26 Jul 2011, petang
Aku ambil MRT dari Hualamphong tanpa arah tujuan. Aku menuruni tangga bersebelahan dengan pintu di hadapan stesen kereta api Hualampong. Dari situ, terus masuk ke terowong untuk ke stesen MRT.
Aku berdiri sebentar memeriksa buku nota aku. Ketika itu, aku ternampak Silom dulu di skrin paparan komputer menjual tiket MRT. Di nota aku itu pun kebetulan tertulis, "Silom". Aku pun menekan di skrin untuk pergi ke Silom saja. Aku pernah mendengar bahawa di situ pun ada hotel, "Take a Nap" yang murah untuk bajet dalam RM30 saja semalam jika berkongsi bilik dengan pengembara lain. Konsep biliknya pun khabarnya menarik. Setelah menekan destinasi di skrin, aku pun memasukkan duit pecah TB 30 (RM3). Sama seperti di KL, kita akan diberikan sekeping chip untuk diseletkan di pagar automatik untuk ke platform menunggu kereta api.
Aku cuma mengetik gambar sambil berjalan saja. Tidak terfikir pun untuk berhenti sebentar. Baru saja sampai meninjau-ninjau, mengembara pun bersorangan. Jadi, kita mestilah peka dengan persekitaran sekeliling. Tidak buleh ğalit (leka). Gambar di atas itu adalah lorong berbentuk terowong untuk ke stesen MRT Hualampong. Di situ, mereka mempunyai pos pemeriksaan keselamatan. Mereka memeriksa senjata tajam dan senjata api dalam beg orang ramai. Kita perlu melalui mesin pengimbas seperti di balai berlepas lapangan terbang. Pengawal berpakaian seragam yang jaga di situ pun baik-baik dan sopan santun belaka. Jika kita menegur mereka elok-elok, mereka pun bersopan kembali.
Ini ketika aku berjalan dari stesen MRT Saladaeng. Lalu di bawah stesen BTS Silom. Nampak di sekeliling mereka memacak gerai menjual bermacam-macam baranga. Ada jualan makanan juga seperti หมูย่าง mū yāng (babi bakar), nasi pulut, buah-buahan, surat khabar, segala mak nenek jam, serta kain baju di depan bangunan komersil.
Silom ini merupakan sebuah tempat perdagangan kerana aku mendapati bahawa ada bank-bank, wisma, serta pusat membeli-belah di sini. Ada juga gambar maharaja Siam sebesar-besar alam ditempel di tembok depan itu.

Orang yang berjalan di depan itu, berlalu-lalang pun memberi sembah ke banting maharaja itu. Penat aku melewag (merayau) sehingga termasuk ke kawasan Patpong serta lorong-lorong di jalan Silom ini. Haram tidakku temui pun hotel 'Take a Nap' itu. Kelihatan cuma seorang wanita Kemboja sedang berteriak sambil meriba anak lelakinya di depan sebuah klinik. Anaknya kelihatan demam melarat.
Seperti di KL pun, jalan-jalan di situ dipenuhi oleh kereta. Lampu isyarat mereka mempunyai masa automatik seperti di Persekutuan yang baru nak pasang benda ini sejak 2014. Jika pejalan kaki berkumpul ramai-ramai di tebing jalan untuk melintas jalan, kereta semua pun berhenti.
Teksi mereka pun bermacam-macam warna. Ada yang berwarna merah jambu, hijau, oren, hijau kuning, dan biru. Pengangkutan lain yang memberi khidmat untuk pejalan kaki bergerak dengan segera pun ada. Contohnya seperti motorsikal. Penunggang motorsikal tersebut berpakaian seragam dan bertopi keledar. Ada สองแถว songtaew (lori kecik) seperti di Manila serta ada สามล้อ sāmlō (tuk-tuk) selain daripada bas.

Ada juga orang yang memberi aku nombor Samart Kriangsak untuk menjadi pemandu pelancong. Tetapi aku dengar katanya sehari dia mempelekoh RM100. Oleh sebab aku pun cuma sorang saja. Terasa seperti tidak berbaloi untuk menyewa khidmat mamat tersebut. Lebih rela aku gagahi juga berjalan kaki. Gambar atas itu, contoh untuk penunggang motorsikal ala-ala tapi itu di Jalan Phaya Thai.
Bangkok Downtown Hostel
Beberapa jam berjalan kaki, perut pun sudah terasa lapar. Tekak pun dahaga. Separuh petang sudah ketika itu. Hendak hentam membeli sosej babi yummy di tepi-tepi jalan itu bolehlah juga. Tapi, aku ternampak 7E jadi tidak perlulah aku mengelupur terkena sawan babi mencari tanah untuk bersamak selepas makan, lol.
Aku pun masuk ke dalam 7E itu dengan harapan untuk mencari sebungkus roti gardenia seperti di sebalik sempadan selatan serta membeli air mineral. Alih-alih, tiada roti langsung. Orang Bangkok mungkin tidak reti melahap roti agaknya. Mereka kelihatannya mengkedarah nasi pulut dan mi saja seperti Chinkenese. Aku cuma ambil nasi kerabu berlaukkan ikan celup tepung masak phadprid sajalah. Di peti ais terbuka di situ pun pilihan yang ada cuma ikan dan babi. Kalau ayam pun mungkin aku tidak berani ambil. Bimbang ayam patah tengkuk.
Muslim pengikut mazhab Syafie totok nenek moyang memang agak "strict" sedikit. Bukan tidak boleh kentut takut batal air sembahyang saja. Muslim mazhab Hanafi depa boleh saja hentam kentut tanpa batal air sembahyang. Tapi, depa tidak boleh berbunyi perut (lapar) pula. Nak masuk ke wat Buddha pun aku cuci kaki dengan tangan dulu. Brahmin-brahmin pun buat macam itu. Jadi, aku tidak nampak pun benda ini sebagai pelik. Mungkin kawan-kawan Buddhis sakit hati ada Muslim duk kutuk hangpa. Tapi, hangpa tengok sajalah depa sebagai jahil. Depa tidak mengaji usuluddin dan syariah sangat pun. Hafal Quran pun tidak. Depa pun serupa jugalah seperti anak-anak Buddhis yang ikut adat saja. Sutra apa pun haram tidak ingat cuma bezanya Buddhis tak cop dalam IC saja macam Muslim.

Sebab lapar seperti sudah hendak mampusss.... Aku ambil jugalah phadprik ikan itu tanpa meneliti rak-rak runcit lain walaupun nampak syok saja kerana produk-produk yang tidak pernah dilihat di negeri kita ada pula di situ. Mereka memanaskan makanan segar yang disejukkan itu semula dengan cas TB 160 (RM 1.60). Memang mereka panaskan betul-betul.
Sistem 7E mereka kelihatan seperti di Jepun dan Taiwan. Dulu pada bulan Jul-Ogos 2004, semasa aku melawat Jepun pun mereka ada menjual makanan ruji penduduk Jepun seperti sushi, mi udon, gyudon dan mak nenek semua di 7E. Di Siam pula, mereka ada menjual nasi kerabu berlauk, phadthai (sejenis mi), dan lain-lain secara ekslusif di 7E serta boleh dipanaskan semula mengikut kehendak pelanggan.
Aku melahap nasi tersebut di depan wisma berkunci atas tangga di tepi gerai surat khabar. Selepas makan, aku pun meneruskan berjalan kaki lagi. Turun ke bawah lagi selepas dari medan makan seperti gerai-gerai makan di nat pekan Kodiang. Aku boleh nampak papan tanda Bangkok Down Town Hostel seperti dalam gambar itu.

Hostel itu terletak bersebelahan farmasi dalam jalan yang berdepan dengan persimpangan jalan Surawong. Cik kakak penjaga reception itu bolehlah berkecek bahasa Inggeris sedikit-sedikit. Taukenya pula seorang Cina. Di seebelah kanan hostel itu pula, trdapat kedai minum teh Cina yang berbentuk seperti tokong Cina. Ia sebuah restoran, bukan tokong pun. Yang bertulisan "HOSTEL" itulah hotel tempat aku menumpang. Aku sewa bilik untuk seorang dengan harga TB 476 bhat (RM 47.60). Deposit boleh ambil semula jika daftar keluar awal.
Mula-mula aku fikir mau berkongsi bilik saja. Tapi aku bimbang pula barang-barang penting seperti paspot dan lain-lain tidak tahu nak simpan di mana? Rupa-rupanya di tingkat atas hostel itu, ada rak-rak menyimpan barangan tetapi kena beli pedal-ayam (mangga kunci) sniri. Lain kali jika aku mahu bersiar-siar di Siam, pasti akan aku bawa pedal-ayam sendiri. Kemudian, aku harus membeli palam pencucuk karan Siam fasal mereka mengikut sistem U.S untuk saluran palam pencucuk barangan elektronik.
Kita di sini, memakai palam tiga pencucuk, sedangkan depa di sana memakai palam dua pencucuk saja. Payaah..... Payahlah aku nak cas telefon bimbit dan kamera aku! Itu antara sebab-sebab mengapa aku tidak bertahan lama di situ. Jika bateri kamera sudah kong; aku nak ambil gambar apa lagi???

Nah, ambil hang!!! Menumpang di tingkat lima sorang kita saja. Bilik di atas, yang aku sewa itu saja yang ada orang. Bilik berkongsi dengan pelancong lain ada di tingkat satu sehingga tingkat empat. Bilik airnya pun menjimatkan elektrik. Mereka memasang sensor yang boleh mengesan jika ada orang atau tidak dalam bilik mandi. Jika tidak kena laser, lampu pun terpadam. Hang mandilah dalam kelam. Jamban pun tidak ada air untuk basuh pungkog. Bawa botol air sendiri untuk beristinjak. Mereka menggunakan konsep selet pungkog dengan tisu di mana-mana pun di Bangkok seperti Chinkenese, Jepun dan Singapura.
Ini pandangan dari balkoni di bilik aku menumpang. Yang seperti pasu itu sebenarnya sebuah sinki. Di belakang pasu itu pula, bilik air dengan jamban berasingan. Biliknya lebih kurang seperti bilik aku di rumah, sempit tetapi ada lampu mentol merah menyala sebiji, ada katil satu, sebiji bantal, selimut dari buatan kain sutera Thai berwarna biru, berkipas siling dan tanpa penghawa dingin. Ok lah kan??? Yang penting, tiada sesiapa yang mengganggu hang jika hang nak bergolek, berguling mahu pun terkangkang tidur dalam bilik itu pun. Untuk masuk ke dalam bilik, cucuk kad dulu. Baru karan (elektrik) semua berfungsi seperti konsep hotel biasa.
Pintu utama di lobi hotel itu perlu diselet dengan kad untuk masuk selepas jam 21:30. Kemudian, hendak masuk ke tangga menuju ke bilik kita sendiri pun mesti dibuka menggunakan kunci lagi kerana mereka mengunci pintu itu secara automatik. Orang yang berkunci saja yang boleh masuk. Walaupun cuma bertaraf hostel satu atau dua bintang saja; tetapi aku rasa oklah untuk pelancong-pelancong sengkek yang mengangkut rucksack seperti aku. Yang utamanya, aku tidak berhutang kad kredit sebaliknya guna cash dan tidak guna pun biasiswa MyBrain atau Mara seperti geng-geng MRSM semua yang mannja itu. Selepas itu bersembang cekang sambil bertakbur macam haram jadahhh perasan bagoehhh, phuiiihhhh!!!
Ini pemandangan dari atas balkoni tempat aku sewa. Di sebelah hostel itu, mereka sedang mengubahsuai bangunan. Oleh itu, pemandangan pun kelihatan sedikit semak. Boleh juga nampak landasan Rot Fai Fa BTS: Sukhumvit Line. Rot Fai Fa ini ala-ala seperti monorel di KL lah kot. Tapi Rot Fai Fa itu, mereka terjemahkan terus dari frasa "kereta api udara".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan