Memaparkan catatan dengan label perbendaharaan kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perbendaharaan kata. Papar semua catatan

Selasa, 15 Januari 2013

Kosa Kata Siam Kedah


Wokei, aku dah dapat maklum balas member aku mengenai bahasa Siam belah Jitra. Ini spesifik kawasan kampong-kampong belah area Asun dan belah Changlon. Aku tak tahu nak kata bahasa Siam belah area ni berkembang sendiri ka atau ada yang sama dengan bahasa Siam balik sempadan sana. Aku tak periksa lagi dengan kawan-kawan Siam aku sebelah sana. Sekuq kawan aku, cik kak Hari Nakorn yang puteh chuns mai belah Chiangmai sana dah hilang kontek dah pindah pi tang lain, damnit! Tidak dia buleh tulung aku kenal pasti kesamaan perkataan-perkataan ni dengan puak Tai-Yuan belah Utara sempadan dekat Myanmar dan China....

Aad (bunyi sengau mcm eja saad) - Galak (Aku: Red, Re'k... Tapi makna dia aku paham, getikk)
Aan (macam UN dalam BI) - Baca
Ap Nam - Mandi
Arai - Apa
Auww - Ambil [bunyi sengau/nasal kat u]
Ba - Gila
Bait (Bunyi mcm sabit) - Pisau (Aku: Dab, Dau macam bahasa Cina)
Ban - Kampung
Bia - Duit (Aku: Ngenn)
Bo - Bodoh
Chang - Pandai/cerdik (Aku: Chelatt)
Chuea - Nama
Chep - Sakit
Chin - Chinese
Cing cing - Sangat2
Dek-deq - Budak2
Deq - Budak
Fan - Gigi
Fon - Hujan
Fon Toq - Hujan Turun
Hamai - Takdak
Hee - Buriett ;P
Hua - Kepala
Hua Non - Ngantuk
Jaa - Ubat
Jayne - sejuk
Jiau - Kencing
Jing - Lagi
Joq - Panggil (Aku: Lieq haa)
Jut - Berenti (Aku: Yutt)
Kai - Ayam
Kap - Lauk
Kedang - Ketegaq (Aku: Pakkiang, bunyi macam pak hang)
Khai - Demam
Khao - Kita? (Aku: Yang ni hangpa sebut, ghau kot, style orang Lao dan Esarn)
Khau - Nasik
Kheap - Kasut (Aku: Aku dengaq kelilin aku sebut khriaq)
Khee - Berak
Khee Ja - Perangai (Aku: Nesai)
Khee Khran - Penyegan (Aku: Khieat Khran)
Khen - Naik, mangkit, bangun
Khlua - Takot
Khru - Cikgu
Kin - Makan
Ku - Aku
Learn - Jatuh (Aku: Long, Toqq)
Le-man - Minyak (Aku: Nam Man)
Len - Main
Ley - Tengok
Lho - kereta (Aku: Lot)
Lhotip - gerek (Aku: Chakrayan)
Lokan - Mengkelai (Aku: Talok-kan)
Loke (e tak bunyi) - anak (Aku: Luq)
Lotta - Alor Staq
Ma (1) - Kuda
Ma (2) - Mari, datang
Maaa (bunyi panjang) - Anjing
Man - Dia
Medai - Tak pa (Aku: Mai pen lai)
Mek - Mak
Me ro - Tak tau
Mia - Bini
Miau - Kucing
Mot - Habis
Mu - Babi
Mung - Hang
Na - Muka
Na Som  - Muka masam : (
Nai - Dalam, mana
Nam - Ayaq
Nam Cha - Ayaq Teh
Naplau - Seluarq
Ngua - Lembu
Non - Tidoq
Nui - Kecil
Nya - Jangan
Nyai - Besar
Pa - Hutan
Pai - Pi, pergi
Palit - Perlis
Payne - Jadi (Aku: Penn)
Phenying  - Pompuan (Aku: Pu-ying, cik kak sama macam b. Melayu)
Phi - Hantu
Phla - Ikan (Aku: Pha)
Phom - Rambut
Phung - Perut (Aku: Toung)
Pua - Suami
Ram - Teriak (Aku: Lo hai)
Ren - Rumah (Aku: Bann, aku prasan version hangpa zaman gajah ponya)
Ron - Panas
Rong - Sekolah (Aku: Long lien)
Royy - Sedap
Sai - Pakai
Sau - Jantan (Aku: Phu)
Sin - Kerat (Aku: Tatt)
Som - Masam
Sraathaap - Penyegan
Suan - Kebun
Tai - Mati
Tam - Buat
Theyt (macam bunyi estate) - India (Aku: Khek)
Ti - Jam? (Aku: Siengthi)
Ti Padai - Pukui berapa? (Aku: Ki mong lieau?)
Wa - Kata (Aku: Putt wa)
Wai - Simpan (Aku: Kepp)
Wan - Hari

Penyusun perbendaharaan kata ni, puak aku la, belah Jitra sana. Responden dia orang-orang tua, depa yang pandai kecek bahasa Siam. Aku tak periksa lagi tulisan bahasa Siam dia. Kalu rajin nanti la nooo.... Dalam kurungan tang makna bahasa Melayu dia, aku komen ikut bahasa Siam yang aku dengaq atau pernah dengaq keliling aku pasi ada banyak jenis perkataan sebenarnya diguna dalam bahasa Siam untuk satu mata benda...

Kita boh dolu pasai nak kena konpom ngan puak-puak kita. Loghat bahasa Siam depa belah Kedah ni mungkin ada lebih daripada tujoh nada. Berbeza pulak dengan loghat tengah sana yang cuma ada empat nada. Puak belah Wang Kelian, Kola Nerang, Baling, Pendang, belah Wang Tepuih, dan belah lebuhraya Changlon aku tak tanya lagi. 

Aku nak sit in awe sat kat vocab yang sempoi ni... Sapa dia puak Kedah lein yang reti kecek Siam kalu rajin ka mai la lagi tulung tambah vocab sama naaa. Rajin hang susun ikut leksikon fucker sieg hail, khop khun fuck na khraaap, LOL....

Vocab Source Credit: Sick My Duck

Khamis, 27 Disember 2012

Kawan Ramai ka Sikit???


Baiklah kawan-kawan kita, jum lah teruskan perkongsian kita sementara kita berkemampuan nak tolong kawan-kawan kita. Hangpa yang penganut Buddha dari aliran Siam Rat (Theravada) secara umumnya aku tak tahu sama ada hangpa ada kepercayaan kepada โพธิเสต Potiseth (Bodhisattva) atau dak. Tapi secara umumnya, pengikut jalan Buddha semua pun mesti tahu pasal istilah ini. 

Aku duk belajar sekarang ni nak capai Pemikiran Bersinar dan benda ni sebenaqnya benda paling sukar hendak dicapai dalam suasana belantara sengsara ini. Bahasa Bali dia berbunyi Pabhassarachittam. Kalau hangpa rasa nak menderma, buleh hubungi aku. Berapa banyak pun ikut ikhlas lah. Aku tak reti hendak bubuh Paypal Donation di sini lagi. Masih dok perosah belajaq. Tujuan derma mak nenek itu bukan untuk diri aku atau untuk kepentingan diri aku. 

Sebenarnya untuk hangpa dan juga untuk keamanan dunia juga. Kalu aku mampu, aku sebenarnya tak suka minta-minta untuk diri sendiri. Banyak benda aku duk perbuat selama aku idup ni pun untuk hal kemanusiaan dan belas kasih sahaja. Kalu mampu dengan kederat sendiri memang aku cuba perbuat. Semoga hubungan baik terjalin antara penganut Buddha dan penganut Islam di kawasan bekas negara-negara kota purba di Segenting Kra dan sebelah Utara Tanah Melayu. Tulung lah jangan mengkelai bermasam muka, utamanya yang di Malaysia sini lah. Sebelah Thailand sana memang lah ada masalah-masalah tapi dah kalu tak reti cakap bahasa Thai dengan betul gena hendak bekerjasama? Kawan la baik-baik, please! :'(   

Perbendaharaan Kata

Dalam bahasa Thai atau bahasa Siam, kita panggil kawan sebagai เพื่อน peun. Jadi mari lah kita lihat apa dia perbendaharaan kata yang kita ada untuk kawan-kawan pelajar bahasa Thai kita.

เพื่อนดี Peun dee Kawan baik
เพื่อนสนิท Peun Senid Kawan rapit, geng kita la
เพื่อนเลว Peun leuw Kawan jahat
เพื่อนไม่ดี Peun mai dee Kawan tak baik
มิตรภาพ Mitraphap Persahabatan .... Ini kata serapan bahasa Sanskrit, Mitrabhava.
เพื่อนต่างประเทศ Peun taang prathet Kawan asing

Contoh Ayat

Maaf aku ayat terpaksa menjadi agak formal cam haram, hahaha. Terpaksa guna bahasa formal supaya semua orang buleh bercakap bahasa Thai Pusat. Hangpa boleh menggunakan model ini untuk membuat ayat hangpa sendiri dan latehan. Yang penting sebenarnya bukan benda yang bertulis ni, kalu hangpa nak bertutur cepat lah. Segera prektis dalam kehidupan seharian hangpa. Tonton banyak-banyak filem Thai, dengar banyak-banyak siaran berbahasa Thai. Sekarang di atas talian banyak lah.  

คนนี้เป็นเพื่อนของผม
Kon ni pein peun khong pom.
Orang ini adalah kawan punya saya.

คนนั้นก็เป็นเพื่อนของเขา
Khon nan ko pein peun khong khau.
Orang itu pun adalah kawan punya dia. 

คุณมีเพื่อนมากน้อยเพียงไร?
Khun mi peun maaq noy piang raai?
Awak ada kawan banyak ka sedikit sahaja ka gena?

ผมมีเพื่อนน้อยเกินไป
Phom mi pieun noy gen pai
Saya ada kawan sedikit sangat 

เขามีเพื่อนมาก
Khau mi pieun maaq
Dia ada ramai kawan

Ada orang ramai kawan dia, ada orang sikit kawan dia. Ada jugak yang zahir dia macam ramai kawan. Tapi sebenarnya dia sahaja yang perasan macam dia ramai kawan. Sebab pada hakikatnya, dia cuma seorang yang terasa bahawa dia penting dalam dunia ini. Ada yang sedikit kawan tu, bukan sebab tak suka berkawan. Sebaliknya pasai dia menghargai beberapa orang kawan yang muncul dalam hidup dia, jadi terasa malas pula nak menambahkan kenalan.

Ni sebenarnya sedikit falsafah dari puisi Sanskrit pak Dharmakirrtti Dhammarakshita dari Srivijaya sebelah Suvarnadvipa sana tentang makhluk yang cerah serta gelap mindanya, hehe. Nanti saja lah kita perluas lagi mengenai hal ehwal kawan ni. Pening kepala aku taip guna papan kekunci maya.

Khamis, 25 Ogos 2011

Bulan-Bulan Siam

Bulan Siam depa pakai nama-nama berlain banyak gak daripada bulan-bulan omputeh. Yang ini bahasa Thai di negara Thai sahaja. Bahasa keluarga Tai-Kadai lain ada nama lain pulak bagi bulan-bulan dan nak kira kalendar ni. Bahasa Siam kita sebut bulan sebagai เดือน duern.

Pasaipa dia jadi laguni? Orang Siam mendapat pengaruh bahasa Sanskrit sangat lah besarq. Jadi di kawasan lembangan Menam Chao Phraya sana pengaruh Hindu sebaran etnik-etnik Mon, Khemir Kemboja, Lawapura, Brahmin Hindu, Buddha Selatan Thai, orang Tai-Lao semua bertembung jadi melahirkan benda kita lihat dalam Thailand lani.

Bawah ni semua nama bulan dari Januari sampai Disember ikut sistem Sanskrit yang bintang-bintang Capricorn sampai Sagittirius. Malas aku nak pos panjang-panjang. Yang bunyi Senskrit dia tu aku boh dalam kurungan.

มกราคม Mokerakom Bulan pertama (Makaraagama)
กุมภาพันธ์ Kumphaapant Bulan kedua (Kumbhabhanda)
มีนาคม Minaakon Bulan ketiga (Minaagama)
เมษายน Mesayon Bulan keempat (Mesaayana)
พฤษภาคม Priksephaakom Bulan kelima (Wrishabaagama)
มิถุนายน Mithunaayon Bulan keenam (Mithunaayana)
กรกฎาคม Karakedaakom Bulan ketujoh (Karkataagama)
สิงหาคม Singhaakom Bulan kelapan (Singhaagama)
กันยายน Kanyaayon Bulan kesemilan (Kanyaayana)
ตุลาคม Tuklaakom Bulan kesepuloh (Tulaagama)
พฤศจิกายน Prriksechitkaayon Bulan kesebelas (Wricchikaayana)
ธันวาคม Thanwaakom Bulan kedua belas (Dhanwaagama)

Bagi penghujung nama-nama bulan selain bulan kedua ni, mesti ada sama ada คม kom atau ยน yon kan? Kom tu maksud dia 'nak masuk, manakala yon makna dia 'nak sampai.' Bulan dua ada sikit lari jadi depa boh nama พันธ์ panth kat belakang nama bulan tu. Pasai dia termasuk dengan bulan lari. Aku tak tau nak terang gena, paham-paham sniri la.

Aaaaaaah letih lar taip pakai papan kunci siam ni....

Ahad, 7 Ogos 2011

Api Fai ไฟ

Reni kita sembang pasai perkataan ไฟ fai. Fai makna dia api. Untuk karan atau elektrik pon kita kata fai jugak.

Perkataan ni buleh membentuk istilah apa noh? Banyak istilah buleh bentuk dari perkataan ni. Contoh mcm:

ที่ไฟ Ti fai Dapuq
รถไฟ Rot fai Kereta api
รถไฟฟ้า Rot fai fa Monorail
สายไฟ Saai fai Wayar
ดับไฟ Dap fai Padam api
จุดไฟ Chuut fai Nyala api
ต้นไฟ Ton fai Punca api
ดอกไม้ไฟ Dok mai fai Bunga api

Apa kata seerti bagi ไฟ fai? Kata seerti dia aku check balik, เพลิง plierng. Ni kalu nak cakap ngan puak belah Bangkok kot. Belah-belah selatan hang hentam ja cakap guna perkataan ไฟ fai aku rasa tak salah kot. Ada sapa2 nak tulung tambah habaq mai, aku memang dok kumpoi lagi istilah senang aku nak p bejalan Siam, haha... ลาก่อน laa kown, tataaaa...