Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Sabtu, 6 April 2013

Bahan dalam Masakan


Jom membina perbendaharaan kata kita dulu. Macam biasalah bab makanan memang bab yang boleh hangpa sembang dengan sesiapa pun kecuali dengan pemalas yang mengalami penyakit aneroxia bulimia tetapi merasakan diri mereka lawa kelihatan seperti jerangkung. Barang ni semua di kedai di negara ini pun ada. Kalau nak masak semasa anda di Siam, maka yang ini kosa kata anda lah... huhu...

Ini semua dalam masakan Thai atau Siam semua pun ada...

Jenis Sayuran

ผักชี phak chi daun ketumbar
บัวบก bue bok pegaga
ผักขม phak khom sayur kangkung
ถั่วงอก thua ngok taugeh
โหระพา horaphaa daun selaseh siam
สะตอ sato petai
เห็ด het cendawan
หน่อไม้ no mai rebung

Jenis Rempah

ขมิ้น khemin kunyit
ขิง khing halia
ตะไคร้ takkai serai
ใบมะกรูด bai makkud daun limau purut
ผงยี่หร่า phong yira jintan
หอม haum bawang besar
กระเทียม katiem bawang puteh
ข่า kha lengkuas

Jenis Buah

มะม่วง mamueng mempelam
พริก prik cabai
มะพร้าว ma prau nyior
กล้วย kluwei pisang
มะละกอ malako betik
มะขาม makhaam asam jawa
มะเขือเทศ ma khue thet tomato
มะเขือ ma khue terong

Jenis Penambah Rasa

เกลือ kleue garam
น้ำตาล nam than gula
กะปิ kahpi belacan
ปลาแดค pla dek ikan pekasam
บูดู budu budu
น้ำกะทิ nam kathi santan
น้ำปลา nam pla sos ikan
สาคู sakhu sagu ubi kayu

Jumaat, 29 Mac 2013

Makan: Khao Piak


Khao Piak ข้าวเปียก ni adalah sejenis makanan yang dibubuh dalam air. Yang dibubuh dalam air panas tu contoh dia macam nasik atau pun mee lah. Yang untuk mee itu, ia diperbuat daripada beras. Makanan ini berasal dari wilayah sebelah Timur Laut Thailand atau Esarn.


Nak kata jenis makanan Siam tu aku kurang pasti, tapi ia jenis makanan Tai-Lao lah. Di Laos pun ada makanan ini. Kategori makanan ini adalah jenis Khao Tom ข้าวต้ม atau hangpa buat bubur dengan nasi-nasi yang sudah ditanak semalaman. 

Lawak juga ada dalam blog kawan keturunan Siam kita yang perli orang yang duk beri makna sesuka hati pada perbendaharaan kata bahasa Siam atau bahasa Thai moden dengan khao piak ini. Dia sebut sebagai khao piaq atau kapiaq, lol.

Bagi makanan jenis ni, cara nak buat dia terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertamanya itu, hangpa kena sediakan barangan nak rendam dalam air. Manakala bahagian keduanya pula hangpa sediakan air rendaman atau pun kuah dia. Bahagian pertama itu, bahannya adalah nasik atau pun mee beras yang hangpa boleh buat sendiri daripada tepung beras campur dengan tepung ubi.

Yang mee tu kita panggil khao piak sien ข้าวเปียกซิ้น. Maksudnya beras dalam bentuk jaluran atau mee lah dalam bahasa Laos. Di Kedah, puak Tai-Lao ini kami panggil sebagai Siam Lao. Yang petang-petang duk tangkap bewok tu. Pening lah nak terangkan, aku buat senarai lah bagi hangpa tengok untuk bahan masakan takat yang aku ingat...

1. Jaluran Beras

Ada tepung beras, tepung ubi untuk kekenyalan jaluran beras hangpa. Hangpa nak buat satu doh dengan campurkan tepung beras dengan sedikit tepung ubi sebelum penghasilan jaluran beras itu, kenalah bubuh ayaq hangat nooo. Lepas siap doh tu hangpa debukan sedikit dengan tepung ubi supaya tidak melekat lalu potong lah jaluran tu macam hangpa tengok di kedai Cina depa buat mee Ramen tu.

2. Kuah

Hangpa ambik air rebusan ayam atau kita panggil sebagai stok ayam. Bagi bukan Islam yang tak ada sebarang peraturan mengenai bab mentakedarah, hangpa nak guna rebusan babi pun buleh. Rempah ratus segar itu macam lengkuas tak kisah yang hidup ka yang dah mati, serai, sos ikan, daun limau purut, limau dan yang aku ingat hangpa boleh juga bubuh nam phrik phao atau serbuk cabai kering kalau suka pedas.

3. Hiasan 

Lain-lain bahan seperti daun ketumbar, bawang besar, taugeh, kicap, bawang puteh goreng, dan juga daging macam ayam, lembu, atau kerbau kalau kampung hangpa ada bantai kerbau.    

Biasanya, khao piak atau ka'piq ni kita makan waktu pagi-pagi lebih kurang macam hangpa duk makan beehoon sup atau pun moi yang macam bubur ayam di pasar-pasar pagi tu. Makan makanan bentuk mee ni, kita selalunya guna sepit kayu macam orang Cina. 

Khamis, 21 Mac 2013

Makan: Tomyam


Aku tak ingat dah aku pernah ka tidak buat masukan mengenai makanan-makanan puak Siam. ต้มยำ Tomyam ini aku rasa dah biasa dah sekarang terutamanya selepas diperkenal oleh peniaga-peniaga restoran masakan Thai walaupun depa keturunan Melayu. 

Mak aku habaq kat aku bahawa makanan ni tak popular pun sekitar tahun 70-an sampai tahun 90-an walaupun di Kedah, tempat asal kami. Tapi wela ini hangpa buleh nampak kedai-kedai makan tepi jalan pun menyediakan masakan tomyam ini di merata-rata tempat. Kat kawasan rumah aku, aku suka pi ke Restoran Suka Ramai kat Bangi. Abe waiter tinggi tu sempoi lagipon muka aku dan adik aku sememangnya dah dikenali jadi depa bawak mai makanan dengan cepatnya sebaik sahaja nampak muka kami, hahaha...

Yang hangpa duk sebut tomyam tu, tahu dak makna dia apa? Tomyam maksudnya rebuih campuq habes segala mak nenek benda dalam ayarq yang ada ramuan rempah. Tomyam yang kita tahu di sini ada dua jenis iaitu tomyam puteh dan tomyam merah. Tomyam puteh itu sebenarnya sejenis sup masam yang cayarq kita sebut sebagai ต้มยำน้ำใส tomyam namsai. Tomyam merah pun sup masam tapi berbeza sebab dia berminyak dan ada rempah ratus dipakai bagi menghasilkannya. Kalu hangpa makan tomyam yang merah itu selalu, maka segala letusan gunung berapi pon akan muncul di muka hangpa itu, lol. 

Jadi dalam tomyam ni, ada rempah ratus dari herba-herba tumbuhan seperti daun limau purut, serai, lengkuas, ayaq perahan limau nipis dan cabai yang hangpa titik. Selain itu, kalau hangpa perasan makanan Thailand mesti ada sos ikan atau pun น้ำปลา nam pla. Di sebelah Bangkok sana, tomyam merah depa itu dicampur dengan santan. 

Lani pon, ada rempah tomyam siap dah yang diperbuat dengan herba-herba yang dikisar bersama seperti cabai kering tumbuk yang digoreng dalam minyak. Kemudian depa mesti tambah perasa lain juga nak bagi sedap lagi katanya. Sebatian rempah ni hangpa boleh dapati ditinkan sebesar alam sampai sekecil-kecilnya atau pun dibotolkan. Rasa tomyam hangpa akan berbeza bergantung kepada rempah yang hangpa hasilkan sendiri atau pun rempah yang hangpa beli siap dah di kedai... Rempah ini kita sebut sebagai น้ำพริกเผา nam phrik phau atau sambal terbakar. Untuk masukan jenis rempah siap dah, nanti-nanti saja bila aku free. Aku ada survey juga jenis rempah siap dah. Yang popular dan yang kurang popular. Saja syok-syok tengok sambil terliur, haha...

Jenis Tomyam

Ok, taksat aku sudah sebut pasal ada beza jenis-jenis tomyam. Ini yang kita kumpulkan untuk jenis-jenis tomyam jadi kalau hangpa nak masak makan sendiri di rumah pun boleh. Kalau malas pi saja ke restoran, habis cerita, haha...

1. Tomyam Kung ต้มยำกุ้ง

Ini jenis tomyam yang popular dalam kalangan pelancong di Thailand sana. Di sebelah sini pun ada. Lauk yang ditambah dalam air rebusan ini adalah udang.

2. Tomyam Pla ต้มยำปลา

Yang ini jenis rebusan sup putih ditambah dengan lauk ikan. Kita makan dengan nasik. Yang ini dolu-dolu popular di Thailand sebelum kemasukan pelancong secara besar-besaran ke Thailand. Jenis ikan diguna dalam masakan ini adalah ikan segar air tawar dan juga jenis air masin. Yang rajin dipakai adalah jenis ikan air tawar lah sebab dia tak mudah kercai bila direbus dalam air. Ramuan rempah itu menghilangkan bau hanyir ikan air tawar.

3. Tomyam Kai ต้มยำไก่

Ini lauk yang ditambah adalah ayam. Yang ini biasanya bagi sesiapa yang tak boleh makan makanan laut atau tak boleh makan jenis ikan maka depa boleh meminta tomyam jenis ini. Yang ini ada juga bubuh hirisan lengkuas.

4. Tomyam Por Thek ต้มยำทะเล

Ini sebenarnya tomyam yang dicampur dengan pelbagai jenis makanan laut misalnya cebisan ikan, sotong, kupang dan udang. Bahasa Thai penuh kita panggil Tomyam Por Thek Thale.

5. Tomyam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น

Ha, yang ini yang aku rujuk ditambah dengan santan sebab dia pekat. Lauk dalam tomyam ini biasanya jenis udang kepala besarq tu. Ada juga tambahan cabai kering.

6. Tomyam Kung Mak Phrao On Nam Khon ต้มยำกุ้งมะพร้าวอ่อนน้ำข้น

Yang ini tomyam lauk udang yang ada isi buah nyior muda dan sikit santan. Lauk dia udang.

7. Tomyam Kha Mu ต้มยำขาหมู

Tomyam kaki babi. Yang ini tak sesuai untuk penganut agama Islam. Biasanya kena rebus menatang ini lama dengan api rendah.

Masa kini hangpa nampak juga orang bubuh sayuran dalam tomyam misalnya seperti cendawan tiram atau pun cendawan yang halus panjang-panjang itu. Selalu juga di atas tomyam yang ada lauk itu ada cebisan-cebisan daun ketumbar. Tomyam sajian istana orang Laos pula ada sedikit nasik dibubuh dalamnya. Aku sentai saja semua jenis tomyam yang aku buleh makan. Arrroiii maaaaqqq!!!

Selasa, 18 Disember 2012

Bab Makan Ringkas-Ringkas

Pa habaq kawan-kawan kita!


Baru-baru ni bola sepak Malaysia vs. Thailand untuk piala Suzuki no. Aku tak dan nak layan sangat benda tu pasai banyak benda aku nak kena buat. Baru lepaih abis mengaji saja. Ada dengar yang di Nonthaburi sana, Malaysia tak berapa nak bermain dengan baik sebab padang latihan katanya depa sana bagi yang tak elok punya.

Yang aku tengok pengadil doggy Korea tu pun macam haram saja dah la muka sombong, hahaha.  Apa-apa pun, semangat kesukanan kita tak kisah la sapa dia menang ka kalah pun. Jangan la kita duk sakit-sakit hati bengkak pulak untuk benda permainan. Bukannya apa pun.

Yang tu cuma mukadimah kita saja. Aku nak sembang bab makanan lah. Macam mana kita nak order makanan utamanya bila kita pi ke restoran di Thailand. Di Malaysia pun banyak saja kedai makan Siam. Boleh nak prektis dengan depa pun. Kalau rajin pi kedai makan depa, buleh lah guna no...

Macam mana kita nak mintak tengok menu no? Mudah saja...

ขอดูเมนูครับ!
Kho du menu khrap?!
Mintak tengok menu?!

ขอดูเมนูค่ะ
Kho du menu kah?!
Mintak tengok menu?!

Macam biasa untuk kesopanan hangpa akan tambah lah sendiri khrap atau kah tu di ujung ayat hangpa menurut kepada jantina hangpa. Kalu hangpa jantan maka tambah khrap. Kalu pempuan, tambah lah kah. Jangan silap pulak no...

Setengah orang ni, depa tak makan lah daging macam orang Hindu. Depa makan sayuran sahaja. Daging ikan ka, daging babi ka, daging lembu, daging ikan mak nenek semua dia haram tak buleh makan. Jadi dia kena habaq la kata dia vegetarian. Macam mana nak kata?

ผมกินเจครับ
Phom kin cheh khrap!
Saya makan sayuran!

Kalau perempuan, ubah kata ผม phom tu jadi ดิฉัน di chan. Maksud dia diperhamba. Ayat ni terlalu sopan lah. Kalau hangpa nak gunakan pastikan tempat mana hangpa nak guna. Sama macam bahasa Melayu jugak la, lepas hangpa dah master bahasa Melayu hangpa tahu la tang mana nak pakai ganti diri yang sesuai.

Bagi Muslim, mesti lah hangpa tak mau makan benda makanan yang ada daging babi betui dak? Jadi buleh habaq macam ni lah...

ผมไม่กินหมู
Phom mai kin muu.
Saya tak makan babi.

Aku nak habaq siap-siap. Kalu hangpa berada di kotaraya Bangkok, barang makanan dalam 7E tu hati-hati bila nak memilih. Sebabnya tak ada jabatan agama Islam atau pun orang Muslim yang nak habaq ke hangpa sesuatu makanan tu halal atau pun haram. Kalau ada Muslim pun depa tak akan perasan yang hangpa Muslim disebabkan rupa yang sama kecuali orang perempuan tu mudah sedikit lah nak dikenalpasti sebab bertudung. Yang laki, kalu tak berkepiah maka nampak sama sahaja dengan rakan-rakan bukan Islam lain. Kalau berasa was-was jangan makan terus makanan yang dijual. Kalu terasa lapar melampau sangat, tak boleh lah ambil kira peraturan halal haram. Sental saja setakat yang cukup untuk tenaga. Makanan masak bercampur tu tak dijamin lah kehalalan thoyyiban dia, haha. 

ผมไม่กินเนื้อ
Phom mai kin nuea.
Saya tak makan daging.

Bagi penganut Buddha, yang tak makan daging lembu ikut adat istiadat Brahman. Maka hangpa buleh kata seperti ayat di atas itu. Daging dalam bahasa Thai merujuk kepada daging lembu lah sebab benda ni memang ada dalam ajaran Buddha. Kalu sebut daging saja automatik orang ramai akan tahu yang itu merujuk kepada daging lembu. 

Waktu Makan

อาหารเช้า Aharn Chao Menyerok, Sarapan Pagi
อาหารกลางวัน Aharn Glang Wan Makan Tengahari
อาหารเย็น Aharn Yen Makan Malam

อาหาร aharn tu makna dia makanan. Asal kata ni diserap dari perkataan bahasa Sanskrit, อาหาระ aharah. Sama macam bahasa Melayu jugak, bahasa Siam menyerap bahasa Sanskrit disebabkan oleh pengaruh agama Hindu-Buddha. Cuma orang sebelah Tanah Siam tak bersalin agama macam orang-orang di Tanah Melayu. 

Jenis Makanan

ไก่ kai ayam
เนื้อ nuea daging
ปลา pla ikan
หมู muu babi
ไส้กรอก sai krok sosej
ไข่ khai telug
สลัด salad salad
ผัก phak sayug
ผลไม้ ponlamai buah kayu
สด sot segar
ถั่ว thua kacang
ขนมปัง khanompang roti
ขนมปังปิ้ง khanompang pingg roti bakag
ข้าว khaau nasik
ก๋วยเตี๋ยว kuaitiau kuey tiau
บะหมี่ bah mee mee gandum

Bila hendak order makanan hangpa, hangpa buleh lah kata...

ผมอยากได้ ..........
Phom yaak dai ..........
Saya hendak ...........

Hangpa buleh guna contoh dari senarai jenis makanan tu untuk isikan ruangan bertitik-titik pada ayat yang tersebut di atas. Jangan risau bab tatabahasa pasai tatabahasa bahasa Siam nak sama dengan tatabahasa bahasa Melayu.

Jenis Minuman

น้ำเปล่า nam plaao ayag kosong
น้ำผลไม้ nam ponlamai ayaq buah, jus
ชาเย็น chaa yen teh ais
ชาร้อน chaa ron teh panas
กาแฟ kaafe kopi
เบีย bia beer
ไวน์แดง wain deng wain merah
ไวน์ขาว wain khaau wain puteh

Perencah

เกลือ kluwe garam
พริกไทยดำ prik thai dam lada hitam
น้ำปลา nam pla sos ikan

Kalu hangpa nak mintak apa-apa, cuma kata ขอ kho saja. Maksud dia mintak lah. 

Contoh ayat dia macam ni lah..........

1. ขอ"น้ำเปล่า"แก้วนึง.
    Kho "namplaao" kaew neung.
    Mintak ayag kosong segelas.

2. ขอ"ชาร้อน"ถ้วยนึง.
    Kho "chaa ron" thuai neung.
    Mintak teh panas secawan.

3. ขอ"เบีย"ขวดนึง.
    Kho "bia" khuad neung.
    Mintak beer sebotol.  
  
Yang ni cuma yang ringkas-ringkas saja lah kalau-kalau hangpa jalan-jalan di Siam. Kalau hangpa nak sembang lanjut lagi, kita buleh perpanjang lagi tapi bukan malam ni la.

Selasa, 22 Mac 2011

Sedap dak?


Waktu dok makan-makan nak tanya lah kot-kot sedap ka tak sedap lauk kita buat, kita pun tanya la kawan, "sedap dak?" Pud Thai kita nak kata lagumana? Kalu cakap loghat Selatan dekat Kedah kita, kita kata "หร่อยม่าย roi mai?" 

Kalu bahasa Siam standard loghat Bangkok biasa depa berkata, "อร่อยไม่ aroi mai?" Dia tak banyak beza sangat pun, cuma ejaan Thai dia tu ada la beza sikit dah nama pun loghat. Kalu sapa-sapa dia yang reti baca Thai la buleh tengok beza dia. 

อร่อย aroi ni makna dia sedap lah. Kalu orang selatan, suka cakap pendek-pendek saja bunyi kot ujung sebab kita suka cakap laju jadi dia jimat ruang dan masa, hahaha. Nak jawab gena, kata lah nak kata sangat sedap? Kita bleh cakap bahasa standard dia อร่อยมาก aroi maak. Makna dia, sangat sedap.

มาก maak ni maksud dia, banyak. Kalu kita worang selatan kita kata jugak ร่อยจังหู roi changhu, makna dia, sedap sungguh. Fungsi dia sama lah macam perkataan maak juga, tetapi dia punya makna lagi dalam. Tengok ke konteks perkataan itu lah no.  

Tataaaa....!