempatan yang terawal yang direkodkan namanya dalam sejarah. Sejarah dari zaman Kedah Tua memaparkan pengaruh kebudayaan India di Kedah Tua dan sebelah barat Asia Tenggara. Sementara, penduduk tempatan pula mempengaruhi orang-orang India dalam kemahiran-kemahiran untuk bertahan di laut dan di pergunungan.
Sumber pic: dusunraja.wordpress.com