Pagi ini, aku bangkit awalll, cik!!! Aku sempat bersolat Subuh dalam bilik hotel itu. Aku belum tahu nak pergi mana pun.
Tengok dalam nota aku.... Ish, banyak pula tempat hendak pergi melawat. Tak tahu nak mula di mana. Line kereta api pun aku tak tahu sangat. Bukan nak kata di Siam saja. Di Kuala Lumpur pun serupa itu jugalah. Kita pun jarang-jarang ambil pengangkutan LRT atau apa-apa kerana tidak ada keperluan di situ.
Aku tak begitu nak beli barang makanan sangat walaupun kelihatan yummy. Aku jalan saja tengok-tengok dulu di sebelah simpang Surawong. Ada kedai makan situ. Nak pergi order makanan tak berani. Beli cha o lieang (teh o ais) dan moei (bubur) beranilah.
Mereka tulis di papan menu itu, perkataan dari bahasa chink chonk, "chukk" tetapi bila disebut berbunyi moei pula. Sama seperti kita duk berkecek di rumah pun, haha.
Ini di hujung Jalan Silom sebelah persimpangan Surawong dan Surasak-Narathivat. Penandanya, ada sanggraha dewa Brahma Chatumuka yang dicat warna emas. Ini berhala dewa Hindu.
Aku berjalan penat jugalah. Last skali, aku berpatah balik ke jalan Silom. Aku nak tengok sebelah jalan besar pulak. Apa yang ada di sebelah MRT Saladaeng tempat aku awal-awal sampai dulu. Aku nampaklah tugu ini. Entah apa nama tugu pun tak tahu. Ia terletak di seberang jalan itu. Malas nak lintas pergi tengok. Kereta pun banyak sangat.
Universiti Chulalongkorn, Kampus Perubatan
Kemudian aku berjalan terus turun lagi. Jauhlah juga. Aku tak ambil pula BTS Sukhumvit line di belah jalan Silom kerana aku belum berani lagi.
Sebelah hostel aku menumpang itu pun terdapat stesen BTS Chong Nonsi. Duk kerjalah tersalah sebut. Aku tersilap sebut jadi, Nong Chongsi, lol. Merayau-rayau di jalan Silom itu dan merodong simpang semua sudah menghabiskan masa aku sebanyak sekerat hari. Aku terus berjalan lagi lalu ternampak pula Universiti Chulalongkorn. Ia adalah kampus perubatan depa.
Ini adalah signboard di sebelah tepi pusat pentadbiran kampus ini.
Ya... Ini pun pejabat pentadbiran kampus perubatan Universiti Chulalongkorn. Gua merasa tengok doktor-doktor Siam di sini, huhu.
Ini asrama pelajar lelaki depa... Malas aku nak naik, berdiri di bawah saja....
Ada pelajar dengan doktor caucasian juga di situ. Aku masuk menjelajah dalam U ini tanpa sesiapa melarang aku pun sama seperti sesiapa yang nak masuk di USM kalau mengikut sesetengah pintu macam di Bukit Gambir atau sebelah Sungai Dua sebelum jam-jam dia ditutup.
Adoi, banyak aku ambil gambar jalan dan lorong saja. Aku nak melawat Rattanakosin dan sebelah istana negara depa tapi, cari-cari tak berjumpa pula. Awal-awal sampai di sini, memang aku tak ada clue langsung waktu tu. Geram betul, jalan jauh-jauh tak boleh tengok istana dan bangunan candi emas depa!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan