Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Khamis, 12 Februari 2015

Percintaan, Kesukaan, dan Kenangan

Sawaddī khrap!



Bertemu kembali selepas bersawang di sini. Banyak sebenarnya yang ingin disumbatkan di sini sebagai tatapan tetapi kita turut dikekang oleh masa, ruang dan kesempatan. Tak mahu cakap banyak. Jom tinjau filem terbaru kita walaupun tidak begitu baru sangat.

Intro Filem

Filem ini sebenarnya berbentuk antologi. Terdapat tiga cerita semuanya, dan kebanyakan orang yang menontonnya suka dua kisah yang awal. Setiap satu kisahnya memberi tumpuan kepada sekumpulan watak yang hubungan mereka itu nanti terdedah di kisah yang ketiga dan terakhir. Menurut pengarah dan sutradara filem, Chukiat, "Filem ini tidak seperti filem-filem saya yang sebelumnya. Ia tidak mempersoal sebarang isu sosial. Sebaliknya, lebih kepada menyentuh sedikit sebanyak kisah kenangan peribadi saya". Filem ini dirakam di sekitar Chiangmai di utara.

Rentetan Kisah

Tuan-tuan dan puan-puan boleh klik di bawah ini. Kalau tak buat jalinan begini nanti terlampau panjang pula sebab aku rajin buat ringkasan, haha...

Kisah Ketiga

Maklumat Filem

Sila klik di sini untuk mengakses maklumat.

Nota

Sila klik di sini untuk mengakses review filem ini. Ikhlas oleh aku sendiri sebab aku jarang jumpa review filem Thailand dalam bahasa Melayu. Mungkin sebab masalah kekangan bahasa yang berbeza.

Haiiihhh, terasa penuh memori kenangan pula. Benci betullah bila menonton filem jenis ini, huhu... Hangpa bolehlah pilih untuk menonton secara atas talian atau membeli cakera DVD di laman Amazon. Eksklusif, hanya di laman Bahasa Thai di Utara....

Khamis, 25 September 2014

Rumah Hantu Piśācha

Sawaddīkhap!



Apa cerita kawan-kawan kita? Seronok dak setiap hari-hari anda? Boleh dikatakan agak lama kot aku menanam anggur kerana aku tengah pening berfikir nak cari kerja di mana bagi membayar bil-bil utiliti dan cukai perumahan. Sebelum ini aku bekerja di sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menguruskan satu projek lapangan. Oleh sebab pak aku sakit dan lumpuh tertidur atas katil sahaja, maka terpaksalah aku berhenti dahulu kerja lalu balik rumah untuk tolong mak aku. Sekurang-kurangnya, aku berani mencuba meluluskan diri di temuduga kakitangan di organisasi antara kerajaan (intergovernmental). Bukan sembang deras sambil berlagak macam tahi saja.

Untuk bangsat yang semangat dah jadi bos besar itu; atau bekerja jawatan hebat apa pun; toksah duk sibuk 'judge' oranglah. Hangpa bukan duk dalam situasi orang. Jadi, ada hidup suka bahagia itu; kitab-kitab suci kata, bagi banyak bersyukurlah kepada Tuhan begitu. Beri simpati dan bersikap empati sedikit pun bukan merugikan kehidupan kita yang penuh kepalsuan ini. Orang Kedah kata, 'tak gāduh kĕluag sĕkepiăng pōn'. Mafhumnya, bukannya perlu beri wang atau bayar pun untuk lebih berbaik sangka atau berempati apabila nampak orang itu jobless, miskin, jadi bhikṣu dan sebagainya.

Masalah penduduk dunia ini sebenarnya; depa tidak berkemampuan untuk berfikir meliputi akal setitik depa. Jadi, muncul macam-macam penyakit di jiwa yang diperjelas oleh ilmu psikologi moden seperti narcisistic personality disorder, self-centered, superiority complex, inferiority complex, egoism dan sebagainya. Penyakit-penyakit inilah yang dibongkar oleh baginda Siddhartha Gautama Buddha lebih 2000 tahun yang lampau dan dipelajari serta dibincangkan lebih lanjut lagi oleh mereka yang masuk menjadi bhikṣu di biara-biara, di hutan tebal, di kuburan serta di banjaran-banjaran nun bertapa seorang diri.  

Oh, ya! Untuk siri-siri bahasa Siam, sila klik di bar bawah tajuk blog ini. Siri-siri tersebut aku susun untuk kemudahan kelompok-kelompok seperti pelancong, yang nak berziarah ke tempat suci bagi penganut Buddha, yang nak melawat saudara-mara, yang nak shopping, nak belajar di Thailand dan sebagainya.

Filem

Berbalik ke topik filem kita ini. Filem ini sebenarnya sebuah filem lama. Judul bahasa Siamnya, คน ผี ปีศาจ Kon Phī Piśāt atau Rumah Hantu Piśācha. Piśācha ataupun disebut Piśāt menurut sebutan bahasa Siam ini sebenarnya merujuk kepada sejenis bangsa setan dalam lagenda Hindu.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan mengenai seorang anak gadis yang bernama Ūi yang kematian kedua-dua ibubapanya. Ibubapanya ditembak mati oleh samseng di jalan gelap ketika tayar kereta bapanya pancit. Ibubapanya ditembak mati depan matanya. Disebabkan kejadian tersebut, gadis itu terpaksa menumpang di rumah makcik Bua nya yang terletak di sebuah kilang percetakan. Selain itu, dia turut mengalami trauma sehingga berhalusinasi. Dia turut mengambil ubat untuk menghilangkan halusinasi.

Di rumah makcik Bua, dia bertemu dengan cucu makcik Bua bernama, Ām. Ūi diberi tugas menjaga Ām dan membersih kilang cetak di tingkat bawah. Ām memberitahu bahawa di rumah itu ada setan. Di tingkat empat yang paling atas di premis rumah kedai itu, tiada sesiapa pun tinggal. Ūi ingat bahawa budak itu cuma bergurau saja. Malam pertama di rumah itu, beberapa kejadian pelik berlaku seperti Ām termuntah ketika dipaksa memakan hati yang separuh masak, kemudian tandas di tingkat bawah di ruang percetakan berbunyi-bunyi. Ūi pun memakan pil dadah anti-kemurungan, Ezeepam (5 mg). Dia hentam telan sehingga empat biji.

Episod lain pula, si Ām bangun kencing malam di hujung bilik. Dia enggan ke bilik air sebab takut lampu malap-malap. Di samping itu, belakang tubuh berbirat-birat seperti disakai (dilibas) oleh sesuatu. Keesokan harinya, Ūi mendengar gosip pekerja-pekerja bahawa makcik Bua mengamalkan agama Hindu sayap kiri. Dia bukan pengikut Buddha Guru. Selain itu, makcik Bua menjadi perantara dewi untuk mencari barang dan orang hilang. Makcik Bua pun minum arak sambil membaca mantera dan memuja dengan keris. 

Hari keempat, Ūi dan Ām terkurung di rumah kedai tersebut. Mujur ada abang Mai, salah seorang pekerja teknikal di kilang cetak itu sedang melepak-lepak depan rumah kedai tersebut. Bolehlah Ūi minta tolongnya membeli nasi goreng babi. Di sini bermula babak mendebarkan serta menyeramkan. 

Dalam penggal hujung cerita, diketahui: 
  • Makcik Bua membunuh seorang wanita bernama Sudchai sebab melayan cucunya, Ām dengan buruk.
  • Mungkin beberapa orang lagi terbunuh di rumah itu sebab terdapat beberapa tempat di rumah itu menimbulkan rasa takut Ām.
  • Terdapat mesej bahawa dadah tidak boleh membantu kita mengatasi trauma dan peristiwa hitam dalam hidup.
  • Tahun 2003-2004 merupakan tahun kempen membanteras kutu dadah ketika pentadbiran, Thaksin Shinawatra.
Beberapa persoalan:
  • Tidak diketahui bagaimana abang Mai memecah masuk ke rumah kedai berkunci itu?
  • Tidak diketahui kenapa makcik Bua naik minyak di hampir penghujung cerita?
Maklumat Filem

Judul: คน ผี ปีศาจ Kon Phī Piśāt
Barisan Pelakon Utama:
  • Ūi dimainkan oleh, ภุมวารี ยอดกมล Phūmvārī Yodkamon.
  • Adik Ām dimainkan oleh, Alexander Rendell.
  • Abang Mai dimainkan oleh, ธีรดนัย สุวรรณหอม Thīradanai Suvarṇahōm.
  • Makcik Bua, dimainkan oleh, อมรา บุรานนท์ Amrā Purānand.
Penulis Cerita: ชูเกียรติ ศักดิ์วีระกุล Chūkiat Sakvīrakun.
Pengarah: ชูเกียรติ ศักดิ์วีระกุล Chūkiat Sakvīrakun.
Projek: Yuk Lek
Tahun: 2004
Penerbit: 
  • Sahamongkol Film International.
  • Baa-ram-ewe Production
Nota: Sila klik di sini.

Jumaat, 5 September 2014

Lagu: Serupa



Judul bahasa Siam lagu ini adalah คล้าย Klāi-Klāi bermaksud, Serupa. Penyanyinya, Tete. Lagi ini menjadi OST bagi filem berjudul Séng Péd atau Boring Love. Filem tersebut berdasarkan kepada kisah benar dalam masyarakat di Bangkok. Rasanya, ada sinopsisnya di laman rumah sewa ini. Selak-selaklah celah kain ummah jika rajin... Oooops! ~

Ahad, 24 Ogos 2014

Tiga Capik


Aku sedang tonton filem berjudul "Tiga Capik". Ini terjemahan aku untuk เหยิน เป๋ เหล่ เซมากูเตะ Yién Pé Lé Semākuteḥ keluaran 27 Dis 2007. Cerita ini bergenre komedi berjalin dengan sedikit elemen seram dan aksi.

Cerita berlegar sekitar komuniti penduduk yang berniaga di pasar pekan. Watak utama, Yién, si pemandu lori angkut penumpang, si Pé dan si Lé. Si Pé seorang wanita berjual ikan di pasar dan capik. Si Lé pula budak topui berkawan baik dengan si Yién. Suatu hari tiga watak ini merancang untuk menjadi barua mafia selepas terasa bosan hidup miskin.

Kemudian jalinan cerita masuk ke cerita mereka bertemu dengan anak bos mafia Bo bernama, Ssang Woo. Budak itu terencat sebab trauma ketika kematian ibunya, seorang perempuan Korea sebab selalu kena belasah. Geng tiga capik telah tersilap menculik anak ketua mafia Bo dalam usaha mereka untuk mendapat "sijil" menjadi barua mafia. Terdapat juga adegan mereka bersembunyi dari barua mafia di sebuah hospital berhantu. Di samping itu kisah cinta antara si Pé dengan Sāhat serta kisah barua mafia kanan, Hiě Tótt yang crush dengan Pé yang capik itu. Sahat muncul sebagai seorang polis di permulaan cerita tapi di hujung cerita, dia memberitahu bahawa dia bukan polis. Dia cuma mahu mengorat si Pé saja.

Untuk cerita lanjut sila tontonlah sendiri tapi mohon maaflah tidak ada sarikata. Sebab masa mencemburui kita, aku pon padatkan cukup-cukup sinopsis cerita tanpa komen mengenai cerita lebih-lebih. Filem ini diterbitkan oleh Phranakorn Films.

Barisan Pelakon

Watak Utama: Geng Tiga Capik

Yién Chaturong Mokjok
Lé Kóḥtī Ārāmboi
Pé Pitchanat Sakhakon

Watak dari Pasar

Boifren Pé

Sāhat Thanakrit Phanitchavit
Polis Senior Sāhat Phāṇūpon Ekapet

Kak-Kak Garit

Prieuw Achita Sikamānā
Prīdd Anne Brook

Watak Mafia

Keluarga Mafia 

Bos Bo Ekajaya Śrīvijaya
Ssang Woo Nakarin Kangvānchodchai
Emak Ssang Woo Chaturong Mokjok

Barua Mafia

Hiě Tótt Chélimchai Mahākitśiri
Pék Boribūn Chanruěng

Watak tempelan terkenal di pentas antarabangsa pula seperti Chaiwat Tongseng. Ketika itu body dia tidak begitu kekhaarr seperti kini. Mungkin láni body dia yang semakin pelik itu digilai oleh cik kak jadian gelenyãr, hoho. Dia tidak ada dialog sendiri pun dalam filem itu. Tahun 2007 itu, filem Thongseng ada dua terbit masing-masing pada awal Mac dan awal September. Kedua-dua filem itu bertema LGBT mungkin di pawagam di negara tuan dan puan tidak lulus atau tidak kenal pun, haha.

Isnin, 6 Januari 2014

Dia Panggil Aku Cinta




Ha, ni kira wayang baru la jugak. Keluaran 11 Oktober 2012, dua tahun lepaih. Judul bahasa Inggeris dia tak silap bertajuk, My Name is Love. Judul bahasa Thai, เค้าเรียกผมว่าความรัก Kau Rieg Pom wa Khwam Rak. Wayang bergenre romantik komedi ini ditunjangi oleh Pai Arak Amonsupasiri dan Bo Tunyasupang. Jalan cerita dia tak rumit sangat jadi aku senang nak buat "sinopsis" untuk yang berminat. Hendak syok tengok sendiri lah pi beli pop-corn ka beli ghopok lekor sentai sambil depan laptop hangpa. Tengok kat Tiub Hang pun buleh tapi jangan duk tempek merata-rata pula. Bukan apa, untuk kemudahan penonton-penonton lain, wakaka... Takut satgi depa "remove", naya la orang lain yang tak jumpa cakera padat video dia kesian.. sobs... sobs.. 

Sinopsis 

Cerita bermula dengan watak Q dan rakan sekolah dia pakai baju sekolah macam haram bertemu dengan anak perempuan jiran dia bernama Kerr. Kerr bagi kertas lah kononnya menyatakan dia suka kat abang Q sebelah rumah dia itu. Kemudian Q ambil surat tersebut dan mencoretkan sesuatu. Rupanya dia mencoretkan sesuatu yang menyakiti hati budak perempuan tersebut. Budak perempuan tersebut menangis teresak-esak sebab dikeji sebagai gadis perut berlipat tiga (gemok) oleh budak jantan yang digilainya itu. Budak perempuan itu kata, "hang ingat baik-baik sikit na! Bila aku dah besag nanti walaupun hang telanjang depan aku pun aku tak lapag berahi kat hang dah!". Babak tersebut berakhir dengan Q jirus ayag kat budak perempuan malang tersebut sampai dia lari dan Q bergelak sakan dengan kawan dia.

Babak kedua bermula dengan Q dah besar dah, Kerr pun dah besar. Kerr masuk universiti jadi gadis popular kegilaan ramai. Q pulak jadi salesman untuk syarikat jual mesin pam ayag berjenama, Super Sucker. Sebab Kerr sudah besar lah tak gemuk macam dia kecil lagi, dia sudah jadi cun lah daripada masa dia kecil dulu. Jadi, Q pun sama macam jantan-jantan lain tergila-gilakan Kerr. Tapi, Kerr sentiasa duk ingat perbuatan Q yang nakal dan jahat itu semasa dia kecil dulu. Maka dia pun tidak mau melayan Q. Suatu hari, Q sedang melayari Facebook sambil skodeng pi skodeng mai laman sosial tersebut melihat gambar-gambar selfie Kerr tiba-tiba keluar tetingkap yang tak boleh dipadam dari monitor komputer Q. Sebab tak boleh dipadamkan dan tetingkap tersebut mendesak Q supaya menyertainya maka Q pun mengisi sahaja maklumat peribadinya dalam borang atas talian. Dia tidak baca syarat-syarat sebelum mengisi borang dalam talian tersebut sebab terlalu bosan. Esok paginya dia pergi kerja macam biasa dan dituduh datang lambat melebihi lima minit oleh bos syarikat dia. Bos syarikat dia bernama Big. Kebetulan bos dia itu adalah junior Q masa di sekolah. Selalu Q suka duk perdajey (kenakan) dia. Big berhenti sekolah selepas dimalukan apabila dia terjatuh dalam air dan belalai dia dinyonyot oleh ikan bandaraya, lol. Dari situ dia dapat idea untuk buat mesin pam ayag berjenama, Super Sucker.     

Babak ketiga, dalam tren di kotaraya, Q didatangi seorang lelaki gempal. Lelaki tersebut memberikan dia buku nota senarai tugasan sebagai "Cupid" atau "Kama Deva" (Kama Thep). Dia tidak paham keadaan tersebut dan cuba melarikan diri tapi tetap dikejar. Kemudian dia terjumpa Cupid lain pula. Disebabkan Q sudah menjadi Cupid, jadi dia tidak boleh menyebut perkataan "cinta" untuk dirinya sendiri serta tidak boleh mengakui dirinya sebagai Cupid dalam misi menyatukan pasangan supaya bercinta. Kebanyakan misi Q tidak berjaya dan kelam-kabut belaka. Lalu, ketua Cupid menghantar konsultan yang lebih senior sebagai mentor untuknya kerana rakan Cupid nya yang sebelum itu tak boleh pakai juga walaupun seorang senior.

Babak keempat ini aku skip lah tak larat woo nak taip. Aku lena sayup cek semata-mata nak buat sinopsis bodo-bodo ini. Yang ini agak pelik sedikit sebab kes yang Q kena uruskan ini adalah percintaan antara seorang polis lelaki yang menguruskan kes dadah samseng bandaraya dalam pakaian preman bernama abang Raab. Rupanya baru diketahui abang Raab yang akan dijodohkan tersebut sebenarnya seorang "gay" sebab mereka tidak periksa dulu buku nota tersebut betul-betul, lol. Dia jatuh hati kepada seorang penjaga kedai bernama, Mor. Mor itu seorang lelaki, bukannya perempuan. Raab berasa takut untuk menyatakan perasaannya kepada penjaga kedai tersebut kerana dia bimbang nanti persahabatannya itu akan hancur dan terus lelaki itu tidak mau berkawan dengannya. Q berleter kepada abang Raab bila abang Raab berputus asas dengan menyatakan bahawa ramai orang tak mampu hendak melafazkan kata "aku cinta pada engkau" jadi abang Raab mestilah ambil risiko mengucapkan juga kata-kata tersebut walaupun tidak mengetahui sama ada dia akan hidup lagi pada keesokan harinya atau perhubungannya itu akan kekal atau tidak dengan orang yang dicintai. Misi Q yang itu berjaya pula, hahaha....

Babak kelima, misi terakhir Q adalah merapatkan kawannya sendiri Jo dengan rakan sepejabat mereka, Miew. Tapi Miew kebetulannya berhenti kerja dan masuk kerja di tempat lain pula. Bila Jo mengakui perasaannya kepada Miew, tiba-tiba Miew pula sudah ada boyfriend. Kemudian, mentor Q pula kehilangan Tablet Cupidnya. Rupanya Tablet Cupid tersebut dicuri oleh Q sebab dalam tablet tersebut dituliskan bos Q yang bernama Big itu dijodohkan dengan orang yang dicintainya, Kerr.

Q kemudian cuba menyatakan isi hatinya kepada Kerr di lokasi pengambaran iklan Super Sucker. Waktu itu Q memakai kostum ikan maskot Super Sucker. Tapi setiap kali cuba menyatakan isi hatinya, mulutnya mengeluarkan perkataan-perkataan lucah seperti hendak memegang payudara Kerr, hendak menyembam dalam payudara Kerr, hendak mencium spentot Kerr atau terkena penyakit kelamin disebabkan terhalang oleh kedudukannya sebagai Cupid.

Penghabis dia hangpa tengok sniri lah tak larat dah aihhhh.... Aku cuma nak kata aku lemaih perot tengok rambut watak Q tu, rambut panjang sama macam rambut Kerr. Lagi satu stail wayang kita dah jadi macam wayang Jepun la pulak. Tengok wayang Korea wayang Jepun pun, wayang Siam tethaaaap di hati... muahahahaa.... Propa tak tersanggah... Rindu la kat Krungthep Maha Nakorn (Bangkok)... Adui la..... Adui la.....

Jumaat, 3 Januari 2014

Nong dan Theng, Samseng Bukit Emas.

Sawaddikrap!!

Lama sunggoh aih kita tidak memantau kemari. Dalam masa empat bulan ini, banyak sungguh perkara terjadi. Isu dunia baru-baru ini, Thailand pula bergolak apabila Suthep Thaugsuban yang merupakan bekas ahli parlimen mewakili wilayah Surat Thani (negeri selatan Thailand) di Bangkok memulakan protes pada 11 Disember 2013 yang meminta rakyat supaya tidak bekerjasama dengan perkhidmatan awam negara selepas meletakkan jawatan. 

Isu di Malaysia pula adalah mengenai polemik kenaikan harga barangan, spekulasi mengenai GST, banjir teruk di Pahang dan sebagainya. Isu dalam hidup aku pun tak beres-beres lagi. Jadi aku tengok wayang sahaja setiap malam bagi menghilangkan tekanan hidup...


 

Tajuk di atas masukan itu sebenarnya berbunyi โหน่งเท่งนักเลงภูเขาทอง Nong Theng Nak Leng Phukhau Thong bermaksud Nong dan Theng, Samseng Bukit Emas. Wayang gambar ini dikeluarkan pada tahun 2006 dan aku baru nak tontonnya pun. Genre wayang ini, komedi lah tonton sambil bergelak tawa sambil hentam ayaq kopi. Tonggak utama dia Pongsak Pongsuvan dan Chusak Eamsuk. Edaran wayang oleh Sahamongkol Antarabangsa.

Sinopsis

Pada tahun 1920-an, Bun Theng seorang pemain wayang bangsawan Likey menghadapi kemungkinan yang kesenian ini akan mati apabila dia dan keluarganya diancam untuk dihalau keluar dari kawasan persembahan mereka oleh seorang ahli perniagaan. Ahli perniagaan tersebut mahu membina panggung wayang atas tapak pementasan wayang Likey Bun Theng. 

Dalam pada itu, penggambaran untuk wayang Hollywood pertama, Miss Suwanna of Siam, dijalankan di Thailand. Melihat wayang Barat tersebut mempunyai kesan yang merosakkan kepada budaya Siam tradisional, Bun Theng dengan bantuan rakan samsengnya, Ai Nong, cuba untuk merosakkan penggambaran wayang tersebut di samping mengelakkan keluarganya daripada dihalau dari tapak pementasan yang sudah mendarah daging dalam diri mereka.  


Untuk makluman para pengunjung yang dihormati sekelian, wayang bangsawan Likey ini terkenal di sebelah negeri selatan Thailand terutamanya di Phuket. Asal-usul wayang bangsawan ini kemungkinannya dari wayang bangsawan Hindu yang masuk melalui Utara Tanah Melayu sekitar kurun ke-19 M. Perkataan Likey itu dikatakan berasal dari bahasa Melayu, iaitu Dikir atau Jikey dalam loghat bahasa Melayu Perlis. Kesenian yang diangkat masuk dalam layar kebangsaan sebenarnya membanggakan kita semua orang Selatan Thailand walaupun kita duduk dalam rantau negara lain kerana kita berkongsi kebudayaan juga sesama sendiri. 


Barisan Pelakon

Pongsak Pongsuvan sebagai Bun Theng
Chusak Eamsuk sebagai Ai Nong
Isari Songcharern sebagai Linchi

Jadi, ini adalah antara wayang cadangan aku lah kepada tuan-tuan dan puan-puan. Ada banyak lagi sebenarnya wayang gambar yang aku hendak cadangkan bagi yang belum pernah menonton. Yang bagusnya itu adalah kita dapat berkongsi idea daripada wayang-wayang ini semua walaupun tak terkenal macam wayang Hollywood atau wayang Barat. Menarik itu dari segi sinematografi lah. Cara dan sudut gambar-gambar dirakamkan pun memainkan peranan penting dalam sesuatu wayang. Ciri ini pun menarik perhatian penonton.

Selasa, 19 Februari 2013

Hantu Bela Anak


Tajuk filem ini adalah ผีเลี้ยงลูกตน Pii Lieng Lug Ton dan judul bahasa Inggerisnya adalah Ghost Mother. Judul bahasa Melayunya aku agak, Hantu Bela Anak Sendiri. Macam bahasa Indonesia pulak, hahaha...

 

Sinopsis

Aku sebenarnya tak rasa seram pun tatkala menonton filem ini. Tidak tahu lah mungkin orang yang menontonnya mempunyai perasaan berbeza-beza. Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nunta. Beliau tinggal bersama dengan tiga orang anak saudaranya serta menjaga mereka dengan menjual patungku di gerai tepi jalan. Mereka ini sebenarnya anak yatim. Abang sulung Nunta meninggal dunia dibunuh semasa menjadi pemberi maklumat polis mengenai sindiket pengedaran dadah. Disebabkan hal ini, Nunta dan keluarganya menjadi buruan sindiket pengedaran dadah kerana mereka bimbang kegiatan mereka akan terbongkar. Abang Nunta meninggalkan tiga orang anak serta sedikit wang untuk Nunta terus hidup dengan adik bongsu dan anak-anaknya.  

Dalam cerita ini juga, muncul satu lagi watak iaitu Sumet. Beliau ini seorang anggota polis berpakaian preman. Secara kebetulannya, cerita beliau ini dijalinkan dengan cerita Nunta apabila beliau terlibat bekerjasama dengan abang Nunta bagi menghapuskan sarang mengedar dadah. Sumet mempunyai masa lampau yang menyedihkan. Beliau pernah cuba menyelamatkan seorang gadis daripada ditembak orang gila dengan cuba menyerang hendap dari belakang pintu yang ada kaca kabur. Malang sekali nasibnya kerana tembakannya bukan sahaja terkena orang gila mengamuk tak berbaju tersebut sebaliknya juga menembusi badannya dan terkena gadis malang itu. Gadis tersebut mati di situ juga. Kejadian yang menimpa keluarga Nunta juga mengingatkan Sumet akan kejadian yang menghantui benaknya itu. Sumet menghadiri majlis pengebumian abang Nunta.   

Nunta telah diculik oleh pengedar dadah lain semasa berjalan di lorong gelap sambil membawa barangan yang dibeli untuk meniaga. Gadis ini agak berani juga pada pendapat aku kerana dia melawan dan lari dari van semasa setan pengedar dadah tersebut hendak merogolnya. Dia lari sehinggalah sampai ke tempat potong kereta di pinggir bandar. Dalam hujan dia melarikan diri bersembunyi sampai ke dalam sebuah bas lama. Malang nasibnya, dia ditemui oleh setan pengedar dadah botak. Dia menggigit tangan lelaki tersebut dan memukul mereka. Seorang kenalan keluarga Nunta pun terlibat juga. Semasa dia hendak melarikan diri lagi dia terpijak bekas dadah setan yang memukulnya itu. Setan itu naik gila lalu menjerut lehernya sampai mati. Sewaktu nyawanya hampir tercabut imbasan adik-adiknya terpampang di ruangan kepalanya. 

Pada malam yang hujan itu juga, Sumet pergi ke candi kuburan melawat kubur mangsa yang tak dapat diselamatkannya itu. Dia menyembah Ong Buddha di dewan puja kecil di kuburan. Tuk sami di candi kuburan itu bercakap sedikit tentang hakikat kematian. Aku cuma nampak lepas itu, Sumet bermain pingpong diikat benang sahaja sampai subuh. Dalam pada itu juga, setan pengedar dadah tersebut melempar mayat Nunta yang malang itu ke tasik. Tempat buang mayat mangsa bunuh di Thailand Tengah aku agak di daerah Bangsai lah kot. Nampak watak-watak setan dalam tu muntah bau busuk kata mereka. Sementara itu, di rumah pula... Anak saudara Nunta yang sulung tertidur menunggunya di meja belajar terjaga apabila mendengar bunyi di dapur. Didapati bahawa Nunta sedang menguli tepung di dapur untuk persiapan perniagaan gerai patungku mereka keesokan harinya. Air mata darah Nunta menitis dalam tepung tanpa disedarinya. Keesokan harinya, dua beradik anak saudara kepada Nunta berjualan di gerai patungku. Sumet membeli patungku mereka berplastik-plastik untuk disedekahkan kepada balai polis tempatnya bekerja. Polis-polis itu suka makan patungku tersebut. Sumet mendekati keluarga Nunta kerana dia tahu yang pengedar-pengedar dadah tersebut akan mencari keluarga tersebut dan mengganggu mereka manakala kes tersebut masih dalam simpanan fail polis. Nunta yang telah mati itu pun, masih lagi pulang ke rumahnya kerana dia sedar keluarganya berada dalam bahaya. Dia ada menemui adik bongsunya di pusat membeli-belah dan cuba memberitahunya sesuatu.

Mangsa pertama yang mendapat balasan perbuatan setan mereka adalah pemuda yang bekerjasama dengan pengedar dadah yang menjadi setan utama yang menjerut mati Nunta. Nunta membuat khayalan menurut cara roh-roh yang tidak puas hati dan menyebabkan pemuda tersebut jatuh dari biliknya melalui tingkap selepas pemuda itu pulang dari lepak di disko. Pemuda tersebut masih tidak mati, dan satu pecahan kaca jatuh tertusuk atas kepalanya. Dia pun mati lah di tempat kejadian. Anak saudara Nunta tidak mengetahui tentang kematian kakak mereka dan mereka nampak "ibu saudara" mereka di rumah. Sumet pergi ke rumah Nunta selepas mendapati anak saudara Nunta tidak berniaga. Dia menemui "Nunta" di rumah tersebut dan mereka bersembang sebentar. Kemudian, adik perempun Nunta, Si Nuch yang tinggal menyewa dengan kawan datang ke rumah tersebut. Sumet menjenguk di tingkap dan selepas berpaling semula ke meja dilihatnya Nunta sudah hilang. Nuch curiga kenapa Sumet yang tidak dikenali itu masuk ke rumah orang. Selepas melihat kad pengenalan polis, baru lah dia yakin Sumet bukan menceroboh sesuka hati. Setiap petang sahaja, Nunta akan kelihatan berada di sekitar rumahnya. 

Malam esoknya, mangsa kedua adalah setan yang menjadi pemandu van yang menculik Nunta. Setan tersebut dijatuhkan ke dalam lubang saliran air di bandar dan penutup batunya ditutup. Pengedar dadah masih lagi memburu adik Nunta yang seorang lagi selepas mereka tahu budak itu bukan budak kecil. Mereka hendak memburunya sebagai tebusan bagi melepaskan diri mereka daripada pihak polis.

Suatu malam Sumet pergi lagi ke candi kuburan melawat kubur abang sulung Nunta. Semasa dia duduk bersandar melepak di kuburan dan bercakap dengan kubur abang Nunta, dia nampak darah meleleh-leleh keluar dari gambar pada maklumat candi kubur abang Nunta. Kemudian, dia mendapat ilham bahawa mayat abang Nunta pernah dibuang di tempat Nunta dibuang oleh setan pengedar dadah. Jadi, dia bergegas ke sana. Dia mencari-cari di celah ranting kayu lantas menemui perca kain berbentuk tali yang panjang. Apabila ditarik, didapati bahawa tali tersebut menjerut leher satu mayat. Sumet mengecam gelang tangan di tangan mayat tersebut sebagai gelang Nunta kerana dia nampak "Nunta" memakai gelang tersebut di tangannya semasa mereka bersembang tempoh hari. 

Sumet juga mempunyai kemusykilan.... Sama ada roh Nunta kembali semula atau dia sebenarnya hanya khayalan mainan mata sahaja kerana dia nampak sendiri Nunta di depan matanya. Nunta sentiasa berada bersama adik-adiknya pada waktu petang dan malam. Jadi, dia menemui semula tuk sami di tempat puja candi kuburan dan bertanyakan hal tersebut. Tuk sami kata bahawa orang yang ada benda tak siap pasti akan sangkut rohnya tidak boleh pergi ke alam lain menjelma. Selepas itu, Sumet pun bertapa semadi sebentar dalam dewan puja menumpukan perhatian kepada Guru dalam usaha mencari jawapan. Kemudian dia pergi ke bahagian forensik pula. Mayat tersebut dituntut oleh Sumet bagi pihak keluarga Nunta untuk pengebumian molek-molek. Sumet membawa mayat Nunta untuk dibacakan doa oleh tuk sami.  

Di tempat lain pula, pengedar dadah yang menjadi setan utama itu membunuh pula kepala bapa kepada pengedar dadah tapi kemudian sarang mereka digeledah polis. Si setan pembunuh itu terlepas melarikan diri dan rakan subahatnya yang dua orang lagi menculik adik Nunta untuk dibawa ke kawasan kereta potong. Sumet mengekori mereka selepas mendapat maklumat. Semasa setan itu mengugut hendak menembak anak saudara Nunta iaitu Si Prae... Sumet mengimbas kembali kenangan buruknya tertembak mati mangsa yang menjadi tebusan. Dia meletakkan pistolnya tetapi kepalanya pun dihentak oleh kawan kepada setan pengedar dadah itu. Di situ, roh Nunta kembali untuk melindungi anak saudaranya. Dia membuat khayalan kepada si penjenayah tersebut sehingga mereka terbunuh dengan perbuatan mereka sendiri kerana roh orang mati tidak boleh mengapa-apakan tubuh manusia secara terus. Penjenayah tersebut tertembak saluran minyak kereta lalu mencetuskan letupan besar dan dia pun mati terkena letupan kerana kakinya tersangkut dengan cangkuk kren yang jatuh atas cermin dashboard kereta. Sumet yang pengsan dilindungi oleh adik Nunta manakala Nunta datang melindungi mereka berdua daripada terkena unsur api.

Keesokan harinya, barulah anak saudara dan adik bongsu Nunta sedar bahawa Nunta sebenarnya sudah mati. Sumet, adik bongsu Nunta dan anak-anak saudara mereka nampak rohnya berada di hadapan bilik sembahyang mayat. Adik dan anak saudara Nunta mengenang kembali masa mereka bersama dengan Nunta dan kemuliaan hatinya. Nunta pun melepaskan ikatan dan kerisauannya pasal hal dunia untuk masuk ke alam lain. Penamatnya, Sumet menggenggam gelang tangan Nunta semasa berjalan melalui candi kuburan....

Komen 

Komen aku lah selepas menonton. Aku suka kepada muzik penamat cerita ini, lagu rock kapak cik! Rock tetapi dalam masa yang sama sedih. Ok lah, filem ini menggabungkan gaya kehidupan masyarakat biasa saja di Thailand kita. Ada jenayah dalam masyarakat misalnya sindiket pengedaran dadah dan juga kehidupan rakyat biasa yang misalnya menjaja makanan ringan seperti patungku, minuman dan sebagainya di pinggir jalan di kota raya Bangkok. Hakikat kehidupan ini dilihat dengan kejadian-kejadian aneh yang melibatkan alam ghaib sebaik sahaja gadis itu mati dibunuh.

Di sini lah timbul persoalan sama ada "Nunta" sebenarnya kembali semula kepada kehidupan atau dia dilihat hanya sebagai satu bayangan dari khayalan mereka yang terlibat dalam cerita ini? Hal ini dapat dilihat menerusi gabungan subjek keagamaan misalnya perbualan anggota polis itu sendiri, iaitu Sumet dengan tuk sami di candi serta dia sendiri pun melihat orang yang sudah mati itu tanpa mengetahui yang orang itu sudah meninggal dunia. Nampak lah bahawa, gadis yang sudah mati itu kembali semula setiap petang ke rumah membantu anak-anak saudaranya yang masih kecil dan bersekolah melalui kehidupan mereka sebagai anak yatim. Yang lebih menakutkan daripada roh si mati membalas dendam adalah pengedar dadah setan itu sendiri memburu mereka sampai ke lubang cacing dan cuba untuk membunuh mereka semua. 

Kalau kita lihat daripada kaca mata orang Barat, filem ini tak lebih daripada sejenis filem seram dengan perjalanan cerita yang mendebarkan sahaja. Tapi jikalau kita hayatinya secara betul-betul, dapatlah kita lihat bahawa filem ini mengandungi pelajaran-pelajaran penting berbentuk kerohanian dan juga menerangkan konsep karma dalam masyarakat penganut ajaran Buddha. Karma itu berasal dari pemikiran manusia, tidak mengira ia baik atau buruk. Ia adalah hukum perbuatan yang terjelma dari pemikiran dan hati makhluk. Manakala roh-roh yang tidak berjasad cuma boleh membuat "maya" sahaja kepada manusia hidup walaupun mereka berada di sekeliling kita. Hal ini tampak dalam beberapa kejadian aneh seperti penjenayah-penjenayah melihat perkara-perkara buruk sebelum mereka terbunuh.   

Bagi mereka yang percaya kepada kehidupan selepas kematian atau pun hati nurani makanya, filem ini bukan sahaja filem yang hanya ada orang terputus kepala atau ada kejadian bunuh-membunuh atau pun kejadian seram serta aneh. Filem ini bukan jenis filem seram yang biasa... Ia sebuah filem yang bercakap juga mengenai kemuliaan hati seorang ibu saudara muda yang menyayangi anak-anak saudaranya. Walaupun dia sudah mati, tapi tetap pulang beberapa hari ke rumah untuk membantu adik-adiknya yang tidak tahu apa-apa untuk meneruskan kehidupan. Ikatan Nunta dan adik-adiknya ditonjolkan dengan penuh emosi serta iringan muzik yang menyayat hati.

Tak perlu pempuan pakai baju seksi-seksi tayang paha atau payudara pun untuk cerita hantu. Aku tak faham setengah pengarah filem perlu nak menonjolkan watak wanita dengan badan terdedah semata-mata hendak dapat penonton ramai. Kalau dah macam itu, baik buat filem lucah sahaja lagi senang. Maksudnya pun straight to the point... Apa betul? Apa salah?    

Barisan Pelakon

Filem ini dibintangi antaranya oleh...

Adik-beradik Nonta....

Chai - Chelad Na Songkhla
Nonta - Pacharapha Chaichua
Nuch - Sudarattan Wonggarud

Anak Saudara Nunta

Prae - Fokat Chirakun
Mhai - Nattanicha Chiedchubupagari
Thong - Nong Taikeo Thonkon Vishnubhumi

Yang di atas tu semua watak-watak dalam keluarga gadis malang Nonta adalah makcik kepada tiga anak yatim tersebut... Nama betul pelakon adalah yang panjang-panjang payah nak baca itu. Yang berikutnya nama watak lain...

Sumet - Thana Sutthigamon
Tong - Kowit Wattanakula
Meuk - Dhiti Phumawn

Maklumat 

Keluaran: 2007
Pengarah: Tharaton Sripanwarapon

Maklumat pasal penerbit aku tak dapat lagi tak kuasa aku nak tunggu sampai habis penghargaan selepas penamat filem tu. Mana lah tahu kalau-kalau tuan-tuan yang singgah mai berminat nak menjadi pelakon di Bangkok sana, haha.... Mengantuk lah...

Sabtu, 19 Januari 2013

Hor Taew Tak 2 - Haek Krachieng


Ni wayang gambar keluaran 1 Oktober 2009, judul bahasa Inggerisnya adalah Haunting Me 2. Sebelum ini, aku ada membuat masukan bagi wayang sequel bagi judul yang sama tapi bilangan ketiga. Ini bilangan yang kedua dan genre nya jenis seram lawak lah. Awalan aku tonton pun memang duk kerja gelak ja. Watak hantu itu sudah tentu lah berbeza. 

Ringkasan

Wayang bermula dengan hostel milik Che Taew iaitu seekor bapuk tua keturunan Cina yang menyewakan hostel dia untuk budak-budak kolej dan sekolah diganggu oleh dua ekor hantu berpakaian seperti orang zaman purba. Hantu-hantu tersebut dikenali sebagai Usammeni dan Krikshada. 

Dalam wayang ini, aku agak pelik sedikit. Ada lima ekor sahaja budak penyewa di hostel tersebut yang ditonjolkan dengan tambahan dua watak lagi iaitu E Panda yang serupa muka dengan seekor lagi hantu tembun yang dikenali sebagai E Pancake dan tua eng atau buah hati nya. Budak-budak itu pun diganggu hantu juga. Babak ada menunjukkan budak-budak itu mengintai hantu Usammeni sedang menari dalam satu bilik di hostel tersebut. 

Kemudian wayang diteruskan lagi dengan kemunculan satu lagi penyewa hostel yang berperawakan misteri, dikenali sebagai Kun Payun atau Nang Pakshalaba. Nang Pakshalaba ni macam ada kaitan dengan masa lampau dua ekor hantu yang menghantui hostel tersebut. Watak ni pun seorang pondan juga, haha. Dia datang ke hostel bersama dengan pelayannya bernama E Poi yang berpakaian seperti perempuan. Ponden la tu... haha... Suatu hari, Kun Payun ni mencari roh berkeliaran semasa budak-budak kumpulan lima ekor itu sedang main bola bakul. Kemudian bola budak-budak terpelanting ke arah Kun Payun. Dia ambil bola tersebut lalu membalingnya ke arah sampang dengan sengaja. Sampang ni tempat pemujaan roh dan tempat roh berteduh supaya jangan kacau penduduk di kawasan hostel tersebut. Sebab sampang rosak, hantu Usammeni marah lah. Jadi dia mengejar dan mengganggu Kun Payun. 

Kemudian, Kun Payun secara tak sengaja telah tercekik mati pelayannya, E Poi dalam kejadian diganggu hantu. Jadi Kun Payun takut hal tersebut terbongkar. Dia menuduh hantu Usammeni yang membunuh E Poi yang tengah terbongkang dalam bilik mereka. Untuk menutup perbuatannya itu, Kun Payun menukarkan mayat E Poi menjadi berhala kerbau kecil menerusi upacara sihir. Che Ariya yang ternampak kejadian tersebut juga dibunuh oleh Kun Payun.

Dalam usaha menghalau hantu-hantu di hostel tersebut, Che Taew, saudari-saudari transvestite nya dan kawan-kawan memuja mangkuk jamban di bilik tempat E Pancake mati bertujuan bagi menyeru roh E Pancake keluar menyelesaikan masalah mereka atau berjumpa dengan hantu-hantu dua ekor supaya boleh kautim. Kun Payun dan Usammeni dua-dua pun ada crush dengan Ah Koi. Ah Koi pada zaman purba dulu rupanya adalah jelmaan kepada Kun Tanchakun, suami kepada Nang Pakshalaba manakala Usammeni dan Nang Krikshada adalah inang pengasuh di istana.   

Nanti akan ada adegan perlawanan antara Kun Payun yang jahat dengan hantu Usammeni serta Che Taew semasa beberapa orang antara mereka masuk ke jelmaan zaman purba untuk memeriksa apakah permusuhan antara Kun Payun, Usammeni serta Nang Krikshada. Siapa yang jahat siapa yang baik??? Bagaimana mereka membebaskan roh hantu-hantu tersebut?

Ulasan Bebas

Yang menarik dalam wayang ini, ada babak Usammeni bertanding tarian dengan Mot Dam yang mahir dalam tarian Lung Nora dari selatan Thailand. Hantu Usammeni cuma reti menari tarian istana jajahan tengah, dia kena gelak dengan Mot Dam dan kena kutuk sebagai hantu bosan, hahaha. Selatan Thailand kira wilayah-wilayah jiran kami lah seronok dengan loghat Selatan Thai, haha... Kemudian ada babak E Panda kena belasah dengan Che Kartun semasa Che Kartun baru kelib bersama dengan "laki" atau anak ikan kokesen dia, tak tahu nama watak apa aku panggil Suwit Hart (Sweet Heart) ja, lols. Che Kartun ingat E Panda tu hantu E Pancake sebab rupa sama kecuali kat gunung berapi bercabang dua tu saja lain.    

Barisan Pelakon dan Watak

Che Taew : Chaturong Mokjok
Che Kartun : Yingsak Chonlertchetsadawong
Mot Dam : Ekajai Srivijaya 
Ah Koei : Wiraditya Srimalaya
E Pancake dan E Panda : Koeti Aramboi
Usammeni : Sudarat Putraparam
Krikshada : Apinya Sakuncharoensukh
Kun Payun : Channarong Khantithao

Filem diarahkan oleh Poj Anont dan diedarkan oleh Five Stars Production. Penerbit filem ini, Phranakorn Film. Sdn. Bhd. Aku minat juga dengan kampeni-kampeni wayang Siam ni. Kalau aku terlepas ke Bangkok lagi ka aku try risik-risik gena nak jadi pelakon retu aku terlepas sana tak terpikir pulak dah la jauh, hahahaha. 

Untuk perkataan Che sebelum nama orang tu, dia bukan macam Che Guavara di Amerika Latin. Sebenarnya Che merujuk kepada cik kak dalam bahasa Cina di Bangkok. Kadang-kadang aku pun guna juga Che kalau bercakap bahasa Melayu dengan gadis Cina atau amoi di sebelah Penang atau di Kedah. Che Taew dalam wayang itu sebenarnya adalah seorang keturun Cina Thai.

Adui, aku malas nak taip pelajaran lagi buat masa ni.... Nanti la kalu aku ada angin dan buah fikiran aku buat la na... Hangpa layan la dolu mana-mana masukan yang tak dan layan. 

Ahad, 30 Disember 2012

Saeb Senid Sid Seina


Iklan sat naa... Kita sembang bab wayang gambaq dolu. Ni gambaq aku tonton dalam tahun 2006-2007 dolu masa aku berijazah di universiti bodos itu. Tajuk bahasa Thai dia แสบสนิท ศิษย์ส่ายหน้า Saeb Senid Sidsena, manakala tajuk bahasa Melayu dia, Peninju Mee.


Sinopsis Ringkas 

Berkisarkan mengenai seorang pemuda yang kerja dia membuat mee di kedai makan ingin mencapai impian dia sebagai seorang peninju muay. Kawan dia, nama Saeb yang merupakan rakan kelas muay lama dia mengalami kecederaan kaki.

Song yang merupakan kawan dari kecil sampai besar Senit terpikir bahawa kerjaya sebagai peninju Muay yang ingin dicapai oleh Senit tu sesuatu yang mustahil. Sit pula seorang pemuzik sekolah yang mengajar Senid langkah-langkah muay. Akhir sekali, Seina, iaitu seorang lelaki yang terlampau berminat dengan benda-benda tangkal ni. Kalu hangpa perhatikan, tajuk wayang ni sebenarnya adalah gabungan nama-nama watak dalam wayang ni. Semua kawan-kawan Senid ini berperanan dalam membawa Senid menjadi seorang peninju Muay yang terkenal di dunia. 

Tapi ada juga kejadian malang apabila awek Senid bernama Suay menghidap barah yang menjadikan dia buta. Senid mesti masuk ke perlawanan Muay demi membantu awek dia daripada buta terus sekaligus terjun ke pentas tinju Muay secara serius.    

Barisan Pelakon

Barisan pelakon dia, hero iaitu Senid dilakonkan oleh Dhanuvong Voravet manakala heroin dia Suay dilakonkan oleh Nattaviranut Thongmi. Watak sampingan seperti Song pula dilakonkan oleh Kotti Aramboi. Aku syok gak tengok Aramboi ni pasai dia lawak, hahaha.... Watak-watak lain:

Saeb Chaturong Mokjok
Seina Chim Choncheun
Sid Kom Chonchen

Filem ni di bawah terbitan syarikat R.S Public Company Limited yang beribu pejabat di kotaraya Bangkok. Dia bukan syarikat yang buat filem sahaja, sebaliknya juga ada stesen radio iaitu radio Cool 93.FM bawah anak syarikat Sky High Network, penerbitan majalah harian Dara, penaung artis-artis, pemancar rancangan sukan secara siaran langsung dan stesen televisyen.

Hangpa nak tahu lebih lanjut fasal wayang ini, bolehlah tengok sendiri. Di youtube itu berlambah orang muat naik. Hangpa tekan saja tajuk yang ada; cuma aku tak jamin ada sari kata lah, hahaha.... tataa...

Selasa, 13 November 2012

Ceritera Jandara


Filem yang ni antara filem terbaru tahun 2012. Aku belum tonton lagi tapi ada aku dengar dari kawan aku si E La di pekan Hadnyai. Sedutan filem ni sedikit ada la aku tonton. Lama budak E La tu duk di US lani baru dia buleh balik tergedik-gedik dah rindu kampung, haha. Filem ni berasaskan kepada sebuah novel yang dikarang oleh Pramun Unhatup berjudul Cetera Chandra ditulis tahun 1966. 

Sakarat Ritthamrong sebagai Luang Vissanan, pak Chandra yang gila

Novel ni sebenar nya agak kontroversi la dalam kalangan sastera Thai sebab adegan-adegan erotik dia tu agak detail. Jandara atau Chandra ni merupakan kisah seorang pemuda dari keluarga aristokrat raja-raja wilayah yang memasuki alam lelaki dewasa dengan melalui zaman remaja yang penuh cabaran, seksaan dan menanggung beban yang berat. Mak dia meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan dia. Jadi pak dia menyalahkan dia sebagai anak sial atas kematian mak dia. 

Savika Jayadesh
Pada usia dia 13 tahun, dia disepak keluar merempat oleh pak dia yang gila babi itu. Dia dituduh merogol orang sedangkan dia tak buat pun benda lagutu. Beberapa tahun kemudian, Chandra pulang semula ke rumah. Tapi tujuan dia pulang itu adalah hendak membalas dendam ke pak dia. Dia meluat ke pak dia sebab samseng, menyampah dengan perangai macam jebon pak dia dan melayan wanita macam haram. Chandra pun ada kenangan bapak dia pernah bergatai merenyeh dengan pengasuh dia sendiri. Nampak dalam filem ni, kawan aku la kata. Chandra macam kena mengulang benda yang sama diperbuat oleh pak dia semata-mata nak menakluki benda yang tak disukai dia. Sori ayat skema sikit, haha.  

Mario Maurer sebagai Chandra
Filem ni membongkar bagaimana Chandra melawan setan-setan dalam diri dia utamanya bila dia berada dalam persekitaran yang menggoda jiwa dan dicengkam oleh genggaman tiga orang wanita yang muncul dalam hidupnya. Setiap seorang wanita ini menguasai Chandra dengan cara nya tersendiri. Filem dilepaskan ke khalayak awam pada 6hb Sep 2012 lalu. Panjang filem ni lebih kurang sejam setengah. Genre filem ni pulak jenis dramatik lah tapi ada adegan-adegan erotik dan hubungan jenis. Yang alim syumul tu aku nasihatkan awal-awal baik toksah tengok la. Kurang pahala hangpa satgi, hahaha.   

Barisan pelakon dia antaranya Bongkot Kongmalai, Sakarat Ritthamrong, Jayabala Julien Poupart, Mario Maurer, Ratha Phongam, Ruengsak Loychusak, Natt Devahastin, Cho Nishino dan Savika Jayadesh. Pengarah filem ni nama dia M. L. Pandhevanop Dhewakula. Filem ni tak silap yang aku dengaq ada dua bahagian.

Tahun 2004 dolu versi lama filem ni siap ada cakap bahasa Melayu lagi pasal ada watak gadis keturunan India atau orang Muslim macam tu. Dia kata: "sudah mengaji sayo ballek cenpat-cenpat dengan sallam". Sinopsis pada novel itu, aku rasa penah terbaca tang mana-mana. Memang sedih lah. Kesian kat watak Chandra ni. Sejak kecik lagi kena libas berdarah-darah, pak dia baling barang dan kena penderaan mental. Dalam versi awal filem ni pun aku rasa, watak bapak gila tu akan bertenet dengan pengasuh Chandra bila teringat ke bini dia. Dia akan bertenet dengan pengasuh tu depan gambar bini dia. Setengah orang ni pelik jugak perangai dia....

Setakat ni dulu aku harung sekali dengan filem; sekali dengan novel dari Thailand. Negara kita dekat-dekat sahaja tapi kesusasteraan langsung tak dikongsi pun, lol.