Ni lagu Tai-Lue daripada Sipsongpanna pasai jantan-jantan nak mengawan tapi pempuan ada sorang jah. Depa cakap bahasa Tai Kradai, jenis loghat bahasa Tai. Yang dekat Thailand tu loghat Tai-Dai jugak tapi dah bercampur-campur dengan bahasa Kemboja, bahasa Melayu ngan bahasa India. Tempat depa banyak bendang, sempadan saja dengan Chiangmai dekat Utara Thailand. Pekan depa nama pekan Jingrong. Bahasa depa sapa-sapa yang reti bahasa Siam boleh paham jugak sikit-sikit.
Video bukan aku punya, unitedriskprotection punya buleh kelik atas nama pemilik video ni
Dolu-dolu ada blog-blog konspirasi tu. Dia bukan cakap salah semuanya. Memang betul etnik Tai ada cuma dia bagi teori dia tu bercampur aduk takdak pentarikhan sebab dalam pengajian sejarah kena ada tarikh baru buleh susun kronologi. Puak Tai masuk dari Selatan China iaitu dari Yunnan tapi dalam Thailand kerajaan Sukhothai tu depa dah gabung dengan kerajaan-kerajaan lain baru bentuk empayar Siam. Ada dua kerajaan Tai dalam Siam, Sukhothai tu satu saja. Yang satu lagi tu Lanna. Yang berapa banyak lagi kerajaan Tai-Lao ada dekat Laos dengan India (Assam). Laos dah terlepas jadi jajahan Perancis. Depa ni masuk dari Sipsongpanna ni la. Siam wujud lambat dah dalam abad ke-13 jugak awal sikit saja daripada pelabuhan Melaka. Orang Melayu punya teori mari dari Yunnan tu macam mana? Hahahaha... Hangpa adik beradik saja buat apa dok mengkelai?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan