Rumah: Kisah Ketiga

Babak pertama bermula dengan kapal terbang Orient Thai mendarat di Chiangmai. Kereta meluncur di jalan dan kedengaran makcik On begitu teruja dengan perkahwinan anak saudara perempuannya, Priya Indravaśa yang mewah di resort.

Bakal suami si Priya, Leng cuma berkepit dengan Ipad nya saja. Sepatah pun tida bercakap. Leng adalah seorang ahli perniagaan berketurunan Cina Baba di Phuket. Priya dan Leng pergi ke resort untuk memeriksa persiapan perkahwinan mereka dua hari sebelum majlis resepsi. Mot yang lembut, adik si Priya sedang sibuk mengaturcara kugiran untuk majlis perkahwinan kakaknya. Priya rungsing sama ada dia perlu meneruskan perkahwinan atau tidak ketika bersembang dengan rakannya, Sue. Tiba-tiba, mereka dikejutkan oleh ketibaan ibu Leng yang membuat kecoh mengenai majlis yang terhad di Chiangmai. Mereka tak faham loghat bahasa Thai selatan jadi mereka pun diam.

Di babak kedua, Priya bertemu dengan makcik Jan dari kisah kedua tadi. Makcik Jan menggubah bungaan untuk majlis penduduk di sekitar tersebut jadi dia turut membantu Priya untuk menjayakan majlisnya. Ibu Priya adalah kawan makcik Jan. Priya kelihatan keliru dengan keinginannya untuk berkahwin dengan Leng dan juga ibu Leng yang kelihatan tidak suka dengan majlis perkahwinan tersebut. Ketika melawat kali kedua  di dewan perkahwinan untuk melihat persiapan, Priya terserempak dengan Pek, bekas kekasihnya yang menjadi juruteknik di situ. Kemudian, Leng melihat adiknya yang sibuk di pentas lalu mencebik kebosanan.

Babak ketiga, Priya minum-minum di malam hari dengan kawan-kawan di rumah Sue. Mereka mengimbau kenangan dengan rakan-rakan sekolah sambil menonton tayangan slaid. Tiba-tiba muncul slaid gambar Priya dengan Pek yang turut mengembalikan kenangan Priya bersama lelaki itu. Seterusnya mereka minum-minum lagi sehingga mabuk. Ketika itu, Sue menceritakan mengenai suaminya yang panas baran dan perceraian mereka. Sue menasihati Priya, "Perkahwinan itu bukan pencapaian terakhir. Sebaliknya, satu permulaan".

Babak keempat, Priya bersembang dengan Pek keesokan harinya. Dari situ, dia mengetahui kisah hidup bekas teman lelakinya itu sejak 10 tahun lalu. Pek sudah bercerai dengan isterinya. Pek memberitahu Priya, "Orang mempunyai lebih banyak alasan untuk berpisah berbanding dengan untuk jatuh cinta". Selepas itu, mereka bersembang mesra mengenai kehidupan mereka di universiti. Pek pun kemudian mencucuk jarumnya bila berbincang mengenai janji lama mereka. Mereka berkucupan di tepi tasik dan adik Priya terlihat kejadian itu ketika pergi menjemputnya. 

Babak kelima, Priya menjalani upacara menepung tawar pengantin. Priya marah Leng kerana memecat pemandu untuk membawa bunga kesukaannya. Priya mendesak Leng memberitahu motifnya kerana dia mula ragu-ragu untuk berkahwin dengan Leng. Dia takut Leng "memecatnya" seperti pemandu tersebut. Dia membocorkan rahsianya sendiri berciumolot dengan Pek di depan Leng. Makcik On terpaksa menariknya keluar kerana terkejut. Makcik On memberitahu bahawa Mot tidak membocorkan hal tersebut kepada sesiapa pun. Berlaku salah faham di situ. Mot sebenarnya meminta Leng mengurangkan perbelanjaan supaya boleh mengupah budak-budak kecil untuk menjadi bidadari majlis.

Selepas itu, Priya pun berbincang mengenai perasaan Priya terhadap Pek. Makcik On bertanya, "Berapa lama kau kenal Pek? Berapa lama kau bergaul dengannya?" Priya jawab, "Tiga tahun..." Makcik On pun memberi pandangan, "Kita selalunya akan nampak hubungan yang singkat itu penuh dengan perasaan. Tujuh tahun pula kau bertekak dengan si Leng, lepas itu nak kahwin dengannya. Kau tak rasa begini sia-sia saja?". Priya menjelaskan keraguannya, "Mungkin saya nak kahwin dengan Leng sebab jaminan masa depan? Mungkin itu bukan sebab cinta". Makcik On cakap, "Terpulanglah tapi fikir dengan teliti dan pastikan kehendak hidup kau itu apa? Kalau fikir mahu pengalaman romantik, bolehlah kau tinggalkan Leng. Balik semula ke Pek. Kalau tak cinta si Leng itu pun, cuba lihat sekeliling. Segala yang berlaku ini sebab si Leng. Dia mencintai kau." Priya terhegeh-hegeh berlari untuk merayu Leng berkahwin dengannya. Leng yang bermuka serius sedang menghidupkan motor kapcai untuk pergi mengambil bunga kesukaan Priya dan kelengkap perkahwinan. Leng kata, "Priya, pergi rehat!" Lalu meninggalkan Priya yang bergenang air mata.

Babak keenam, di majlis resepsi pengantin pada malam hari. Leng masih belum terlihat kelibatnya di situ. Ibu Leng sudah bising-bising komplen kerana terpaksa menyambut tetamu. Dia mengutuk Sue yang mengapit Priya sehingga menimbulkan kemarahan wanita tersebut kerana Sue pun orang Phuket. Dia faham dirinya dimaki oleh nyonya tersebut, lol. Majlis pun dimulakan oleh Mot sebagai juruacara majlis. Mos gugup ketika baca skrip jadi, dia pun memberi ucapan ikhlas bahawa dia cuba buat yang terbaik untuk kakaknya walaupun mereka yatim piatu. Dia sayang kakaknya.

Tiba giliran Leng memberi ucapan, "Saya ini seorang yang kejam. Pekerja saya yang sering membuat kesilapan yang sama akan segera dipecat. Semalam pun saya memecat pakcik pemandu sebab dia selalu terlupa melukis peta untuk ke resort ini. Saya tak tahan dengan orang suka buat kesilapan sama berkali-kali. Saya berkawan dengan Priya sudah tujuh tahun. Dalam tempoh ini, berkali-kali dia membuat kesilapan. Dia pun cerewet dan sering bersangka buruk. Sepatutnya, saya sudah memecatnya sejak tahun pertama kami berkawan".

"Pagi ini pun, Priya sudah membuat kesilapan yang begitu besar. Namun, saya bertuah sebab dia sering membuat kesilapan. Saya bertuah sebab bersabar. Sesetengah orang mungkin fikir, fikiran saya ini menjadi cerminan kegagalan perkahwinan ini. Namun, ingin saya tanya kepada semua. Dengan siapa anda ingin habiskan hidup anda? Orang yang bagaimana? Antara orang yang anda tahu akan berbuat kesilapan atau orang yang anda tak tahu kesilapan jenis apa yang boleh dibuatnya. Tapi bagi saya, saya pilih wanita yang ajar saya untuk memaafkan. Kerana saya sedia memaafkan Priya. Priya pun tahu sebabnya".

Priya pun menangis kegembiraan dan speecheless. Dia tahulah Leng cinta akan dia. Babak ditutup dengan gadis-gadis berebut bunga, sorotan fokus terhadap watak makcik Jan dan Nae selepas semburan confetti emas. Leng sebenarnya romanti juga cuma dia jenis pendiam. Lagu berkumandang, nostalgia pun di ingatan...