Khamis, 24 November 2011

Muay Chaiyya

Sejarah Pertubuhan Muay Chaiyya di Selatan Thai

 
Hakmilik video: Chanuphon

Arghhh, nak haram la pemuat turun celaka ni!!! Aku tak buleh nak muat turun video Muay Boran Chaiyya. Kalu tak tau lagi lar, Muay Chaiyya ni jenis Muay Boran atau Muay Purba yang diamalkan di kawasan dalam empayar Kemboja. Orang Tai belajar sedikit sebanyak Muay Boran ni masa depa jadi askar dalam empayar Angkor (Kemboja). Sebelah Selatan Siam, orang-orang di situ dulu pun termasuk dalam empayar Kemboja dalam abad ke-5 ke-6 macam tu.

Tiga Belas Buah Muay Chaiyya: Acharn Lek 

 
Hakmilik Video: Master.K.Muaythai

Video ni ehsan dari pemuat naik video dalam Youtube, dan jugak diterbit oleh Acharn Lek (Kridakorn Sopprasek) di Bangkok. Beliau ni punya kata-kata semboyan: "kita pertahan apa yang ada!!!" Felem Thai yang tajuk dia "ไชยา" Chaiyya tu pelakon dia sorang anak murid Acharn Lek, Acharn Lek jadi penasehat gaya Muay dia. Yang seluarq hitam tu pelakon dalam felem "Chaiyya," nama dia Prawit Kitthichantira. Dia belajarq dengan Acharn Lek masuk 11 tahun dah la.

Umumnya, dalam video ni ada 13 bijik buah Muay Chaiyya. Benda ni kebanggaan kita lah orang-orang belah Selatan Siam dan jugak Utara Malaysia. Nak kena ada stamina la pulak nak main Muay no. Aku lama dah tak eksesais, damnnnn!

Syoq gak kalu godek-godek lagi bab ni. Lama aku tak baca bab ni, rasa macam nak pi Siam ja balik mujuq ayarq bah jah. Untuk maklumat lanjut, hangpa buleh kelik kat sini juga ---> Belajarq Muaythai Chaiyya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan