Memaparkan catatan dengan label belajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belajar. Papar semua catatan

Khamis, 18 Julai 2013

Melibatkan Makanan: Rasa Lapar


Lapar no???! Sementara duk tunggu waktu berbuka puasa, marilah pelajari beberapa perkara mudah. Mungkin setengah hangpa sudah tahu pun. Lapar dalam bahasa Thai kita kata, หิว hiu. Contoh ayat di sini aku bubuh dalam bentuk perbualan na. Mudah hangpa nak lihat...

A: หิวมั้ย?
A: Hiu Mai?
A: Lapar dak?

B: หิวครับ
B: Hiu kap
B: Lapar

atau

B: หิวค่ะ
B: Hiu kah
B: Lapar

Macam biasa lah. Kalau penutur laki mesti ada kata kap, manakala penutur pempuan mesti kata kah. Kalau dengan orang yang kita biasa dan juga macam kawan-kawan itu baru cakap bahasa kasar tak payah nak ber"kap" atau ber"kah" bagai. Kalau nak kata "lapar sangat" macam mana nooo? Ini dia contoh bahasa standard kita...

B: หิวมากครับ
B: Hiu maak khap

atau....

B: หิวมากค่ะ
B: Hiu maak kah

Ok, sudah berbuka puasa dah kot. Aku nak pi berbuka puasa lah. Bagi yang memantau diucapkan terima kasih. Anda boleh berbahasa Siam walaupun anda bukan keturunan Siam, itu sebab aku bukak laman ini untuk meyakinkan hangpa, hahaha.

Rabu, 17 Julai 2013

Melibatkan Makanan: Rasa Dahaga

Swaddekap!


Aku baru sahaja balik dari kawasan utara. Al-maklum lah pensyarah aku pi hantar hasil disertasi aku kepada pemeriksa yang entah dari mana-mana dan profesor segala tu rasa kepandaian depa tidak dicabar jadi depa pun mula menunjuk pandai dengan menyusahkan pelajar yang sedang nazak nak bergraduasi. Aku serius tak paham puak-puak pandai ni semua pasai aku sudah periksa separuh mati dah hasil disertasi aku.

Sebab waktu ini adalah bulan puasa maka aku berpeluanglah melihat deretan gerai-gerai makanan serta mencuba juga resipi-resipi berunsurkan Siam di sana. Contohnya seperti kerabu ikan pari rangup, nasi ayam budu, kuih-muih dan segala mak neneknya. Di Penang pun kak sepupu ipar aku orang Setul pun ada berniaga di pasar dekat Batu Maung sana. Sumber makanan setengahnya aku cilok daripada dia juga, hahaha... Kalau duduk di Penang lama dah aku jadi atendan gerai makan dia malas aku nak kerja di pekan sini, huh...

Cuba hangpa bayangkan kalau hangpa melancong atau mengembara di Thailand berseorangan. Hangpa mesti memerlukan air. Jadi macam mana kita hendak meminta air dari penduduk tempatan? Dalam bahasa Thai kita, air disebut sebagai น้ำ naam. Kalau nak kata dahaga, orang Thailand atau orang Siam akan sebut terjemahan dalam bahasa Melayunya sebagai, lapar air. Biasa di Utara, kami akan kata lapar air lah sama macam orang Siam cuma kami guna bahasa Melayu. Bahasa Thai nya adalah หิวน้ำ hiu naam.

Bila hangpa kata lapar air, hangpa tak perlu lah nak kata "saya dahaga" atau "saya lapaq ayaq". Sebab boleh terus sahaja sebut "dahaga" atau "lapaq ayaq" dalam bahasa Thai tanpa merujuk sesiapa. Si pendengar nanti akan paham bahawa si penutur itu lah yang lapaq ayaq.

Bila mahu memesan sesuatu di kedai di Thailand maka hangpa kena gunakan bahasa yang sopan lah. Jangan berbahasa kasar. Contoh ayat aku berikan:

1. หิวน้ำ!
    Hiu naam!
    Lapaq ayaq!

2. ต้องการดื่มน้ำส้ม
    Tongkan dieum naam som.
    Hendak minum air oren.

3. ต้องการดื่มกาแฟเย็น
    Tongkan dieum kafe yen.
    Hendak minum kopi sejuk.

Perbendaharaan Kata

หิว hiu lapar
ดื่ม dieum minum
น้ำ naam air
ส้ม som oren
กาแฟ kafe kopi
เย็น yen sejuk

Bentuk Kata Sopan

Gunakan ต้องการ tongkaan untuk meminta sesuatu. Kalau อยาก yaak kita guna apabila kita sudah rapat dengan seseorang. Kedua-dua pun maksudnya ingin.

Rabu, 14 November 2012

Frasa Minta Tolong

Stesen Kereta Api Hua Lampong bulan Julai 2011

Ok ni panduan untuk hangpa yang berback-packing sorang-sorang ke negara Thailand di mana-mana wilayah pun tak kira lah di sebelah tengah, selatan, timur laut atau di utara. Hangpa buleh menggunakan ayat-ayat ini semasa hangpa dalam kesusahan. Memandangkan aku pernah mengalami sendiri keadaan di kotaraya Bangkok. Aku perasan depa tak mau cakap bahasa Inggeris pun dengan aku sebab depa ingat aku orang tempatan jadi terpaksa la aku cakap gak bahasa Thai kasarq bercampur bahasa Melayu Kedah, haha. 

Frasa ni kalu ada orang kacau hangpa. Hangpa boleh lah guna. Di pekan sama la macam di mana-mana pun hatta di KL pun ada saja kutu gerahak yang duk kacau orang. Tapi takat pengalaman aku di Bangkok, aku tak pernah kena kacau lagi. Pasai rupa kita orang sebelah Malaysia ni nak sama macam rupa depa. Takdak beza pun jadi depa ingat kita orang tempatan juga.  

Jangan Kacau

1. อย่ายุ่งกับผม!
    Yaa yung kap phom!
    Jangan kacau aku!

Untuk orang pempuan, ganti diri ผม phom tu hangpa ganti saja dengan ฉัน chan. Tapi nak habaq hangpa la. Realiti dia orang tak pakai pun ผม phom ka ฉัน chan ka kalu dah kena kacau. Orang guna ganti diri goo saja yang bermaksud aku.  

2. อย่าจับผม!
    Yaa chap phom!
    Jangan sentuh aku!

Ni bagi pelancong laki-laki kalu ada bapuk gila duk sentuh hangpa buleh la kata laguni, haha. Perempuan pun buleh juga la guna tapi nak kena pastikan ganti diri hangpa tu betui melainkan kalu hangpa cakap bahasa kasarq. 

3. ผมจะแจ้งตำรวจ!
    Phom chak chang taamruat!
    Aku akan panggil polis! 

Panggil Orang

1. ตำรวจ!
    Taamruat!
    Polis! 

2. หยุด,โจร!
    Yud, chorn!
    Berenti, penyamun!

Sebenarnya perkataan โจร chorn tu adalah sama dengan perkataan chor dalam bahasa Hindustan. Hurup "r" di ejaan tulisan Thai tu dimatikan jadi konsonan "n". Yang ni pun kalau hangpa nak paham cara dia buleh tengok ke cara orang utara cakap macam mana utamanya puak tua, hehe. Bunyi di sini memang la nampak macam kampung sebab negeri Kedah bukan kawasan kerajaan pusat, tapi di balik nu jenis percakapan macam ni biasa saja di bandaraya dikira Amerika dah macam itu.

Minta Tolong

1. ผมต้องการความช่วยเหลือ!
    Phom tongkarn kwaamchuoy lewoi!
    Aku perlu pertulungan la woi!

2. เรื่องด่วน!
    Reangduan!
    Kecemasan!

Yang ini nak kata เรื่องฉุกเฉิน reang chuk chien pun buleh.

3. ผมหลงทาง
    Phom long taang 
    Aku sesat jalan

Hilang Barang

1. กระเป๋าของผมหาย!
    Krapao kong phom haai!
    Beg aku hilang!

Yang ni memang ayat popular lah kalu hangpa duk dalam hostel murah. Kalu letak barang tak kunci pintu lemari ka leliaq rata. Aku tak tahu nak trenslet leliaq tu jadi apa. Ni pure cakap Kedah punya, haha. Lain benda pun buleh la hangpa ganti pada tempat kata nama กระเป๋า krapao yang bermaksud beg tu. Beg duit bahasa Thai kata กระเป๋าสตาง krapao taang. Perkataan ตาง taang tu maksud dia duit pitis. 

Sakit Tengah Jalan

1. ผมไม่สบาย
    Phom mai sabai
    Aku tak sihat

Yang ini boleh juga kata ผมป่วย phom puai maksud dia aku sakit.  

2. ผมบาดเจ็บ
    Phom baad chep
    Aku tercidera 

3. ผม/ฉัน ต้องการหมอ
    Phom tongkarn moh
    Aku perlu doktor 
  
4. ผมขอใช้โทรศัพท์ได้ไหม?
    Phom kho chai thorasap to dai mhai?  
    Aku minta pakai telepon berhubung boleh dak?

Lagi satu aku nak habaq mai. Layanan depa terhadap warga tempatan berbeza dengan layanan terhadap warga asing. Warga tempatan boleh masuk tempat-tempat macam biara, kuil, muzium atau tempat-tempat awam yang berbayar dengan harga murah daripada warga asing atau pun mungkin juga percuma. Buleh cakap bahasa Thai dua tiga patah pun tak apa. Bila sampai ke bandaraya Bangkok atau pun bila masuk ke Songkhla dan pekan Hadnyai cuba guna bahasa Thai bile bersembang. Di imigresen pun aku rasa agak mudah jugak kalu berbahasa Thai walupon perangai imigresen kadang-kadang macam celaka. Di mana pun aku perasan macam itu kecuali masa melancong ke Jepun. Aku rasa depa agak peramah. 

Untuk hangpa guna bahasa pasar ka bahasa sopan ka yang itu ikut kepada keadaan la aku rasa cakap bahasa Melayu pun begitu. Melainkan kalu hendak kerja di Thailand, maka kena lah cakap bahasa Thai yang sopan dan lengkap. Kalu setakat melancong nak bersembang dengan warga tempatan kita yang sebelah selatan ni boleh guna bahasa Thai loghat selatan sahaja takda masalah depa paham kita kecuali kalau ke kawasan seperti di utara atau timur laut yang tu budaya depa dah jauh berlainan dah.     

Selasa, 7 Ogos 2012

Kata Kerja


Pagi ini aku berasa mai angin pulak hendak pos tentang pembelajaran bahasa Thai kita. Kita akan belajar tentang kata kerja dan penggunaannya dalam bahasa Thai. Jadi, kata kerja ini dalam bahasa Thai kita sebut nya sebagai คำกริยา kharm kiriya. 

Kalau orang di kampung-kampung di sebelah utara Kedah dan Perlis belah Kok Khlang dan sebagainya, depa tak tahu dan tak peduli pun sistem pengelasan bahasa ni pasai depa cuma tahu cakap bahasa Thai menurut loghat setempat saja. Tujuan kita memaparkannya di sini hanya sebagai satu kaedah pembelajaran biasa lah. Kalau buleh cakap bahasa Kedah loghat kecil belah timur dan belah utara, akan mudah jugak cakap bahasa Thai sebab sistem tatabahasa nak sama dan setengah partikel dan perkataan pun sama. 

Kata kerja ni tidak merubah pun pelaku kerja tu, tak merubah sebarang kala, tak merubah sebarang suara, tak merubah angin atau pun bilangan sesuatu atau sebarang pekerjaan bagi kerja tersebut. Penduaan hanya menghantar maklumat tentang perbuatan sesuatu kerja secara berterusan sahaja.  

Ayat pasif atau กรรมวาจก karmm waachok ditandai dengan memasukkan imbuhan ถูก thuk sebelum kata kerja. Contoh kita:

เขาถูกตี
Khao thuk tii
Dia dipukul

Ayat ini menerangkan suatu tindakan itu yang luar dari kawalan penerima atau yang kena buat atau mangsa kepada perbuatan itu. Jika terjemahkan ke bahasa biasa pun maksudnya lebih kurang dia kena pukul.

Bagi menyampaikan maksud berlawanan pula, iaitu maksud yang menunjukkan datangnya satu peluang maka perkataan ได้ dai yang bermaksud peroleh akan digunakan. Contohnya:

เขาจะได้ไปเที่ยวเมืองลาว
Khao cha dai pai thiao mueang lao
Dia berpeluang melawati negara Laos

Ambil perhatian jugak, kata dai walaupun dieja sama dalam tulisan Thai iaitu ได้, tetapi membawa maksud berbeza menurut konteks ayat. Yang bervokal pendek membawa maksud berpeluang dan diletakkan di hadapan kata kerja. Manakala yang bervokal panjang sedikit ditempatkan selepas kata kerja membawa maksud keizinan atau keupayaan seseorang menjalankan sesuatu pekerjaan atau perbuatan. 

Cuba lihat ke ayat berkala lampau di bawah ini:

เขาตีได้
Khao tii dai
Dia boleh hentam/Dia mampu hentam

Bila kita nak menafikan suatu perbuatan, maka kita akan menambah perkataan ไม่ mai sebelum kata kerja. Contoh kita:

เขาไม่ตี
Khao mai tii
Dia tidak hentam

Kala bagi sesuatu ayat itu ditandakan dengan penanda kala sebelum atau selepas kata kerja itu. Sama hal nya dengan bahasa Melayu dan bahasa Kedah.

Kala Kini

Ditandai dengan กำลัง kamlang yang bermaksud sedang, sebelum kata kerja untuk tindakan yang sedang berjalan. Jika selepas kata kerja, ia ditandai dengan kata อยู่ yoo yang bermaksud dok. Atau boleh gunakan kedua-dua nya sekali dalam ayat yang sama pada kedudukan yang disebutkan. Imbuhan terjemahan bahasa Melayu yang piawai sepatutnya ada kata ber- sebelum kata kerja. Contoh:

เขากำลังวิ่ง
Khao kamlang wing
Dia sedang lari

atau

เขาวิ่งอยู่
Khao wing yoo
Dia dok lari

atau

เขากำลังวิ่งอยู่
Khao kamlang wing yoo
Dia tengah dok lari

Kala Masa Depan

Ditandai dengan kata จะ cha bermaksud akan sebelum kata kerja atau sewaktu keluar ayat yang mempunyai bau-bau masa ke depan. Contoh nya:

เขาจะวิ่ง
Khao cha wing
Dia akan lari

Kala Lampau

Ditandai dengan kata ได้ dai sebelum kata kerja atau sewaktu keluar ayat yang mempunyai bau-bau masa lampau. Walau bagaimanapun, penggunaan แล้ว laew selalunya menjadi kebiasaan dalam pembentukan ayat dan berada di belakang kata kerja. Atau boleh guna kedua-duanya sekali menurut kedudukan nya dalam ayat. Struktur pembinaan ayat nya begini:

Pelaku + ได้ + Kata Kerja + แล้ว

Contoh-contoh:

เขาได้กิน
Khao dai kin
Dia dah makan

เขากินแล้ว
Khao kin laew
Dia makan dah

เขาได้กินแล้ว
Khao dai kin laew
 Dia dah makan dah
 
Pembinaan Kata Kerja Berperingkat

Bahasa Thai juga ada mempamerkan pembinaan kata kerja secara berperingkat-peringkat yang mana kata kerja kadang-kadang digabungkan sekali. Setengah gabungan perkataan itu adalah suatu yang lumrah dan dianggap sebagai satu ayat juga walaupun merupakan kata kerja yang berikut-ikutan. Yang ini sama macam bahasa Kedah jugak. Contoh dia:

เขาไปกินข้าว
Khao pai kin khao
Dia pi makan nasik

ฉันฟังไม่เข้าใจ
Chan fang mai khaochai
Saya dengar tak paham

เข้ามา
Khao maa
Masuk mai

ออกไป!
Oak pai!
Keluaq!

Jadi setakat ini dahulu pembelajaran tatabahasa Thai kita. Sebenarnya tak susah mana pun, cuma kena ada banyak perbendaharaan kata sahaja. Cara nak tahu perbendaharaan kata tak lain kena lah berurusan dengan orang Thai sendiri. Kalau siapa-siapa rajin membeli-belah di Danok dan rajin keluar masuk ke Thailand sila lah ambil kesempatan sembang bahasa Thai dengan rakyat Thailand sambil membuat kawan.

Di kawasan Songkla sebenarnya ada lagi penutur bahasa Melayu tapi mereka lagi selesa kalau berbahasa Thai. Kalau ke kawasan seperti Patani atau Yala, ada juga yang bertutur bahasa Thai tetapi kebanyakan orang di situ lebih selesa berbahasa Melayu jika mereka tahu tuan-tuan berbahasa Melayu sebab negeri-negeri itu memang negeri Melayu. 

Ahad, 11 Mac 2012

Kata Sifat dan Tambahan Kata Sifat


Kita selingan sebentar dengan tatabahasa. Mungkin agak membosankan tetapi penting lah jugak bagi memastikan bahasa Thai kita gunakan ini betul kerana negara Thailand sangat lah mementingkan kebahasaan dan kesopanan dalam berbahasa.

Dalam bahasa Thai, tak ada perbezaan pengajian bunyi antara kata sifat dan kata tambahannya. Banyak perkataan boleh lah digunakan untuk memenuhi kegunaan dua-dua jenis kata ini. Kata-kata ini boleh mengikuti kata nama, kata kerja, atau lain-lain kata sifat dan penambah yang setara dengannya. 

Kelampauan boleh lah ditunjukkan oleh kata ganda yang membawa maksud "sangat" atau "lebih". Contoh boleh lah kita lihat di bawah ini:

คนอ้วน
Khon uan 
orang gemuk

คนอ้วน ๆ
Khon uan uan 
orang yang sangat gemuk

คนที่อ้วนเร็วมาก
Khon uan riew maak
Orang itu gemuk sunggoh

คนที่อ้วนเร็วมาก ๆ
Khon thi uan riew maak maak
Orang itu jadi gemuk cepat sunggoh

Kata Sifat untuk Bandingan

Contoh untuk ni dalam bentuk

A X กว่า (kwaa) B
A lebih X daripada B

Contoh dalam ayat dia:

เขาอ้วนกว่าฉัน
khao uan kwa chan
Dia gemok daripada saya

Bagi menunjukkan "paling" pulak kita gunakan bentuk ayat ni

A X ที่สุด (tee sutt)
A ni lah yang paling X

Contoh dalam ayat penuh:

เขาอ้วนกว่าฉัน
Khao uan tee sutt
Dia paling gemuk (antara semua)   

Payah dak? Tak payah no... Dok seminggu dua kat Siam pun dah buleh cakap dah. Sedara-sedari di utara yang keluarga depa memang bersembang cakap Siam dah jangan lupa tambahkan perbendaharaan kata anda sehari ke sehari. Jangan biar bahasa Siam kita terlupus sebab makin lama orang pakat dok guna bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Nak belajaq bahasa Siam bagi yang penganut Buddha tu takdak masalah depa buleh ke wat Siam. Bagi yang bukan penganut Buddha kena rajin sikit lagi jangan segan-segan buat catitan walupon takdak ngaji bahasa kita sniri kat sekolah. Tak payah malu ngan bahasa Siam kita. Filem-filem Siam kita sempoi apa, urban lagi... hahaha.