Rabu, 19 Disember 2012

Wat Padang Sera: Mayat Sami Tidak Reput

Sawatdeekhrap!


Hari ni aku tertengok rancangan bentuk rencana untuk program Expose Mistik. Depa tayang pasai Wat Būnyaram di Padang Sera pulak, hahaha. Benda ni mengingatkan aku masa zaman-zaman pening aku bermula aku naik tingkatan satu dolu. Aku pernah pergi ke wat-wat Siam. Depa bagi benang upasaka (orang awam). Aku pakai saja la sementara waktu dalam wat bagi respek kat tuk-tuk sami dah kita masuk tempat orang. Lepas sampai rumah aku rungkai buang. Wat ni antara wat yang aku pernah melawat lah.

Bahagian perawatan menurut ajaran Buddha tu aku tak dan tengok lah. Pasai aku tune saja TV tengok-tengok depa tayang pasai tuk sami mati yang depa simpan lepas setahun tak reput. Tak silap tuk sami tu gelaran dia Chao Khun Phra Thepmongkolayan (Devamanggalayana). Kejadian ni yang pertama di Malaysia dan di Jitra pulak tu. 


Sikit maklumat pasai tuk sami itu, dia meninggal dunia pada 27 Feb 2007 sebab sakit tua. Umur dia masa itu dalam 87 tahun. Dia dilantik jadi sami Buddha pada umur 24 tahun. Selepas tu dia pergi ke Thailand belajar agama lebih lagi. Kemudian dia balik ke Jitra dan buat bangunan sembahyang di Wat Būnyaram serta tempat simpan abu mayat di wat tu. Rambut dia tumbuh naik walaupun lepas dia tak menyawa dah dan kuku dia pun panjang. Mayat dia disimpan selama tiga tahun pasai dia sami ada pangkat. Pihak wat akan tengok cara dulu sebab depa kena tunggu perintah maharaja Siam sana untuk hantar api bakar mayat. Kalūu tuk sami biasa-biasa tak ada nama, depa cuma simpan seminggu saja di dewan sembahyang. Lepas itu. depa bakar. Aku tengok tuk sami yang bagi penerangan tu macam ketar-ketar saja pun. Dia lah, dia takut kot. Orang Melayu masuk dalam wat buat apa? Satgi jadi isu ka apa-apa susah saja. 

Aku cek balik, mayat tuk sami ni depa bakar pada 1 Mei tahun 2011 waktu petang. Upacara pembakaran mayat dia diperbuat besar-besaran dengan biaya dari istana Siam di Wat Boonyaram. Upacara dihadiri tokoh-tokoh agama dari Thailand dan lain-lain negeri serta orang ramai sebab tuk sami ni pun tuk guru terkenal sampai ke Singapura. Lain-lain benda mistik depa kata kat wat Siam tu ada hantu pun singgah. Tapi tak cerita lanjut pun lah, pasal masa atau pun mungkin tuk sami itu malas nak cakap panjang pasal orang yang buat temuramah itu bukan penganut agama Buddha pun. 

Besa pergi wat, memang ada setengah kawasan dalamnya itu, kita berasa macam ada orang perhati kita pun. Utamanya di kawasan berhala resi-resi atau orang alim. Ada kawasan simpan abu mayat juga di wat Siam. Macam perkuburan lah juga, tapi dalam bentuk laci-laci yang ada bua atau tempayan bunga teratai untuk simpan abu mayat.

Tapi setakat aku melawat wat Siam atau biara Buddha tak ada lagi lah kejadian pelik-pelik mengikut aku macam setengah classmate aku. Dulu depa creta kata depa pergi kuil Hindu dan hantu Hindu mengikut depa balik ke bilik. Kita bukan pergi buat kacau pun, pergi melawat-lawat saja.     

4 ulasan:

  1. gambaq sami tidoq dalam keranda kaca ni hang amik seniri ka?

    BalasPadam
  2. dak ah, ni gamaq aku tempek hak sapa punya x tau, lol. lupa nak boh link dia. lantak la nanti tuan dia mai aku boh la acknowledgement.

    BalasPadam
  3. wat kelantan , sultan kelantan menganugerahkan gelaran ketua sami itu tuk Raja.

    BalasPadam