Rumah: Nota

Aku rasa para penonton yang sudah menonton filem ini boleh mengaitkan kisah hidup mereka sendiri dengan kisah-kisah yang disajikan menerusi filem ini. Contohnya, aku boleh kaitkan kisah hidup aku yang kini cuma tinggal kenangan dengan kisah pertama semasa bersembang-sembang dengan penduduk-penduduk di hostel yang aku diami atau dengan kenalan-kenalan keturunan Kedah yang mencari rezeki di Persekutuan ini. Sekejap saja berkenalan, dah kena berpisah sebelum menjadi lebih rapat.
 
Kisah kedua, aku boleh kaitkan dengan kisah hidup keluarga aku sendiri. Bapa aku pun kini mengalami lumpuh sepenuh badan akibat angin ahmar dan masalah jantung sejak 25 Mei 2012. Aku pun simpan nota cek mengenai kejadian-kejadian yang terjadi kepada diriku ini. Aku boleh letakkan diri aku di tempat makcik Bua Jan. Ingat babak majlis sebelum pengebumian anak makcik Kiaew? Ketika itu, makcik Kiaew dan makcik Bua Jan berbicara? Watak makcik Kiaew tersebut merujuk kepada ibu Bieam. Si mati tersebut adalah Bieam. 
 
Di penghujung cerita ketiga itu, Nae dilihat masih menyimpan gambar-gambar Bieam dalam kamera digitalnya dan sekaligus mengimbau kenangan dia melawat upacara pengebumian junior tersebut untuk memberi gambar yang dijanjikan dengan pilu. Kisah yang ketiga itu, aku belum boleh kaitkan lagi dengan kenangan-kenangan lampau lagi sebab belum bertemu sesiapa yang istimewa lagi di hati ini. Aku pun belum pernah bercinta berawek-awek semua. Sibuk dengan pelajaran dan berjuang untuk terus hidup saja.
 
Kalau hangpa perasan, semua  kisah itu diikat bersama oleh pengarah dan penulis filem ini yang agak bijak menjalinkan watak-watak dalam kisah-kisah sebelumnya di penghujung cerita, dengan watak makcik Bua Jan sebagai penggubah bunga di majlis resepsi perkahwinan Priya serta kawan kepada keluarga Priya, sementara watak Nae pula sebagai jurugambar di majlis tersebut. Semua tiga jalan cerita ini dirumuskan dengan penuh puitis. Kisah pertama penuh dengan kepiluan akibat perpisahan, kisah kedua penuh rasa kerinduan, dan kisah ketiga penuh pengharapan.