Ada disertakan carta. Ini pun kita pinjam mari dari blog orang juga. Bila belajar bahasa Siam, kena tahu juga lah sedikit sebanyak tulisannya. Fasal bahasa Siam payah untuk dieja menggunakan tulisan Rumi. Sebutannya mengikut cara membaca tulisannya sendiri.
Untuk pengetahuan am semua, tulisan bahasa Siam ini berasal dari tulisan kelompok tulisan Brahmi. Bermula dengan bentuk tulisan empayar Pallava dan Chalukya berbentuk seperti cacing-cacing di pahatan batu-batu bersurat. Kemudian, tulisan ni diguna dan diperkemas semula oleh orang-orang empayar Funan. Katanya, ibu kota Funan terletak dalam wilayah negara Kemboja moden. Tulisan bahasa Kemboja (bahasa Senoi Khmer) dan tulisan bahasa Siam berasal dari tulisan Brahmi yang sama.
Pada abad ke-12 M, raja negara Sukhothai yakni Panglima Po Khun Ramkhamhaeng dikatakan mencipta tulisan untuk bahasa Thai dengan inspirasi dari tulisan bahasa Khmer Krom. Bentuk tulisannya pun lebih ringkas daripada tulisan worang Kemboja. Pada hari ini, kita dapat melihat tulisan bahasa Siam berbentuk seperti di bakul ikan dan sayur di pasar basah. Tulisan bahasa Khmer Krom masih lagi diguna untuk menulis kitab suci dan mencacah kulit dengan jampi mantra.
Yang ini, carta dari blog sapa dia entah. Kalau tuannya nampak, sila hubungi aku supaya aku boleh bubuh nama tuannya untuk rujukan. Kita pun bukan suka merembat barang orang. Carta ini adalah perbandingan antara tulisan bahasa Siam dengan tulisan Devanagri yang diguna untuk menulis bahasa Hindi serta bahasa Sanskrit.

Huruf bahasa Siam, dipanggil sebagai, aksorn Thai, maksudnya aksara bahasa Thai. Di negeri Yala aku macam dengar depa kata, tulis Noyă. Huruf ini pun boleh diguna untuk menulis bahasa lain seperti bahasa Lao. Tapi bentuk tulisan untuk bahasa Lao lagi mudah daripada cara tulisan bahasa Thai.
Sebab tulisan bahasa Thai ada ejaan bahasa Pali-Sanskrit, bahasa Kemboja dan cara menulis untuk perkataan bahasa Thai biasa. Begitu juga dengan perkataan pinjaman ke bahasa Thai dari bahasa lain. Ejaan bahasa Lao ikut sebiji bunyiny.a Bahasa Thai pulak seperti bahasa Inggeris. Dia eja lain, sebut pula lain. Tapi usahlah risau, jika sudah biasa ok lah itu. Awal-awal memang payah sedikit.
Inilah dia pengenalan sedikit sebanyak. Aku tak larat nak mĕğawit tangni lama-lama. Ada pakcik google juga teknologi sungguh mudah dipetik di hujung jari. Rajin-rajin cubalah mencari maklumat lebih-lebih. Kita cuma sembang-sembang untuk mengisi masa lapang saja.

Mangga
BalasPadam