Sabtu, 23 Ogos 2014

Keterangan Bahasa Siam


Negara Thailand walaupun tidak pernah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat dan kuasa Jepun di Timur kerana kedudukannya sebagai penampan mempunyai pelbagai rantau disebabkan oleh ciri-ciri penjajah yang turut dipunyai oleh golongan kelas kesatria (rujuk sistem feudal Hindu); namun melalui perjalanan sejarah suka dan duka yang panjang. 

Faktor ini turut mempengaruhi ciri-ciri kemanusiaan dan sosialnya. Antara yang terlibat itu, adalah bahasa rasminya. Empayar Siam sebenarnya pernah didahului oleh beberapa empayar lain yang memegang kekuasaan serta pengaruh atas negara-bangsa di pelbagai rantau di Thailand moden. 

Oleh itu, faktor akademik yang standard termasuk kaedah-kaedah kajian (research methodology) mestilah dipatuhi bagi mengeluarkan hatta satu teori pun. Jika main hembus saja, maka mudahlah hidup ini. Namun, hakikat dunia ini bukanlah semudah yang disangka. Manusia-manusia biasa yang tidak maksum seperti nabi-nabi ini memerlukan epistemologi untuk mengesan perkara yang mana satu yang mendekati punca kebenaran.

Berbalik ke isu empayar, sempadan negara zaman bahari bukannya seperti sempadan zaman ini. Dulu-dulu, satu jenis bangsa itu boleh mempunyai bermacam-macam negara yang berbeza. Kini, semua orang sudah terbiasa dengan sistem kerakyatan negara-bangsa mengikut sistem orang Barat dari rujukan Bibel dan rujukan bangsa mulia yang dikaitkan oleh pendita-pendita agamawan dengan agama menurut kefahaman diri mereka sendiri. Sebelum Siam wujud, sudah wujud Srivijaya, Angkor, Sukhothai dan lain-lain kerajaan di beberapa rantau. Kesultanan seperti Patani atau Kedah cuma kesinambungan yang dulu saja. Yang berbeza cuma anutan agama sebab raja-raja di situ memilih untuk menganut agama Islam. Srivijaya sudah bertapak di Segenting Kra semenjak abad ke-7 M. Cuba kira semula kurun ke-7 M sehingga kurun ke-13 M sudah berapa abad? Sukhothai muncul dulu semenjak abad ke-12 M selepas orang Tai-Kradai yang tinggal dalam jajahan empayar Angkor memberontak sebab ditindas. Menjelang abad ke-12 M, mereka sudah membangun negara dan saling berhubung dengan orang-orang jenis Melayu di selatan Thailand yang ketika itu sebahagian daripada mereka masih menganut agama Buddha. 

Jadi, begini caranya bahasa Tai-Kradai tersebar ke selatan. Sebab isu politik dan hubungan antara kerajaan, penduduk-penduduk selatan mula terbiasa dengan bahasa negara Sukhothai. Kemudian, muncul negara baru di sebelah juluran utara di lembangan tengah, Sri Ayutthaya (Siam). Mereka ini berketurunan Tai juga dan bercakap bahasa yang sama dengan penduduk Sukhothai. Mereka turut menjajah Sukhothai seperti juga Nakorn Sri Thammarat (Ligor) dijajah. Selepas itu, baru boleh nampak negara-negara itu wujud sebagai dinasti-dinasti menerusi hubungan perkahwinan. Sehingga ke zaman moden ini, Siam diperintah mengikut sistem วงศ์ vaśa atau dinasti.

Di zaman moden ini, bahasa bagi Thailand atau bekas empayar Siam adalah bahasa Thai dari kelompok bahasa Tai-Kradai. Loghat standard adalah loghat tengah disebabkan oleh kedudukan mahanegara (negara kota agung) di tengah-tengah empayar. Bahasa lain yang pernah wujud dulu seperti bahasa Melayu loghat Patani, bahasa Senoi Ñah Kur, bahasa Khmer Purba dan lain-lain cuma menjadi bahasa minoriti rantau. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan