Aku tak ingat dah aku pernah ka tidak buat masukan mengenai makanan-makanan puak Siam. ต้มยำ Tomyam ini aku rasa dah biasa dah sekarang terutamanya selepas diperkenal oleh peniaga-peniaga restoran masakan Thai walaupun depa keturunan Melayu.
Mak aku habaq kat aku bahawa makanan ni tak popular pun sekitar tahun 70-an sampai tahun 90-an walaupun di Kedah, tempat asal kami. Tapi wela ini hangpa buleh nampak kedai-kedai makan tepi jalan pun menyediakan masakan tomyam ini di merata-rata tempat. Kat kawasan rumah aku, aku suka pi ke Restoran Suka Ramai kat Bangi. Abe waiter tinggi tu sempoi lagipon muka aku dan adik aku sememangnya dah dikenali jadi depa bawak mai makanan dengan cepatnya sebaik sahaja nampak muka kami, hahaha...
Yang hangpa duk sebut tomyam tu, tahu dak makna dia apa? Tomyam maksudnya rebuih campuq habes segala mak nenek benda dalam ayarq yang ada ramuan rempah. Tomyam yang kita tahu di sini ada dua jenis iaitu tomyam puteh dan tomyam merah. Tomyam puteh itu sebenarnya sejenis sup masam yang cayarq kita sebut sebagai ต้มยำน้ำใส tomyam namsai. Tomyam merah pun sup masam tapi berbeza sebab dia berminyak dan ada rempah ratus dipakai bagi menghasilkannya. Kalu hangpa makan tomyam yang merah itu selalu, maka segala letusan gunung berapi pon akan muncul di muka hangpa itu, lol.
Jadi dalam tomyam ni, ada rempah ratus dari herba-herba tumbuhan seperti daun limau purut, serai, lengkuas, ayaq perahan limau nipis dan cabai yang hangpa titik. Selain itu, kalau hangpa perasan makanan Thailand mesti ada sos ikan atau pun น้ำปลา nam pla. Di sebelah Bangkok sana, tomyam merah depa itu dicampur dengan santan.
Lani pon, ada rempah tomyam siap dah yang diperbuat dengan herba-herba yang dikisar bersama seperti cabai kering tumbuk yang digoreng dalam minyak. Kemudian depa mesti tambah perasa lain juga nak bagi sedap lagi katanya. Sebatian rempah ni hangpa boleh dapati ditinkan sebesar alam sampai sekecil-kecilnya atau pun dibotolkan. Rasa tomyam hangpa akan berbeza bergantung kepada rempah yang hangpa hasilkan sendiri atau pun rempah yang hangpa beli siap dah di kedai... Rempah ini kita sebut sebagai น้ำพริกเผา nam phrik phau atau sambal terbakar. Untuk masukan jenis rempah siap dah, nanti-nanti saja bila aku free. Aku ada survey juga jenis rempah siap dah. Yang popular dan yang kurang popular. Saja syok-syok tengok sambil terliur, haha...
Jenis Tomyam
Ok, taksat aku sudah sebut pasal ada beza jenis-jenis tomyam. Ini yang kita kumpulkan untuk jenis-jenis tomyam jadi kalau hangpa nak masak makan sendiri di rumah pun boleh. Kalau malas pi saja ke restoran, habis cerita, haha...
1. Tomyam Kung ต้มยำกุ้ง
Ini jenis tomyam yang popular dalam kalangan pelancong di Thailand sana. Di sebelah sini pun ada. Lauk yang ditambah dalam air rebusan ini adalah udang.
2. Tomyam Pla ต้มยำปลา
Yang ini jenis rebusan sup putih ditambah dengan lauk ikan. Kita makan dengan nasik. Yang ini dolu-dolu popular di Thailand sebelum kemasukan pelancong secara besar-besaran ke Thailand. Jenis ikan diguna dalam masakan ini adalah ikan segar air tawar dan juga jenis air masin. Yang rajin dipakai adalah jenis ikan air tawar lah sebab dia tak mudah kercai bila direbus dalam air. Ramuan rempah itu menghilangkan bau hanyir ikan air tawar.
3. Tomyam Kai ต้มยำไก่
Ini lauk yang ditambah adalah ayam. Yang ini biasanya bagi sesiapa yang tak boleh makan makanan laut atau tak boleh makan jenis ikan maka depa boleh meminta tomyam jenis ini. Yang ini ada juga bubuh hirisan lengkuas.
4. Tomyam Por Thek ต้มยำทะเล
Ini sebenarnya tomyam yang dicampur dengan pelbagai jenis makanan laut misalnya cebisan ikan, sotong, kupang dan udang. Bahasa Thai penuh kita panggil Tomyam Por Thek Thale.
5. Tomyam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น
Ha, yang ini yang aku rujuk ditambah dengan santan sebab dia pekat. Lauk dalam tomyam ini biasanya jenis udang kepala besarq tu. Ada juga tambahan cabai kering.
6. Tomyam Kung Mak Phrao On Nam Khon ต้มยำกุ้งมะพร้าวอ่อนน้ำข้น
Yang ini tomyam lauk udang yang ada isi buah nyior muda dan sikit santan. Lauk dia udang.
7. Tomyam Kha Mu ต้มยำขาหมู
Tomyam kaki babi. Yang ini tak sesuai untuk penganut agama Islam. Biasanya kena rebus menatang ini lama dengan api rendah.
Masa kini hangpa nampak juga orang bubuh sayuran dalam tomyam misalnya seperti cendawan tiram atau pun cendawan yang halus panjang-panjang itu. Selalu juga di atas tomyam yang ada lauk itu ada cebisan-cebisan daun ketumbar. Tomyam sajian istana orang Laos pula ada sedikit nasik dibubuh dalamnya. Aku sentai saja semua jenis tomyam yang aku buleh makan. Arrroiii maaaaqqq!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan