Cerita bermula dengan seorang budak lelaki di sekolah menengah katolik yang baru tamat sekolah, bernama Nae
yang bekerja sambilan mengambil gambar di sekolah tersebut. Ketika
sibuk mengambil gambar di malam buta sekitar sekolah tersebut, terdengar
bunyi salakan anjing. Nae tiba-tiba disapa oleh seorang kenalan yang
junior di sekolah tersebut. Budak tersebut dikenali sebagai Bieam.
Bermula
di situ, mereka berkenalan dengan lebih rapat. Mereka berkongsi cerita
peribadi, pengalaman, kesukaan masing-masing, perhubungan dan juga
rancangan di masa depan. Nae sebenarnya seorang pemalu dan tertutup. Dia
enggan mendedahkan perasaan dan juga peribadinya. Sebaliknya, Bieam
lebih bersikap peramah dan banyak bersembang. Nae mengambil
gambar-gambar Bieam sebagai kenangan. Mereka bersembang sehingga
menjelang pagi.
Keesokan
paginya, Bieam menaiki bas sekolah untuk ke Bangkok bagi mewakili
sekolah untuk pertandingan bola keranjang. Bieam dan Nae pun berpisah
selepas berjanji untuk saling ingat mengingati. Nae berjanji untuk
memberi gambar-gambar Bieam apabila dia pulang ke Chiangmai. Kisah ini
terhenti di sini.