Ha, ni saja aku nak kongsilah dengan pembaca sekelian gambaq-gambaq aku duk melilau-lilau di Koh Mak atau Pulau Pinang. Rasanya ni gamaq masa Raya Tahun Baru Cina 2012... Dulu-dulu aku duk pergi juga ke biara Siam atau Biara Burma kadang-kadang saja jalan-jalan melawat macam itu atau pun sembang-sembang dengan sami-sami atau orang duk memuja di situ. Ini dari Biara Dharmikarama.
Aku suka kolam ikan ini... Nampak menenangkan. Ada setengah wat Siam aku melawat macam di Kelantan dulu-dulu misalnya seperti di Phikunthong, kebersihan tak terjaga ada anjing berpenyakit kurap, kawasan tugu penuh tahi anjing sampai orang nak melutut di situ pun kena pikir beberapa kali serta kolam pun tak bersih. Mungkin penduduk tak jalankan pembersihan lagi kot, aku sangka baik sajalah.
Gedung pagoda ditujukan untuk orang alim. Nama dia Phra Arahang Upagupta. Orang nak periksa, nak buang angin jahat atau sial, nak lepas dari masalah mai ke pagoda ini. Ada beberapa orang kawan Burma duk situ waktu aku melawat.
Ini semua lambang ajaran Buddha yang bertapak di kawasan-kawasan seperti Afghanistan, Kemboja, Pakistan, India, Kemboja, China, Siam... Banyaklah tak larat aku nak sebut.
Ini kubuq la ni di Biara Jayamanggalarama... hahaha... Kat lubang tengah tu macam setor dalam dia ada tempat simpan abu mayat. Belakang rupa-rupa tu pon ada laci-laci bubuh bua iaitu bekas abu.
Buddha berbaring, ini sebelah wat Bodhivihara di Tumpat pun ada juga tapi lagi panjang. Aku tak ingat berapa kaki, ukuran rupa-rupa ni aku tak begitu nak ambil berat sangat. Pelawat-pelawat adalah dari Sri Lanka, dari Thailand pun ada terutama orang Thailand yang melancong. Yang dari Sri Lanka ada yang penganut Buddha, ada yang Muslim pun. Yang Muslim cuma pi melawat hormat kepada tokoh itu sahaja, kami ada beri derma semua juga untuk penganut Buddha yang mengembara makan tapi tak terlibat dalam pemujaan sebarang tokoh atau apa-apa upacara.
Paparan kisah hidup Buddha Gautama dari Phra Jataka dalam bentuk ukiran berilustrasi lagi. Yang atas kuda itu satu tokohlah, yang belakang-belakang itu malaikat atau dewa-dewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan