Memaparkan catatan dengan label antu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label antu. Papar semua catatan

Khamis, 14 Julai 2011

Hor Taew Tak - Wak Shimi


Ini adalah sebuah filem terbaru keluaran tahun ini. Reviewnya pun tidak banyak. Tajuknya Hor Taew Tak 3 - Wak Shimi. Filem ni merupakan sekuel kepada dua buah filem sebelumnya. Alah, gambar seram lawak. Bukan seram mana pon. Lawaknya saja yang lebih.

Ceritanya mengenai tiga ekor bapuk tua bersaudara yang berjaya membebaskan hantu zaman kuno di satu wilayah di Thailand. Jadi, selepas itu mereka dijemput untuk menghalau hantu lain di istana besar ala-ala istana Barat pula. Filem ini diarahkan oleh Poj Anont.

Pelakon-Pelakon serta Watak
  • Arpaporn Nakornsawant sebagai Khun. Waew Suat
  • Viraditya Sri Malaya sebagai Ah Koei
  • Ekajai Srivijaya sebagai Che' Mod Dam
  • Chaturong Mokjok sebagai Che' Taew
  • Kashapa Tancharoen sebagai Khun Soun Suat
  • Koeti Aramboi sebagai E Pancake
  • Parunyu Rojanawutittum sebagai Theng Thong. 
 Filem ini dikeluarkan di Thailand pada 6 Januari 2011.
Lawaknya di sini, pelakon jantannya yang anak-anak ikan, bermuka model-model spentot diberi gandingan dengan bapok gemuk, hahah.

Watak utama dalam cerita itu pun, aku tidak tahu siapa dia? Yang aku tahu, masa mereka sampai ke rumah besarr tu, hantu E Pancake yang tinggal di dalam jamban berkata bahawa rumah itu memang terasa ada benda lain. Sebenarnya, hantu itu bergurau saja sebab dia menyuruh mereka yang lain untuk membuka pagar supaya dia boleh masuk.

Selepas itu, dia nampak seekor hantu jantan berenang-renang di tengah malam di kolam renang. Hantu bapuk gemuk E Pancake (Koeti Aramboi) tersebut pun terasa gatal biji dan ingin berkawan dengan hantu jantan tersebut, dikenali sebagai Theng Thong itu.

Kalau nak tau syok ka tidak? Encik kenalah menonton sendiri. Ada tiga filem yang bertajuk sama, tetapi jalan ceritanya bersambungan antara satu sama lain. Kalau nak faham lebih lanjut, tonton dulu sekuel yang awalnya, berjudul Hor Taew Tak 1 (2007). Kemudian, Hor Taew Tak 2 (2009).

Selepas itu, barulah yang ini berjudul Hor Taew Tak 3 Wak Shimi. Aku tengok sekali pun tidak cukup. Terasa nak tengok lagi. Tetapi, memandangkan tempat aku tinggal ini memang celaka sebab menghalang Youtube, makanya aku tak boleh buat apa-apa. Melainkan menghentak kepala di meja, kebosanan, damn you!

Jumaat, 17 Disember 2010

Gambaq Antu: Nang Takian

Fuuuh, malam ni jah aku gigih tengok dua gambaq Siam sekaliguih. Gambaq mola-mola haku tengok tajuk dia Nang Takian. Gambaq antu la, baru gi tahun 2010 ponya. Tengok nak semacam cerita Nang Nak jah. Cuma watak dia len, cara dia ponya plot creta len sikit.


Nang Takian ni cerita dia pasai pompuan sorang ni nama dia Bua. Dia ada la bercintun ngan mamat ni nama Pimarn masa dia kija kat Bangkok. Pastu masa dia tengah dok bertututs ngan bopren dia. Bopren dia yang bongok tu pon p amik gamaq pakai henpon dia masa tengah dok Bua tengah dok bermazi. Yang dia pon bodo pi bagi bopren dia amik gamaq sapa suroh. Pastu bopren dia pi tayang lak gamaq tu kat rakan sekija dia yang jahat. Kawan tu curi gamaq tu boh dalam henpon dia. Pastu dia ugut Bua la, soh menggatai ngan dia.

Bua pon kuciwa la sama bopren dia. Dah tu dia napak bopren dia dok sembang ngan pompuan len dia pon jeles la. Sekali tu Bua kena buang kija. Dia kija kilang jah kat Bangkok pasai dia worang kampong jah. Jadi dia pon lari balik kampong la. Sampai kat kampong, dia ponya femli suma habeh kena bunoh ngan bekaih bopren dia, taik samsiang kampong. Dia lagi la sedei dia p gantung diri kat pokok Takien dekat ngan kubuq Siam kat kampung dia.

Pasai dia ada penah wat salah masa hayat lampau, dia pi bunoh diri pulak. Kata achariya Brahman (Brahmin Hindu) dalam kampong depa, Bua mampoih la pasai dia bunoh diri. Siam kata mampoih sebagai tai hong. Jadi depa kena simpan mayat dia dalam tanah bropa lama bagi dia dah tak dak dendam pasai dia mampoih tu pon cara tak elok. Dia ada lagi hajat tak sampai jadi roh dia tak setel lagi dalam bumi.

Satgi bopren Bua yang bongok tu pi cari dia kat kampong dia. Tapi time tu Bua dah mampuih dah la. Dia pi cari Bua kat umah dia. Tapi dia jumpa Bua pulak. Dia tak thu kata Bua yang dia jupa tu antu.

Hurmmm, panjang plak nak tepek creta bagi. Ada masa sapa-sapa yang terpijak mai buleh pi tengok la dalam youtube pon ada. Elok tengok cepat-cepat takut depa buang video creta tu jah. Gambaq ni terbitan Group 4 Production ngan Pacific Island Film. Pengarah dia nama Saiyon Sisawad. Mola pada 17 Jun 2010 retu dah ada kat panggung.

Antara barisan pelakon dia dengan nama watak dalam gambaq tu ialah Yui Jiranan (Bua), Oak Pirapan (Pimarn), Aad Thanathorn (Somrith), Bombay Nantabun (Khiat), ngan Saad Pliempongsan (tuk sami Buddha).

Oh, lupa nak habaq! Pokok Takian ni sebenaqnya pokok Chengai Kampung. Worang Thai percaya kat pokok-pokok macam tu ada penunggu. Penunggu tu roh-roh sekeliling la jugak yang hinggap kat situ. Macam kes Nang Takian ni, dah dia pi bunuh diri tang tu makanya roh dia jadi penunggu pokok tu la.