Sabtu, 29 Disember 2012

Berapakah yang Ada?



Sawaddīkhrap!

Aku sudah naik cemuih bersembang bab sejarah-sejarah purba. Sengaja aku tempekkan buat rekod kenangan sahaja. Aku penah buat rencana pasal puak-puak Melayu di sebelah Thailand Selatan selain daripada mengenai puak-puak Tai di sebelah Utara.

Teringat pulak kepada kawan-kawan di Bangkok sana. Nanti ada masa aku nak balik pi sanalah, rindu pula. Aku suka naik kereta api saja ikut sebelah pantai barat terus ke Bangkok. Boleh berkenalan dan buat kawan dalam kereta api.

Blog ini aku guna untuk buat projek persendirian untuk kebajikan bagi bantuan peningkatan kemahiran bahasa Thai untuk penutur bahasa Melayu atau sesiapa yang berketurunan Siam yang ingin re-connect semula dengan kebudayaan sendiri. Aku buat pasal aku dapati kelas-kelas bahasa Thai untuk kebajikan banyak tertumpu di biara-biara Buddha.

Untuk kawan-kawan yang beragama Islam atau yang beragama lain macam mana pula? Bukan nak kata tidak baik untuk ke biara, cuma mungkin kawan-kawan Muslim kita berasa tak selesa sahaja. Macam hendak bahan-bahan pun boleh hubungi aku. Aku meluat hendak ketuk tulisan Thai sebab komputer aku tak pasang sistem tulisan Thai. Tapi aku boleh cubalah ketuk papan kekunci maya. Cuma ambil masa sedikitlah. Hangpa ada minat, aku pun menghargai lah minat hangpa. Tolong aku sama promosi bahasa Thai dan kebudayaan Thailand kepada rakan-rakan hangpa na, hehehe.  

Aku secara individu mencuba untuk mengambil peranan sebagai rakyat biasa demi kasih sayang terhadap kesultanan negeri Kedah Darul Aman dan untuk perpaduan wilayah Selatan Thai secara umum sama ada wilayah sebelah pantai barat atau pun timur. Kalau sebelah sana meletup-meletup, kita di sini pun susah hati takut merebak. Adik-beradik pun ada di sebelah sana, seperti juga kita di sini adalah adik-beradik depa. 

Lupa aku, tajuk lagu ini adalah  เท่าที่มี thao tī mī bermaksud berapa banyak yang ada. Liriknya itu, aku malas hendak ketuk. Meluat tulis panjang-panjang, hahaha. Ada masa kita sumbat saja apa yang duk ada noh.

ขอบคุณมาก khop khun māq! Sembah tabik kepada tuan-tuan dan puan-puan!

Maklumat Lagu: Sila ketuk di sini untuk mengakses.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan