Sawaddī Khāp!!!!
Blog hak lama-lama itu, malas aku nak peduli kot. Buka pula blog baru. Blog hak ini, kita buat untuk belajar bahasa Siam dan maklumat mengenai Thailand. Sesiapa dia yang rajin duk dengar radio Kedah FM pun boleh lah mari tolong sama. Di ruangan komen kah? Kita menerima pandangan tuan dan puan yang membina. Puak-puak yang bercakap bahasa Siam sebelah Asun ka Pendang ka, mai la sama join. Tak ada masalah.
Lagipun, kita orang utara berjiran lah pula dengan Thailand. Kalau hendak membeli barang atau berjalan-jalan di Thailand pun boleh juga bercakap barang dua tiga patah. Tawar-menawar dengan puak-puak menjual barang di sebelah nun. Tengok gambar hantu Siam pun tiada lah duk menganga saja. Boleh faham lah sedikit depa berkata apa.
Bahasa Thai ada terbahagi ikut loghat-loghat kerantauannya:
- Loghat pak nua di utara.
- Loghat pak tai di selatan.
- Loghat esarn di timur laut.
- loghat pak glang tengah.
Sebenarnya, tidak banyak beza pun loghat pak tai dengan loghat pak glang. Cuma orang sebelah selatan suka bercakap laju, tidak begitu sopan-sopan dengan segala partikel kap... kap... ka... ka... Itu semua tidak begitu penting sangat. Loghat Esarn pulak lebih kurang macam bahasa Laos. Yang orang dok kata Siam Lao tu, depa lah kot.
Jikalau tuan dan puan boleh berkecek bahasa Thai, tuan dan puan pun boleh juga lah faham lebih kurang 50% percakapan orang etnik Zhuang dengan etnik Dai di negeri Yunnan dan Guangxi di selatan negara China. Depa ini pun serumpun dengan puak Siam juga. Nanti kalau ada video, kita boleh tempek ke mari di sini bagi semua orang nampak. Jika pergi ke Laos pun, boleh lagi berkecek bahasa Thai atau bahasa Siam. Depa faham sahaja sebab bahasa yang sama. Pergi ke Myanmar di negeri Shan pun boleh berbahasa Thai tapi level bahasa itu kena cekang sedikitlah sebab depa mungkin guna ungkapan berbeza.
Bahasa Siam Klasik berkembang semasa abad ke-13 sehingga ke abad ke-16. Penduduk-penduduk dan kelas orang kaya luar negeri seperti dari Makassar, Sumatera, Jawa Barat dan lain-lain berurusan dengan penduduk di empayar Siam. Kebanyakan depa itu bukan penduduk asal Asia Tenggara. Sebaliknya keturunan Parsi dari negara-negara moden hari ini yang berbahasa Parsi seperti Afghanistan, Uzbekistan, Tajikistan dan lain-lain. Setengah mereka menetap terus di negeri-negeri Selatan Thailand.
Sebilangan kecil lagi berbahasa Arab dan berbahasa Punjabi (sebab ibu-ibu depa orang India Utara) yang masuk dari negara moden seperti Pakistan dan India selain yang masuk terus dari Arabia. Mereka ini berkhidmat sebagai askar dan tukang buat rekabentuk kubu di negeri-negeri moden seperti Kedah. Beberapa negeri tertentu di Pakistan seperti Multan dan rantau Sindh serta Punjab Barat memang dihuni oleh komuniti keturunan Arab sejak dinasti Umayyah. Depa mari dari Iraq. Bercakap saja bahasa Urdu tetapi depa tidak menikah campur dengan penduduk tempatan.
Selain menyumbang perbendaharaan kata kepada bahasa Melayu rantau, depa turut menyumbang sedikit perbendaharaan kata ke bahasa Siam. Cucu-cicit depa ini termasuk aku yang duk menaip ini kini digelar sebagai khek tesh oleh orang Siam walaupun kami tidak "pure" keturunan orang beragama Hindu. Orang Melayu pula gelar kami, Jawi (Yawi). Selepas penetapan sempadan tahun 1948 di kesultanan Kedah. Kami sudah diterima jadi rakyat sultan Melayu dan seterusnya rakyat Malaysia.
Zaman ini, kami terpaksa guna terma yang lebih tepat, peranakan Arab lama untuk rujuk diri kami sebab hangpa label kami sekali dengan Tamil Muslim! Kami bukan Melayu, bukan Siam dan bukan Kelin'. Kami bertutur saja dalam bahasa Melayu atau bahasa Siam. Sama macam penduduk negeri-negeri Selat bertutur bahasa Inggeris walaupun bermuka Hindu atau bermuka Chinkenese. Keturunan peranakan Arab lama dan peranakan Parsi lama pun lain juga. Tidak sama!
Ngantuk la sudah, tak larat aku nak taip banyak-banyak. Nak buboh pelajaran pun tak larat. Hari lain la polak noooooooo kita pikiq!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan