Memaparkan catatan dengan label ayat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayat. Papar semua catatan

Khamis, 27 Disember 2012

Kawan Ramai ka Sikit???


Baiklah kawan-kawan kita, jum lah teruskan perkongsian kita sementara kita berkemampuan nak tolong kawan-kawan kita. Hangpa yang penganut Buddha dari aliran Siam Rat (Theravada) secara umumnya aku tak tahu sama ada hangpa ada kepercayaan kepada โพธิเสต Potiseth (Bodhisattva) atau dak. Tapi secara umumnya, pengikut jalan Buddha semua pun mesti tahu pasal istilah ini. 

Aku duk belajar sekarang ni nak capai Pemikiran Bersinar dan benda ni sebenaqnya benda paling sukar hendak dicapai dalam suasana belantara sengsara ini. Bahasa Bali dia berbunyi Pabhassarachittam. Kalau hangpa rasa nak menderma, buleh hubungi aku. Berapa banyak pun ikut ikhlas lah. Aku tak reti hendak bubuh Paypal Donation di sini lagi. Masih dok perosah belajaq. Tujuan derma mak nenek itu bukan untuk diri aku atau untuk kepentingan diri aku. 

Sebenarnya untuk hangpa dan juga untuk keamanan dunia juga. Kalu aku mampu, aku sebenarnya tak suka minta-minta untuk diri sendiri. Banyak benda aku duk perbuat selama aku idup ni pun untuk hal kemanusiaan dan belas kasih sahaja. Kalu mampu dengan kederat sendiri memang aku cuba perbuat. Semoga hubungan baik terjalin antara penganut Buddha dan penganut Islam di kawasan bekas negara-negara kota purba di Segenting Kra dan sebelah Utara Tanah Melayu. Tulung lah jangan mengkelai bermasam muka, utamanya yang di Malaysia sini lah. Sebelah Thailand sana memang lah ada masalah-masalah tapi dah kalu tak reti cakap bahasa Thai dengan betul gena hendak bekerjasama? Kawan la baik-baik, please! :'(   

Perbendaharaan Kata

Dalam bahasa Thai atau bahasa Siam, kita panggil kawan sebagai เพื่อน peun. Jadi mari lah kita lihat apa dia perbendaharaan kata yang kita ada untuk kawan-kawan pelajar bahasa Thai kita.

เพื่อนดี Peun dee Kawan baik
เพื่อนสนิท Peun Senid Kawan rapit, geng kita la
เพื่อนเลว Peun leuw Kawan jahat
เพื่อนไม่ดี Peun mai dee Kawan tak baik
มิตรภาพ Mitraphap Persahabatan .... Ini kata serapan bahasa Sanskrit, Mitrabhava.
เพื่อนต่างประเทศ Peun taang prathet Kawan asing

Contoh Ayat

Maaf aku ayat terpaksa menjadi agak formal cam haram, hahaha. Terpaksa guna bahasa formal supaya semua orang buleh bercakap bahasa Thai Pusat. Hangpa boleh menggunakan model ini untuk membuat ayat hangpa sendiri dan latehan. Yang penting sebenarnya bukan benda yang bertulis ni, kalu hangpa nak bertutur cepat lah. Segera prektis dalam kehidupan seharian hangpa. Tonton banyak-banyak filem Thai, dengar banyak-banyak siaran berbahasa Thai. Sekarang di atas talian banyak lah.  

คนนี้เป็นเพื่อนของผม
Kon ni pein peun khong pom.
Orang ini adalah kawan punya saya.

คนนั้นก็เป็นเพื่อนของเขา
Khon nan ko pein peun khong khau.
Orang itu pun adalah kawan punya dia. 

คุณมีเพื่อนมากน้อยเพียงไร?
Khun mi peun maaq noy piang raai?
Awak ada kawan banyak ka sedikit sahaja ka gena?

ผมมีเพื่อนน้อยเกินไป
Phom mi pieun noy gen pai
Saya ada kawan sedikit sangat 

เขามีเพื่อนมาก
Khau mi pieun maaq
Dia ada ramai kawan

Ada orang ramai kawan dia, ada orang sikit kawan dia. Ada jugak yang zahir dia macam ramai kawan. Tapi sebenarnya dia sahaja yang perasan macam dia ramai kawan. Sebab pada hakikatnya, dia cuma seorang yang terasa bahawa dia penting dalam dunia ini. Ada yang sedikit kawan tu, bukan sebab tak suka berkawan. Sebaliknya pasai dia menghargai beberapa orang kawan yang muncul dalam hidup dia, jadi terasa malas pula nak menambahkan kenalan.

Ni sebenarnya sedikit falsafah dari puisi Sanskrit pak Dharmakirrtti Dhammarakshita dari Srivijaya sebelah Suvarnadvipa sana tentang makhluk yang cerah serta gelap mindanya, hehe. Nanti saja lah kita perluas lagi mengenai hal ehwal kawan ni. Pening kepala aku taip guna papan kekunci maya.

Rabu, 14 November 2012

Frasa Minta Tolong

Stesen Kereta Api Hua Lampong bulan Julai 2011

Ok ni panduan untuk hangpa yang berback-packing sorang-sorang ke negara Thailand di mana-mana wilayah pun tak kira lah di sebelah tengah, selatan, timur laut atau di utara. Hangpa buleh menggunakan ayat-ayat ini semasa hangpa dalam kesusahan. Memandangkan aku pernah mengalami sendiri keadaan di kotaraya Bangkok. Aku perasan depa tak mau cakap bahasa Inggeris pun dengan aku sebab depa ingat aku orang tempatan jadi terpaksa la aku cakap gak bahasa Thai kasarq bercampur bahasa Melayu Kedah, haha. 

Frasa ni kalu ada orang kacau hangpa. Hangpa boleh lah guna. Di pekan sama la macam di mana-mana pun hatta di KL pun ada saja kutu gerahak yang duk kacau orang. Tapi takat pengalaman aku di Bangkok, aku tak pernah kena kacau lagi. Pasai rupa kita orang sebelah Malaysia ni nak sama macam rupa depa. Takdak beza pun jadi depa ingat kita orang tempatan juga.  

Jangan Kacau

1. อย่ายุ่งกับผม!
    Yaa yung kap phom!
    Jangan kacau aku!

Untuk orang pempuan, ganti diri ผม phom tu hangpa ganti saja dengan ฉัน chan. Tapi nak habaq hangpa la. Realiti dia orang tak pakai pun ผม phom ka ฉัน chan ka kalu dah kena kacau. Orang guna ganti diri goo saja yang bermaksud aku.  

2. อย่าจับผม!
    Yaa chap phom!
    Jangan sentuh aku!

Ni bagi pelancong laki-laki kalu ada bapuk gila duk sentuh hangpa buleh la kata laguni, haha. Perempuan pun buleh juga la guna tapi nak kena pastikan ganti diri hangpa tu betui melainkan kalu hangpa cakap bahasa kasarq. 

3. ผมจะแจ้งตำรวจ!
    Phom chak chang taamruat!
    Aku akan panggil polis! 

Panggil Orang

1. ตำรวจ!
    Taamruat!
    Polis! 

2. หยุด,โจร!
    Yud, chorn!
    Berenti, penyamun!

Sebenarnya perkataan โจร chorn tu adalah sama dengan perkataan chor dalam bahasa Hindustan. Hurup "r" di ejaan tulisan Thai tu dimatikan jadi konsonan "n". Yang ni pun kalau hangpa nak paham cara dia buleh tengok ke cara orang utara cakap macam mana utamanya puak tua, hehe. Bunyi di sini memang la nampak macam kampung sebab negeri Kedah bukan kawasan kerajaan pusat, tapi di balik nu jenis percakapan macam ni biasa saja di bandaraya dikira Amerika dah macam itu.

Minta Tolong

1. ผมต้องการความช่วยเหลือ!
    Phom tongkarn kwaamchuoy lewoi!
    Aku perlu pertulungan la woi!

2. เรื่องด่วน!
    Reangduan!
    Kecemasan!

Yang ini nak kata เรื่องฉุกเฉิน reang chuk chien pun buleh.

3. ผมหลงทาง
    Phom long taang 
    Aku sesat jalan

Hilang Barang

1. กระเป๋าของผมหาย!
    Krapao kong phom haai!
    Beg aku hilang!

Yang ni memang ayat popular lah kalu hangpa duk dalam hostel murah. Kalu letak barang tak kunci pintu lemari ka leliaq rata. Aku tak tahu nak trenslet leliaq tu jadi apa. Ni pure cakap Kedah punya, haha. Lain benda pun buleh la hangpa ganti pada tempat kata nama กระเป๋า krapao yang bermaksud beg tu. Beg duit bahasa Thai kata กระเป๋าสตาง krapao taang. Perkataan ตาง taang tu maksud dia duit pitis

Sakit Tengah Jalan

1. ผมไม่สบาย
    Phom mai sabai
    Aku tak sihat

Yang ini boleh juga kata ผมป่วย phom puai maksud dia aku sakit.  

2. ผมบาดเจ็บ
    Phom baad chep
    Aku tercidera 

3. ผม/ฉัน ต้องการหมอ
    Phom tongkarn moh
    Aku perlu doktor 
  
4. ผมขอใช้โทรศัพท์ได้ไหม?
    Phom kho chai thorasap to dai mhai?  
    Aku minta pakai telepon berhubung boleh dak?

Lagi satu aku nak habaq mai. Layanan depa terhadap warga tempatan berbeza dengan layanan terhadap warga asing. Warga tempatan boleh masuk tempat-tempat macam biara, kuil, muzium atau tempat-tempat awam yang berbayar dengan harga murah daripada warga asing atau pun mungkin juga percuma. Buleh cakap bahasa Thai dua tiga patah pun tak apa. Bila sampai ke bandaraya Bangkok atau pun bila masuk ke Songkhla dan pekan Hadnyai cuba guna bahasa Thai bile bersembang. Di imigresen pun aku rasa agak mudah jugak kalu berbahasa Thai walupon perangai imigresen kadang-kadang macam celaka. Di mana pun aku perasan macam itu kecuali masa melancong ke Jepun. Aku rasa depa agak peramah. 

Untuk hangpa guna bahasa pasar ka bahasa sopan ka yang itu ikut kepada keadaan la aku rasa cakap bahasa Melayu pun begitu. Melainkan kalu hendak kerja di Thailand, maka kena lah cakap bahasa Thai yang sopan dan lengkap. Kalu setakat melancong nak bersembang dengan warga tempatan kita yang sebelah selatan ni boleh guna bahasa Thai loghat selatan sahaja takda masalah depa paham kita kecuali kalau ke kawasan seperti di utara atau timur laut yang tu budaya depa dah jauh berlainan dah.     

Selasa, 7 Ogos 2012

Kata Kerja


Pagi ini aku berasa mai angin pulak hendak pos tentang pembelajaran bahasa Thai kita. Kita akan belajar tentang kata kerja dan penggunaannya dalam bahasa Thai. Jadi, kata kerja ini dalam bahasa Thai kita sebut nya sebagai คำกริยา kharm kiriya

Kalau orang di kampung-kampung di sebelah utara Kedah dan Perlis belah Kok Khlang dan sebagainya, depa tak tahu dan tak peduli pun sistem pengelasan bahasa ni pasai depa cuma tahu cakap bahasa Thai menurut loghat setempat saja. Tujuan kita memaparkannya di sini hanya sebagai satu kaedah pembelajaran biasa lah. Kalau buleh cakap bahasa Kedah loghat kecil belah timur dan belah utara, akan mudah jugak cakap bahasa Thai sebab sistem tatabahasa nak sama dan setengah partikel dan perkataan pun sama. 

Kata kerja ni tidak merubah pun pelaku kerja tu, tak merubah sebarang kala, tak merubah sebarang suara, tak merubah angin atau pun bilangan sesuatu atau sebarang pekerjaan bagi kerja tersebut. Penduaan hanya menghantar maklumat tentang perbuatan sesuatu kerja secara berterusan sahaja.  

Ayat pasif atau กรรมวาจก karmm waachok ditandai dengan memasukkan imbuhan ถูก thuk sebelum kata kerja. Contoh kita:

เขาถูกตี
Khao thuk tii
Dia dipukul

Ayat ini menerangkan suatu tindakan itu yang luar dari kawalan penerima atau yang kena buat atau mangsa kepada perbuatan itu. Jika terjemahkan ke bahasa biasa pun maksudnya lebih kurang dia kena pukul.

Bagi menyampaikan maksud berlawanan pula, iaitu maksud yang menunjukkan datangnya satu peluang maka perkataan ได้ dai yang bermaksud peroleh akan digunakan. Contohnya:

เขาจะได้ไปเที่ยวเมืองลาว
Khao cha dai pai thiao mueang lao
Dia berpeluang melawati negara Laos

Ambil perhatian jugak, kata dai walaupun dieja sama dalam tulisan Thai iaitu ได้, tetapi membawa maksud berbeza menurut konteks ayat. Yang bervokal pendek membawa maksud berpeluang dan diletakkan di hadapan kata kerja. Manakala yang bervokal panjang sedikit ditempatkan selepas kata kerja membawa maksud keizinan atau keupayaan seseorang menjalankan sesuatu pekerjaan atau perbuatan. 

Cuba lihat ke ayat berkala lampau di bawah ini:

เขาตีได้
Khao tii dai
Dia boleh hentam/Dia mampu hentam

Bila kita nak menafikan suatu perbuatan, maka kita akan menambah perkataan ไม่ mai sebelum kata kerja. Contoh kita:

เขาไม่ตี
Khao mai tii
Dia tidak hentam

Kala bagi sesuatu ayat itu ditandakan dengan penanda kala sebelum atau selepas kata kerja itu. Sama hal nya dengan bahasa Melayu dan bahasa Kedah.

Kala Kini

Ditandai dengan กำลัง kamlang yang bermaksud sedang, sebelum kata kerja untuk tindakan yang sedang berjalan. Jika selepas kata kerja, ia ditandai dengan kata อยู่ yoo yang bermaksud dok. Atau boleh gunakan kedua-dua nya sekali dalam ayat yang sama pada kedudukan yang disebutkan. Imbuhan terjemahan bahasa Melayu yang piawai sepatutnya ada kata ber- sebelum kata kerja. Contoh:

เขากำลังวิ่ง
Khao kamlang wing
Dia sedang lari

atau

เขาวิ่งอยู่
Khao wing yoo
Dia dok lari

atau

เขากำลังวิ่งอยู่
Khao kamlang wing yoo
Dia tengah dok lari

Kala Masa Depan

Ditandai dengan kata จะ cha bermaksud akan sebelum kata kerja atau sewaktu keluar ayat yang mempunyai bau-bau masa ke depan. Contoh nya:

เขาจะวิ่ง
Khao cha wing
Dia akan lari

Kala Lampau

Ditandai dengan kata ได้ dai sebelum kata kerja atau sewaktu keluar ayat yang mempunyai bau-bau masa lampau. Walau bagaimanapun, penggunaan แล้ว laew selalunya menjadi kebiasaan dalam pembentukan ayat dan berada di belakang kata kerja. Atau boleh guna kedua-duanya sekali menurut kedudukan nya dalam ayat. Struktur pembinaan ayat nya begini:

Pelaku + ได้ + Kata Kerja + แล้ว

Contoh-contoh:

เขาได้กิน
Khao dai kin
Dia dah makan

เขากินแล้ว
Khao kin laew
Dia makan dah

เขาได้กินแล้ว
Khao dai kin laew
 Dia dah makan dah
 
Pembinaan Kata Kerja Berperingkat

Bahasa Thai juga ada mempamerkan pembinaan kata kerja secara berperingkat-peringkat yang mana kata kerja kadang-kadang digabungkan sekali. Setengah gabungan perkataan itu adalah suatu yang lumrah dan dianggap sebagai satu ayat juga walaupun merupakan kata kerja yang berikut-ikutan. Yang ini sama macam bahasa Kedah jugak. Contoh dia:

เขาไปกินข้าว
Khao pai kin khao
Dia pi makan nasik

ฉันฟังไม่เข้าใจ
Chan fang mai khaochai
Saya dengar tak paham

เข้ามา
Khao maa
Masuk mai

ออกไป!
Oak pai!
Keluaq!

Jadi setakat ini dahulu pembelajaran tatabahasa Thai kita. Sebenarnya tak susah mana pun, cuma kena ada banyak perbendaharaan kata sahaja. Cara nak tahu perbendaharaan kata tak lain kena lah berurusan dengan orang Thai sendiri. Kalau siapa-siapa rajin membeli-belah di Danok dan rajin keluar masuk ke Thailand sila lah ambil kesempatan sembang bahasa Thai dengan rakyat Thailand sambil membuat kawan.

Di kawasan Songkla sebenarnya ada lagi penutur bahasa Melayu tapi mereka lagi selesa kalau berbahasa Thai. Kalau ke kawasan seperti Patani atau Yala, ada juga yang bertutur bahasa Thai tetapi kebanyakan orang di situ lebih selesa berbahasa Melayu jika mereka tahu tuan-tuan berbahasa Melayu sebab negeri-negeri itu memang negeri Melayu.