Memaparkan catatan dengan label jitra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jitra. Papar semua catatan

Isnin, 8 April 2013

Wayang Gelek Asun

Oleh Ahmad Syahir Kassim


PADA tahun 1960-an dan 1970-an, persembahan wayang kulit dalam bahasa Siam khususnya semasa majlis kenduri kahwin begitu popular di sekitar negeri Kedah.

Persembahan itu dilakukan oleh Tok Dalang Wayang Kulit Seri Asun, Mohd. Noh Mahmud atau Pak Noh yang berasal dari Kampung Asun, Jitra.

Walaupun disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Siam, puluhan penonton sanggup duduk di tanah lapang sehingga lapan jam untuk menonton hiburan rakyat itu. Persembahan selalunya dimulakan pada pukul 10 malam dan berakhir pada pukul 6 pagi.

Salah satu persembahan yang terkenal ialah cerita bertajuk Prasai Siwong Mala Suya atau Nasib Anak Muda Yang Miskin.

Ia mengisahkan seorang anak muda bernama Mali yang pergi merantau dan berjumpa dengan pasangan suami isteri, Pak Iman dan Mak Iman. Si suami seorang yang baik, bagaimanapun si isteri seorang yang garang.

Mak Iman menyuruh Mali menjual daging bagi mendapatkan wang sebanyak RM25.

Namun, daging yang dijual Mali tidak laku. Dia kemudian mendapat idea untuk bersyair dan bercerita bagi mendapatkan wang dengan menghiburkan orang ramai.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dikumpul belum cukup. Dia pun memberitahu orang ramai jika wang yang dikumpul tidak cukup RM25, dia akan diseksa oleh Mak Iman.

Akhirnya penonton berasa kasihan dan mencukupkan wang yang diperlukan Mali.

“Cerita Mali ini merupakan kegemaran bapa saya, Pak Noh. Saya juga membawa cerita yang sama, namun menerusi versi saya sendiri dengan tajuk Nasib Si Miskin.

“Watak Mali dan Pak Iman masih dikekalkan. Dalam cerita versi saya, Mali ialah seorang anak miskin yang berguru dengan Pak Iman. Dia bekerja mencari kayu api dan bunga untuk dijual di pasar. Akhirnya Mali berjumpa dengan seorang wanita yang sebenarnya adalah puteri raja.

“Mereka kemudian berkahwin dan kehidupan Mali berubah menjadi senang,” ujar Abdul Majid atau Pak Majid, yang mewarisi kesenian itu daripada bapanya Pak Noh.

Bahasa Siam

Pak Majid berjinak-jinak dengan wayang kulit sejak umur 21 tahun lagi.

Mengimbas persembahan wayang kulit 40 tahun lalu, Pak Majid berkata, ia hanya ditonton oleh orang tua mungkin disebabkan penggunaan bahasa Siam sepenuhnya.

Ujar Pak Majid, bapanya menuntut ilmu wayang kulit daripada seorang dalang warga Siam, Aden Choon yang kerap membuat persembahan di daerah Kubang Pasu sekitar tahun 1940-an.

Menurut Pak Majid, bapanya sering dimarahi datuknya, Mahmud Saad yang khuatir dia tersampuk hantu wayang kulit kerana asyik menonton persembahan itu.

Katanya, pada suatu hari bapanya terasa belakang pinggangnya seperti dicekik ketika pergi ke bendang menyebabkan dia jatuh sakit. Setelah enam bulan berubat dengan Aden Choon baru dia sembuh.

“Aden Choon kemudian memberitahu Mahmud bahawa anaknya perlu berguru ilmu wayang kulit, namun dihalang oleh datuk saya tetapi Pak Noh tetap pergi.

“Pak Noh yang ketika itu berusia belasan tahun berguru selama 12 tahun dengan Aden Choon di Paya Naomi, Changlun. Dan sepanjang perguruan itu dia langsung tidak balik. Setelah tamat belajar dia pulang dan bapa menerimanya dengan baik,” katanya.

Pak Noh membuat persembahan wayang kulit di majlis kenduri kahwin sekitar Asun dan Napoh pada tahun 1960-an hingga 1970-an dengan upah antara RM10 hingga RM30. Pada tahun 1980-an upahnya ialah antara RM120 hingga RM200.

Pak Noh pernah membuat persembahan di Australia pada awal 1980-an.

Menurut Pak Majid, kali pertama beliau membuat persembahan ialah di Kampung Tok Jalai, Jitra dengan membawa dua cerita iaitu Puteri Kembar dan Puteri Simpur Emas selama dua jam.

“Saya menyampaikan cerita itu dalam dialek Siam serta Melayu,” katanya sambil memberitahu beliau kemudian menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris pada tahun 1990-an.

Jelajah

Selepas itu, katanya, sambutan begitu menggalakkan termasuk daripada golongan muda kerana beliau turut menyelitkan unsur jenaka, sindiran, nasihat dan pengajaran.

Selepas itu, katanya, sambutan begitu menggalakkan termasuk daripada golongan muda kerana beliau turut menyelitkan unsur jenaka, sindiran, nasihat dan pengajaran.

Persembahan Pak Majid pada ketika itu hanya di sekitar Alor Setar, Kuala Nerang dan Perlis.

Namun, pada tahun 1992 segalanya berubah apabila Pak Majid dijemput membuat persembahan pada program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 yang dihoskan oleh Aziz Desa.

“Antara cerita yang diminati penonton TV3 ialah Menaruh Harapan, Anak Derhaka dan Gila Gambar dengan watak utama Pak Tam dan Etong,” katanya.

Bermula dari situ Pak Majid merantau ke seluruh pelosok tanah air termasuk Sabah dan Sarawak bagi membuat persembahan wayang kulit.

“Saya lebih gemar dikenali sebagai Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun, namun nama Wayang Gedek Seri Asun juga tidak mengapa kerana ia adalah persembahan yang sama,” katanya.

Wayang Kulit Seri Asun pernah mengharumkan nama negara menerusi siri penjelajahan di kota-kota Eropah seperti Frankfurt, Amsterdam, Birmingham, Paris serta Milan dan Rom. Mereka turut singgah di Beijing dan Bangkok.

Menurut Pak Majid, sambutan ketika mengadakan persembahan di negara itu amat menggalakkan kerana penonton begitu teruja dengan seni dan kebudayaan Malaysia.

Katanya, beliau menyampaikan persembahan dalam bahasa Melayu serta bahasa Inggeris selain bahasa Cina Mandarin bagi memudahkan mereka memahami cerita itu.

“Persembahan diadakan dalam dewan dengan kapasiti penonton 500 hingga 800 orang. Mereka terdiri daripada penuntut universiti, pensyarah dan pencinta seni.

“Selepas persembahan mereka mengerumuni saya dan anggota kumpulan untuk temu bual dan bergambar,” katanya sambil memberitahu bakat wayang kulitnya diturunkan kepada anak bongsunya, Mohd. Farhan, 15 atau dikenali sebagai Pan An di kalangan rakannya.

Sumber: Kosmo, Rencana Utama - 8 April 2013

Selasa, 15 Januari 2013

Kosa Kata Siam Kedah


Wokei, aku dah dapat maklum balas member aku mengenai bahasa Siam belah Jitra. Ini spesifik kawasan kampong-kampong belah area Asun dan belah Changlon. Aku tak tahu nak kata bahasa Siam belah area ni berkembang sendiri ka atau ada yang sama dengan bahasa Siam balik sempadan sana. Aku tak periksa lagi dengan kawan-kawan Siam aku sebelah sana. Sekuq kawan aku, cik kak Hari Nakorn yang puteh chuns mai belah Chiangmai sana dah hilang kontek dah pindah pi tang lain, damnit! Tidak dia buleh tulung aku kenal pasti kesamaan perkataan-perkataan ni dengan puak Tai-Yuan belah Utara sempadan dekat Myanmar dan China....

Aad (bunyi sengau mcm eja saad) - Galak (Aku: Red, Re'k... Tapi makna dia aku paham, getikk)
Aan (macam UN dalam BI) - Baca
Ap Nam - Mandi
Arai - Apa
Auww - Ambil [bunyi sengau/nasal kat u]
Ba - Gila
Bait (Bunyi mcm sabit) - Pisau (Aku: Dab, Dau macam bahasa Cina)
Ban - Kampung
Bia - Duit (Aku: Ngenn)
Bo - Bodoh
Chang - Pandai/cerdik (Aku: Chelatt)
Chuea - Nama
Chep - Sakit
Chin - Chinese
Cing cing - Sangat2
Dek-deq - Budak2
Deq - Budak
Fan - Gigi
Fon - Hujan
Fon Toq - Hujan Turun
Hamai - Takdak
Hee - Buriett ;P
Hua - Kepala
Hua Non - Ngantuk
Jaa - Ubat
Jayne - sejuk
Jiau - Kencing
Jing - Lagi
Joq - Panggil (Aku: Lieq haa)
Jut - Berenti (Aku: Yutt)
Kai - Ayam
Kap - Lauk
Kedang - Ketegaq (Aku: Pakkiang, bunyi macam pak hang)
Khai - Demam
Khao - Kita? (Aku: Yang ni hangpa sebut, ghau kot, style orang Lao dan Esarn)
Khau - Nasik
Kheap - Kasut (Aku: Aku dengaq kelilin aku sebut khriaq)
Khee - Berak
Khee Ja - Perangai (Aku: Nesai)
Khee Khran - Penyegan (Aku: Khieat Khran)
Khen - Naik, mangkit, bangun
Khlua - Takot
Khru - Cikgu
Kin - Makan
Ku - Aku
Learn - Jatuh (Aku: Long, Toqq)
Le-man - Minyak (Aku: Nam Man)
Len - Main
Ley - Tengok
Lho - kereta (Aku: Lot)
Lhotip - gerek (Aku: Chakrayan)
Lokan - Mengkelai (Aku: Talok-kan)
Loke (e tak bunyi) - anak (Aku: Luq)
Lotta - Alor Staq
Ma (1) - Kuda
Ma (2) - Mari, datang
Maaa (bunyi panjang) - Anjing
Man - Dia
Medai - Tak pa (Aku: Mai pen lai)
Mek - Mak
Me ro - Tak tau
Mia - Bini
Miau - Kucing
Mot - Habis
Mu - Babi
Mung - Hang
Na - Muka
Na Som  - Muka masam : (
Nai - Dalam, mana
Nam - Ayaq
Nam Cha - Ayaq Teh
Naplau - Seluarq
Ngua - Lembu
Non - Tidoq
Nui - Kecil
Nya - Jangan
Nyai - Besar
Pa - Hutan
Pai - Pi, pergi
Palit - Perlis
Payne - Jadi (Aku: Penn)
Phenying  - Pompuan (Aku: Pu-ying, cik kak sama macam b. Melayu)
Phi - Hantu
Phla - Ikan (Aku: Pha)
Phom - Rambut
Phung - Perut (Aku: Toung)
Pua - Suami
Ram - Teriak (Aku: Lo hai)
Ren - Rumah (Aku: Bann, aku prasan version hangpa zaman gajah ponya)
Ron - Panas
Rong - Sekolah (Aku: Long lien)
Royy - Sedap
Sai - Pakai
Sau - Jantan (Aku: Phu)
Sin - Kerat (Aku: Tatt)
Som - Masam
Sraathaap - Penyegan
Suan - Kebun
Tai - Mati
Tam - Buat
Theyt (macam bunyi estate) - India (Aku: Khek)
Ti - Jam? (Aku: Siengthi)
Ti Padai - Pukui berapa? (Aku: Ki mong lieau?)
Wa - Kata (Aku: Putt wa)
Wai - Simpan (Aku: Kepp)
Wan - Hari

Penyusun perbendaharaan kata ni, puak aku la, belah Jitra sana. Responden dia orang-orang tua, depa yang pandai kecek bahasa Siam. Aku tak periksa lagi tulisan bahasa Siam dia. Kalu rajin nanti la nooo.... Dalam kurungan tang makna bahasa Melayu dia, aku komen ikut bahasa Siam yang aku dengaq atau pernah dengaq keliling aku pasi ada banyak jenis perkataan sebenarnya diguna dalam bahasa Siam untuk satu mata benda...

Kita boh dolu pasai nak kena konpom ngan puak-puak kita. Loghat bahasa Siam depa belah Kedah ni mungkin ada lebih daripada tujoh nada. Berbeza pulak dengan loghat tengah sana yang cuma ada empat nada. Puak belah Wang Kelian, Kola Nerang, Baling, Pendang, belah Wang Tepuih, dan belah lebuhraya Changlon aku tak tanya lagi. 

Aku nak sit in awe sat kat vocab yang sempoi ni... Sapa dia puak Kedah lein yang reti kecek Siam kalu rajin ka mai la lagi tulung tambah vocab sama naaa. Rajin hang susun ikut leksikon fucker sieg hail, khop khun fuck na khraaap, LOL....

Vocab Source Credit: Sick My Duck

Rabu, 19 Disember 2012

Wat Padang Sera: Mayat Sami Tidak Reput

Sawatdeekhrap!


Hari ni aku tertengok rancangan bentuk rencana untuk program Expose Mistik. Depa tayang pasai Wat Būnyaram di Padang Sera pulak, hahaha. Benda ni mengingatkan aku masa zaman-zaman pening aku bermula aku naik tingkatan satu dolu. Aku pernah pergi ke wat-wat Siam. Depa bagi benang upasaka (orang awam). Aku pakai saja la sementara waktu dalam wat bagi respek kat tuk-tuk sami dah kita masuk tempat orang. Lepas sampai rumah aku rungkai buang. Wat ni antara wat yang aku pernah melawat lah.

Bahagian perawatan menurut ajaran Buddha tu aku tak dan tengok lah. Pasai aku tune saja TV tengok-tengok depa tayang pasai tuk sami mati yang depa simpan lepas setahun tak reput. Tak silap tuk sami tu gelaran dia Chao Khun Phra Thepmongkolayan (Devamanggalayana). Kejadian ni yang pertama di Malaysia dan di Jitra pulak tu. 


Sikit maklumat pasai tuk sami itu, dia meninggal dunia pada 27 Feb 2007 sebab sakit tua. Umur dia masa itu dalam 87 tahun. Dia dilantik jadi sami Buddha pada umur 24 tahun. Selepas tu dia pergi ke Thailand belajar agama lebih lagi. Kemudian dia balik ke Jitra dan buat bangunan sembahyang di Wat Būnyaram serta tempat simpan abu mayat di wat tu. Rambut dia tumbuh naik walaupun lepas dia tak menyawa dah dan kuku dia pun panjang. Mayat dia disimpan selama tiga tahun pasai dia sami ada pangkat. Pihak wat akan tengok cara dulu sebab depa kena tunggu perintah maharaja Siam sana untuk hantar api bakar mayat. Kalūu tuk sami biasa-biasa tak ada nama, depa cuma simpan seminggu saja di dewan sembahyang. Lepas itu. depa bakar. Aku tengok tuk sami yang bagi penerangan tu macam ketar-ketar saja pun. Dia lah, dia takut kot. Orang Melayu masuk dalam wat buat apa? Satgi jadi isu ka apa-apa susah saja. 

Aku cek balik, mayat tuk sami ni depa bakar pada 1 Mei tahun 2011 waktu petang. Upacara pembakaran mayat dia diperbuat besar-besaran dengan biaya dari istana Siam di Wat Boonyaram. Upacara dihadiri tokoh-tokoh agama dari Thailand dan lain-lain negeri serta orang ramai sebab tuk sami ni pun tuk guru terkenal sampai ke Singapura. Lain-lain benda mistik depa kata kat wat Siam tu ada hantu pun singgah. Tapi tak cerita lanjut pun lah, pasal masa atau pun mungkin tuk sami itu malas nak cakap panjang pasal orang yang buat temuramah itu bukan penganut agama Buddha pun. 

Besa pergi wat, memang ada setengah kawasan dalamnya itu, kita berasa macam ada orang perhati kita pun. Utamanya di kawasan berhala resi-resi atau orang alim. Ada kawasan simpan abu mayat juga di wat Siam. Macam perkuburan lah juga, tapi dalam bentuk laci-laci yang ada bua atau tempayan bunga teratai untuk simpan abu mayat.

Tapi setakat aku melawat wat Siam atau biara Buddha tak ada lagi lah kejadian pelik-pelik mengikut aku macam setengah classmate aku. Dulu depa creta kata depa pergi kuil Hindu dan hantu Hindu mengikut depa balik ke bilik. Kita bukan pergi buat kacau pun, pergi melawat-lawat saja.