Memaparkan catatan dengan label thai utara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label thai utara. Papar semua catatan

Ahad, 16 Ogos 2015

Bahasa Thai Utara


Sebelum itu, aku nak khabar siap-siap bahawa bahasa ini bukan bahasa Thai loghat Tengah yang dituturkan di sekolah-sekolah atau di wat Siam yang mengajar bahasa Thai loghat Tengah di sebelah Utara Malaysia. 

Bahasa ini adalah bahasa yang dituturkan oleh penduduk negara-kota Lanna yang pernah bebas merdeka sebagai sebuah kerajaan sama seperti negara-kota orang Melayu di sebelah selatan Thailand. Bezanya ia terletak di sebelah utara Thailand dan majoriti penduduk dijatikan sebagai etnik Tai-Lanna. Bahasa Thai Utara disebut dengan pelbagai rujukan oleh penduduk di utara Thailand contohnya seperti:
  • ภาษาถิ่นพายัพ Phāṣā Thin Phāyap
  • ภาษาล้านนา Phāṣā Lānnā
  • ภาษาคำเมือง Phāṣā Khām Mueang
Bahasa Thai ini sangat rapat sekali perhubungannya dengan bahasa Thai atau bahasa Siam dan bahasa Laos. Sebab itu aku bagitahu dulu, jika boleh berbahasa Thai, boleh juga faham bahasa Laos dan bertutur dengan penduduk negara Laos. Penutur bahasa ini berjumlah enam juta orang. Kebanyakannya tinggal di Thailand, dengan yang selebihnya itu tinggal di sebelah barat daya negara Laos.

Penutur bahasa ini menganggap panggilan rujukan untuk bahasa mereka sebagai bahasa Thai Yuan sebagai sesuatu yang menghina. Mereka selalunya merujuk diri mereka sebagai ฅนเมือง khon mueang yang merujuk kepada negara-kota Lanna. Biasanya bahasa ini dirujuk sebagai bahasa Phayap atau bahasa Mueang.  

Istilah Yuan, kadangkala masih digunakan untuk merujuk kepada ciri-ciri istimewa yang ada pada tulisan bahasa Thai Utara seperti aksara Dharma Tai yang rapat pula dengan aksara Tai-Lue di China dan aksara-aksara suci orang Lao.

Penggunaan istilah tua mueang, sebagai aksara tradisional hanya terkenal di biara-biara Buddha, dengan kebanyakan manuskrip agama yang tua masih menggunakan bentuk aksara itu. Sekarang ini tiada lagi penghasilan sastera keagamaan yang menggunakan aksara ini. Kes ini mungkin seperti kes huruf Jawi yang jarang sudah digunakan untuk menulis perkara-perkara keagamaan selepas huruf Inggeris diperkenal. Penduduk Malaysia yang beragama Islam pun lebih selesa menggunakan huruf Rumi untuk menulis nota ceramah agama kerana tidak wujud usaha untuk menggunakan aplikasi tulisan Jawi di alam maya.

Bentuk moden bahasa ini untuk pertuturan disebut sebagai bahasa Kammuang. Orang-orang muda di sebelah situ sudah tidak minat menulis menggunakan bentuk aksara lama mereka namun transkripsi bunyi sebutan moden masih memerlukan ejaan yang berbeza bagi menyesuaikan bunyi dengan tulisan bahasa Thai Tengah.

Kebanyakan pakar linguistik menganggap bahawa bahasa Thai Utara ini lebih rapat dengan bahasa Thai Bangkok dan bahasa-bahasa Thai Chiang Saeng lain berbanding dengan bahasa Lao dan bahasa Lao-Phutai yang lain. Namun perbezaannya sangatlah rumit sekali kerana bahasa-bahasa ini membentuk kesinambungan bahasa yang sedikit sangat garis perbezaannya.      

Rabu, 20 Ogos 2014

Maklumat Negara Lanna


Kerajaan Zaman Awal

Negara Siṃhanavati
Negara Hirañya Ngěnyāng
Negara Phayao

Kerajaan Zaman Pertengahan

Negara Lanna
Negara Jāya Nārāyaṇa

Zaman Moden

Negara Rattanatiṃśa Chiangmai
Negeri Lampang

Rujukan
  • Hikayat-hikayat daun lontar Chiangmai kemungkinan bermula ditulis pada lewat abad ke-15 M. Versi terjemahan bahasa Inggeris diperbuat pada 1828. 
  • Hikayat Jinakālamāli digubah oleh Ratanapañña (16 M) mengenai kemunculan awal ajaran Buddha serta rekod sejarah negeri-negeri utara rantau Indochina.
  • Hikayat Burma oleh Zinme Yawazin (Chiangmai) (2012). Rujuk Forbes, Andrew dan Henley, David, Ancient Chiang Mai, bil. 4. Chiang Mai, Cognoscenti Books.

Kerajaan Hirañya Ngěnyāng


Kerajaan ini merupakan negara awal orang Thai Utara bermula dari abad ke-7 M sehingga ke-13 M. Ia mula berpusat di Hirañya yang sebelum itu digelar Vieng Prěuksa. Kini tempat itu terletak di daerah Mae Sai di negeri Chiangrai. 

Ibu kota negara ini kemudian berpindah ke Ngěnyāng (Chiang Saen). Negara ini pernah didahului negara Hindu yang lain, negara Siṃhanavati. Raja ke-17, raja Mangrāi menjadi pengasas kepada negara Lanna. Berbeza dengan negara-negara Tai lain ketika itu, kerajaan Hirañya Ngěnyāng disebut juga oleh hikayat-hikayat tempatan. Oleh itu, mudah sekali untuk mengesan sejarahnya.

Pada 545 M, gempa bumi memusnahkan negara-kota Naga dan negara Siṃhanavati. Mereka yang terselamat berkumpul dan berbincang untuk melantik raja di Vieng Prěuksa. Prěuksa bermaksud, berbincang. Selepas 93 tahun mereka menjalani sistem beraja berganti-ganti, raja Kalavarnadit dari negara Lavo memaksa Vieng Prěuksa untuk menerima Lavachakka menjadi raja mereka pada 638 M. kemudian dinamakan semula, negara Hirañ.

Lavachakka ini dihipotesiskan sebagai ketua puak di kawasan itu yang menerima sokongan negara Lavo. Wangsa Lao dari Lavachakkaraja kemudian memerintah selama 700 tahun di situ. Laokiang, raja ke-10, membina kota di Ngěnyāng (Chiang Saen) sekitar 850 M. Ibu kota pun berpindah ke situ dan baginda menjadi raja pertama di Ngěnyāng. Rantau jajahan negara ini didakwa melebar dari barat di Chiang Saen sehingga ke Luang Prabang di utara Laos sehingga ke Thaeng di Điện Biên Phủ di Vietnam.

Kerajaan ini pernah dijajah oleh orang Tai suku Lu dari negara Chianghung (Jingrong) di China pada 1250 M. Kawasan utara yang dijajah itu kekal begitu sehingga penaklukan Mongol dinasti Yuan. Agama penduduk di Ngěnyāng tebal sekali dipengaruhi oleh ajaran Buddha Theravada seperti yang dianuti oleh kerajaan Haripuñjāya di selatan.

Sekitar tahun 1250, Laomeng, raja ke-16, mengasaskan negara-kota Chiangrai. Putera baginda, Mangrai memindahkan ibu kota ke Chiangrai sebaik saja bertakhta pada 1262. Pada 1281, Mangrai menjajah Haripuñjāya dan merampas kota Lamphun.

Selasa, 19 Ogos 2014

Senarai Raja Pemerintah Haripuñjāya


Wangsa Jamadevi

Ratu Jamadevi
Hanayos
Kumanjaraja
Rudantra
Sonamanjusaka
Samsara
Padumaraj
Kusadeva
Nokaraja
Dasaraja
Gutta
Sera
Yuvaraja
Brahmtarayo
Muksa
Traphaka
Uchitachakraphad, raja Lavo
Kampol
Jakaphadiraj, raja Atikuyaburi
Vasudeva
Yeyyala
Maharaja, raja Lampang
Sela
Kanchana
Chilanka
Phunthula
Ditta
Chettharaja
Jeyakaraja
Phatijjaraja
Dharmikaraja
Ratharaja
Sabhasitha
Chettharaja
Jeyakaraja
Datvanyaraja
Ganga
Siribun
Uthen
Phanton
Atana
Havam
Trangal
Yotta
Yibha

Kebudayaan dan Kepercayaan

Negara ini dipengaruhi kebudayaan dari ajaran Buddha Theravada. Raja-raja mereka semua sangat mengambil berat mengenai ajaran agama. Orang Senoi dari bangsa Mon ini menerima budaya dan kesenian Hindu (India). Beberapa abad lamanya, mereka menjadi agen penyebar budaya dan nilai-nilai Hindu di Indochina. Nama-nama berbunyi bahasa Sanskrit sebagai nama tempat di Thailand moden itu merupakan hasil pengaruh budaya dan pengaruh Hindu yang lama itu.

Maklumat: Negara Haripuñjāya


Negara ini suatu ketika dulu wujud di rantau utara Thailand moden. Negara ini dibangunkan oleh orang-orang Senoi dari bangsa Mon. Ibu kota mereka berpusat di Lamphun. Ia bermula sekitar 661 M dan berakhir pada 1292 selepas dihentam teruk oleh bangsa Tai-Lanna. Kemudian, ia diserap menjadi sebahagian daripada negara Lanna.

Pengasasan

Menurut Hikayat Jamadevivaṃśa dan Jinakalamali, kota itu diasaskan oleh seorang yogi bernama Vasudeva pada 661 M. Hikayat Tai Yonok menyebut bahawa Vasudeva mengupah beberapa kumpulan etnik Mon untuk membina kota. Kota itu terletak antara sungai Mae Ping dan Mae Kwuang. Kemudian, pemerintah negara Lavo menghantar puterinya, Jamadevi, untuk menjadi ratu serta pemerintah pertama di kota Haripuñjāya atas jemputan Vasudeva.

Setengah orang menganggap tarikh itu terlampau awal. Mereka menganggap tarikh sebenar kota ini bermula sekitar 750 M. Ketika itu pun, kebanyakan rantau tengah ketika itu diperintah oleh pemerintah Senoi etnik Mon yang bersekutu dalam kerajaan Dvaravati. Ratu Jamadevi mempunyai dua putera. Yang sulung memerintah di Lamphun, manakala yang bongsu pula di Lampang yang berjiran.

Lagenda Ratu Jamadevi

Cerita hikayat mengenai ratu orang Senoi ini terkenal dalam tradisi lisan dan bertulis kerajaan Lanna. Ratu ini mengembara di seluruh pelosok kerajaan dan mengetuai pasukan kesatria, bhiksu Buddha dan pendita-pendita Brahmin. Baginda turut membawa bersama karyawan seni dalam usaha beraninya memperluas jajahan.

Malang sekali, sebelum baginda sempat melunaskan impian tersebut, peperangan besar pula meletus. Negara kota baginda dan kebebasannya terancam. Ratu Jamadevi bersama barisan tentera baginda pun teguh bertahan menerima hentaman orang Kemboja.

Menerima Agama Buddha

Seterusnya, ratu Jamadevi memperkenal ajaran Buddha di kota Haripuñjāya. Semenjak itu, penduduk di situ setia berpegang dengan ajaran Buddha. Pada kurun ke-8 M, penyebar-penyebar ajaran Buddha dari Sri Lanka pun tiba lalu memperkenal aliran Theravada-Langkavaṃśa kepada orang Senoi suku bangsa Mon itu.

Orang Mon setia memeluk ajaran Buddha dan turut menyebarkannya ke timur di sempadan empayar Angkor di Kemboja dan di negara orang Melayu di selatan, negara Tambralinga. Tradisi Brahmin dan Buddha berkembang tanpa pertelingkahan.

Tradisi Brahmin Hindu terus memberi latarbelakang budaya penduduk sedangkan nilai-nilai ajaran Buddha dan ajaran akhlak hidup mulia diamalkan. Walaupun ajaran Buddha adalah agama rasmi orang Mon dan orang Khmer, namun amalan asli mereka sebagai suku-sakat bangsa Senoi pun masih lagi diamalkan.

Hikayat Jamadevivaṃśa

Laurent Hennequin menyebut bahawa:
Sejarah kerajaan Haripuñjāya yang kini terletak di Lamphun dalam rantau utara Thailand, memang diketahui oleh khalayak ahli akademik menerusi hikayat-hikayat lain. Namun, hikayat-hikayat itu sering bercanggah sesama sendiri, terutamanya dari segi kronologi peristiwa. Tiada bukti kontemporari pula untuk mengesahkan kejadian. Kronologi sebelum pembentukan wilayah-wilayah pra-negara Thai untuk negara Haripuñjāya ini merumitkan pengkajian sejarawan disebabkan oleh pelbagai sebab seperti kenyataan bercanggah, kurang dokumen asal, batu bersurat pun sedikit sahaja tidak melebihi 10 dan kurang bermaklumat.
Lagenda Jamadevivaṃśa ini dikumpul dan ditulis semula oleh seorang bhiksu Buddha senior, Mahathera Bodhiramsi pada awal kurun ke-15 M. Ia ditulis dengan bahasa Pali menceritakan semula mengenai pengasasan negara Haripuñjāya di Chiangmai pada abad ke-7 M.

Sama seperti hikayat-hikayat Pali Theravada lain, lagenda itu turut dijalinkan dengan cerita-cerita politik dan keagamaan seperti permulaan silsilah kerabat Jamadevi dan perlindungan yang diberi kerajaan terhadap agama Buddha.

Salah satu ciri yang jelas berselari dengan cerita-cerita teks lain dalam kitab ini adalah cerita mengenai Siddhartha Gautama Buddha berziarah ke utara Thailand pada zaman baginda, ramalan baginda bahawa peninggalan baginda nanti ditemui oleh si folan dan si folan dan ternyata peninggalan tersebut ditemui oleh raja Adittaraja pada abad ke-11 M. Begitu juga baginda Buddha meramal mengenai permulaan wangsa tertentu oleh seorang ratu dan kerabatnya memerintah negara itu selama 500 tahun.

Kegemilangan dan Kejatuhan

Hikayat-hikayat menyebut bahawa orang Khmer dari timur gagal menghentam kota ini beberapa kali semasa abad ke-11 M. Ketika itu, konflik dan pertempuran meluaskan jajahan sering terjadi.

Empayar Angkor di Kambūjadeśa disatukan semula oleh maharaja Suryavarman II (1113-1150 M). Baginda memulakan projek pembinaan Kuil Angkor yang mengambil masa selama 37 tahun untuk disiapkan. Kuil itu dibina untuk menyembah dewa Vishnu. Suryavarman II berjaya menjajah sebahagian saja daripada Haripuñjāya di barat. Sejak itu, Haripuñjāya bertahan dari serangan bangsa Khmer dan raja memerintah kota itu sebagai daerah merdeka.

Raja Yiba, pemerintah terakhir kalah perang dengan raja Mangrai, pemerintah Lanna pada 1282. Selepas itu, pentadbiran pusat negara Lanna dibawa ke Chiangmai. Haripuñjāya pula menjadi pusat keagamaan Buddha. Di situ terletak biara negara Haripuñjāya, Phra Brahmadhatu. Ia menjadi simbol kegemilangan agama Buddha di utara. Kemudian raja-raja Lanna terus melindungi dan menggunakan juga cetiya di situ untuk aktiviti keagamaan. Budaya Haripuñjāya dari Lamphun turut mempengaruhi orang Tai-Lanna terutamanya di Chiangmai, Chiangrai dan Viangkum Kam.

Zaman Moden

Lamphun diserap ke empayar Siam oleh raja Thaksin. Sejak itu, ia diperintah oleh gabenor sehingga 1922 apabila gabenor terakhir, mejar jeneral Tengku Chakkham Khachonsak mangkat.

Utara: Sekilas Pandang


Rantau utara ditakrifkan oleh Jawatankuasa Geografi Kebangsaan pada 1978 sebagai mengandungi sembilan negeri. Dari segi geografi, pembahagian diperbuat menurut sistem enam rantau termasuk kebanyakan rantau semulajadi bergunung-ganang di tanah tinggi Thailand.

Sistem empat rantau menambah lagi tujuh negeri menjadikannya sebanyak 16 negeri semuanya. Dalam sistem ini, utara Thailand ini termasuklah negeri-negeri di rantau tengah yang menjulur ke utara seperti:
  • Kamphaeng Phet.
  • Nakhon Sawan.
  • Phetchabun.
  • Phichit.
  • Phitsanulok.
  • Sukhothai.
  • Uthai Thani
  • Negeri Tak.
Negeri-Negeri Utara

Negeri-negeri yang betul-betul di utara adalah:
  • Chiangmai.
  • Lamphun.
  • Lampang.
  • Uttaradit.
  • Negeri Phrae.
  • Negeri Nan.
  • Negeri Phayao.
  • Chiangrai.
  • Mae Hong Son.
Fahami

Rantau utara ini beriklim sejuk dan popular dalam kalangan pelancong bermula dari Disember sehingga Januari. Di pergunungannya, suhu menurun sehingga bawah paras sejuk. Sementara di tanah datar pula, suhu purata harian lebih kurang 25 celcius.

Dari segi budaya, rantau ini menerima pengaruh banyak dari Yunnan di China serta dari negeri-negeri Shan (Tai-Yai) dari Myanmar. Kerajaan Lanna berpusat di Chiangmai dan kerajaan Sukhothai berpusat di Phitsanulok merupakan negara-bangsa terutama etnik Tai-Kradai dan mereka yang berkaitan dengan Phu Thai di Thailand kini.

Siri-Siri Darurat

Banyak tempat di utara pernah terlibat dengan beberapa siri darurat akibat:
  • pengaruh Komunis suatu ketika dulu.
  • peperangan saudara di sempadan.
  • tidak dilupakan juga, perang dengan pengedar dadah dari Myanmar.
Masalah-masalah ini sudah pun diatasi walaupun langkah berjaga-jaga diambil dengan nasihat supaya pengunjung luar berhati-hati di negeri-negeri bersempadan dengan Myanmar seperti di negeri Tak dan negeri Mae Hong Son.

Sejarah Wilayah Utara


Utara Thailand moden dikelilingi oleh banjaran pergunungan dari bukit-bukit Shan di sempadan Myanmar dan sempadan Laos serta lembah sungai yang merentasi bukit-bukau. Walaupun beriklim tropika lembap dan kering seperti wilayah-wilayah lain, namun kedudukannya di tanah tinggi menyebabkan suhunya berubah-ubah mengikut musim. Kadangkala, ia mengalami musim sejuk yang lebih sejuk daripada wilayah lain.

Umumnya, wilayah ini diperkait dengan kerajaan Lanna dan kebudayaannya. Tetapi, terdapat juga kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha lain seperti Haripuñjāya yang turut diasaskan di rantau-rantau yang diserap selepas siri-siri peperangan purba.

Sejarah

Negara Haripuñjāya

Negara Lanna

Negara Sukhothai

Maklumat
Senarai Raja Pemerintah

Zaman Moden

Sekilas Pandang
Bahasa
Budaya
Makanan
Kegiatan Pelancongan

Senarai Raja Pemerintah Lanna


Zaman Permulaan

Wangsa Lavachankarāja
Wangsa Mangrāi


Zaman Penjajahan Burma

Wangsa Mangrāi


Phya Mangrāi, 1261-1311
Jāya Sangrāma (Chaiya Songkram), 1311-1325
Saen Phu, 1325-1334
Kham Fu, 1334-1336
Pha Yu, 1336-1355
Kue Na, 1355-1385
Saen Mueang Ma, 1385-1401
Sam Fang Kaen, 1402-1441
Trilokarāja (Tilokkarat), 1441-1487
Yot Chiang Rai, 1487-1495
Mueang Kaeo, 1495-1525
Mueang Ket Klao, 1525-1538 (pertama kali bertakhta)
Sai Kham, 1538-1543
Mueang Ket Klao, 1543-1545 (kali kedua bertakhta)
Ratu Chiraprabhā, 1545-1546
Jāya Jestha (Chaiya Chettha), 1546-1547 (juga raja Lan Chang di Laos moden)

Tempoh peralihan zaman bermula pada 1547-1551. Negara Lanna dijajahi oleh empayar Burma pada 1548 sehingga 1775. Mereka belum masuk menjadi negeri yang menghantar ufti ke Siam lagi sehingga 1775.

Zaman Penjajahan Burma

Lanna sempat diperintah oleh wangsa Mangrāi sehingga 1578....

Mekuti, 1558-1564
Vishuddha Devi, 1565-1578

Selasa, 5 Ogos 2014

Wangsa Lavachanka Raja


Ini sebelum zaman penjajahan empayar Siam dan empayar Burma...

Zaman Negara Hirañya

Lao Chong, Lavachanka Raja, 638-?
Lao Kao Kaeo Ma Mueang, 
Lao Sao
Lao Tang atau Lao Phang
Lao Klom atau Lao Luang
Lao Leo
Lao Kap
Lao Khim atau Lao Kin

Zaman Negara Ngěn Yang

Lao Khiang (istana pindah ke Ngěn Yang)
Lao Khiu
Lao Thoeng / Lao Ting
Lao Tueng / Lao Toeng
Lao Khon
Lao Som
Lao Kuak / Lao Phuak
Lao Kiu / Lao Kwin
Lao Chong
Chom Pha Rueang
Lao Choeng atau Phanya Coeng atau Khun Chuang, 1148-1192
Lao Ngoen Rueang
Lao Sin atau Lao Chuen
Lao Ming
Lao Mueang atau Lao Moeng
Lao Meng
Mangrai Agung, 1261-1311

Nama depa ini semua ada tulisan bahasa Cina sebab depa duduk di perbatasan dengan empayar China. Pegang peta sekeping, tengok negeri Chiangmai tang mana duduk.