Rabu, 20 Mac 2013

Berkuntum Sat

Sawatdeekraaaaapppp!!


Apa habaq kawan-kawan penutur bahasa Thai kita? Sebai dee mai??? Lama rasanya tak berkuntum di sini, hahaha. Sebenarnya aku tak dapat mentenet disebabkan kesibukan selain talian intenet aku telah dipotong tanpa notis. Cilakoi sunggoh! Mohon maaf lah aku tak dan sambung masukan benda-benda bahasa Thai untuk sementara waktu. 

Aku masih lagi lah semangat mau mempromosi bahasa dan kebudayaan Siam tak kisahlah Buddha atau Muslim pun. Bahasa Siam memang merupakan bahasa kami di kawasan ulu-ulu cuma sejak tahun 90-an sampai sekarang, benda ini semakin terhakis disebabkan oleh dominasi media Persekutuan. Jadinya sini, bukan keturunan Siam saja, keturunan lain yang bukan Siam pun memang cakap bahasa Siam dah kami duduk atau asal pun dari kawasan yang beberapa kilometer sahaja dari pekan koboi Ban Dannok atau Chenak. Urusan memang melibatkan bahasa Siam, hahaha. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang menyokong laman tak seberapa kita ini dari segi kewangan, memantau, teguran membina atau pun sokongan moral walaupun bahasa Siam cuma bahasa orang ulu saja di sini. Aku sungguh terharu dengan sokongan hangpa walaupun hangpa tak ramai, huhu.

Aku persembahlah kepada hangpa lagu Siam oleh Tai Thanawut. Penyanyi ni terkenal dalam kalangan peminat lakorn atau drama berbahasa Thai. Lagu-lagu dia ni bolehlah dikategorikan sebagai lagu Thai Derm atau lagu Siam, jenis-jenis lagu orang kampung lagu tu. Lagu berjudul คนทั้งคน Kon Tang Kon maksudnya orang yang duduk antara orang. Hangpa bolehlah menafsirkan maksud lagu ini sendiri bila menonton video muziknya sambil mendengaq lagu no.

Aku suka penyanyi ini walaupun lagu dia kampungan saja sama macam penyanyi-penyanyi luk thung (anak desa) lain. Lagu depa mempunyai makna kemasyarakatan dan makna hidup. Bukan semata-mata lagu halwa telinga sajork. Aku ingat nak sumbat setakat mana yang ada dulu hari ni. Sebab aku dapat curi talian internet secara percuma menumpang di rumah orang. Sungguh a'phrak sekali aku adoi laaaaa, hahha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan