Memaparkan catatan dengan label budaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label budaya. Papar semua catatan

Selasa, 9 September 2014

Menari Muay



Sorilah datin-datin, cik kakak dan cik puan yang bertandang. Di sini seksi sedikit. Menari muay ini ditujukan untuk peminat-peminat sukan tomoi. Style kawan ini boleh tahanlah. Seorang lagi yang sempoi, Buacow Phor Pramuk....

Kredit visual kepunyaan: Saluran Ekger

Isnin, 8 September 2014

Menorah Selatan



Jenis tarian ini ditarikan di negeri-negeri Melayu Siam seperti Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Perak Utara selain di Selatan Thailand. Dalam bahasa Siam, ia digelar, Lakon Chatri atau Norah.

Ciri-ciri asas lakon tari termasuklah bacaan menyeru, tari pengenalan watak utama dan tok peran. Seruan diiringi oleh pergerakan berirama lemah-gemalai oleh jejari, tangan dan kaki. Latar lakon tari itu didasarkan kepada cerita hikayat Jataka serta kisah-kisah lagenda yang sudah diserap oleh etnik Melayu di situ sejak sebelum menganuti ajaran Islam.

Lagenda

Menurut lagenda Hindu (India), Kinari, merupakan gadis-gadis makhluk ghaib di hutan Himavat Pradesh. Terdapat juga Kinara, kelompok lelaki makhluk ghaib. Semua watak ini berasal dari lagenda India tetapi kemudian diserap dan disesuaikan dengan gaya berfikir penduduk di Siam. 

Kinari digambarkan sebagai seorang gadis cantik tetapi bertubuh burung di bahagian bawah. Dia boleh terbang dan berulang-alik dari alam ghaib ke alam manusia. Bila berenang di air, dia berubah menjadi manusia. Makhluk ini boleh terbang selaju cahaya dan boleh sampai ke destinasi yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia biasa.

Penokohan menorah terkenal sekali adalah menerusi watak penceritaan berjudul, "Pannyasajataka". Tarian digelar "Manorah Pujayana", memainkan kisah dari sastera mistik tertinggi di Siam.

Gaya

Di Kelantan dan Terengganu, mereka menggunakan bahasa Melayu Kelantan dan style pergerakan Mak Yong. 

Di Kedah, yang biasa kita dengar pun bahasa Siam. Mungkin di sesetengah tempat menggunakan loghat tersendiri. Style lakon di Kedah pun tersendiri juga. Boleh jadi juga dipengaruhi oleh lakon Jikey dan Mek Mulung di Wang Tepus.

Di Thai Tengah, gaya mereka mungkin berbeza dengan yang di Thai Selatan sebab tiada unsur akrobatik. Di Kemboja, Laos dan Myanmar pun ada seni tari ini.

Orkestra terdiri daripada sepasang simbal keling yang kecil itu, sepasang gong kecil, sepasang kayu ketuk, gendang, alat penibai lantai dan dram bermuka satu.

Jumaat, 4 Januari 2013

Robam Nari Sri Nakorn

 

Hmmm, selalu hangpa mesti ada dengaq pasai Menora atau Lung Nora di sebelah Selatan Thai dan jugak belah Kedah atau Kelantan. Kita perkenal ke hangpa, ini ระบำนารีศรีนคร Robam Nari Sri Nakorn dari negeri Ligor atau Nakorn Sri Thammarat. Persembahan ni persembahan dari orang-orang bahagian Jabatan Kemanusiaan Universiti Rajabhat di Surat Thani sana. 

Seni tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan orang Srivijaya di samping pengaruh adat-istiadat agama Buddha dari Sri Lanka. Tarian biasa dipersembah oleh cik kak beberapa orang di candi agung di negara kota pada hari perayaan keagamaan yang penting di negeri Ligor dan jajahannya. 

Khamis, 24 November 2011

Sejarah: Wilayah-Wilayah dan Rantau dalam Thailand

Apakala kita sebut pasai muka bumi sempadan Siam maksudnya kita jugak merujuk kepada sempadan kerajaan-kerajaan yang wujud di dalam kawasan negara yang hari ini kita panggil sebagai Thailand atau sebelum ia dikenali sebagai Thailand, dipanggil jugak sebagai empayar Siam. Dalam dunia ni banyak lah empayar macam empayar British, empayar China, empayar India, dan sebagainya. Siam berjaya mewujudkan kerjasama sesama kerajaan-kerajaan berdekatan yang kemudian membentuk apa yang dipanggil pada abad ke-13 M sebagai Siam. 

Jadi orang yang datang dari empayar Siam selepas abad ke-13 M dan terkena lingkungan pengaruhnya dipanggil lah sebagai Siam. Ia bukan mestinya mencerminkan etnik seseorang itu atau agama orang itu. Nak menganut ajaran Buddha bukan sekadar lahir dari ibu bapa beragama Buddha. Konsepnya bukan begitu, sebab penganut Buddha kena mengucapkan dulu ucapan mintak perlindungan pada Trairat atau Tiga Mestika yakni pada Guru, Tharmma, dan jugak Sangkhom (Pesaudaraan Mesarakat Wihara) serta mengamalkan Ariya Margg (Jalan Mulia). Takdak ni semua, makanya takdak lah Buddha yang resmi. Yang ni hal ajaran Buddha lah, buleh saja kita perbincang kalu ada kelapangan cuma toksah lah dok peburuk Sang Buddha, beginda bukan orang jahat pun tak kacau sapa-sapa pun. Berbalik ke hal pengenalan kebangsaan ni, heran gak aku, awat penduduk negara-negara Commonwealth tak dipanggil sebagai British jugak sebab negara-negara Commonwealth semua pun bekas tanah dalam pentadbiran empayar British?

 
Peta Rantau Dalam Siam atau Thailand

Thailand hari ini terbahagi kepada beberapa wilayah. Wilayah-wilayah yang ada dalam Thailand ialah:

I. Pak Klang 

Wilayah di Tengah diwakili oleh Khrungthep Mahanakorn (Bangkok). Bahasa atau loghat orang di sini menjadi bahasa Thai rasmi, baku dan diajarkan secara meluas di sekolah dan digunakan di pusat-pusat kegiatan masyarakat. Ada beberapa negeri purba di kawasan tengah Thailand hari ini yang dibuktikan dengan penemuan cargali purba.

II. Pak Tai 

Wilayah di Selatan yang diwakili beberapa negeri seperti Songkla, Yalor, Narathiwat, Pattani, Satun, Nakhon Sri Thammarat, Ranong, Terang, Phuket (Junk Ceylon), Krabi, Chumphon, Phang Nga, Phattalung dan Surat Thani yang terletak dalam kawasan Segenting Kra yang bermula dari Utara Semenanjung Malaysia hari ini bersambung dengan kawasan Tengah Thailand. Penduduk di sini mempunyai sejarah tersendiri sama lah macam di kawasan mana pun dalam dunia. Kawasan Selatan ini kebanyakan penduduk pada abad ke-7 M berbahasa dengan bahasa Melayu purba kerana dikuasai oleh Seriwijaya dari Palembang. Palembang terletak di Pulau Sumatera dalam Indonesia pada zaman moden. Hari ini, mereka kebanyakannya berbahasa Thai loghat Selatan dan sebagai rakyat Thailand, maka haruslah jugak berbahasa Thai baku. Di wilayah-wilayah seperti Satun masih ada penutur bahasa Melayu loghat Kedah dan di Patani, Narathiwat, dan Yalor pun masih ada penutur bahasa Melayu loghat Patani yang dipanggil sebagai bahasa Yawee. Sejarah orang-orang di negeri-negeri Selatan paling bawah memang berkongsi dengan sejarah orang di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia.

III. Pak Nua

Wilayah di Utara diwakili oleh Chiang Mai atau Bandar Baru. Orang-orang di sini juga kebanyakannya dipanggil sebagai Tai-Muang Kham, Tai Yonok, Tai-Yuan dan lain-lain. Negeri orang Tai di Utara Thailand sejak abad ke-13 M pada masa hampir sama dengan Melaka ditubuhkan di Selatan Semenanjung Tanah Melayu. Bahasa penduduk adalah bahasa Thai loghat Utara.

IV. Esarn

Wilayah ini bersempadan dengan Kemboja dan Laos. Bahasa mereka adalah bahasa Thai loghat Esarn yang sebenarnya adalah bahasa Tai-Lao. Mereka berkongsi sejarah dengan orang Laos. Kawasan ini pun dulu pernah lah termasuk dalam kuasa empayar Angkor (Kemboja Klasik).

Jadi untuk masukan kita kali ni bagi bahagian sejarah wilayah-wilayah Thailand, kita cukup lah sampai tang ni dulu. Kalau nak bincang sejarah orang Tai boleh sahaja. Depa ni orang Yunnan, depa bukan ada di kawasan Utara Asia Tenggara dan Selatan China saja. Depa ada jugak di India Timur dan di Myanmar. Zaman purba lagi sebelum Monggol masuk sepak depa, depa dah sikit-sikit terkena pengaruh kecinaan tapi depa bukan Cina (etnik Han). Depa jenis yang sama macam orang Melayu dalam teori Yunnan tu la kot agaknya. Apa pun menosia semua sama saja.