Jumaat, 29 Mac 2013

Makan: Khao Piak


Khao Piak ข้าวเปียก ni adalah sejenis makanan yang dibubuh dalam air. Yang dibubuh dalam air panas tu contoh dia macam nasik atau pun mee lah. Yang untuk mee itu, ia diperbuat daripada beras. Makanan ini berasal dari wilayah sebelah Timur Laut Thailand atau Esarn.


Nak kata jenis makanan Siam tu aku kurang pasti, tapi ia jenis makanan Tai-Lao lah. Di Laos pun ada makanan ini. Kategori makanan ini adalah jenis Khao Tom ข้าวต้ม atau hangpa buat bubur dengan nasi-nasi yang sudah ditanak semalaman. 

Lawak juga ada dalam blog kawan keturunan Siam kita yang perli orang yang duk beri makna sesuka hati pada perbendaharaan kata bahasa Siam atau bahasa Thai moden dengan khao piak ini. Dia sebut sebagai khao piaq atau kapiaq, lol.

Bagi makanan jenis ni, cara nak buat dia terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertamanya itu, hangpa kena sediakan barangan nak rendam dalam air. Manakala bahagian keduanya pula hangpa sediakan air rendaman atau pun kuah dia. Bahagian pertama itu, bahannya adalah nasik atau pun mee beras yang hangpa boleh buat sendiri daripada tepung beras campur dengan tepung ubi.

Yang mee tu kita panggil khao piak sien ข้าวเปียกซิ้น. Maksudnya beras dalam bentuk jaluran atau mee lah dalam bahasa Laos. Di Kedah, puak Tai-Lao ini kami panggil sebagai Siam Lao. Yang petang-petang duk tangkap bewok tu. Pening lah nak terangkan, aku buat senarai lah bagi hangpa tengok untuk bahan masakan takat yang aku ingat...

1. Jaluran Beras

Ada tepung beras, tepung ubi untuk kekenyalan jaluran beras hangpa. Hangpa nak buat satu doh dengan campurkan tepung beras dengan sedikit tepung ubi sebelum penghasilan jaluran beras itu, kenalah bubuh ayaq hangat nooo. Lepas siap doh tu hangpa debukan sedikit dengan tepung ubi supaya tidak melekat lalu potong lah jaluran tu macam hangpa tengok di kedai Cina depa buat mee Ramen tu.

2. Kuah

Hangpa ambik air rebusan ayam atau kita panggil sebagai stok ayam. Bagi bukan Islam yang tak ada sebarang peraturan mengenai bab mentakedarah, hangpa nak guna rebusan babi pun buleh. Rempah ratus segar itu macam lengkuas tak kisah yang hidup ka yang dah mati, serai, sos ikan, daun limau purut, limau dan yang aku ingat hangpa boleh juga bubuh nam phrik phao atau serbuk cabai kering kalau suka pedas.

3. Hiasan 

Lain-lain bahan seperti daun ketumbar, bawang besar, taugeh, kicap, bawang puteh goreng, dan juga daging macam ayam, lembu, atau kerbau kalau kampung hangpa ada bantai kerbau.    

Biasanya, khao piak atau ka'piq ni kita makan waktu pagi-pagi lebih kurang macam hangpa duk makan beehoon sup atau pun moi yang macam bubur ayam di pasar-pasar pagi tu. Makan makanan bentuk mee ni, kita selalunya guna sepit kayu macam orang Cina. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan