Selasa, 18 Disember 2012

Bab Makan Ringkas-Ringkas

Pa habaq kawan-kawan kita!


Baru-baru ni bola sepak Malaysia vs. Thailand untuk piala Suzuki no. Aku tak dan nak layan sangat benda tu pasai banyak benda aku nak kena buat. Baru lepaih abis mengaji saja. Ada dengar yang di Nonthaburi sana, Malaysia tak berapa nak bermain dengan baik sebab padang latihan katanya depa sana bagi yang tak elok punya.

Yang aku tengok pengadil doggy Korea tu pun macam haram saja dah la muka sombong, hahaha.  Apa-apa pun, semangat kesukanan kita tak kisah la sapa dia menang ka kalah pun. Jangan la kita duk sakit-sakit hati bengkak pulak untuk benda permainan. Bukannya apa pun.

Yang tu cuma mukadimah kita saja. Aku nak sembang bab makanan lah. Macam mana kita nak order makanan utamanya bila kita pi ke restoran di Thailand. Di Malaysia pun banyak saja kedai makan Siam. Boleh nak prektis dengan depa pun. Kalau rajin pi kedai makan depa, buleh lah guna no...

Macam mana kita nak mintak tengok menu no? Mudah saja...

ขอดูเมนูครับ!
Kho du menu khrap?!
Mintak tengok menu?!

ขอดูเมนูค่ะ
Kho du menu kah?!
Mintak tengok menu?!

Macam biasa untuk kesopanan hangpa akan tambah lah sendiri khrap atau kah tu di ujung ayat hangpa menurut kepada jantina hangpa. Kalu hangpa jantan maka tambah khrap. Kalu pempuan, tambah lah kah. Jangan silap pulak no...

Setengah orang ni, depa tak makan lah daging macam orang Hindu. Depa makan sayuran sahaja. Daging ikan ka, daging babi ka, daging lembu, daging ikan mak nenek semua dia haram tak buleh makan. Jadi dia kena habaq la kata dia vegetarian. Macam mana nak kata?

ผมกินเจครับ
Phom kin cheh khrap!
Saya makan sayuran!

Kalau perempuan, ubah kata ผม phom tu jadi ดิฉัน di chan. Maksud dia diperhamba. Ayat ni terlalu sopan lah. Kalau hangpa nak gunakan pastikan tempat mana hangpa nak guna. Sama macam bahasa Melayu jugak la, lepas hangpa dah master bahasa Melayu hangpa tahu la tang mana nak pakai ganti diri yang sesuai.

Bagi Muslim, mesti lah hangpa tak mau makan benda makanan yang ada daging babi betui dak? Jadi buleh habaq macam ni lah...

ผมไม่กินหมู
Phom mai kin muu.
Saya tak makan babi.

Aku nak habaq siap-siap. Kalu hangpa berada di kotaraya Bangkok, barang makanan dalam 7E tu hati-hati bila nak memilih. Sebabnya tak ada jabatan agama Islam atau pun orang Muslim yang nak habaq ke hangpa sesuatu makanan tu halal atau pun haram. Kalau ada Muslim pun depa tak akan perasan yang hangpa Muslim disebabkan rupa yang sama kecuali orang perempuan tu mudah sedikit lah nak dikenalpasti sebab bertudung. Yang laki, kalu tak berkepiah maka nampak sama sahaja dengan rakan-rakan bukan Islam lain. Kalau berasa was-was jangan makan terus makanan yang dijual. Kalu terasa lapar melampau sangat, tak boleh lah ambil kira peraturan halal haram. Sental saja setakat yang cukup untuk tenaga. Makanan masak bercampur tu tak dijamin lah kehalalan thoyyiban dia, haha. 

ผมไม่กินเนื้อ
Phom mai kin nuea.
Saya tak makan daging.

Bagi penganut Buddha, yang tak makan daging lembu ikut adat istiadat Brahman. Maka hangpa buleh kata seperti ayat di atas itu. Daging dalam bahasa Thai merujuk kepada daging lembu lah sebab benda ni memang ada dalam ajaran Buddha. Kalu sebut daging saja automatik orang ramai akan tahu yang itu merujuk kepada daging lembu. 

Waktu Makan

อาหารเช้า Aharn Chao Menyerok, Sarapan Pagi
อาหารกลางวัน Aharn Glang Wan Makan Tengahari
อาหารเย็น Aharn Yen Makan Malam

อาหาร aharn tu makna dia makanan. Asal kata ni diserap dari perkataan bahasa Sanskrit, อาหาระ aharah. Sama macam bahasa Melayu jugak, bahasa Siam menyerap bahasa Sanskrit disebabkan oleh pengaruh agama Hindu-Buddha. Cuma orang sebelah Tanah Siam tak bersalin agama macam orang-orang di Tanah Melayu. 

Jenis Makanan

ไก่ kai ayam
เนื้อ nuea daging
ปลา pla ikan
หมู muu babi
ไส้กรอก sai krok sosej
ไข่ khai telug
สลัด salad salad
ผัก phak sayug
ผลไม้ ponlamai buah kayu
สด sot segar
ถั่ว thua kacang
ขนมปัง khanompang roti
ขนมปังปิ้ง khanompang pingg roti bakag
ข้าว khaau nasik
ก๋วยเตี๋ยว kuaitiau kuey tiau
บะหมี่ bah mee mee gandum

Bila hendak order makanan hangpa, hangpa buleh lah kata...

ผมอยากได้ ..........
Phom yaak dai ..........
Saya hendak ...........

Hangpa buleh guna contoh dari senarai jenis makanan tu untuk isikan ruangan bertitik-titik pada ayat yang tersebut di atas. Jangan risau bab tatabahasa pasai tatabahasa bahasa Siam nak sama dengan tatabahasa bahasa Melayu.

Jenis Minuman

น้ำเปล่า nam plaao ayag kosong
น้ำผลไม้ nam ponlamai ayaq buah, jus
ชาเย็น chaa yen teh ais
ชาร้อน chaa ron teh panas
กาแฟ kaafe kopi
เบีย bia beer
ไวน์แดง wain deng wain merah
ไวน์ขาว wain khaau wain puteh

Perencah

เกลือ kluwe garam
พริกไทยดำ prik thai dam lada hitam
น้ำปลา nam pla sos ikan

Kalu hangpa nak mintak apa-apa, cuma kata ขอ kho saja. Maksud dia mintak lah. 

Contoh ayat dia macam ni lah..........

1. ขอ"น้ำเปล่า"แก้วนึง.
    Kho "namplaao" kaew neung.
    Mintak ayag kosong segelas.

2. ขอ"ชาร้อน"ถ้วยนึง.
    Kho "chaa ron" thuai neung.
    Mintak teh panas secawan.

3. ขอ"เบีย"ขวดนึง.
    Kho "bia" khuad neung.
    Mintak beer sebotol.  
  
Yang ni cuma yang ringkas-ringkas saja lah kalau-kalau hangpa jalan-jalan di Siam. Kalau hangpa nak sembang lanjut lagi, kita buleh perpanjang lagi tapi bukan malam ni la.

2 ulasan:

  1. saya vegetarian = chan kin cheh. sayur = cheh @ phak?

    kalau air susu soya tu sebut 'nam tauhu' @ 'nom tauhu' @ 'tauhu' saja?

    'kho' tu minta? 'hai' apa dia? perasan selalunya dia orang sebut bila berdoa. kho hai penulis blog ini dapat kerja yang gempak2. saaathuk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheh tu perkataan pinjaman bahasa Cina loghat Teochew. Biasanya di Bangkok sana, depa akan bercampur dengan bahasa Cina sedikit sebab banyak populasi orang Cina di pekan besar tu.

      Untuk ayaq tauhu, nam tahu pun buleh. Nom makna dia susu.

      Ya kho, maksud dia mintak. Kalu kho hai maksud dia mintak bagi. Terima kasih banyak doa kawan kita, mintak2 makbul belaka buleh kita boost up lagi blog bahasa Thai jadi serius pulak, hehehe...

      Padam