Stesen Kereta Api Hua Lampong bulan Julai 2011 |
Ok ni panduan untuk hangpa yang berback-packing sorang-sorang ke negara Thailand di mana-mana wilayah pun tak kira lah di sebelah tengah, selatan, timur laut atau di utara. Hangpa buleh menggunakan ayat-ayat ini semasa hangpa dalam kesusahan. Memandangkan aku pernah mengalami sendiri keadaan di kotaraya Bangkok. Aku perasan depa tak mau cakap bahasa Inggeris pun dengan aku sebab depa ingat aku orang tempatan jadi terpaksa la aku cakap gak bahasa Thai kasarq bercampur bahasa Melayu Kedah, haha.
Frasa ni kalu ada orang kacau hangpa. Hangpa boleh lah guna. Di pekan sama la macam di mana-mana pun hatta di KL pun ada saja kutu gerahak yang duk kacau orang. Tapi takat pengalaman aku di Bangkok, aku tak pernah kena kacau lagi. Pasai rupa kita orang sebelah Malaysia ni nak sama macam rupa depa. Takdak beza pun jadi depa ingat kita orang tempatan juga.
Jangan Kacau
1. อย่ายุ่งกับผม!
Yaa yung kap phom!
Jangan kacau aku!
Untuk orang pempuan, ganti diri ผม phom tu hangpa ganti saja dengan ฉัน chan. Tapi nak habaq hangpa la. Realiti dia orang tak pakai pun ผม phom ka ฉัน chan ka kalu dah kena kacau. Orang guna ganti diri goo saja yang bermaksud aku.
2. อย่าจับผม!
Yaa chap phom!
Jangan sentuh aku!
Ni bagi pelancong laki-laki kalu ada bapuk gila duk sentuh hangpa buleh la kata laguni, haha. Perempuan pun buleh juga la guna tapi nak kena pastikan ganti diri hangpa tu betui melainkan kalu hangpa cakap bahasa kasarq.
3. ผมจะแจ้งตำรวจ!
Phom chak chang taamruat!
Aku akan panggil polis!
Panggil Orang
1. ตำรวจ!
Taamruat!
Polis!
2. หยุด,โจร!
Yud, chorn!
Berenti, penyamun!
Sebenarnya perkataan โจร chorn tu adalah sama dengan perkataan chor dalam bahasa Hindustan. Hurup "r" di ejaan tulisan Thai tu dimatikan jadi konsonan "n". Yang ni pun kalau hangpa nak paham cara dia buleh tengok ke cara orang utara cakap macam mana utamanya puak tua, hehe. Bunyi di sini memang la nampak macam kampung sebab negeri Kedah bukan kawasan kerajaan pusat, tapi di balik nu jenis percakapan macam ni biasa saja di bandaraya dikira Amerika dah macam itu.
Minta Tolong
1. ผมต้องการความช่วยเหลือ!
Phom tongkarn kwaamchuoy lewoi!
Aku perlu pertulungan la woi!
2. เรื่องด่วน!
Reangduan!
Kecemasan!
Yang ini nak kata เรื่องฉุกเฉิน reang chuk chien pun buleh.
3. ผมหลงทาง
Phom long taang
Aku sesat jalan
Hilang Barang
1. กระเป๋าของผมหาย!
Krapao kong phom haai!
Beg aku hilang!
Yang ni memang ayat popular lah kalu hangpa duk dalam hostel murah. Kalu letak barang tak kunci pintu lemari ka leliaq rata. Aku tak tahu nak trenslet leliaq tu jadi apa. Ni pure cakap Kedah punya, haha. Lain benda pun buleh la hangpa ganti pada tempat kata nama กระเป๋า krapao yang bermaksud beg tu. Beg duit bahasa Thai kata กระเป๋าสตาง krapao taang. Perkataan ตาง taang tu maksud dia duit pitis.
Sakit Tengah Jalan
1. ผมไม่สบาย
Phom mai sabai
Aku tak sihat
Yang ini boleh juga kata ผมป่วย phom puai maksud dia aku sakit.
2. ผมบาดเจ็บ
Phom baad chep
Aku tercidera
3. ผม/ฉัน ต้องการหมอ
Phom tongkarn moh
Aku perlu doktor
4. ผมขอใช้โทรศัพท์ได้ไหม?
Phom kho chai thorasap to dai mhai?
Aku minta pakai telepon berhubung boleh dak?
Lagi
satu aku nak habaq mai. Layanan depa terhadap warga tempatan berbeza
dengan layanan terhadap warga asing. Warga tempatan boleh masuk
tempat-tempat macam biara, kuil, muzium atau tempat-tempat awam yang
berbayar dengan harga murah daripada warga asing atau pun mungkin juga percuma. Buleh cakap bahasa Thai dua tiga patah pun tak apa. Bila sampai ke bandaraya Bangkok atau pun bila masuk ke Songkhla dan pekan Hadnyai cuba guna bahasa Thai bile bersembang. Di imigresen pun aku rasa agak mudah jugak kalu berbahasa Thai walupon perangai imigresen kadang-kadang macam celaka. Di mana pun aku perasan macam itu kecuali masa melancong ke Jepun. Aku rasa depa agak peramah.
Untuk hangpa guna bahasa pasar ka bahasa sopan ka yang itu ikut kepada keadaan la aku rasa cakap bahasa Melayu pun begitu. Melainkan kalu hendak kerja di Thailand, maka kena lah cakap bahasa Thai yang sopan dan lengkap. Kalu setakat melancong nak bersembang dengan warga tempatan kita yang sebelah selatan ni boleh guna bahasa Thai loghat selatan sahaja takda masalah depa paham kita kecuali kalau ke kawasan seperti di utara atau timur laut yang tu budaya depa dah jauh berlainan dah.
Untuk hangpa guna bahasa pasar ka bahasa sopan ka yang itu ikut kepada keadaan la aku rasa cakap bahasa Melayu pun begitu. Melainkan kalu hendak kerja di Thailand, maka kena lah cakap bahasa Thai yang sopan dan lengkap. Kalu setakat melancong nak bersembang dengan warga tempatan kita yang sebelah selatan ni boleh guna bahasa Thai loghat selatan sahaja takda masalah depa paham kita kecuali kalau ke kawasan seperti di utara atau timur laut yang tu budaya depa dah jauh berlainan dah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan