Gambaq tahun lepas. Daerah Baling antara daerah aku dan pak mak aku paling suka melawat. Ini antara daerah kebanggaan aku untuk Kedah. Aku penah ada kawan asal dari Kampong Pekan Baling jugak, dikenali sebagai Wan sahaja. Aku kenai dia di Persekutuan semasa aku ambil lesen memandu kereta sekitar tahun 2009 lagutu. Dia ambil lesen motor dengan pusat memandu orang Melayu kaki cekau duit orang. Aku tak tau dia orang Melayu atau orang Minang tapi rasa macam dia orang Minang. Awal-awal aku ingat Wan orang Kelantan, besa la orang belah Baling memang cakap bunyi nak macam tu. Masa dia teguq aku, dia tiba-tiba duk bercakap bunyi nak macam orang Kedah.
Aarghhhh, aku apa lagi mula la duk berasa ringan ja tangan nak tumbok muka kawan!!! Aku ingat dia duk perli aku ka. Pasai aku kata aku orang Kodiang bila dia tanya cakap Kedah mai mana lagipun pelet Kedah aku memang kehuluan sikit lagi ulu daripada pelet keluarga aku. Dia la, pak aku mai Kodiang. Kira pekan kampungan nama plek tu bahagiannya pon pekan aku la jugak. Mujuq sebelum dan penumbok aku hinggap atas muka dia, dia kata mai Baling. Terus tak jadi aku nak terpeluk dia pulak homie kekdahnya, LOL... Dah putus hubungan dah lepas dia kata dia nak pergi Penang kerja dalam tahun 2010. Dia kerja retu kat BESTA Hospital Putrajaya. Budak baik dia, walaupun ngaji setakat PMR ja masa aku kenal dia, aku duk pi lepak flat pprt sewa dia tengok bola sama puak dia dekat dengan rumah aku.
Perhentian Bas Pekan Baling
Pekan Baling
Nat Baling
Pasar kami panggil sebagai nat saja. Aku tak tau makna dia apa. Tapi yang aku paham nat makna dia pasar pekan lah, hahha... Sini, pasar Baling hangpa boleh dengaq orang bercakap Siam juga macam tuk moh juai ubat ka minyak mistik mak nenek bagai. Produk-produk keluaran tempatan pun ada, yang istimewa aku suka dulu-dulu kicap cap PAS la. Tapi yang tu belah Sik kot, haha...
Aiseh, tak nampak pulak muka mak nenek dua orang tu dengan budak laki tu. Depa ni orang Siam, kalu hangpa dengaq depa cakap bahasa Siam yang depa cakap tu sebenarnya bahasa Thai Selatan. Tatabahasa depa tatabahasa Melayu, lol... Sebelah Baling terpisah dengan pergunungan itu sudah masuk Thailand, pekan Betong. Kawan pak aku, pakcik 'Aad stringer pernah nak kena tembak masa duk merisik berita tang tu, haha..
Berikut ini mesan lebah atau madu lah... Depa juai life macam tu ada lebah duk merenet-renet dalam tu, lol...
Gerai juai kitab Jawi untuk kaki penadah kitab di pondok-pondok atau di mesjid-mesjid... Murah-murah ja tapi kitab-kitab ni kecuali buku cara solat tu tak ada gambaq ilustrasi la tulisan ja la bertempek-tempek. Sapa dia yang jenis lemah penumpuan tu segan la sat nak baca... Kedah baru-baru ni sebenarnya lebih Islamik berbanding dulu-dulu. Mesjid pun banyak pengisian walaupun mesjid-mesjid tu tak gah gegak gempita. Ok la tu...
Restoran mamak Baling, restoran Buhari. Ini antara kedai makan mamak yang aku rasa roti canai depa buleh masuk pala kuah dia pun wokkei la jugak. Aku rindu nak berjalan-jalan kat pekan ni lagi. Damnnnnit!!!!
Bahasa Siam dengan bahasa Thai selatan tak sama ka?
BalasPadamBahasa Siam yang umum... Bahasa Thai Selatan, loghat bahasa Siam sebelah selatan yang ada pengaruh Melayu.
BalasPadamtolong bagi contoh
BalasPadamAda beza perkataan sebagai contoh...
Padamcili
bahasa Thai standard = phrik
bahasa Thai selatan = lipprid
Jagung
bahasa Thai standard = khaupot
bahasa Thai selatan = gung (jagung)
Kotor
bahasa Thai standard = sorprok
bahasa Thai selatan = lolaq (ada makna konteks lagi)
....
nak tanya.. sy ade rncg nk pegi baling.. tp sy dijangka dkt terminal dlm pukul 2,3 pagi.. ade x tempat2 selamat yg boley sy berteduh sementara tunggu esok pagi.. kedai 24 jam ker or masjid ker??? really need ur help..
BalasPadamOwh, kita terlewat pantau. Mohon maaf lah. Dekat area terminal Pekan Baling itu ada sebuah masjid. Tapi tak pasti dibuka ka tidak kalau lepas waktu sembahyang. Ada homestay juga di situ anggaran satu malam dalam RM50 dalam kadar dua tahun lepas. Cik nak pergi seorangan kah? Tak ada rakan temankan? Kalau pertama kali ke mana-mana elok ajak rakan temankan. Bukan apa orang perempuan ka lelaki sama saja sekarang ni kena jaga keselamatan sendiri. Terima kasih.
Padam