Memaparkan catatan dengan label funny. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label funny. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Januari 2013

Hor Taew Tak 2 - Haek Krachieng


Ni wayang gambar keluaran 1 Oktober 2009, judul bahasa Inggerisnya adalah Haunting Me 2. Sebelum ini, aku ada membuat masukan bagi wayang sequel bagi judul yang sama tapi bilangan ketiga. Ini bilangan yang kedua dan genre nya jenis seram lawak lah. Awalan aku tonton pun memang duk kerja gelak ja. Watak hantu itu sudah tentu lah berbeza. 

Ringkasan

Wayang bermula dengan hostel milik Che Taew iaitu seekor bapuk tua keturunan Cina yang menyewakan hostel dia untuk budak-budak kolej dan sekolah diganggu oleh dua ekor hantu berpakaian seperti orang zaman purba. Hantu-hantu tersebut dikenali sebagai Usammeni dan Krikshada. 

Dalam wayang ini, aku agak pelik sedikit. Ada lima ekor sahaja budak penyewa di hostel tersebut yang ditonjolkan dengan tambahan dua watak lagi iaitu E Panda yang serupa muka dengan seekor lagi hantu tembun yang dikenali sebagai E Pancake dan tua eng atau buah hati nya. Budak-budak itu pun diganggu hantu juga. Babak ada menunjukkan budak-budak itu mengintai hantu Usammeni sedang menari dalam satu bilik di hostel tersebut. 

Kemudian wayang diteruskan lagi dengan kemunculan satu lagi penyewa hostel yang berperawakan misteri, dikenali sebagai Kun Payun atau Nang Pakshalaba. Nang Pakshalaba ni macam ada kaitan dengan masa lampau dua ekor hantu yang menghantui hostel tersebut. Watak ni pun seorang pondan juga, haha. Dia datang ke hostel bersama dengan pelayannya bernama E Poi yang berpakaian seperti perempuan. Ponden la tu... haha... Suatu hari, Kun Payun ni mencari roh berkeliaran semasa budak-budak kumpulan lima ekor itu sedang main bola bakul. Kemudian bola budak-budak terpelanting ke arah Kun Payun. Dia ambil bola tersebut lalu membalingnya ke arah sampang dengan sengaja. Sampang ni tempat pemujaan roh dan tempat roh berteduh supaya jangan kacau penduduk di kawasan hostel tersebut. Sebab sampang rosak, hantu Usammeni marah lah. Jadi dia mengejar dan mengganggu Kun Payun. 

Kemudian, Kun Payun secara tak sengaja telah tercekik mati pelayannya, E Poi dalam kejadian diganggu hantu. Jadi Kun Payun takut hal tersebut terbongkar. Dia menuduh hantu Usammeni yang membunuh E Poi yang tengah terbongkang dalam bilik mereka. Untuk menutup perbuatannya itu, Kun Payun menukarkan mayat E Poi menjadi berhala kerbau kecil menerusi upacara sihir. Che Ariya yang ternampak kejadian tersebut juga dibunuh oleh Kun Payun.

Dalam usaha menghalau hantu-hantu di hostel tersebut, Che Taew, saudari-saudari transvestite nya dan kawan-kawan memuja mangkuk jamban di bilik tempat E Pancake mati bertujuan bagi menyeru roh E Pancake keluar menyelesaikan masalah mereka atau berjumpa dengan hantu-hantu dua ekor supaya boleh kautim. Kun Payun dan Usammeni dua-dua pun ada crush dengan Ah Koi. Ah Koi pada zaman purba dulu rupanya adalah jelmaan kepada Kun Tanchakun, suami kepada Nang Pakshalaba manakala Usammeni dan Nang Krikshada adalah inang pengasuh di istana.   

Nanti akan ada adegan perlawanan antara Kun Payun yang jahat dengan hantu Usammeni serta Che Taew semasa beberapa orang antara mereka masuk ke jelmaan zaman purba untuk memeriksa apakah permusuhan antara Kun Payun, Usammeni serta Nang Krikshada. Siapa yang jahat siapa yang baik??? Bagaimana mereka membebaskan roh hantu-hantu tersebut?

Ulasan Bebas

Yang menarik dalam wayang ini, ada babak Usammeni bertanding tarian dengan Mot Dam yang mahir dalam tarian Lung Nora dari selatan Thailand. Hantu Usammeni cuma reti menari tarian istana jajahan tengah, dia kena gelak dengan Mot Dam dan kena kutuk sebagai hantu bosan, hahaha. Selatan Thailand kira wilayah-wilayah jiran kami lah seronok dengan loghat Selatan Thai, haha... Kemudian ada babak E Panda kena belasah dengan Che Kartun semasa Che Kartun baru kelib bersama dengan "laki" atau anak ikan kokesen dia, tak tahu nama watak apa aku panggil Suwit Hart (Sweet Heart) ja, lols. Che Kartun ingat E Panda tu hantu E Pancake sebab rupa sama kecuali kat gunung berapi bercabang dua tu saja lain.    

Barisan Pelakon dan Watak

Che Taew : Chaturong Mokjok
Che Kartun : Yingsak Chonlertchetsadawong
Mot Dam : Ekajai Srivijaya 
Ah Koei : Wiraditya Srimalaya
E Pancake dan E Panda : Koeti Aramboi
Usammeni : Sudarat Putraparam
Krikshada : Apinya Sakuncharoensukh
Kun Payun : Channarong Khantithao

Filem diarahkan oleh Poj Anont dan diedarkan oleh Five Stars Production. Penerbit filem ini, Phranakorn Film. Sdn. Bhd. Aku minat juga dengan kampeni-kampeni wayang Siam ni. Kalau aku terlepas ke Bangkok lagi ka aku try risik-risik gena nak jadi pelakon retu aku terlepas sana tak terpikir pulak dah la jauh, hahahaha. 

Untuk perkataan Che sebelum nama orang tu, dia bukan macam Che Guavara di Amerika Latin. Sebenarnya Che merujuk kepada cik kak dalam bahasa Cina di Bangkok. Kadang-kadang aku pun guna juga Che kalau bercakap bahasa Melayu dengan gadis Cina atau amoi di sebelah Penang atau di Kedah. Che Taew dalam wayang itu sebenarnya adalah seorang keturun Cina Thai.

Adui, aku malas nak taip pelajaran lagi buat masa ni.... Nanti la kalu aku ada angin dan buah fikiran aku buat la na... Hangpa layan la dolu mana-mana masukan yang tak dan layan. 

Khamis, 14 Julai 2011

Hor Taew Tak - Wak Shimi


Ini adalah sebuah filem terbaru keluaran tahun ini. Reviewnya pun tidak banyak. Tajuknya Hor Taew Tak 3 - Wak Shimi. Filem ni merupakan sekuel kepada dua buah filem sebelumnya. Alah, gambar seram lawak. Bukan seram mana pon. Lawaknya saja yang lebih.

Ceritanya mengenai tiga ekor bapuk tua bersaudara yang berjaya membebaskan hantu zaman kuno di satu wilayah di Thailand. Jadi, selepas itu mereka dijemput untuk menghalau hantu lain di istana besar ala-ala istana Barat pula. Filem ini diarahkan oleh Poj Anont.

Pelakon-Pelakon serta Watak
  • Arpaporn Nakornsawant sebagai Khun. Waew Suat
  • Viraditya Sri Malaya sebagai Ah Koei
  • Ekajai Srivijaya sebagai Che' Mod Dam
  • Chaturong Mokjok sebagai Che' Taew
  • Kashapa Tancharoen sebagai Khun Soun Suat
  • Koeti Aramboi sebagai E Pancake
  • Parunyu Rojanawutittum sebagai Theng Thong. 
 Filem ini dikeluarkan di Thailand pada 6 Januari 2011.
Lawaknya di sini, pelakon jantannya yang anak-anak ikan, bermuka model-model spentot diberi gandingan dengan bapok gemuk, hahah.

Watak utama dalam cerita itu pun, aku tidak tahu siapa dia? Yang aku tahu, masa mereka sampai ke rumah besarr tu, hantu E Pancake yang tinggal di dalam jamban berkata bahawa rumah itu memang terasa ada benda lain. Sebenarnya, hantu itu bergurau saja sebab dia menyuruh mereka yang lain untuk membuka pagar supaya dia boleh masuk.

Selepas itu, dia nampak seekor hantu jantan berenang-renang di tengah malam di kolam renang. Hantu bapuk gemuk E Pancake (Koeti Aramboi) tersebut pun terasa gatal biji dan ingin berkawan dengan hantu jantan tersebut, dikenali sebagai Theng Thong itu.

Kalau nak tau syok ka tidak? Encik kenalah menonton sendiri. Ada tiga filem yang bertajuk sama, tetapi jalan ceritanya bersambungan antara satu sama lain. Kalau nak faham lebih lanjut, tonton dulu sekuel yang awalnya, berjudul Hor Taew Tak 1 (2007). Kemudian, Hor Taew Tak 2 (2009).

Selepas itu, barulah yang ini berjudul Hor Taew Tak 3 Wak Shimi. Aku tengok sekali pun tidak cukup. Terasa nak tengok lagi. Tetapi, memandangkan tempat aku tinggal ini memang celaka sebab menghalang Youtube, makanya aku tak boleh buat apa-apa. Melainkan menghentak kepala di meja, kebosanan, damn you!