Khamis, 20 Disember 2012

Phi Tai Hong


Duk saja-saja tanam anggur ni terasa macam syok pulak kalu kita boh slot benda-benda mistik dalam laman rumah kita ni. Aku tau hangpa mesti suka punya benda-benda laguni pasai kebanyakan gambaq Thai yang lepas ke Malaysia pun ada creta pasai hantu.

Dalam pos ni aku nak sembang pasai ผีตายโหง phi taai hong. Apa kejadahnya phi taai hong ni??? Ha... ni nak habaq mai la. Phi taai hong ni makna dia hantu orang mampuih. Pasaipa kita panggil hantu orang mampuih? Kasarq sangat bunyi dia.

Benda ni merujuk kepada orang yang roh dia keluar pada badan dia dalam keadaan yang brutal. Contoh mampuih ni apa benda? Mampuih macam kematian disebabkan oleh kemalangan, kematian sebab bunuh diri tak kira lah dalam apa cara pun, kemudian kematian sebab dibunuh.

Asal Usul

Jadi jenis hantu laguni asal dia dari orang jantan atau orang betina yang mati mengejut, selalunya jugak hantu ni wujud pasai takdak upacara pengebumian ikut adat-istiadat dan keagamaan. Ikut kepada tradisi lisan orang Thai lah, jenis hantu taai hong ni paling orang takot terutama kalau dia merupa jadi ตายทั้งกลม taai thong klom. Rupa ni sebenarnya rupa hantu pempuan yang terjelma lepas dia membunuh diri selepas dia dibuntingkan oleh kekasih dia, yang lepas tu kena khianat dan kena tinggal.

Dalam budaya mistik masyarakat Siam, roh jahat macam ni yang dikatakan bertanggungjawab dalam kejadian rumah berhantu dan paling susah kita nak halau. Kena ada upacara halau hantu yang rumit dan jugak banyak benda nak kena buat. Dalam penerbitan bahasa Thai pun banyak cerita pasal benda ni. Kalu hangpa tahu bahasa Thai buleh la pi cari kat ekspo-ekspo buku di Thailand. Kalu duk dekat ja la macam di belah Changloon, Penang atau pun belah Perlis, hahaha. Ni antara untungnya la kalu kita duk di Kedah, Perlis, Perak Utara dan Kelantan, hehe.

Adaptasi Moden

Dalam filem-filem bahasa Thai memang banyak ada cerita pasal hantu jenis ni. Contoh dia masa tahun 2003, ada filem Thai berjudul Buppah Ratree yang genre dia seram lawak, dan dalam filem berjudul Taai Hong pada tahun 2010. Dalam tahun 2010 jugak, ada filem berjudul Taai Thong Klom dikeluarkan. 

Dalam filem macam Taai Hong ni ada adegan comolot sikitlah. Contoh macam "cik kak hantu mampoeh" dan "orang nampak hantu" atau pun hero tu bertoron bersama. Tetapi kemudian baru dia tahu bahawa "pempuan" yang ditoron oleh dia tu bukan manusia tapi jelmaan hantu.

11 ulasan:

  1. phi tai hong = hantu mampoih ka?

    lama tak tengok gambaq antu siam. lol

    BalasPadam
  2. Buppah Ratree penah tgk tapi aku ingat2 lupa cerita dia lagumana.

    BalasPadam
  3. xpa nanti kita boh review pasai gamaq2 lama kalu kita dan, wakakakaa!

    BalasPadam
  4. Kenapa 'tai hong'? Hong tu apa maksudnya? Bilik? Angsa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya mati beragan. Ini jika rujuk kepada istilah mistik orang Melayu lah. Cara nak terjemah dia begitu lah. Lain-lain penerangan lanjut sedikit ada di bawah ni. Harap dapat menjawab persoalan.

      Padam
  5. Maksudnya mati akibat kecelakaan... Dalam kepercayaan penganut Buddha, bukan semestinya orang Thai sahaja. Mati akibat kecelakaan itu disebabkan oleh kecuaian. Jadi roh seseorang yang mati dalam keadaan celaka macam itu akan tersangkut dalam alam kesengsaraan atau neraka di bumi.

    Macam dalam movie Thai yang kawan2 tonton, depa akan ada tema hantu lepas kejadian2 buruk macam kejadian eksiden, bunuh diri, mati terbunuh dan sebagainya. Yang ini yang disebut sebagai phi tai hong : )

    BalasPadam
  6. Oh, fahamlah. Pelik saja sebab ada 'hong'. Selalu dengar 'hong nam', 'hong non', 'gert pen hong'. Hantu pun ada 'hong' juga ka.

    Kiranya p tai hong ni memang hantu jahatlah kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya saya, lebih kurang macam itu. Ejaan hong dalam tulisan bahasa Thai berbeza untuk perkataan โหง hong (beragan, roh terentap) dan ห้อง hong (bilik). Yang untuk hantu itu, bunyi dia pendek saja. Sedangkan yang "bilik" itu bunyi dia dalam tekanan kedua dan vokal "o" nya berbunyi dengan diftong "aw" macam "hawng2" : )

      Padam
  7. Ahh yalah. Saya masih buta huruf dan sikit-sikit pekak, jadi bunyinya sama aja. :P Terima kasihlah bagi penjelasan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada lah. cuma kena biasa dengan bunyi saja. jika biasa dengan bunyi boleh bezakan makna.

      Setengah perkataan dlm bahasa Thai sebenarnya adalah dari bahasa asing seperti bahasa sanskirit, sama seperti bahasa Melayu.

      Tapi pada zaman Po Khun Intrathit dan Po Khun Ramkhamheng, mereka menyingkatkan bunyi supaya memudahkan lidah orang2 Thai menyebut perkataan pinjaman dari orang India yang berbelit2. Ejaan perkataan pinjaman selalunya tidak diubah. Tetapi bunyi yang berubah dan huruf akhir dimatikan. Seperti bahasa inggeris pula, haha. Saya cuba mencari jalan supaya kawan2 saya boleh membaca bahasa Thai dalam masa singkat dan secara maya. Buat masa ini saya akan meletakkan sebutan rumi bersama jadi mudah untuk kawan2 bercakap dahulu. Itu lebih penting lah saya rasa. Sama-sama dan terima kasih atas ulasan.

      Padam