Duk saja-saja tanam anggur ni terasa macam syok pulak kalu kita boh slot benda-benda mistik dalam laman rumah kita ni. Aku tau hangpa mesti suka punya benda-benda laguni pasai kebanyakan gambaq Thai yang lepas ke Malaysia pun ada creta pasai hantu.
Dalam pos ni aku nak sembang pasai ผีตายโหง phi taai hong. Apa kejadahnya phi taai hong ni??? Ha... ni nak habaq mai la. Phi taai hong ni makna dia hantu orang mampuih. Pasaipa kita panggil hantu orang mampuih? Kasarq sangat bunyi dia.
Benda ni merujuk kepada orang yang roh dia keluar pada badan dia dalam keadaan yang brutal. Contoh mampuih ni apa benda? Mampuih macam kematian disebabkan oleh kemalangan, kematian sebab bunuh diri tak kira lah dalam apa cara pun, kemudian kematian sebab dibunuh.

Asal Usul
Jadi jenis hantu laguni asal dia dari orang jantan atau orang betina yang mati mengejut, selalunya jugak hantu ni wujud pasai takdak upacara pengebumian ikut adat-istiadat dan keagamaan. Ikut kepada tradisi lisan orang Thai lah, jenis hantu taai hong ni paling orang takot terutama kalau dia merupa jadi ตายทั้งกลม taai thong klom. Rupa ni sebenarnya rupa hantu pempuan yang terjelma lepas dia membunuh diri selepas dia dibuntingkan oleh kekasih dia, yang lepas tu kena khianat dan kena tinggal.
Dalam budaya mistik masyarakat Siam, roh jahat macam ni yang dikatakan bertanggungjawab dalam kejadian rumah berhantu dan paling susah kita nak halau. Kena ada upacara halau hantu yang rumit dan jugak banyak benda nak kena buat. Dalam penerbitan bahasa Thai pun banyak cerita pasal benda ni. Kalu hangpa tahu bahasa Thai buleh la pi cari kat ekspo-ekspo buku di Thailand. Kalu duk dekat ja la macam di belah Changloon, Penang atau pun belah Perlis, hahaha. Ni antara untungnya la kalu kita duk di Kedah, Perlis, Perak Utara dan Kelantan, hehe.

Adaptasi Moden
Dalam filem-filem bahasa Thai memang banyak ada cerita pasal hantu jenis ni. Contoh dia masa tahun 2003, ada filem Thai berjudul Buppah Ratree yang genre dia seram lawak, dan dalam filem berjudul Taai Hong pada tahun 2010. Dalam tahun 2010 jugak, ada filem berjudul Taai Thong Klom dikeluarkan.
Dalam filem macam Taai Hong ni ada adegan comolot sikitlah. Contoh macam "cik kak hantu mampoeh" dan "orang nampak hantu" atau pun hero tu bertoron bersama. Tetapi kemudian baru dia tahu bahawa "pempuan" yang ditoron oleh dia tu bukan manusia tapi jelmaan hantu.