Selasa, 30 September 2014

Mahu Pulang ke Penang

28 Jul 2011, Siang


Yang ini cuma versi recap saja dari diari tahun 2011 aku untuk seksyen bulan Julai. Sebenarnya cuti semester di universiti di Pulau Mutiara itu sudah diselaraskan jadi bulan Julai itu pelajar-pelajar di universiti boleh pulang ke rumah, melancong atau bekerja sambilan untuk mencari duit poket ketika bulan Ramadhan. Untuk pelajar postgraduate seperti diriku ini, cuti atau tidak cuti sama saja. Hang try lah buat postgraduate dulu tida mengira secara sepenuh masa atau jarak jauh. Hang fahamlah perasaan orang lain bila hang mula nampak di sekeliling hangpa itu cuma satu adjektif saja, iaitu... Bitch!

Aku tengok kopek (dompet) aku pun sudah hendak bocor disebabkan wang tunai di tangan sebenarnya sedikit saja. Mujur aku sudah pun berurusan di mesin teller automatik CIMB di pintu Bukit Gambir jadi aku boleh mengeluarkan wang akaun di Bangkok. Gila hang, nak patah balik ke sempadan Malaysia sejauh 1,150.7 km untuk mencucuk duit???! Perjalanan dengan pemanduan kereta sendiri pun mengambil masa 15 jam. Aku tengok akaun aku pun macam nak surut saja dan di Bangkok itu pun tiada saudara-mara terdekat. Adik ipar kepada ibu saudara sebelah mak aku ada lah seorang tinggal di Bangkok. Depa berhijrah ke sana semasa zaman British dulu. Tiada nombor mahupun alamat. Kakak Garutmedjai ada memberi nombor junior-junior dia di pusat pertanian Ramkhamhaeng tetapi aku tidak berani nak ambil risiko lagi dah. Pergi ke Bangkok sehelai sepinggang seorang diri pun sudah berisiko. Aku cucuk TB 3000 (RM 300) sajalah di CIMB Thai. Depa cas servis lagi, cek. Bukan cas RM 1 tetapi banyak juga untuk route service overseas.

Aku fikir balik pagi itu, elok aku berundur balik dulu dengan beli tiket penerbangan. Berani mati sajalah tak tempah dulu tiket. Mesti mahal, rugi duit aku, huhuhu. Aku nak sampai cepat sebab dua hari lagi bulan Ramadhan. Bukan semata-mata sebab tidak cukup kewangan saja. Aku beritahu receptionist di hotel itu, aku tidak jadi hendak tinggal di situ untuk baki satu malam lagi seperti yang aku isi di borang ketika daftar masuk dulu. Aku nak daftar keluar. Jadi, depa memulangkan semula lagi 25 % daripada wang deposit. Bagus juga, mungkin aku boleh cuba makanan di gerai-gerai di sepanjang Silom itu jika bertuah bertemu gerai-gerai Muslim.

Mula-mula, aku menyusuri jalan Silom untuk mencari bahan buat menyerok (sarapan). Aku boleh nampak dua gerai Muslim sebab makcik itu pakai tudung. Jadi, aku mendekati gerai menjual roti dan membeli roti ban bulat yang disapu mentega, ditabur gula di tengahnya dan dibakar atas dapur arang dengan harga TB 10 (RM 1). Kemudian, aku membeli secawan kopi sejuk dari gerai menjual teh dan kopi ala-ala Starbuck di tepi jalan dengan harga TB 18 (RM 1.80).

Kemudian, aku ternampak wanita-wanita beratur memberi sembah barang keperluan kepada bhiku-bhiku yang dibawa ke situ dengan van. Mereka kemudian merendahkan diri sambil mendengar bacaan katha berbahasa Pali. Aku turut membeli sebungkus nasi dan telur untuk disedekah kepada bhiku-bhiku Buddha tersebut. Kemudian, aku dengar jugalah blessings depa sebagai tanda hormat. Bukannya depa baca mantra seru dewa-dewa pun. Aku faham saja depa baca apa, lol.

Gambar di atas itu adalah stesen BTS Chong Nonsi yang lebih jelas di siang hari. 

Merantau ke Bangrak

27 Jul 2011, malam


Malam-malam ini perut pun sudah memainkan muzik keroncong menandakan dia sedang kebuluran. Hendak pergi hentam minum teh atau hentam bubur di gerai-gerai tepi jalan di Silom itu mungkin boleh juga namun undang-undang agama yang mengikat body dan mindaku ini menyuruh aku untuk pergi mencari penempatan orang Islam di kotaraya Bangkok ini. Bukan nak bersikap "racist" cuma kita pun mempunyai komitmen terhadap agama kepercayaan kita. Jadi, aku pun berjalan sedikit ke stesen BTS Chong Nonsi.

Cik kakak meja reception itu memberitahu lebih awal lagi bahawa pintu masuk utama ke hostel terpaksa dikunci sekitar jam 21:30 demi keselamatan pelancong sendiri. Periksa-periksa jam, kelihatan masih awal lagi. Jam menunjukkan pukul 19:45 petang. Aku solat jamak qasar dulu di bilik sebelum keluar untuk memastikan perjalanan lebih diberkati dan syumullll, begitu...

Pintu di lobi kecil itu masih boleh dibuka dengan menyelet kad kita yang diikat dengan kunci sekiranya aku pulang lewat pun. Cuma di bandar-bandar besar di mana pun, kita mestilah bersikap lebih teliti dan berhati-hati selalu. Di Kuala Lumpur sekalipun, kita tidak boleh berjalan-jalan seorang diri di luar pada lewat malam bukan? Lebih baik berhati-hati berbanding dan menyesal di kemudian hari. Sebelum keluar itu berwuduk sedikit, baca doa sedikit dan kemudian bertawakal. Selepas itu, hang berhambuslah hendak menuju ke mana-mana pun.

Jalan dari Chong Nonsi BTS ke depan itu terus menuju ke daerah Bangrak. Tidak ingat pula nama jalan dan terlupa pula nak catit. Ini semua tabiat aku yang biasa. Buat catitan dan laporan. Hangpa tidak semestinya menjadi seorang wartawan untuk berbuat begini. Sepupu sebelah mak aku dulu, si Din, pernah sinis juga, dia kata, "hang toksah jadi wartawan macam pak hanglah". Dia duk di Kodiang itu sekarang ini melading macam papan reput itu sebab kenyataan bodoh dan kampungan dia itulah. Close-minded, sel-sel otak tidak berhubung begitu... Ini sebenarnya sikap pengembara-pengembara Eropah dan sikap kelompok-kelompok elit dalam istana-istana lama di Asia Tenggara yang asalnya dari ibubapa yang bercampur bangsa asing. Oleh itu, kita mempunyai world-view yang berbeza dengan orang kampung yang tidak bertamadun, loll...


Kereta bertali-arus dari Jalan Surawong.....


Yang ini stesen BTS di Bangkok jadi hangpa boleh berhenti bersikap seperti bangsa Bukit dari Korea atau Jepun yang tidak setara mana pun. Cara sebut BTS itu seperti, "Bee Tee Ehtt" sama seperti slang orang Melayu Utara yang tua-tua di hulu banat sebut. Huruf konsonan "...s" di hujung perkataan itu berubah menjadi huruf "t" atau "st". Keadaan di Bangkok samalah seperti di KL dan Singapura. Penduduk menggunakan kenderaan awam sebab jalan-jalan di tengah ibukota begitu sesak dengan kereta.


Kita perlu menungu di sebelah laluan untuk ke Stadium Negara jika hendak ke daerah Bangrak. Sebenarnya, aku sudah tersilap menunggu di sebelah yang satu lagi. Aku bertanya beberapa kali kepada security guard di situ untuk memastikan aku tidak silap. Tanya sambil cakap bahasa Siam loghat Selatan sajalah aku tak peduli sudah. Security guard pun begitu bersopan jadi terasa seperti berada di tempat sendiri, haha...


Gambar di atas ini, Masjid Ban Ou atau Masjid Harun di daerah Bangrak. Sempat juga aku ambil gambar sewaktu hujan sedang turun. Masjid ini terletak sebelah kanan pasar di sebelah kanan bahu jika berjalan dari simpang luar. Depan masid banyak rumah orang Cina.

Ketika turun di stesen BTS Bangrak, aku ternampak cik kakak Muslim bertudung sedang menunggu. Kita tahu dia Muslim pun sebab dia bertudung. Sebab nota dan peta dalam catitan aku itu kelihatan mengelirukan jadi terpaksa aku bertanya kepada cik kakak yang cun tersebut. Dari luar nampak sebuah tokong Cina. Tidakku sangka pula jauh ke dalam lorong tersebut, ada sebuah masjid.

Gadis Muslim tersebut agak membantu juga dalam menunjukkan jalan ke masjid. Rasa seperti tidak sopan pula untuk terus berbahasa Siam selain bentuk loghat pun berbeza. Tidak reti aku nak bercakap guna partikel "khrap" itu. Rasa seperti tidak normal dan terlalu terikat dengan loghat rantau tengah. Bentuk nada pun berbeza dan pelik. Jadi, aku pun kata aku ini orang sebelah sempadan selatan. Boleh guna English tidak sebab bahasa Thai yang aku reti pun cuma bahasa Thai loghat Selatan. Mujur dia reti English jadi mudah kerja aku. Tidak perlu nak tergelak-gelak lagi.


Di situ ada pusat membeli barangan jenama Macy seperti di lebuh raya Seri Kembangan. Itu di gambar sebelah kiri cahaya lampu motorsikal itulah, Macy.

Boleh dengar bunyi azan Isyak dah di situ ketika sampa di masjid. Tadi di Silom, aku sudah solat jamak di bilik namun aku sertai juga solat jemaah di situ sebab nak berjumpa imam, noja atau tok bilal untuk meminta pertolongan tunjuk tempat makan yang halal lagi syumul. Bacaan solat depa pun pelik sebab depa baca macam kita bercakap loghat Kedah. Contoh depa selawat berbunyi, "sonllonlohu 'alayhi wa sanlam!!". Selepas solat, aku mendekati noja masjid sambil memberitahu bahawa aku ini Muslim tapi bukan rakyat Thailand. Minta bantuan pakcik tunjuk tempat untuk beli makanan takut nanti terbeli cik "barbee" yang comel itu. Boleh nampak juga beberapa geng Tabligh asing (Bangladesh) di situ, menunjukkan bahawa masjid itu merupakan tempat Sunni yang syumul dan diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Oleh itu, aku telah pun menepati citarasa datuk MB Mukhris yang hensem dan kacak seperti MGR versi botak itu.

Kemudian, dia membawa aku berjalan ke medan makan yang cuma di sebelah masjid tersebut sambil terus memesan sepinggan "Khao Mok Kai". Ingatkan dia nak belanja aku tapi dia terus blah saja selepas itu, chaittt! Nasi tersebut kelihatan seperti nasi Biryani. Mungkin Biryani versi Bangkoklah kot. Terdapat ayam secoet terselit bawah nasi sebumbun itu. Selepas selesai mentakedarah, aku pun bersembang dengan pakcik gerai nasi ayam tersebut. Dia tahu aku mari dari Kedah dan rakyat Malaysia, lalu dia ajak aku pergi ke Yaowa tumpang di rumah dia. Aku menolak dengan sopan sebab sudah tersewa bilik di Silom dan kita kena berhati-hati di negara asing atau rantau orang. Aku kata tak mahu menyusahkan sesiapa, terima kasih sajalah pakcik.

Rasa seperti terlupa nota aku di masjid. Oh, nehiii, itu nyawa aku!!! Jadi, aku pun lari tidak cukup tanah menuju ke masjid. Mujur pintu pagar dewan masjid belum dikunci. Jika tidak, mampuslah aku. Buku nota pun selamat tercongok di tempat aku duduk tadi. Aku pulang sebelum jam 21:30 sebab pertama kali jadi kita ikut semua panduan orang tempatan. Boleh juga aku membeli air mineral di 7E. 7E pun tidak ada roti Gardenia. Yang ada cuma jenis-jenis mee dan nasi saja. So great, uffff!!!

Menariknya di sini, aku dapati bahawa penduduk di situ gemar makan jenis-jenis kerabu dan lauk tetapi depa tidak makan nasi pada malam hari. Patutlah muka hangpa licin, body pun solid... uuuu. Ini cuma pemerhatian aku di medan selera Bangrak. Depa juga ada perkhidmatan mengurut kaki di merata-rata dengan upah sejam TB 25 (RM 2.48). Aku tidak mencuba pun sebab sedang menyekat bajet. Malang sekali. Mungkin selepas bekerja tetap nanti aku mai lain mencuba, noooh.


Inilah dia Khao Mok Kai yang dimaksudkan bersama Sup Pati Ayam dan Sambal Belacan Manis.... Kin khao pai??! Kin leur nong oiii.... LOL.

Isnin, 29 September 2014

Orang Kampung



Okey, lagu ini ditujukan untuk geng-geng phutai sekelian. Kalau hangpa yang non-Thai speaking nak tahu, loghat bahasa Thai penyanyi ini mempunyai bunyi loghat negeri-negeri sebelah Timur Laut Thailand yang bersempadan dengan Republik Sosialis Laos dan negara Kemboja. Ramvong mak nenek itu kita beroleh pengaruh dari depa di utara itulah. Stail lagu depa ini kita sebut sebagai Mor Lam. 

Depa ini turut mengalami proses Siamisasi walaupun majoriti depa beragama Buddha dengan minoriti Kristian dan orang nomad yang tiada agama. Oleh itu, hangpa boleh lihat kelompok nasionalis negeri-negeri di sebelah Timur Laut dalam kalangan bekas kerabat diraja sejak kurun ke-13 M yang terbuang sehingga ke Perancis dan US mengeji orang awam Thailand sama seperti hangpa pun mengeji orang awam Thailand yang tidak kena mengena dengan dasar-dasar kelompok pentadbir. Depa turut mengaitkan diri depa dengan Laos. Lagi satu, depa tidak suka Cink Conk, hahaha....

Politik itu politik jugalah. Kemanusiaan itu lebih tinggi dan lebih mencakupi daripada belahan-belahan idealisme kecil-kecil.

Penyanyi: ไผ่ พงศธร Phai Phongsatorn.
Judul: คนบ้านเดียวกัน Kon Bān Dieowkan.
Album: อยากบอกว่าอ้ายเหงา Yāk Bokwā Āi Ngau
Judul bahasa Melayu: Orang Kampung
Syarikat Penaung: GMM Grammy Gold
Tahun: 2003

Jumaat, 26 September 2014

Lelaki Dikelilingi oleh Anjing



Judul lagu ini agak kurang sopan sedikit di pendengaran hangpa. 

Judulnya: ผู้ชายมากกว่าฝูงหมา
Transkripsi Judul: Phuchāi Māk Kwā Fung Mā
Judul Bahasa Melayu: Lelaki Dikelilingi oleh Anjing. 
Penyanyi: Kāngkeng
Syarikat Penaung: Rsiam Music. 

Enjoy sajalah noh, haha..

Khamis, 25 September 2014

Rumah Hantu Piśācha

Sawaddīkhap!



Apa cerita kawan-kawan kita? Seronok dak setiap hari-hari anda? Boleh dikatakan agak lama kot aku menanam anggur kerana aku tengah pening berfikir nak cari kerja di mana bagi membayar bil-bil utiliti dan cukai perumahan. Sebelum ini aku bekerja di sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menguruskan satu projek lapangan. Oleh sebab pak aku sakit dan lumpuh tertidur atas katil sahaja, maka terpaksalah aku berhenti dahulu kerja lalu balik rumah untuk tolong mak aku. Sekurang-kurangnya, aku berani mencuba meluluskan diri di temuduga kakitangan di organisasi antara kerajaan (intergovernmental). Bukan sembang deras sambil berlagak macam tahi saja.

Untuk bangsat yang semangat dah jadi bos besar itu; atau bekerja jawatan hebat apa pun; toksah duk sibuk 'judge' oranglah. Hangpa bukan duk dalam situasi orang. Jadi, ada hidup suka bahagia itu; kitab-kitab suci kata, bagi banyak bersyukurlah kepada Tuhan begitu. Beri simpati dan bersikap empati sedikit pun bukan merugikan kehidupan kita yang penuh kepalsuan ini. Orang Kedah kata, 'tak gāduh kĕluag sĕkepiăng pōn'. Mafhumnya, bukannya perlu beri wang atau bayar pun untuk lebih berbaik sangka atau berempati apabila nampak orang itu jobless, miskin, jadi bhiku dan sebagainya.

Masalah penduduk dunia ini sebenarnya; depa tidak berkemampuan untuk berfikir meliputi akal setitik depa. Jadi, muncul macam-macam penyakit di jiwa yang diperjelas oleh ilmu psikologi moden seperti narcisistic personality disorder, self-centered, superiority complex, inferiority complex, egoism dan sebagainya. Penyakit-penyakit inilah yang dibongkar oleh baginda Siddhartha Gautama Buddha lebih 2000 tahun yang lampau dan dipelajari serta dibincangkan lebih lanjut lagi oleh mereka yang masuk menjadi bhiku di biara-biara, di hutan tebal, di kuburan serta di banjaran-banjaran nun bertapa seorang diri.  

Oh, ya! Untuk siri-siri bahasa Siam, sila klik di bar bawah tajuk blog ini. Siri-siri tersebut aku susun untuk kemudahan kelompok-kelompok seperti pelancong, yang nak berziarah ke tempat suci bagi penganut Buddha, yang nak melawat saudara-mara, yang nak shopping, nak belajar di Thailand dan sebagainya.

Filem

Berbalik ke topik filem kita ini. Filem ini sebenarnya sebuah filem lama. Judul bahasa Siamnya, คน ผี ปีศาจ Kon Phī Piśāt atau Rumah Hantu Piśācha. Piśācha ataupun disebut Piśāt menurut sebutan bahasa Siam ini sebenarnya merujuk kepada sejenis bangsa setan dalam lagenda Hindu.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan mengenai seorang anak gadis yang bernama Ūi yang kematian kedua-dua ibubapanya. Ibubapanya ditembak mati oleh samseng di jalan gelap ketika tayar kereta bapanya pancit. Ibubapanya ditembak mati depan matanya. Disebabkan kejadian tersebut, gadis itu terpaksa menumpang di rumah makcik Bua nya yang terletak di sebuah kilang percetakan. Selain itu, dia turut mengalami trauma sehingga berhalusinasi. Dia turut mengambil ubat untuk menghilangkan halusinasi.

Di rumah makcik Bua, dia bertemu dengan cucu makcik Bua bernama, Ām. Ūi diberi tugas menjaga Ām dan membersih kilang cetak di tingkat bawah. Ām memberitahu bahawa di rumah itu ada setan. Di tingkat empat yang paling atas di premis rumah kedai itu, tiada sesiapa pun tinggal. Ūi ingat bahawa budak itu cuma bergurau saja. Malam pertama di rumah itu, beberapa kejadian pelik berlaku seperti Ām termuntah ketika dipaksa memakan hati yang separuh masak, kemudian tandas di tingkat bawah di ruang percetakan berbunyi-bunyi. Ūi pun memakan pil dadah anti-kemurungan, Ezeepam (5 mg). Dia hentam telan sehingga empat biji.

Episod lain pula, si Ām bangun kencing malam di hujung bilik. Dia enggan ke bilik air sebab takut lampu malap-malap. Di samping itu, belakang tubuh berbirat-birat seperti disakai (dilibas) oleh sesuatu. Keesokan harinya, Ūi mendengar gosip pekerja-pekerja bahawa makcik Bua mengamalkan agama Hindu sayap kiri. Dia bukan pengikut Buddha Guru. Selain itu, makcik Bua menjadi perantara dewi untuk mencari barang dan orang hilang. Makcik Bua pun minum arak sambil membaca mantera dan memuja dengan keris. 

Hari keempat, Ūi dan Ām terkurung di rumah kedai tersebut. Mujur ada abang Mai, salah seorang pekerja teknikal di kilang cetak itu sedang melepak-lepak depan rumah kedai tersebut. Bolehlah Ūi minta tolongnya membeli nasi goreng babi. Di sini bermula babak mendebarkan serta menyeramkan. 

Dalam penggal hujung cerita, diketahui: 
  • Makcik Bua membunuh seorang wanita bernama Sudchai sebab melayan cucunya, Ām dengan buruk.
  • Mungkin beberapa orang lagi terbunuh di rumah itu sebab terdapat beberapa tempat di rumah itu menimbulkan rasa takut Ām.
  • Terdapat mesej bahawa dadah tidak boleh membantu kita mengatasi trauma dan peristiwa hitam dalam hidup.
  • Tahun 2003-2004 merupakan tahun kempen membanteras kutu dadah ketika pentadbiran, Thaksin Shinawatra.
Beberapa persoalan:
  • Tidak diketahui bagaimana abang Mai memecah masuk ke rumah kedai berkunci itu?
  • Tidak diketahui kenapa makcik Bua naik minyak di hampir penghujung cerita?
Maklumat Filem

Judul: คน ผี ปีศาจ Kon Phī Piśāt
Barisan Pelakon Utama:
  • Ūi dimainkan oleh, ภุมวารี ยอดกมล Phūmvārī Yodkamon.
  • Adik Ām dimainkan oleh, Alexander Rendell.
  • Abang Mai dimainkan oleh, ธีรดนัย สุวรรณหอม Thīradanai Suvarahōm.
  • Makcik Bua, dimainkan oleh, อมรา บุรานนท์ Amrā Purānand.
Penulis Cerita: ชูเกียรติ ศักดิ์วีระกุล Chūkiat Sakvīrakun.
Pengarah: ชูเกียรติ ศักดิ์วีระกุล Chūkiat Sakvīrakun.
Projek: Yuk Lek
Tahun: 2004
Penerbit: 
  • Sahamongkol Film International.
  • Baa-ram-ewe Production
Nota: Sila klik di sini.

Ahad, 21 September 2014

Jom Menari!



Jom kita lupakan sebentar segala keperitan hidup ini. Hidup ini memang diwarnai oleh keletihan dan kesedihan. Hidup ini cuma mimpi yang singkat saja. Sedikit sebanyak, mesti juga ditempuhi halangan-halangan. Alihkan perhatian dari episod-episod sedih dalam hidup ini. Mari bergembira sebentar bersama, Musketeers!!

Judul: Let's Dancing
Persembahan: MUSKETEERS
Album: UPRISING
Syarikat Penaung: Believe Records
Pengarah: Vasuphon Kriangprapakit
Produser: Monchanok Sripa
Pengarah Penggambaran: Nattapon Vuttipecth & Sutthichai Lunagamornlert
Penata gaya: Kwanhatai Chittiwatana
Penyunting: Tacha Ngamkala, Vasuphon Kriangprapakit & Kittithat Tangsirikit
Jurunata Warna: Kittihat Tangsirikit
Pembantu: 
  • Wimalin Songwattana
  • Tai Attarangsan
  • Tanatorn Chalongkwamdee,
  • Fai Kounwaiyabutr
  • Senior Golf
  • Senior King
  • Abang

Merayau Sekitar Silom

27 Julai 2011, pagi

Pagi ini, aku bangkit awalll, cik!!! Aku sempat bersolat Subuh dalam bilik hotel itu. Aku belum tahu nak pergi mana pun.

Tengok dalam nota aku.... Ish, banyak pula tempat hendak pergi melawat. Tak tahu nak mula di mana. Line kereta api pun aku tak tahu sangat. Bukan nak kata di Siam saja. Di Kuala Lumpur pun serupa itu jugalah. Kita pun jarang-jarang ambil pengangkutan LRT atau apa-apa kerana tidak ada keperluan di situ. 

Aku tak begitu nak beli barang makanan sangat walaupun kelihatan yummy. Aku jalan saja tengok-tengok dulu di sebelah simpang Surawong. Ada kedai makan situ. Nak pergi order makanan tak berani. Beli cha o lieang (teh o ais) dan moei (bubur) beranilah. 

Mereka tulis di papan menu itu, perkataan dari bahasa chink chonk, "chukk" tetapi bila disebut berbunyi moei pula. Sama seperti kita duk berkecek di rumah pun, haha.


Ini di hujung Jalan Silom sebelah persimpangan Surawong dan Surasak-Narathivat. Penandanya, ada sanggraha dewa Brahma Chatumuka yang dicat warna emas. Ini berhala dewa Hindu.


Aku berjalan penat jugalah. Last skali, aku berpatah balik ke jalan Silom. Aku nak tengok sebelah jalan besar pulak. Apa yang ada di sebelah MRT Saladaeng tempat aku awal-awal sampai dulu. Aku nampaklah tugu ini. Entah apa nama tugu pun tak tahu. Ia terletak di seberang jalan itu. Malas nak lintas pergi tengok. Kereta pun banyak sangat.

Universiti Chulalongkorn, Kampus Perubatan

Kemudian aku berjalan terus turun lagi. Jauhlah juga. Aku tak ambil pula BTS Sukhumvit line di belah jalan Silom kerana aku belum berani lagi. 

Sebelah hostel aku menumpang itu pun terdapat stesen BTS Chong Nonsi. Duk kerjalah tersalah sebut. Aku tersilap sebut jadi, Nong Chongsi, lol. Merayau-rayau di jalan Silom itu dan merodong simpang semua sudah menghabiskan masa aku sebanyak sekerat hari. Aku terus berjalan lagi lalu ternampak pula Universiti Chulalongkorn. Ia adalah kampus perubatan depa.


Ini adalah signboard di sebelah tepi pusat pentadbiran kampus ini.


Ya... Ini pun pejabat pentadbiran kampus perubatan Universiti Chulalongkorn. Gua merasa tengok doktor-doktor Siam di sini, huhu.


Ini asrama pelajar lelaki depa... Malas aku nak naik, berdiri di bawah saja....

Ada pelajar dengan doktor caucasian juga di situ. Aku masuk menjelajah dalam U ini tanpa sesiapa melarang aku pun sama seperti sesiapa yang nak masuk di USM kalau mengikut sesetengah pintu macam di Bukit Gambir atau sebelah Sungai Dua sebelum jam-jam dia ditutup.

Adoi, banyak aku ambil gambar jalan dan lorong saja. Aku nak melawat Rattanakosin dan sebelah istana negara depa tapi, cari-cari tak berjumpa pula. Awal-awal sampai di sini, memang aku tak ada clue langsung waktu tu. Geram betul, jalan jauh-jauh tak boleh tengok istana dan bangunan candi emas depa!!!

Selasa, 16 September 2014

Jalan Silom

26 Jul 2011, petang


Aku ambil MRT dari Hualamphong tanpa arah tujuan. Aku menuruni tangga bersebelahan dengan pintu di hadapan stesen kereta api Hualampong. Dari situ, terus masuk ke terowong untuk ke stesen MRT. 

Aku berdiri sebentar memeriksa buku nota aku. Ketika itu, aku ternampak Silom dulu di skrin paparan komputer menjual tiket MRT. Di nota aku itu pun kebetulan tertulis, "Silom". Aku pun menekan di skrin untuk pergi ke Silom saja. Aku pernah mendengar bahawa di situ pun ada hotel, "Take a Nap" yang murah untuk bajet dalam RM30 saja semalam jika berkongsi bilik dengan pengembara lain. Konsep biliknya pun khabarnya menarik. Setelah menekan destinasi di skrin, aku pun memasukkan duit pecah TB 30 (RM3). Sama seperti di KL, kita akan diberikan sekeping chip untuk diseletkan di pagar automatik untuk ke platform menunggu kereta api.

Aku cuma mengetik gambar sambil berjalan saja. Tidak terfikir pun untuk berhenti sebentar. Baru saja sampai meninjau-ninjau, mengembara pun bersorangan. Jadi, kita mestilah peka dengan persekitaran sekeliling. Tidak buleh ğalit (leka). Gambar di atas itu adalah lorong berbentuk terowong untuk ke stesen MRT Hualampong. Di situ, mereka mempunyai pos pemeriksaan keselamatan. Mereka memeriksa senjata tajam dan senjata api dalam beg orang ramai. Kita perlu melalui mesin pengimbas seperti di balai berlepas lapangan terbang. Pengawal berpakaian seragam yang jaga di situ pun baik-baik dan sopan santun belaka. Jika kita menegur mereka elok-elok, mereka pun bersopan kembali.


Ini ketika aku berjalan dari stesen MRT Saladaeng. Lalu di bawah stesen BTS Silom. Nampak di sekeliling mereka memacak gerai menjual bermacam-macam baranga. Ada jualan makanan juga seperti หมูย่าง mū yāng (babi bakar), nasi pulut, buah-buahan, surat khabar, segala mak nenek jam, serta kain baju di depan bangunan komersil.

Silom ini merupakan sebuah tempat perdagangan kerana aku mendapati bahawa ada bank-bank, wisma, serta pusat membeli-belah di sini. Ada juga gambar maharaja Siam sebesar-besar alam ditempel di tembok depan itu. 

Orang yang berjalan di depan itu, berlalu-lalang pun memberi sembah ke banting maharaja itu. Penat aku melewag (merayau) sehingga termasuk ke kawasan Patpong serta lorong-lorong di jalan Silom ini. Haram tidakku temui pun hotel 'Take a Nap' itu. Kelihatan cuma seorang wanita Kemboja sedang berteriak sambil meriba anak lelakinya di depan sebuah klinik. Anaknya kelihatan demam melarat.


Seperti di KL pun, jalan-jalan di situ dipenuhi oleh kereta. Lampu isyarat mereka mempunyai masa automatik seperti di Persekutuan yang baru nak pasang benda ini sejak 2014. Jika pejalan kaki berkumpul ramai-ramai di tebing jalan untuk melintas jalan, kereta semua pun berhenti.

Teksi mereka pun bermacam-macam warna. Ada yang berwarna merah jambu, hijau, oren, hijau kuning, dan biru. Pengangkutan lain yang memberi khidmat untuk pejalan kaki bergerak dengan segera pun ada. Contohnya seperti motorsikal. Penunggang motorsikal tersebut berpakaian seragam dan bertopi keledar. Ada สองแถว songtaew (lori kecik) seperti di Manila serta ada สามล้อ sāmlō (tuk-tuk) selain daripada bas.



Ada juga orang yang memberi aku nombor Samart Kriangsak untuk menjadi pemandu pelancong. Tetapi aku dengar katanya sehari dia mempelekoh RM100. Oleh sebab aku pun cuma sorang saja. Terasa seperti tidak berbaloi untuk menyewa khidmat mamat tersebut. Lebih rela aku gagahi juga berjalan kaki. Gambar atas itu, contoh untuk penunggang motorsikal ala-ala tapi itu di Jalan Phaya Thai.


Bangkok Downtown Hostel


Beberapa jam berjalan kaki, perut pun sudah terasa lapar. Tekak pun dahaga. Separuh petang sudah ketika itu. Hendak hentam membeli sosej babi yummy di tepi-tepi jalan itu bolehlah juga. Tapi, aku ternampak 7E jadi tidak perlulah aku mengelupur terkena sawan babi mencari tanah untuk bersamak selepas makan, lol.

Aku pun masuk ke dalam 7E itu dengan harapan untuk mencari sebungkus roti gardenia seperti di sebalik sempadan selatan serta membeli air mineral. Alih-alih, tiada roti langsung. Orang Bangkok mungkin tidak reti melahap roti agaknya. Mereka kelihatannya mengkedarah nasi pulut dan mi saja seperti Chinkenese. Aku cuma ambil nasi kerabu berlaukkan ikan celup tepung masak phadprid sajalah. Di peti ais terbuka di situ pun pilihan yang ada cuma ikan dan babi. Kalau ayam pun mungkin aku tidak berani ambil. Bimbang ayam patah tengkuk.

Muslim pengikut mazhab Syafie totok nenek moyang memang agak "strict" sedikit. Bukan tidak boleh kentut takut batal air sembahyang saja. Muslim mazhab Hanafi depa boleh saja hentam kentut tanpa batal air sembahyang. Tapi, depa tidak boleh berbunyi perut (lapar) pula. Nak masuk ke wat Buddha pun aku cuci kaki dengan tangan dulu. Brahmin-brahmin pun buat macam itu. Jadi, aku tidak nampak pun benda ini sebagai pelik. Mungkin kawan-kawan Buddhis sakit hati ada Muslim duk kutuk hangpa. Tapi, hangpa tengok sajalah depa sebagai jahil. Depa tidak mengaji usuluddin dan syariah sangat pun. Hafal Quran pun tidak. Depa pun serupa jugalah seperti anak-anak Buddhis yang ikut adat saja. Sutra apa pun haram tidak ingat cuma bezanya Buddhis tak cop dalam IC saja macam Muslim.

Sebab lapar seperti sudah hendak mampusss.... Aku ambil jugalah phadprik ikan itu tanpa meneliti rak-rak runcit lain walaupun nampak syok saja kerana produk-produk yang tidak pernah dilihat di negeri kita ada pula di situ. Mereka memanaskan makanan segar yang disejukkan itu semula dengan cas TB 160 (RM 1.60). Memang mereka panaskan betul-betul.

Sistem 7E mereka kelihatan seperti di Jepun dan Taiwan. Dulu pada bulan Jul-Ogos 2004, semasa aku melawat Jepun pun mereka ada menjual makanan ruji penduduk Jepun seperti sushi, mi udon, gyudon dan mak nenek semua di 7E. Di Siam pula, mereka ada menjual nasi kerabu berlauk, phadthai (sejenis mi), dan lain-lain secara ekslusif di 7E serta boleh dipanaskan semula mengikut kehendak pelanggan.

Aku melahap nasi tersebut di depan wisma berkunci atas tangga di tepi gerai surat khabar. Selepas makan, aku pun meneruskan berjalan kaki lagi. Turun ke bawah lagi selepas dari medan makan seperti gerai-gerai makan di nat pekan Kodiang. Aku boleh nampak papan tanda Bangkok Down Town Hostel seperti dalam gambar itu.


Hostel itu terletak bersebelahan farmasi dalam jalan yang berdepan dengan persimpangan jalan Surawong. Cik kakak penjaga reception itu bolehlah berkecek bahasa Inggeris sedikit-sedikit. Taukenya pula seorang Cina. Di seebelah kanan hostel itu pula, trdapat kedai minum teh Cina yang berbentuk seperti tokong Cina. Ia sebuah restoran, bukan tokong pun. Yang bertulisan "HOSTEL" itulah hotel tempat aku menumpang. Aku sewa bilik untuk seorang dengan harga TB 476 bhat (RM 47.60). Deposit boleh ambil semula jika daftar keluar awal.

Mula-mula aku fikir mau berkongsi bilik saja. Tapi aku bimbang pula barang-barang penting seperti paspot dan lain-lain tidak tahu nak simpan di mana? Rupa-rupanya di tingkat atas hostel itu, ada rak-rak menyimpan barangan tetapi kena beli pedal-ayam (mangga kunci) sniri. Lain kali jika aku mahu bersiar-siar di Siam, pasti akan aku bawa pedal-ayam sendiri. Kemudian, aku harus membeli palam pencucuk karan Siam fasal mereka mengikut sistem U.S untuk saluran palam pencucuk barangan elektronik.

Kita di sini, memakai palam tiga pencucuk, sedangkan depa di sana memakai palam dua pencucuk saja. Payaah..... Payahlah aku nak cas telefon bimbit dan kamera aku! Itu antara sebab-sebab mengapa aku tidak bertahan lama di situ. Jika bateri kamera sudah kong; aku nak ambil gambar apa lagi???


Nah, ambil hang!!! Menumpang di tingkat lima sorang kita saja. Bilik di atas, yang aku sewa itu saja yang ada orang. Bilik berkongsi dengan pelancong lain ada di tingkat satu sehingga tingkat empat. Bilik airnya pun menjimatkan elektrik. Mereka memasang sensor yang boleh mengesan jika ada orang atau tidak dalam bilik mandi. Jika tidak kena laser, lampu pun terpadam. Hang mandilah dalam kelam. Jamban pun tidak ada air untuk basuh pungkog. Bawa botol air sendiri untuk beristinjak. Mereka menggunakan konsep selet pungkog dengan tisu di mana-mana pun di Bangkok seperti Chinkenese, Jepun dan Singapura.


Ini pandangan dari balkoni di bilik aku menumpang. Yang seperti pasu itu sebenarnya sebuah sinki. Di belakang pasu itu pula, bilik air dengan jamban berasingan. Biliknya lebih kurang seperti bilik aku di rumah, sempit tetapi ada lampu mentol merah menyala sebiji, ada katil satu, sebiji bantal, selimut dari buatan kain sutera Thai berwarna biru, berkipas siling dan tanpa penghawa dingin. Ok lah kan??? Yang penting, tiada sesiapa yang mengganggu hang jika hang nak bergolek, berguling mahu pun terkangkang tidur dalam bilik itu pun. Untuk masuk ke dalam bilik, cucuk kad dulu. Baru karan (elektrik) semua berfungsi seperti konsep hotel biasa.


Pintu utama di lobi hotel itu perlu diselet dengan kad untuk masuk selepas jam 21:30. Kemudian, hendak masuk ke tangga menuju ke bilik kita sendiri pun mesti dibuka menggunakan kunci lagi kerana mereka mengunci pintu itu secara automatik. Orang yang berkunci saja yang boleh masuk. Walaupun cuma bertaraf hostel satu atau dua bintang saja; tetapi aku rasa oklah untuk pelancong-pelancong sengkek yang mengangkut rucksack seperti aku. Yang utamanya, aku tidak berhutang kad kredit sebaliknya guna cash dan tidak guna pun biasiswa MyBrain atau Mara seperti geng-geng MRSM semua yang mannja itu. Selepas itu bersembang cekang sambil bertakbur macam haram jadahhh perasan bagoehhh, phuiiihhhh!!!


Ini pemandangan dari atas balkoni tempat aku sewa. Di sebelah hostel itu, mereka sedang mengubahsuai bangunan. Oleh itu, pemandangan pun kelihatan sedikit semak. Boleh juga nampak landasan Rot Fai Fa BTS: Sukhumvit Line. Rot Fai Fa ini ala-ala seperti monorel di KL lah kot. Tapi Rot Fai Fa itu, mereka terjemahkan terus dari frasa "kereta api udara".

Khamis, 11 September 2014

Golok Style



Zaman-zaman aku undergrad dulu tiga tahun kena duduk roommate dengan geng kelaté. Tahun satu sebilik dengan si Duwê, tahun dua dengan Zaidi budak Beta, dan tahun ketiga dengan geng Kuala Qirai, Miji. Depa seperti sedikit kehuluan lah pula. Cuma si Duwê itu nampak moden sedikit berbanding lagi dua ekor itu. Itu set-set Islamic tradisional sikit kot gamaknya. Gua duk harap roommate gua sebangsa Caucasian seperti gua, huhu...

Selasa, 9 September 2014

Menari Muay



Sorilah datin-datin, cik kakak dan cik puan yang bertandang. Di sini seksi sedikit. Menari muay ini ditujukan untuk peminat-peminat sukan tomoi. Style kawan ini boleh tahanlah. Seorang lagi yang sempoi, Buacow Phor Pramuk....

Kredit visual kepunyaan: Saluran Ekger

Isnin, 8 September 2014

Menorah Selatan



Jenis tarian ini ditarikan di negeri-negeri Melayu Siam seperti Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Perak Utara selain di Selatan Thailand. Dalam bahasa Siam, ia digelar, Lakon Chatri atau Norah.

Ciri-ciri asas lakon tari termasuklah bacaan menyeru, tari pengenalan watak utama dan tok peran. Seruan diiringi oleh pergerakan berirama lemah-gemalai oleh jejari, tangan dan kaki. Latar lakon tari itu didasarkan kepada cerita hikayat Jataka serta kisah-kisah lagenda yang sudah diserap oleh etnik Melayu di situ sejak sebelum menganuti ajaran Islam.

Lagenda

Menurut lagenda Hindu (India), Kinari, merupakan gadis-gadis makhluk ghaib di hutan Himavat Pradesh. Terdapat juga Kinara, kelompok lelaki makhluk ghaib. Semua watak ini berasal dari lagenda India tetapi kemudian diserap dan disesuaikan dengan gaya berfikir penduduk di Siam. 

Kinari digambarkan sebagai seorang gadis cantik tetapi bertubuh burung di bahagian bawah. Dia boleh terbang dan berulang-alik dari alam ghaib ke alam manusia. Bila berenang di air, dia berubah menjadi manusia. Makhluk ini boleh terbang selaju cahaya dan boleh sampai ke destinasi yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia biasa.

Penokohan menorah terkenal sekali adalah menerusi watak penceritaan berjudul, "Pannyasajataka". Tarian digelar "Manorah Pujayana", memainkan kisah dari sastera mistik tertinggi di Siam.

Gaya

Di Kelantan dan Terengganu, mereka menggunakan bahasa Melayu Kelantan dan style pergerakan Mak Yong. 

Di Kedah, yang biasa kita dengar pun bahasa Siam. Mungkin di sesetengah tempat menggunakan loghat tersendiri. Style lakon di Kedah pun tersendiri juga. Boleh jadi juga dipengaruhi oleh lakon Jikey dan Mek Mulung di Wang Tepus.

Di Thai Tengah, gaya mereka mungkin berbeza dengan yang di Thai Selatan sebab tiada unsur akrobatik. Di Kemboja, Laos dan Myanmar pun ada seni tari ini.

Orkestra terdiri daripada sepasang simbal keling yang kecil itu, sepasang gong kecil, sepasang kayu ketuk, gendang, alat penibai lantai dan dram bermuka satu.

Sabtu, 6 September 2014

Sampai di Bangkok

26hb Julai 2011, pagi


Pukul 06:00 begitu, aku sudah terjaga. Tidur tidak begitu jeğāp (nyenyak). Bangkit itu, aku tidak ketahui di Siam sana apa sudah masuk waktu solat Subuh apa tidak. Aku ada catitan masa solat di sana, tetapi itu masa masuk waktu untuk di Bangkok. Kereta api belum sampai di Bangkok lagi. Nampak di kaki langit sudah terang benderang. Cahaya mentari pagi keemasan bersinar cemerlang. Sudah boleh nampak kerbau, padi bendang orang Siam seperti bendang orang Kelantan. Nampak juga orang sedang berbendang.

Aku agak, kereta api ini pasti masih dalam wilayah Krabi lagi kot. Jadi, aku pergi berwuduk untuk segera solat Subuh sementara pak cik Suman belum mengangkat katil lagi. Syok pula duduk dalam katil berkelambu itu, hahaha. Ketika bersolat itu, aku tidak pakai kepiah pun di atas kepala. Aku cuma tutup dengan kain tuala kecil yang bersih saja seperti orang Sikh yang tidak berturban guna bila masuk ke tempat suci mereka untuk melindungi status agama aku dari pandangan umum. Aku sudah masuk berseorangan dalam negeri pengikut ajaran Buddha. Pernah juga dengar cerita bahawa ada budak Melayu dari Melaka dulu pernah ditahan di Patani kerana disyaki terlibat dengan kelompok militan. Jadi, aku tidak mboh mencari masalah kerana aku cuma nak pergi melancong. Bukan mencari fasal. Sudahlah aku ini orang Kedah, negeri yang bersempadan saja dengan negeri Patani.

Selepas solat itu, sudah hampir 07:00 pagi. Aku memberi kebenaran untuk pak cik Suman angkat katil untuk dilipat dan disimpan. Kemudian, datanglah cik kak penjual teh ke gerabak ini. Dia masuk ke dalam kereta api sejak dari Hadyai lagi. Malas aku hendak membeli teh. Belum reti mengira lagi matawang Bhatt, hehe. Ada orang Perancis seorang dengan cik puan Mauritius, isteri lelaki Perancis itu. Mereka duk perhati-perhati aku. Depa ada problem salah faham dengan cik kak penjual teh. Malas aku hendak masuk campur. Tetapi lelaki Perancis itu kemudian meminta aku menjadi jurubahasa tidak berbayarnya.

Sudaaaah, aku pun berkecek bahasa Siam cuma bahasa jenis kampung saja. Setakat mencarut atau memaki dengan ayat-ayat kurang ajar itu aku reti lah, lol. Kemudian, aku bersembang pula dengan orang Perancis itu. Tahu pula dia bercakap bahasa Inggeris, hahaha. Padan muka hang, Perancis hoiii!!! Dulu aku pernah terjumpa orang Perancis berlagak yang memaksa orang bercakap bahasa Perancis semasa aku bekerja di lapangan terbang. Mana aku nak reti!

Stesen Hualamphong


Pukul 12:15 tengah hari baru kereta api sampai di Bangkok. Stesennya bernama stesen Hualampong. Terletak berdekatan dengan kawasan Yaowarath, China Town.

Ha, itu dia stesen Hualamphong. Sebelum sampai di situ, aku nampak Dusit. Ini nama tempat seperti nama penasihat maharaja Siam, tuan Dusit Nontanakorn. Baru-baru ini mereka bertandang di Alor Setar berjumpa saudara-mara di situ. Orang itu merangkap saudara sebelah ibu kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Malaysia yang pertama. Ibu beliau, Mak Enche' Manjalara adalah kerabat diraja negeri Martaban (dalam Myanmar).

Aku pergi bersolat Zohor dulu sebaik tiba fasal waktu sudah berapit dengan waktu Zohor. Naik ke atas stesen. Itu setingkat ada surau sebuah. Klasik pula surau tersebut seperti dalam bangunan lusuh, hahaha. Ada jam dinding digital di situ tetapi aku tak nampak tempat lelaki bersolat. Sebaik naik tangga, boleh nampak tempat wanita bersolat dulu; aku malulah!!! 

Ada mäkcik itu, seorang Melayu sebelah Siam ini pun mai dari selatan agaknya, lalu bertanya kepadaku: "mayé ngada manä aik?" Manalah aku nak pi tahu mäkcik hoiii. Aku pun sama sepertinya. Baru pertama kali menjejakkan kaki di Bangkok. Masuk di sebelah, bilik solat lelaki, ada ramailah orang sedang tunggu dalam itu. Aku ingat mereka sudah beres bersolat. 

Aku pun bertanya pakcik sorang itu, "sudah bang dah ka??" Dia kelihatan seperti berfikir sebentar. Selepas itu, lama sangat dia termanggu di situ, aku pun ingat dia tidak mengerti bahasa Melayu. Aku ulangi pertanyaan sambil berkecek bahasa Siam pula, "bang laew reu mai no??" Dia pun berkata, "yang mai!" Oh, belum bang (azan) lagilah ini. Kemudian dia pun bersembang dengan orang sebelahnya, berkecek bahasa Melayu. Hareeeem betullah, hang reti pula bercakap bahasa Melayu!!! Jam di dinding berbunyi bagaikan hendak meletup apabila jarum menunjukkan waktu, 12:25 tengah hari. Solat jamak dan qasar lah semua di situ, musafir kita....


Ini gambar di tengah-tengah stesen Hualampong. Terdapat pameran buku hari itu. Banyak juga buku bagus-bagus, tetapi semua berbahasa Siam sajalah. Tidak ada pun buku berbahasa Inggeris, berbahasa Melayu, berbahasa Cina atau berbahasa Tamil seperti di Malaysia dan Singapura. Semua berbahasa Siam. Buku mengenai agama Buddha, buku masak memasak, buku pelajaran, buku tilik nasib, buku komputer, semua pun ada. Ada juga orang Melayu membelek-belek buku di situ. Jika bersembang dengan depa itu sahih tidak faham bahasa Melayu, ahahaha. 

Tekak pun terasa dahaga. Jadi aku pergi ke kedai serbaneka di sebelah itu. Ya Allah, depa menjual babi sosej itu tergolek di tepi-tepi itu!!! Reaksi aku pun seperti totok-totok Muslim pengikut mazhab Syafie yang lain juga. Tercemar jugalah baju aku terkena asap sosej babi panggang yang yummy itu. Jika terkena kepada geng-geng JAIS itu, aku rasa tentu depa sudah mengelupur tersampuk oleh sawan babi, hoho. Tutup mata sajalah. Kita bukan berada di tempat kita... Mau berjalan jauh-jauh, lu ambil risikolah!

Aku belum tahu hendak menuju ke mana lagi. Aku tidak menempah pun sebarang hotel. Aku pergi begitu saja, sehelai sepinggang dengan beberapa barang dalam beg rucksack besar yang mengandungi: 
  • 2,3 helai baju
  • kamera
  • sedikit Thai Bhatt
  • quran kecil, kitab doa dan maksurat
  • sejadah
  • barang-barang bersuci seperti siwak, berus gigi, sebotol minyak zaitun kecil, ubat gigi, dll.
Hangpa nampak saja aku ini sekular di luar. Tetapi bab-bab Sunnah... Sunni... Munni... semua aku jaga nah! Itu sebab aku meluat geng-geng yang konon-konon reborn tapi sebenarnya nak show off datang berceramah berdakwah kepada orang-orang yang sedia maklum. Aku ada membuat catatan rancangan kasar sebelum pergi ke Bangkok. Siap jumpa senior Phd seperti cik kak, Montawadee Garutmedjai lagi di pusat wanita USM. Dia menerangkan kepada aku mengenai Bangkok itu seolah-olah seperti di Georgetown di Penang.

Sekali bila sudah sampai, "nah, ambilll hang!!" Sebaik saja keluar dari stesen kereta api itu; terus senak perutku. Aku melewar-lewar ke hulu ke hiliag. Berjalan kaki kira-kira sekilometer dulu. Pergi ke Yaowarath melintasi jambatan di tali air. Ada bas banyak sekali di depan stesen itu. Tetapi aku takut sesat jika naik bas. Aku baca bahasa Siam pun lembap juga, "duk eja dulu mo, ho, srak a... mahā..." Last skali, umpphhhh malas aku nak baca, I give up!!! Ingatkan nak buat gila lagi. Berjalan kaki saja menuju ke destinasi yang belum ditentukan lagi.


Yaowarath, Pekan Cina

Aku lintas tali air ini, kemudian lalu ke Yaowarath. Ia adalah sebuah pekan Cina seperti di Petaling Street. Nampak seperti lawa dalam gambar itu bukan. Tetapi aku rasa air dalam tali air itu busuk sekali! Di Yaowarath itu, ada kedai-kedai seperti kedai kunci, kedai makan Cina, kedai perkakasan besi, kedai menjual barang-barang runcit, hotel Cina dan banyak lagi.


Ini simpang jalan, aku snap sedikit bimbang terlupa. Kemudian, aku jalan terus di lorong itu sampai ke satu Wat Diraja dalam pekan itu, bernama Biarä Traimitra. Di situlah kita nampak banyak kedai-kedai itu semua. Orang di situ tidak begitu merenung sangat sebab rupa kita sama seperti mereka. Cina-cina di situ pun muka seperti cina di sini. Cuma bezanya, depa cakap bahasa Siam sesama sendiri. Bunyi bahasa Siam dengan bunyi bahasa Cina pun, jika dengar hampir serupa saja, hahaha.


Semasa aku melalui biara ini, mereka sedang menjalankan upacara. Tetapi, ada juga pelancong yang masuk melawat dan meninjau dalam biara. Upacara itu, rasanya upacara harian biasa saja. Pelancong asing yang ingin masuk melawat perlu membayar TB 20 (RM 2). Ambil tiket di kaunter di tepi tempat orang mempersembah sajian mereka.

Mereka tidak meminta wang pun kepada aku. Malas pula hendak masuk ke dalam lagi. Aku pun sedang sibuk mencari tempat untuk meletakkan barang. Rasa kurang sopan pula dengan berpeluh-peluh berminyak dengan beg berberõt-berõt untuk masuk ke dewan puja biara pekan itu. Dari Wat Traimitra pula, kita boleh pergi ke jalan Charoenkrueng, jalan Sipraya dan cabang jalan Sukon 2. Ada lagi beberapa jalan persimpangan di situ. Aku dah tak ingat.

Selepas kelipóg pi, kelipóg mari di situ, aku pun migrain disebabkan aku tidak tahu nak menuju ke mana lagi. Aku berpatah balik ke Hualampong kerana teringat bahawa di situ ada stesen kereta api bawah tanah. Jika tak silap, mereka panggil sebagai MRT juga seperti di Republik Singapura.

Bersiar-siar solo seperti ini lah, cik kakak sayang... cik abang sayang sekelian. Duit pun kena catu-catu berbajet sebab duit sendiri bukan duit biaya pinjaman mahupun biasiswa. Kita pelajar sekolah dulu tidak pandai, tidak bernasib baik seperti penduduk peneroka di felda-felda yang kaya-kaya ada duit rancangan.

Kita orang Jawi, penduduk di bandar, perlu berusaha sendiri walaupun cuma bersiar-siar dekat saja. Jika bernasib baik bersekolah MRSM, pasti semua orang pun sayang, boleh mendapat JPA lalu boleh melancong melepaskan tekanan di negara-negara jiran di tempat pengajian seberang laut seperti di Jerman, Republik Perancis, Switzerland. Semua pun dibiayai dan bekerja sambilan di negara-negara luar pun upahnya lumayan. Bukan seperti di sini.

Negara berjiran dengan tempat aku belajar ini cuma negara Thailand saja. Aku mampu pun setakat ini sajalah dan tidak kisah pun geng-geng MRSM poyo atau geng-geng IPT overseas nak be cocky like pussy... Ok apa, mat saleh pun terhegeh-hegeh hendak pergi berjimba di Thailand dan Myanmar. Kira taraf gua setaraf kokesenlah sudah, hahaha...