Khamis, 27 Disember 2012

Kawan Ramai ka Sikit???


Baiklah kawan-kawan kita, jum lah teruskan perkongsian kita sementara kita berkemampuan nak tolong kawan-kawan kita. Hangpa yang penganut Buddha dari aliran Siam Rat (Theravada) secara umumnya aku tak tahu sama ada hangpa ada kepercayaan kepada โพธิเสต Potiseth (Bodhisattva) atau dak. Tapi secara umumnya, pengikut jalan Buddha semua pun mesti tahu pasal istilah ini. 

Aku duk belajar sekarang ni nak capai Pemikiran Bersinar dan benda ni sebenaqnya benda paling sukar hendak dicapai dalam suasana belantara sengsara ini. Bahasa Bali dia berbunyi Pabhassarachittam. Kalau hangpa rasa nak menderma, buleh hubungi aku. Berapa banyak pun ikut ikhlas lah. Aku tak reti hendak bubuh Paypal Donation di sini lagi. Masih dok perosah belajaq. Tujuan derma mak nenek itu bukan untuk diri aku atau untuk kepentingan diri aku. 

Sebenarnya untuk hangpa dan juga untuk keamanan dunia juga. Kalu aku mampu, aku sebenarnya tak suka minta-minta untuk diri sendiri. Banyak benda aku duk perbuat selama aku idup ni pun untuk hal kemanusiaan dan belas kasih sahaja. Kalu mampu dengan kederat sendiri memang aku cuba perbuat. Semoga hubungan baik terjalin antara penganut Buddha dan penganut Islam di kawasan bekas negara-negara kota purba di Segenting Kra dan sebelah Utara Tanah Melayu. Tulung lah jangan mengkelai bermasam muka, utamanya yang di Malaysia sini lah. Sebelah Thailand sana memang lah ada masalah-masalah tapi dah kalu tak reti cakap bahasa Thai dengan betul gena hendak bekerjasama? Kawan la baik-baik, please! :'(   

Perbendaharaan Kata

Dalam bahasa Thai atau bahasa Siam, kita panggil kawan sebagai เพื่อน peun. Jadi mari lah kita lihat apa dia perbendaharaan kata yang kita ada untuk kawan-kawan pelajar bahasa Thai kita.

เพื่อนดี Peun dee Kawan baik
เพื่อนสนิท Peun Senid Kawan rapit, geng kita la
เพื่อนเลว Peun leuw Kawan jahat
เพื่อนไม่ดี Peun mai dee Kawan tak baik
มิตรภาพ Mitraphap Persahabatan .... Ini kata serapan bahasa Sanskrit, Mitrabhava.
เพื่อนต่างประเทศ Peun taang prathet Kawan asing

Contoh Ayat

Maaf aku ayat terpaksa menjadi agak formal cam haram, hahaha. Terpaksa guna bahasa formal supaya semua orang buleh bercakap bahasa Thai Pusat. Hangpa boleh menggunakan model ini untuk membuat ayat hangpa sendiri dan latehan. Yang penting sebenarnya bukan benda yang bertulis ni, kalu hangpa nak bertutur cepat lah. Segera prektis dalam kehidupan seharian hangpa. Tonton banyak-banyak filem Thai, dengar banyak-banyak siaran berbahasa Thai. Sekarang di atas talian banyak lah.  

คนนี้เป็นเพื่อนของผม
Kon ni pein peun khong pom.
Orang ini adalah kawan punya saya.

คนนั้นก็เป็นเพื่อนของเขา
Khon nan ko pein peun khong khau.
Orang itu pun adalah kawan punya dia. 

คุณมีเพื่อนมากน้อยเพียงไร?
Khun mi peun maaq noy piang raai?
Awak ada kawan banyak ka sedikit sahaja ka gena?

ผมมีเพื่อนน้อยเกินไป
Phom mi pieun noy gen pai
Saya ada kawan sedikit sangat 

เขามีเพื่อนมาก
Khau mi pieun maaq
Dia ada ramai kawan

Ada orang ramai kawan dia, ada orang sikit kawan dia. Ada jugak yang zahir dia macam ramai kawan. Tapi sebenarnya dia sahaja yang perasan macam dia ramai kawan. Sebab pada hakikatnya, dia cuma seorang yang terasa bahawa dia penting dalam dunia ini. Ada yang sedikit kawan tu, bukan sebab tak suka berkawan. Sebaliknya pasai dia menghargai beberapa orang kawan yang muncul dalam hidup dia, jadi terasa malas pula nak menambahkan kenalan.

Ni sebenarnya sedikit falsafah dari puisi Sanskrit pak Dharmakirrtti Dhammarakshita dari Srivijaya sebelah Suvarnadvipa sana tentang makhluk yang cerah serta gelap mindanya, hehe. Nanti saja lah kita perluas lagi mengenai hal ehwal kawan ni. Pening kepala aku taip guna papan kekunci maya.

4 ulasan:

  1. pen rak! <3 <3 <3

    Kawan jahat dengan kawan tak baik tak sama ke? Haha. Boleh bagi contoh ayat? :)

    Kawan asing tu refer pada foreigner ke?

    Mahu contoh ayat untuk 'mitraphap' juga. :D

    BalasPadam
  2. swadekhap!

    Kawan jahat dan kawan tak baik tu lebih kurang saja. Cuma perkataan "jahat" dan "tak baik" tu untuk tambahan perbendaharaan kata sahabat2 pelajar bahasa Thai bagi kata sifat, hehe. Boleh saja untuk contoh, apa salahnya. Nanti kita buat satu pos khas untuk contoh ayat bagi penggunaan perkataan2 tersebut jika kesempatan, ok tak?

    Ya, kawan asing itu merujuk kepada foreigner. ต่างประเทศ "tang pathet" itu bermaksud negara asing.

    Untuk "mitraphap" contoh ayatnya...

    ขอขอบคุณทุก ๆ คนสำหรับมิตรภาพ
    kho khopkhun thuk2 kon samrap mitraphap.

    maksud:

    saya ingin berterima kasih kepada tiap2 orang untuk persahabatan

    Harap membantu kawan saya ^_^

    BalasPadam
  3. OH, 'thuk thuk khon'. Penggunaan kata ganda di situ. OKEY saya faham ayat tu, terima kasih. :)

    Saya faham 'leuw' tu maksudnya teruk, keji, blablabla. Sebab selalu dengar 'khon leuw' yang merujuk pada orang berperangai jahat. (sebenarnya masih tak dapat bezakan bunyi 'leuw' yang merujuk pada 'jahat' dengan 'laew' yang bermaksud 'sudah'. HAHA)

    Tapi untuk 'mai dee' tu... adakah ia merujuk pada 'kawan yang tidak menolong' (dalam bM, kawan tak menolong dan seumpamanya; kita kata kawan tak baik, kan?) atau 'kawan tak rapat' (bertentangan dengan peun sanid)?

    Ahh berbelit-belit ayat. Harap difahami. T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh baik2... Saya faham. Sebenar ejaan tulisan Thai berbeza. Saya pun pening macam mana hendak tukarkan ke tulisan rumi, hahaha...

      Untuk "jahat" itu... ejaan tulisan Thai nya berbunyi macam lew. Untuk "sudah" ejaan tulisan Thai nya berbunyi "laiw" yang panjang sedikit bunyi nya di hujung. Bunyi diftong "ai" hampir sama seperti sebutan untuk kata Mal"ai" dalam bahasa Thai yang merujuk Malaysia dalam bentuk singkatan.

      Peun mai dee itu adalah kawan dari segi, kawan yang mendorong kepada perkara tidak baik contohnya macam awak ada kawan tak kira lah rapat atau tidak, tetapi dia suka menghisap rokok dan mendorong awak merokok. Jadi dia adalah "peun mai dee". Hampir sama juga konotasinya dalam bahasa Melayu.

      Padam